You are on page 1of 15

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina nagara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik

Rajah 1 : Etnik di Malaysia Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

2.0 Kepentingan hubungan etnik di Malaysia dan cara-cara mengekalkan perpaduan antara kaum di negara kita

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

a) Penulisan grafik secara ringkas Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Berdasarkan pengalaman 13 Mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hal ini dikatakan demikian kerana hubungan etnik yang harmonis yang menjadi resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Peristiwa tersebut telah mendedakan kepada kita semua bahawa Malaysia sebagai sebuah Negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekomoni yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 turut memandang penting isu ini lalu merencanakan Gagasan 1 Malaysia dengan tema, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Melalui pelaksanaan Gagasan 1 Malaysia, rakyat di negara ini digesa untuk terus memelihara serta mengekalkan perpaduan antara kaum.
3

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

Rajah 1 : Etnik yang terdapat di Malaysia Dengan mempunyai hubungan etnik yang kukuh dan baik, malah kehidupan masyarakat negara kita dapat menjadi lebih harmoni dan damai. Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia kini telah hidup bersatu padu, bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain. Suasana yang aman dan tenteram tanpa perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain dapat melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek sahsiah diri, rohani, mentel dan fizikal. Oleh hal yang demikian, hal ini penting untuk terus dikekalkan bagi memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat terjamin. Selain itu, keterbukaan pemimpin negara dalam bidang pendidikan banyak menyumbang ke arah perpaduan kaum. Sebagai buktinya, di Malaysia wujud Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang masing-masing menggunakan bahasa ibunda, tetapi pada masa yang sama bahasa lain boleh dipelajari. Hal inilah yang menyebabkan semua kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni kerana perasaan prejudis kepada kaum lain tidak wujud. Jelas menunjukkan
4

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

bahawa hubungan etnik yang harmoni mampu diwujudkan jika perpaduan antara kaum dapat dikukuhkan. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Dalam aspek agama, rakyat Malaysia akan menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, budaya, adat resam dan agama dengan hati yang terbuka. Bukan itu sahaja, hubungan erat dapat dijalinkan dengan pengunjungan rumah jiran semasa hari perayaan. Sebagai contoh, orang Cina akan mengunjung ke rumah orang Melayu semasa perayaan Hari Raya Aldifitri. Selain itu, hubungan etnik yang harmonis dapat mewujudkan pelbagai budaya dalam negara kita. Pelbagai kaum di negara Malaysia yang mengamalkan budaya atau adat resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu identiti kepada kaum-kaum tertentu, contohnya kaum Melayu, Cina, India, dan kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Dengan ini, Malaysia berpotensi menjadi sebuah destinasi pelancongan. Ramai pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Banyak keunikan cara hidup masyarakat pelbagai kaum dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian makanan, pakaian, rumah ibadat, kesenian dan sebagainya kepada pelancong asing. Keunikan inilah yang menyebabkan pelancong dari Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur datang ke Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat kebudayaan pelbagai kaum.

Melalui hubungan etnik yang erat, dasar dan program pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, penggabungan parti-parit politik seperti Barisan Nasional, Integrasi Wilayah yang merapatkan jurang kemiskinan antara luar Bandar dan Bandar serta merapatkan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dapat direalisasikan. Hal ini kerana oleh sebab rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, maka perpaduan kaum amat mustahak untuk
5

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

memastikan setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat disokong serta diterima oleh semua kaum. Sebagai contohnya, selepas 55 tahun merdeka, kita dapati kesinambungan perkongsian pemerintahan terus berlangsung sehingga kini. Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC terus berlangsung sehingga kini walaupun wujud persaingan dengan parti pembangkang yang lain. UMNO didominasi oleh orang-orang Melayu, MCA didominasi oleh orang-orang Cina dan MIC didominasi oleh orang-orang India. Setiap etnik diwakili dalam pentadbiran negara. Secara tidak langsung hal ini menunjukkan bahawa tiada sekatan untuk etnik-etnik lain selain etnik Melayu menceburkan diri dalam bidang politik bersama-sama untuk membawa kemajuan kepada negara Malaysia.

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

Dengan adanya hubungan etnik yang erat di negara, kita dapat mewujudkan kestabilan politik di negara kita. Tidak dapat dinafikan bahawa antara sebab utama pelabur asing berani menanam modal di sesebuah negara

adalah kerana kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang mesra pelabur. Hal ini kerana mereka tidak mahu modal yang dilaburkan di sesebuah negara akan rugi akibat pergolakan yang berlaku di sesebuah negara. Malaysia bertuah kerana menjadi destinasi pelabur asing dari Amerika, Eropah, Jepun, China dan India. Selain itu, banyak pelabur dari China membawa modal yang banyak untuk dilaburkan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi di Cyberjaya kerana yakin dengan usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk memacu negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Sudah tentu modal yang dilaburkan itu mampu menjana pendapatan kepada negara sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Pelabur ini berani menanam modal di sini adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kestabilan politik negara ekoran daripada masyarakat yang hidup bersatu padu tanpa sebarang perbalahan. Rajah 2 : Hubungan ekonomi Malaysia dengan negara luar Hubungan etnik yang kukuh di Malaysia juga akan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara.
7

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK Di

Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia.

samping itu, dengan Wawasan 2020 yang menghampiri penghujung sekali gus menjadi misi utama negara yang perlu dikecapi. Hubungan etnik yang harmoni amat penting dalam memastikan tanah air kita yang tercinta ini terus maju mengorak langkah ke hadapan. Masyarakat majmuk tanpa mengira bangsa dan agama masing-masing berusaha dan bekerjasama antara satu sama lain untuk meletakan Malaysia di peta dunia, agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negaa maju yang lain. Pelbagai bidang di negara ini mempu meraih kecemerlangan apabila wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dalam bidang sukan umpamanya, kita akan mampu menjulang kejayaan sekiranya warga sukan menolak elemen perkauman. Datuk Misbun Sidek, yang merupakan jurulatih kepada Datuk Lee Chong Wee menjadi testimoni terhadap kepentingan perpaduan apabila Datuk Lee Chong Wee berjaya menempa nama sebagai Pemain Nombor Satu Dunia.

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

b) Penulisan grafik secara ringkas

Untuk mencapai parpaduan negara, satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Selain itu, rakyat Malaysia juga perlulah memiliki kesedaran tentang kepentingan perpaduan Negara. Oleh itu, kita perlu sentiasa berusaha untuk merapatkan hubungan dengan kaum-kaum lain. Perkara ini dapat dilaksanakan melalui pergaulan dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama serta latar belakang masyarakat. Di samping itu, kita perlu menghormati kepercayaan agama dan budaya orang lain. Kita perlu mengelakkan diri daripada sebarang tindakan yang dapat mencetuskan masalah perkauman. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum. Selain itu, kita juga perlu belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan Negara dan mengetahui peristiwa 13 Mei adalah berpunca daripada tidak perpaduan. Oleh itu, kita perlu mengenali serta mempelajari sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu.
10

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

Selain itu, pihak kerajaan perlulah menggubal sistem serta kurikulum sekolah yang dapat mewujudkan dan mengekalkan perpaduan di Malaysia. Sebagai contohnya, penubuhan Sekolah Wawasan merupakan idea yang baik dan perlu diteruskan. Konsep sekolah wawasan ini adalah untuk memelihara perpaduan kaum yang dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan kanakkanak. Institusi pendidikan dengan corak perpaduan kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali dan menghormati kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain. Rakyat Malaysia juga harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, pihak kerajaan mesti bertindak secara proaktif dan membaiki kepincangan yang masih wujud agar perpaduan dapat dicapai melalui sistem pendidikan. Selain daripada itu, pihak kerajaan juga perlu beriltizam dalam mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. dan prasangka antara kaum. Hal ini demi memastikan taraf kehidupan rakyat Malaysia sentiasa sama agar tidak wujud perselisihan faham Demi mencapai obketif ini, kerajaan perlu menggalakkan pelbagai kaum untuk menyertai perkhidmatan kerajaan seperti angkatan tentera dan polis. Selain itu, kerajaan perlu menyusun semula struktur ekonomi agar semua kaum menceburi semua bidang ekonomi tidak dimonopoli oleh satu-satu kaum. mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah yang bertajuk seperti Perpaduan Teras Kejayaan. Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah dengan
11

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

kepentingan perpaduan. Persengketaan dan perpecahan yang berlaku seperti di kebanyakan negara di dunia disebabkan mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan. berterusan. Puncanya ialah ketiadaan kempen yang dijalankan secara Oleh itu, kempen atau ceramah haruslah dilaksanakan secara

berterusan dan dari semasa ke semasa supaya kepentingan perpaduan dapat disedari oleh setiap lapisan masyarakat.

12

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

Di samping itu, ibu bapa perlu berperanan dalam memupuk semangat hidup bermasyarakat tanpa mengira warna kulit, budaya, kepercayaan, dan agama. Mereka perlu mendidik anak-anak agar mengamalkan semangat kejiranan sejak kecil lagi kerana jika hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Misalnya, semasa meraikan perayaan kaum dan agama, ibu bapa sewajarnya mengamalkan sikap bertukar makanan dan ziarah-menziarahi atau menghadiri rumah terbuka dalam kalangan penduduk setempat. Rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman

dalam

kalangan

rakyat Malaysia.

Amalan

kunjung-mengunjungi

ketika

merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Dengan ini, perpaduan kaum dapat dipupuk dan dilestarikan. Rajah 3 : Sambutan perayaan di Malaysia Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai contohnya, mereka hendaklah
13

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

menganjurkan aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari perayaan supaya dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti seperti ini, perkara sensitif yang melibatkan kaum tertentu dapat dielakkan dan rakyat pula tidak akan membangkitkan persoalan tersebut dan seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan bolehlah juga mahupun pertelagahan aktiviti yang tidak diingini. gotong-royong di Selain itu, kita taman-taman

mengadakan

perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi. Rajah 4 : Aktiviti kemasyarakatan Secara kesimpulannya, dalam

era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini. Isuisu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Kita harus mempelajari iktibar daripada peristiwa-peristiwa lama. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah

14

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

3.0 Penghasilan Power Point

15

You might also like