You are on page 1of 3

LENCANA JAYADIRI Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dalam kenegaraan, fungsi-fungsi

Parlimen Malaysia, badan berkanun, dan mempunyai buku log Pengakap yang kemas kini. Untuk lulus Lencana Jayadiri seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : 1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen.

Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu. Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.
2. Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing.

3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS, dan lain-lain.

MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut: Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan: - Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan - Perladangan campuran

Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen berkenaan. Negeri : PERAK Parlimen :( Batang Padang ) Ahli parlimen :

5. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.

You might also like