You are on page 1of 2

mazhab kognitif (juga disebut mazhab Gestalt) menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud

berkaitan dengan sesuatu perkara. Gestalt adalah perkataan German yang bermaksud bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun. Beberapa orang ahli psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt.

Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Pengkajian terhadapTeori belajar kognitif memerlukan penggambaran tentang perhatian, memori dan elaborasi reheashal, pelacakan kembali, dan pembuatan informasi yang bermakna. Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung kembali dan membuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk mencapai matlamat secara aktif. Pandangan kognitif yang lama utamakan perolehan pengetahuan. Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan atau pembangunan ilmu pengetahuan. Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini melibatkan dua proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep (penanggapan).

Mengikut pandangan kognitif, proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian masalah. Ahli-ahli psikologi pendidikan yang terkemuka dan berpengaruhterhadap teori pembelajaran kognitif ialah Kohler, Piaget, Bruner, Gagne, dan Ausubel. Wolfgang Kohler adalah dua orang ahli psikologi pendidikan berbangsa Jerman yang bermastautin di Amerika Syarikat pada awal abad ini. Mereka telah menggunakan haiwan seperti kucing, anjing, tikus dan cimpanzi untuk menjalankan eksperimen dalam kajian pembelajaran. TEORI PEMBELAJARAN BRUNER Nama sebenar beliau ialah Jerome S. Bruner, dilahirkan di New York dan mendapat ijazah P.h.D daripada Universiti Harvard. Merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang perkembangan kebolehan mental manusia dan bagaimana pemikiran berlaku semasa dalam proses pembelajaran. Karya beliau kurang memberi penekanan kepada bukti daripada eksperimen. Sumbangan beliau yang paling besar dalam pendidikan ialah hasil karya beliau yang berjudul The Process of Education (1960). Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan. tiga turutan iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan. TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL

Teori pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran penerimaan , kerana beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Dalam pembelajaran resepsinya , guru memberikan konsep-konsep dengan jelas dan tersusun supaya murid dapat menerimanya dengan lengkap dan baik.

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE Nama beliau ialah Robert M.Gagne, telah dilahirkan pada tahun 1916 dan merupakan ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan yang lain. Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks.

-pembelajaran isyarat - gerak balas -rangkaian motor -bahasa -diskriminasi -konsep -prinsip -penyelesaian masalah

You might also like