You are on page 1of 2

Misha bin Omar (8060529-35-5320) Sekolah Kebangsaan Jalan Mati (PBA1089) Jalan Bukit Gambir, 11700 Gelugor, Pulau

Pinang Kepada, Ketua Pengarah, Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Aras 1-5, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya 12 JANUARI, 2009 U/P: Unit Perkhidmatan Bukan Guru) (Tarikh ubah ke kanan ikut Surat Rasmi yea) Melalui: Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Jalan Bukit Gambir, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. Tuan, PERMOHONAN PERTUKARAN SUKA SAMA SUKA JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17) Saya seperti nama dan alamat di atas ingin mengemukakan permohonan berhubung dengan perkara di atas. 2. Saya memohon pertukaran ini kerana saya akan berkahwin pada 16 Januari 2009 dan ingin berpindah mengikut suami ke Kedah. 3. Untuk makluman pihak tuan, terdapat seorang Juruteknik Komputer yang berkhidmat di Kedah yang ingin bertukar ke Pulau Pinang. Beliau juga telah bersetuju untuk membuat pertukaran dengansaya. Disini saya lampirkan butiran peribadi pemohon yang ingin membuat pertukaran suka sama suka dengan saya. Nama : James Bond No. KP : 800930-35-5167 Alamat Sekolah : S.K Sri Mersing JKR 767, Jalan Payamas, 9000, Kedah Darul Aman No. Tel : 013-3575947

4. Untuk makluman tuan, saya mula berkhidmat di S.K Jalan Mati pada 2 Mei 2008 sehingga kini. Saya amat

berharap dapat ditukarkan berkhidmat di Kedah atau Perak dan kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai. 5. Saya berharap agar permohonan saya ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

........................................ (Faizal bin Tahir) Juruteknik Komputer, Sekolah Kebangsaan Jalan Mati P.P.

You might also like