You are on page 1of 2

LATIHAN SEJARAH BAB 1

1.Apakah bidang yang ditekankan pada masa pemerintahan Meiji? (m/s 3) 2.Mengapakah China dijadikan sasaran awal perluasan kuasa Jepun? (m/s 3) 3. Kemenangan Jepun terhadap sebuah kuasa Barat menyebabkan Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar. Nyatakan kuasa Barat tersebut? (m/s 3) 4.Apakah faktor-faktor yang mendorong perluasan kuasa Jepun? (m/s4) 5.Mengapakah Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kepada Jepun?(m/s 4) 6.Apakah yang anda faham dengan slogan Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya? (m/s 5) 7.Apakah slogan yang digunakan oleh Jepun mempengaruhi penduduk tempatan supaya anti Barat ?(m/s 5) 8.Jepun tidak menyerang Thailand kerana tidak dijajah oleh Barat. Keadaan ini dikaitkan dengan slogan ? (m/s 5) 9.Namakan dua buah kapal perang British yang Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. (m/s 7) 10.Bagaimanakah cara kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu? (m/s 9) 11.Apakah yang anda faham dengan taktik Bumi Hangus? (m/s 10) 12.Apakah kesudahan perjuangan Leftenan Adnan, anggota Regimen Askar Melayu di Bukit Gap, Singapura? (m/s 11) 13.Apakah iktibar daripada peristiwa kejatuhan Tanah Melayu ke tangan tentera Jepun? (m/s 12) 14.Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu. (m/s 13) 15.Apakah kunci kejayaan tentera Jepun menakluk Tanah Melayu dalam masa yang singkat? (m/s 14) 16.Semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand. Mengapa? (m/s 16) 17.Apabila pihak Jepun mendapati mereka akan kalah dalam Perang Dunia Kedua, Jepun mula memperkenalkan dasar yang lebih bermanfaat kepada penduduk Tanah Melayu. Mengapa? (m/s 17) 18.Senaraikan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Jepun apabila melaksanakan sistem kawalan ekonomi? (m/s 18) 19.Apakah yang terjadi kepada sekolah-sekolah Inggeris dan Cina semasa pemerintahan Jepun? (m/s 18)

18.Mengapakah orang Cina dilayan dengan buruk oleh pihak Jepun? (m/s 18) 19.Mengapakah orang Melayu dan India di Tanah Melayu mendapat layanan yang baik daripada pihak Jepun? (m/s 18) 20.Apakah tujuan Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengadakan hubungan sulit dengan pihak Jepun? (m/s 22) 21.Walaupun rata-rata orang Cina dilayan dengan buruk namun ada segolongan yang menyokong Jepun. Mengapa? (m/s 23) 22.Apakah bantuan yang diberikan oleh pihak British kepada MPAJA semasa kependudukan Jepun? (m/s 25) 23.Senaraikan empat pertubuhan yang terlibat dalam gerakan anti-Jepun? (m/s 25) Sultan Abu Bakar ( Pahang ) Kapten Abdul Razak Hussein ( Tun Abdul Razak ) 24.Kedua-dua tokoh di atas telah menyertai sebuah prtubuhan yang menentang Jepun. Nyatakan pertubuhan tersebut. (m/s 26)

25.Apakah tujuan penubuhan Koa Kunrenjo ( Sekolah Latihan Kepimpinan )?(m/s 30) 26.Apakah tujuan penubuhan pasukan Pembela Tanah Air (PETA)? (m/s 30) Dr. Burhanuddin al-Helmi Dato Onn Jaafar

27.Apakah jawatan yang diberikan oleh Jepun kepada tokoh-tokoh di atas? (m/s 31) 28.Mengapakah tentera MPAJA dikenali sebagai tentera Bintang Tiga? (m/s 32) 29.Mengapakah rancangan Jepun untuk mewujudkan Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya tidak kesampaian? (m/s 33) 30.Apakah bukti Dasar Ekonomi Kawalan yang dilaksanakan tidak memberi kebaikan kepada penduduk tempatan? (m/s 33) 31.Keperitan hidup menjadikan pendudk di negara kita lebih kreatif. 32.Berdasarkan pernyataan di atas, berikan contoh-contoh yang sesuai? (m/s 35) 33.Apakah tugas Kempeitai? (m/s 36)

You might also like