You are on page 1of 3

Pengenalan Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting.

Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah Role Model yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah tersebut. 1.1 Peranan Guru Pendidikan Moral Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah. Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur. Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di

sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektifobjektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata pelajaran-mata pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar: Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di bawah rancangan KBSR, Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan; Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsipprinsip moral; Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral semasa membuat sesuatu keputusan; dan Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan. Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita

adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia.

You might also like