You are on page 1of 10

Definisi

Pantang larang merupakan sesuatu yang tidakdipersetujui oleh seseorang individu atau kepada sesuatu kumpulan mahupun sesuatu masyarakat, mengenai sesuatu perkara yang tertentu. Bila sesuatu kumpulan atau masyarakat menganggap sesuatu perkara itu sumbang di mata mereka, maka ahli-ahli kumpulan itu ditegah dan dilarang daripada melakukannya. Sebab itulah timbul istilah

Ketika Bayi

Si Teruna Dan Si Dara


Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua. Anak dara jangan tidur sehingga matahari meninggi

Sekiranya si adik terlebih dahulu berkahwin dari kakaknya ( langkah bendul ),maka bakal adik ipar ( pengantin lelaki ) mesti menghantar dua persalinan kepada pihak perempuan (untuk isteri dan kakaknya ) jika tidak si kakak tidak akan kahwin sampai ke tua.
Orang bujang tidak boleh menebuk kelapa kelak nanti dapat isteri yang pernah menjadi hak orang.

Si bujang juga mesti mengelakkan diri dari dirinya diapat dipatuk ayam bimbang akan kahwin lewat dimana susah mendapat pasangan yang benar-benar sesuai. Dilarang makan leher ayam nanti leher terkulai di pelamin

Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.

Pantang berbual di tangga, nanti orang pinang di serambi rumah sahaja.

Dilarang makan berubah tempat, nanti kahwin ramai.

Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.

Ketika makan
Bila makan, pinggan tak boleh atas riba, nanti suami di ambil orang. Makan tidak basuh, nanti lambat dapat menantu. Tidur selepas makan nanti perut buncit. Makan sisa anak, anak akan degil. Makan belunjur, akan jadi pemalas

Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu

Tidur di sejadah, nanti dihinggap kurap.

Ketika Tidur
Tidur melekat nasi di kaki nanti mimpi hantu.

Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.

You might also like