You are on page 1of 8

Bab 1- Warisan Bangsa Negara

1. (a) Senaraikan maksud:

i) Wilayah taklukan (2M)

Wilayah taklukan ialah wilayah yang diperoleh melalui peperangan

ii) Wilayah naungan (2M)

Wilayah naungan ialah wilayah yang dimana rakyatnya menerima ketuanan Kesultanan Melayu
Melaka sama ada melalui perkahwinan atau persahabatan.

1. (b) Senaraikan nama wilayah-wilayah:

i) Wilayah taklukan (2M)

Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri dan Kampar

ii) Wilayah naungan (2M)

ii) Lingga, Patani dan Kedah

2. (a) Senaraikan dua jawatan pembesar yang menjadikan Empayar Melaka gemilang. (2M

Dua jawatan tersebut adalah Bendahara dan Penghulu Bendahari

(b) Jelaskan peranan mereka di (a). (4M)

Peranan Bendahara adalah (F1) penasihat sultan. (H1) Beliau boleh menasihat sultan dari semua
aspek politik seperti ketenteraan. Peranan Penghulu Bendahari pula adalah (F2) menguruskan
perbendaharaan negara. Salah satu aspek adalah (H1) cukai perdagangan. Contoh cukai yang lain
adalah (C1) cukai kawasan pegangan.

(c) Namakan undang-undang yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. (2M)

Undang-undang yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka.

(d) Namakan salah satu pembesar yang terlibat dengan kedua-dua undang-undang di atas. (4M)

Pembesar tersebut ialah (F1) Penghulu Bendahari. (H1) Jawatan ini disebut dalam Hukum Kanun
Melaka dan (H2) terlibat dengan kutipan cukai dalam Kota Melaka. (H3) Beliau juga disebut dalam
Undang-undang Laut Melaka dan (H4) terlibat dengan kutipan cukai perdagangan.

e) Huraikan secara ringkas pemerintahan beraja yang dijalankan semasa Empayar Melaka. (4M)

Pemerintahan beraja KMM merupakan (F1) Raja berkuasa mutlak. (H1) Titah raja menjadi undang-
undang. (H2) Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran dan undang-undang. (H3) Sultan
dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan.

3. (a) Apakah tugas pembesar Melaka pada peringkat:

i) Pentadbiran pusat (2M)

Pentadbiran peringkat pusat dilaksanakan oleh (F1) Pembesar Berempat yang terdiri daripada
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Bendahara bertugas (H1) menasihati
sultan dalam pelbagai hal
ii) Pentadbiran jajahan (2M)

Pada peringkat jajahan, (F1) pembesar yang dilantik oleh sultan dan Pembesar Berempat ditugaskan
untuk menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung. Peranan mereka termasuklah (H1)
menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran serta dibenarkan mengutip cukai.

(b) Pada pendapat anda, bagaimanakah anda menunjukkan:

i) Kesetiaan kepada Raja dan Negara (4M)

Pada pendapat saya, saya akan menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara dengan (F1) tidak
menghina institusi beraja di media sosial. Sebaliknya, (H1) menggunakan media sosial dengan
berhemah supaya tidak menjatuhkan imej negara. Saya juga akan (F2) menghormati lagu
kebangsaan iaitu Lagu Negaraku apabila berkumandang dan (H1) mengelakkan bergurau senda
semasa menyanyikan lagu. Rumusannya, setiap rakyat Malaysia wajar menghormati semua lambang
negara untuk menguatkan lagi patriotisme dalam diri masing-masing

ii) Kesopanan dan kesusilaan (4M)

Pada pendapat saya, saya akan menunjukkan kesopanan dan kesusilaan dengan (F1) mengeluarkan
kata-kata yang lembut apabila berbicara dengan orang lain. Saya akan (H1) memelihara perkataan
dan perbuatan saya sama ada di dalam atau luar negeri. Saya juga akan (F2) menerapkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan saya. Saya akan (H1) menjauhi sifat buruk yang boleh menjejaskan imej
negara. Rumusannya, imej Malaysia akan dipandang tinggi sekiranya rakyat Malaysia mempunyai
kesopanan dan kesusilaan dengan menghayati prinsip Rukun Negara. Hal ini sekaligus menjadikan
Malaysia terkenal kerana mempunyai rakyat yang sopan santun.

(c) Kemajuan ekonomi penting bagi melaksanakan pembangunan kepada negara. Buktikan
pernyataan ini. (4M)

Kemajuan ekonomi penting bagi melaksanakan pembangunan kepada negara kerana dengan adanya
(F1) sumber kewangan, kita dapat (H1) memperbaiki dan (H2) memperbanyakkan kemudahan
infrastruktur. Contohnya, (C1) memperbaiki jalan raya. Selain itu, kemajuan ekonomi boleh (F2)
memberi peluang pekerjaan supaya (H1) lebih ramai masyarakat yang boleh berdikari dari aspek
ekonomi

4. (a) Perjanjian Waadat antara Raja dan rakyat. Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh
golongan pemerintah. (6M)

Sultan berperanan (F1) menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda. Sultan (H1)
bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan. Sultan juga (H2)
memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat. Selain sultan, pembesar berperanan (F2)
menjadi perantara antara sultan dengan rakyat. Pembesar (H1) mengutip hasil melalui sistem serah
dan (H2) membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah.

(b) Jelaskan peranan golongan diperintah. (6M)

Golongan diperintah iaitu rakyat berperanan (F1) mematuhi segala arahan pemerintah. Rakyat (H1)
tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah. Rakyat (H2) menunjukkan taat setia kepada
pemerintah. Rakyat (H3) menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang. Rakyat juga (H4)
menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah. Contohnya, (C1) membina istana atau jalan.
(c) Raja yang baik patut dihormati. Bagaimana anda boleh menunjukkan anda menghormati raja?
(8M)

5. (a) Apakah nama akhbar yang menentang Malayan Union? (2M)

Nama akhbar yang menentang Malayan Union ialah Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara.

(b) Huraikan peranan golongan tertentu:

i) Yang menentang Malayan Union (4M)

Pihak yang menentang Malayan Union ialah Raja-raja Melayu. Hal ini kerana Malayan Union
merupakan sebuah pentadbirang berbentuk mutlak dan raja-raja melayu telah kehilangan kuasa
terhadap pemerintahan. Selain itu Orang Melayu juga menentang Malayan Union. Hal ini kerana
Orang Melayu kehilangan hak keistimewaan mereka sebagai penduduk asal Tanah Melayu.

ii) Yang menyokong Malayan Union (4M)

Pihak yang menyokong Malayan Union ialah parti radikal berhaluan kiri. Hal ini kerana mereka tidak
menyukai institusi beraja. Bentuk pentadbiran Malayan Union yang mutlak telah memuaskan
keinginan mereka.

(c) Orang melayu dan Raja Melayu menentang Malayan Union. Nyatakan adakah tindakan
mereka wajar? (4M)

Tindakan mereka adalah wajar. Hal ini kerana Malayan Union merupakan (F1) satu bentuk
penjajahan secara mutlak oleh kerajaan British. Malayan Union perlu ditentang kerana ianya akan
(H1) mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada negeri Tanah Jajahan. Selain
itu, (F2) British melantik Sir Harold MacMichael dan Willan untuk mendapatkan persetujuan Raja-
raja Melayu terhadap Malayan Union dengan cara yang tidak adil. (H1) Kedua-dua pegawai British itu
menggunakan desakan dan paksaan

(d) Huraikan kesan jika Malayan Union dijalankan di Tanah Melayu. (4M)

Sekiranya Malayan Union dijalankan di Tanah Melayu, (F1) Sultan Melayu akan kehilangan
kedaulatan dan kuasa politik yang selama ini menjadi hak mutlak Raja-raja Melayu. (H1) Sultan
hanya menjadi Ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan (H2) adat
istiadat Melayu. Selain itu, kewarganegaraan melalui (F2) prinsip jus soli akan menjadi asas
kewarganegaraan Malayan Union. Ini menjadikan (H1) seluruh rakyat yang dilahirkan di Tanah
Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warga Malayan Union

6. a) Jelaskan mengapa masyarakat tempatan menentang Jepun semasa kependudukan Jepun.


(4M)

Dari aspek ekonomi, masyarakat tempatan menentang Jepun semasa kependudukan Jepun kerana
mereka melaksanakan (F1) sistem ekonomi kawalan yang menyebabkan kemelesetan ekonomi. (H1)
Mata wang Jepun yang menggantikan mata wang yang digunakan oleh British yang dicetak tanpa
kawalan telah menyebabkan berlakunya inflasi. Dari aspek sosial, Jepun telah memberikan (F2)
layanan yang berbeza mengikut kaum berdasarkan kepentingan tertentu. (H1) Kaum Melayu dan
peribumi diberikan layanan yang baik manakala (H2) kaum Cina diberikan layanan yang kejam.

(b) Jelaskan kesan penentangan Jepun dari pelbagai sudut. (6M)


Penentangan terhadap Jepun terdiri daripada MPAJA. MPAJA bermaksud tentera yang anti Jepun.
MPAJA terdiri daripada Parti Komunis Malaya (PKM), Force 136 dan Parti Komintang (KTM) MPAJA
mendapat bantuan British seperti kewangan, ubatan, senjata dan Latihan. Di Sarawak terdapat
Operasi Semut. Mereka menentang tentera Jepun.

(c) Penentangan terhadap Jepun juga berlaku di Sabah dan Sarawak selain Tanah Melayu.
Huraikan kebangkitan gerakan kependudukan di

i) Sabah (2M)
Pemberontakan Jesselton yang diketuai oleh Albert Kwok. Serangan Gerila ini
menjalankan serangan terhadap pejabat pentadbiran , balai polis dan kemudahan
tentera Diraja Jepun

ii) Sarawak (2M)


Operasi Semut ialah siri operasi yang dilakukan Unit Khas Z Australia. Operasi ini
bertujuan mengumpulkan risikan dan melatih orang tempatan untuk melancarkan
serangan gerila terhadap Jepun.

iii) Tanah Melayu (2M)


Penubuhan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) ialah sebuah gerakan anti-
Jepun yang terbesar di Tanah Melayu. Gerakan ini telah dilatih oleh pihak British untuk
menghadapi serangan tentera Jepun.

(d) Penentangan Jepun yang berlaku turut membawa kesan yang baik. Huraikan. (6M)

Kesan baik daripada penentangan Jepun ialah melahirkan semangat Anti-Penjajah. Pendudukan
Jepun telah berlaku ketika kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu mula berkembang. Kejayaan
tentera Jepun menewaskan British telah menyedarkan orang Melayu bahawa orang Asia juga
mampu mengalahkan orang Eropah yang dianggap sebagai kuasa besar. Selain itu, menimbulkan
perjuangan menuntut kemerdekaan dalam kalangan orang Melayu. Langkah tentera Jepun yang
membebaskan ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipenjarakan oleh British telah
membangkitkan nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. KMM bekerjasama dengan Jepun
dengan harapan mereka akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Penentangan Jepun turut membawa kesan yang baik seperti peningkatan patriotisme. Orang
Melayu terutamanya mempunyai kumpulan secara rahsia untuk menentang Jepun. Makanan yang
sukar diperolehi menjadikan rakyat kreatif mencipta makanan. Beras dicatu oleh Jepun. Beras
dicampur dengan air yang banyak, atau dicampur dengan ubi kayu. Rakyat mencipta pelbagai alat
baru untk kegunaan harian. Mereka mencipta selipar Jepun.

(e) Huraikan nilai yang boleh dikaitkan dengan kependudukan Jepun. (4M)

Nilai yang boleh dikaitkan adalah kerajinan. Rakyat rajin menghasilkan bahan makanan baharu bagi
menggantikan beras. Nilai lain adalah patriotisme. Rakyat Tanah Melayu mempunyai semangat
semangat cinta akan negara sendiri lebih baik daripada zaman British.

7. (a) Huraikan peranan golongan tertentu yang berkaitan Persekutuan Tanah Melayu
i) Yang menentang Persekutuan Tanah Melayu (4M)

Pihak yang menentang Persekutuan Tanah Melayu ialah

ii) Yang menyokong Persekutuan Tanah Melayu (4M)

(b) Orang melayu dan bukan melayu bekerjasama bagi mengukuhkan perpaduan kaum. Jelaskan
cabaran yang mereka hadapi. (6M)

(c) Huraikan cara mengatasi cabaran perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia yang
terdiri daripada masyarakat majmuk. (6M)

(d) Pertubuhan berhaluan kiri turut berperanan dalam menyebarkan patriotisme negara. Adakah
anda akan menyokong mereka jika anda berada pada tahun 1940-an hingga tahun 1950-an? (6M)

8. (a) Siapakah Mikado Meiji? Apakah perubahan yang dilakukan beliau? (2M)

Mikado Meiji adalah Maharaja Jepun pada ketika itu. Beliau menjalankan Dasar Pemulihan Meiji
atau Dasar Pemodenan Jepun.

(b) Mengapakah beliau melakukan Dasar Pemodenan Meiji? (4M)

Beliau melakukan Dasar Pemodenan Meiji kerana (F1) ingin Jepun dihormati oleh kuasa Barat. Hal ini
disebabkan oleh (H1) kesedaran untuk mencapai kemajuan sekaligus (H2) mengelakkan ancaman
imperialisme Barat. Beliau juga menekankan (H3) pemodenan mengikut model Barat. (H4) Prinsip
dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah
semasa era Pemulihan Meiji.

(c) Apakah impak daripada Dasar Pemulihan Meiji? (3M)

Impak daripada Dasar Pemulihan Meiji ialah (F1) Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan
kuasa tentera yang kuat di Asia pada awal abad ke-20. Hal ini disebabkan oleh (H1) pemulihan
meliputi gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan. Selain itu, (F2) Jepun juga muncul
sebagai kuasa imperialism di Asia. Hal ini disebabkan oleh (H1) desakan ekonomi dan nasionalisme
melampau oleh golongan tentera

(d) Pada pendapat anda, apakah maksud Bushido? (4M)

Pada pendapat saya, maksud Bushido ialah (F1) sikap yang sanggup menanggung risiko. Selain itu,
(H1) bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan (H2) sedia berkorban demi melaksanakan
tanggungjawab terhadap ketua dan (H3) negara.

(e) Bagaimana semangat ini dapat membantu diri anda sebagai pelajar? (4M)

Semangat ini dapat membantu diri saya sebagai pelajar kerana semangat Bushido (F1) menyemai
sifat melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dalam mencapai citacita supaya (H1) dapat
mendorong murid lebih berjaya dalam akademik dan (H2) kokurikulum. Semangat ini juga (H3)
menjadi motivasi kepada murid agar sentiasa berusaha gigih untuk berjaya di masa hadapan.

(f) Adakah wajar kita meniru Pemodenan Meiji? Berikan pandangan anda? (6M)
Kita wajar meniru Pemodenan Meiji kerana pembaharuan Meiji membolehkan masyarakat Jepun
pada masa itu (F1) melakukan banyak pembaharuan yang mengelak mereka dari ancaman
imperialisme Barat. Pemodenan berdasarkan model Barat tidak sahaja (H1) membolehkan Jepun
menjadi negara moden, tetapi juga menjadikan Jepun (H2) dihormati oleh kuasa barat. Semangat
Bushido menjadikan negara Jepun (F2) lebih moden dari pelbagai segi. Jepun mencapai pemodenan
dalam (H1) aspek perindustrian dan (H2) ketenteraan. Rumusannya, pemodenan Meiji berjaya
menjadikan Jepun antara negara gergasi di Asia dan membolehkan Jeoun muncul sebagai kuasa
imperialisme di Asia

9. (a) Jelaskan cabaran kedaulatan negara berhubung:

i) Masalah dadah (2M)

(F1) Cabaran utama berkaitan dadah adalah masalah penagihan dadah dalam kalangan rakyat,
masalah pengedaran dadah dalam negara dan pembuatan dadah sintetik. (H1) Usaha membenteras
dadah atas usaha Polis di-Raja Malaysia (PDRM) dan Imigresen. (H2) Negara mendapat kerjasama
pihak INTERPOL bagi menyusun strategi membasmi dadah di peringkat antarabangsa

ii) Pemerdagangan manusia (2M)

Pemerdagangan manusia yang dijual atau dipaksa melakukan pekerjaan secara haram terutamanya
ke luar negara. (H1) Rakyat Malaysia yang ditipu bekerja di luar negara dijual sebagai hamba. (H2)
Usaha bersama pihak INTERPOL dan kedutaan asing di luar negara dalam usaha membanteras
pemerdagangan manusia.

(b) Kenapa mewujudkan kedaulatan negara adalah penting? (6M)

Kedaulatan negara penting dari aspek politik kerana (F1) negara bebas menjalankan kerajaan sendiri.
Malaysia (H1) bebas menjalankan pentadbiran sendiri, (H2) tanpa campur tangan kuasa luar.
Kedaulatan juga bermaksud Malaysia (F2) bebas menjalankan ekonomi sendiri. Malaysia (H1) bebas
menjalankan perdagangan impot dan ekspot. (H2) Malaysia adalah pengeluar kelapa sawit dunia.
Contohnya, (C1) perdagangan minyak kelapa sawit.

(c) Pada pendapat anda, bagaimanakah negara dapat menambah aset ketenteraan? (8M)

Pada pendapat saya, negara kita perlu menambah aset ketenteraan kerana (F1) memastikan
keselamatan negara. Sempadan negara di kawasan daratan seperti (H1) sempadan Thailand di utara
dan (H2) sempadan dengan Brunei dan Indonesia di Pulau Borneo. Negara kita juga perlu aset
ketenteraan bagi (F2) memastikan keselamatan rakyat terutama di lautan. (H1) Laut China Selatan
kerap diserang oleh anggota Abu Sayyaf dari Filipina. (H2) Sempadan negara di Laut Selat Melaka
juga kerap dicerobohi oleh nelayan dari Thailand, Vietnam dan Indonesia

10. (a) Kumpulan penentangan Sarawak terdiri daripada pelbagai kumpulan. Bincangkan
bagaimana penentangan berlaku:

i) Guru Wanita (4M)

Golongan wanita seperti (F1) Cikgu Lily Eberwein. (H1) Beliau mengetuai kaum ibu pergi ke rumah
panjang untuk (H2) mengadakan kempen kesedaran. Mereka sanggup mengorbankan masa dan
tenaga untuk (H3) mengatur demonstrasi menentang penyerahan Sarawak.

ii) Tindakan Rukun 13 (4M)


Rukun 13 telah (F1) ditubuhkan oleh golongan muda dalam gerakan antipenyerahan. Ia (H1)
ditubuhkan secara sulit oleh para pemimpin Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) di Sibu. Sasaran
kumpulan ini adalah untuk (H2) menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu, Sarawak. (H3) Satu
mesyuarat sulit telah diadakan untuk membunuh Duncan Stewart pada 3 Disember 1949 di Sibu.

(b) Rukun 13 menjalankan beberapa tindakan yang sia-sia. Berikan ulasan anda. (6M)

11. (a) Apakah yang boleh anda tafsirkan dengan kebebasan asasi? (2M)

Kebebasan asasi merupakan hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang.
Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan peruntukan berkaitan dengan kebebasan asasi.

(b) Pada pandangan anda, apakah keistimewaan Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan? (6M)

) Pada pandangan saya, keunikan amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dapat
dilihat dengan adanya (F1) campuran gabungan unsur tradisional dan moden. (H1) Unsur tradisional
meletakkan kedudukan raja sebagai paling penting dalam kerajaan Persekutuan dan (H2) Kerajaan
Negeri. (H3) Sultan mengetuai Dewan Undangan Negeri mentadbir kerajaan negeri. (H4) Yang di-
Pertuan Agong menjadi ketua Negara Malaysia. Selain itu, terdapat (F2) kerjasama politik dalam
membentuk kerajaan. (H1) Pada awal pilihan raya terbentuknya Pakatan Harapan. (H2) Perubahan
politik meletakkan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan. (H3) Kerajaan sekarang dianggotai oleh Pakatan
Nasional.

(c) Parti politik mempunyai masalah tersendiri. Bincangkan. (4M)

(d) Bagaimana masalah di atas boleh diatasi? (4M)

(e) Jelaskan nilai yang boleh dikaitkan dengan hak kebebasan asasi. (4M)

12. (a) Apakah tafsiran anda mengenai raja Berpelembagaan? (2M)

Raja Berpelembagaan adalah Pemerintahan beraja yang dijalankan di Malaysia. Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan.

(b) Jelaskan ciri-ciri negara kita sebagai negara berdaulat (4M)

Malaysia adalah negara berdaulat jika dilihat dari sudut pemerintahan, kita mempunyai kestabilan
politik iaitu (F1) pemerintahan. (H1) Malaysia mengamalkan Sistem Raja Berpelembagaan dan (H2)
Demokrasi Berparlimen. Selain itu, negara mestilah (F2) mempunyai sempadan negara. (H1)
Malaysia berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei
dan Filipina.

(c) Bagaimana kita mahu mengekalkan kedaulatan negara dari sudut

i) Politik (2M)

Dari aspek politik, langkah-langkah kedaulatan negara Malaysia dapat diperkenalkan dengan (F1)
mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap. (H1) Sistem pentadbiran dijalankan dengan adil dan
cekap tanpa campurtangan asing.

ii) Ekonomi (2M)


Dari aspek ekonomi, langkah-langkah kedaulatan negara Malaysia dapat diperkenalkan dengan (F1)
memperkenalkan hubungan dasar ekonomi. (H1) Kerajaan memfokuskan pembangunan ekonomi
dalam pertanian, perusahaan dan perdagangan.

iii) Sosial (2M)

Dari aspek sosial, langkah-langkah kedaulatan negara Malaysia dapat diperkenalkan dengan (F1)
memperkenalkan dasar sosial yang memberi impak positif kepada rakyat. (H1) Rakyat mesti
diberikan peluang pendidikan yang baik supaya mereka boleh menyumbang kepada negara.

(d) Mengapakah institsi Beraja perlu dipertahankan? (4M)

Institusi Beraja perlu dipertahankan kerana ianya (F1) merupakan salah satu elemen Demokrasi
Berpelembagaan. Demokrasi merupakan (H1) lambang pentadbiran yang penting kepada negara.
(H2) Tanpa Insitusi Beraja, kedaulatan negara tidak dapat dibuktikan dengan nyata. Instusi Beraja
juga (F2) merupakan Ketua Kerajaan. Institusi penting kerana (H1) Yang di-Pertuan Agong
merupakan Ketua Negara. (H2) Sultan merupakan ketua kerajaan negeri bagi negeri-negeri yang
tidak mempunyai sultan

You might also like