You are on page 1of 2

DEFINISI DAN KONSEP Rancangan Pendidikan Individu adalah satu dokumen bertulis: ianya dirancang untuk seseorang murid.

Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.

RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluankeperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dipenuhi. Dari segi perlaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut" ( Daniel P. Hallahan dan James M. Kauffman,1977)

Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat instrumen untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu dengan pegawai pendidikan daerah, individu dan agensi atau khidmat sokongan lain. RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya ( William N. Bender, 1995 ) RPI penyataan ringkas mengenai : a. Tahap prestasi seseorang murid b. Perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik c. Matlamat tahunan yang boleh dicapai oleh murid d. Maklumat yang mengandungi satu siri objektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang dikenalpasti e. Objektif, prosedur dan urutan penilaian bagi menentukan pencapaian f. Satu huraian berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid g. Perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan yang dapat disediakan untuk murid h. Satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas menghadapi alam sekitar

- RPI adalah rancangan program penilaian berterusan untuk seseorang murid dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas.

FUNGSI RPI ELEMEN RPI CIRI-CIRI RPI SOAL SELIDIK RPI

You might also like