You are on page 1of 7

ULANGKAJI UPSA

SEJARAH 2023
TINGKATAN 4
BAB 1
1. Namakan sistem pentadbiran KMM.
Nama sistem pentadbiran KMM ialah Sistem Pembesar Empat Lipatan

2. Namakan jawatan pembesar yang terlibat dalam pentadbiran pusat.


Pembesar yang terlibat dalam pentadbiran pusat ialah Bendahara, Temenggung,
Laksamana dan Penghulu Bendahari

3. Nyatakan dua undang-undang yang terdapat dalam KMM.


Dua undang-undang yang terdapat dalam KMM ialah Undang-undang Laut Melaka dan
Hukum Kanun Melaka.

4. Terangkan kandungan Hukum Kanun Melaka berkaitan:


i) Jenayah
Jenayah ialah perbuatan yang mengugat ketentaraman dan keharmonian dalam
KMM. Pelbagai hukuman setimpal akan dikenakan terhadap perbuatan jenayah.
Contoh jenayah seperti membunuh, mencuri dan lain-lain. Antara kesalahan yang
dikenakan hukuman bunuh seperti seseorang membunuh tanpa pengetahuan raja
atau pembesar.

ii) Ekonomi
Perdagangan adalah sumber ekonomi utama KMM.Undang-undang berkaitan
ekonomi membicarakan tentang peraturan yang jelas dalam urusniaga. Hal ini untuk
mengawal perdagangan KMM agar tidak berlaku kesalahan yang bertentangan
dengan ajaran Islam. Contoh amalan riba diharamkan dalam Islam.

iii) Peranan sultan dan pembesar


Setiap pembesar mempunyai peranan masing-masing dalam pentadbiran. Mereka
perlu arif dalam hal berkaitan pelaksanaan undang-undang. Contoh sultan
berperanan melantik pembesar seperti bendahara.

5. Huraikan faedah yang diperolehi jika negara mempunyai sistem pentadbiran yang
sistematik.
Faedah yang diperolehi jika negara mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik ialah
pentadbiran dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan(F1) Hal ini akan membolehkan
sumber tenaga digunakan secara optimum(H1a). Tiada pembaziran kos atau masa akan
berlaku(h1b). Oleh itu, rakyat akan mendapat perkhidmatan yang terbaik(h1c). Seterusnya
akan meningkatkan keyakinan rakyat pada pemerintah(f2). Perkara ini akan dapat dicapai
sekiranya pemerintah berjaya mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan tidak terlibat
dengan rasuah.(I)

6.Apakah maksud:
i) waadat
Maksud waadat ialah perjanjian.
ii)Tulah
Tulah bermaksud kecelakaan yang menimpa seseorang yang melanggar perintah raja atau
menderhaka pada raja.

iii) Timbal balik


Maksud timbal balik ialah proses memberi dan menerima. Raja menjaga keselamatan rakyat
dan sebagai balasannya rakyat memberi taat setia kepada raja.

7. Huraikan kandungan waadat.


Kandungan waadat antaranya menyatakan isi perjanjian antara rakyat kepada pemerintah
iaitu rakyat dilarang menderhaka kepada raja. Hal ini kerana menderhaka boleh
menyebabkan berlakunya tulah. Bagi raja pula, baginda dikehendaki melindungi rakyatnya.
Jika raja melanggar perjanjian, kerajaannya dan takhtanya akan dibinasakan Allah.

BAB 2
8.Apakah peristiwa yang menunjukkan penentangan rakyat:
i)Revolusi Amerika
Peristiwa Jamuan Teh Boston

ii)Revolusi Perancis
Pengempuran Penjara Bastile

9.Mengapakah orang Amerika menentang penjajahan British?


Orang Amerika menentang penjajahan British disebabkan tindakan British yang tidak
melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar
British(f1)Penduduk Amerika menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut
cukai(h1). Contoh Akta Teh, Akta Gula, Akta Setem dll(C). Selain itu, tiada perwakilan
Amerika dalam parlimen British(F2). Hal ini menyebabkan rakyat Amerika tidak dapat
menyuarakan pendapat mereka.(H2)

10. Terangkan iktibar/pengajaran daripada revolusi yang berlaku di atas.


Antara iktibar/pengajaran daripada revolusi yang berlaku di atas ialah kerajaan perlu
menjaga kebajikan rakyat(F1). Pemerintah perlu mendapat kelulusan perwakilan dalam
parlimen jika hendak membuat sebarang keputusan(H1). Contohnya cukai yang hendak
dikenakan mestilah tidak membebankan rakyat(C1). Selain itu, rakyat perlu berani
menyuarakan hak mereka(F2). Dengan itu, rakyat perlulah berilmu pengetahuan supaya
tahu hak mereka(H2). Oleh itu, pemerintah tidak sepatutnya menindas rakyat kerana tanpa
rakyat negara tidak boleh berkembang maju(I).

11. Huraikan perkembangan nasionalisme di China.


Nasionalisme di China berlaku disebabkan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan
Dinasti Manchu(F1). Dinasti ini dianggap sebagai orang luar(H1a). Dinasti ini dikatakan sudah
kehilangan mandat(H1b). Selain itu, rakyat hilang kepercyaan terhadap Dinasti Manchu(F2).
Ini akibat kegagalan Manchu menghalang kemasukan pengaruh Barat(H2). Seterusnya,
gerakan nasionalisme China lebih bercorak anti Barat(F3). Rakyat menentang pencerobohan
kuasa Barat(H3)

12. Nyatakan gerakan nasionalisme di Empayar Uthmaniah dan Mesir


(I) Gerakan Islah
(II) Gerakan Pan Islamisme

13. Terangkan cara Empayar Uthmaniah dan Mesir mempertahankan sistem pemerintahan
Islam daripada ancaman Barat.
Antara cara Empayar Uthmaniah dan Mesir mempertahankan sistem pemerintahan Islam
daripada ancaman Barat ialah dengan tercetusnya Gerakan Islah di Mesir(F1). Gerakan ini
merupakan gerakan pemulihan Islam(h1a). Gerakan ini menyeru umat Islam berpegang
pada ajaran Islam yang sebenar(H1b). Selain itu, tercetusnya juga Gerakan Pan
Islamisme(F2). Ia dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani(H2a). Gerakan ini untuk
memperkutkan rasa persaudaraan dalam kalangan umat Islam(H2b).

14. Terangkan cara perjuangan Mahatma Ghandi.


Cara perjuangan Mahatma Ghandi ialah tidak bekerjasama dengan British(F1).
Mahatma Gandhi memperjuangkan kemerdekaan melalui ‘Satyagraha’(H1a). Matlamat
perjuangan berpegang pada kebenaran(H1b). Konsepnya menjadikan asas perjuangan tanpa
keganasan(H1c). Contohnya beliau menggunakan cara mogok lapar(C).

BAB 3
15. Berikan faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua.
I) Kemunculan ideologi baru
II) Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles
III) Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

16. Terangkan perkara berikut:


I) Fasisme
Fasisme ialah gerakan dibawah Benito Mussolini. Parti Fasisme berjaya menguasai
kerajaan Itali pada tahun 1922. Fasisme memberi keutamaan kepada kepentingan
negara melebihi kepentingan individu.

II) Nazisme
Nazisme ialah gerakan di bawah pimpinan Adolf Hitler. Parti Nazi berjaya
membentuk kerajaan di Jerman pada tahun 1933. Nazisme mengagungkan bangsa
Jerman.

17. Senaraikan kuasa utama dalam Perang Dunia Kedua


I) Kuasa Paksi - Jerman, Itali dan Jepun
II) Kuasa Bersekutu - Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Rusia

18. Bincangkan tindakan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.


Tindakan Jerman dalam Perang Dunia Kedua ialah Jerman melancarkan serangan
terhadap Eropah Barat(F1). Jerman memulakan serangan kilat/Blitzkrieg untuk menakluki
negara di Eropah Barat(H1a). Jerman berjaya menguasai hampir keseluruhan negara di
Eropah Barat. Contohnya Belanda, Poland, Belgium dll(C).
Selain itu, Jerman melncarkan serangan udara dan laut terhadap Britain(F2). Jerman
menyerang dan memusnahkan pelabuhan, kawasan industri dan pertahanan(H2a).
Serangan tersebut telah menjejaskan ekonomi Britain(H2b)

19. Bagaimanakah Tentera Bersekutu berjaya menyekat kemaraan Jerman?


Tentera Bersekutu berjaya menyekat kemaraan Jerman dengan cara mengadakan
kerjasama antara Kuasa Besar(F1). Kuasa Besar tersebut ialah pemimpin Amerika Syarikat,
Britain dan Rusia(H1a). Mereka bertemu dan membuat keputusan politik dan
ketenteraan(H1b).
Selain itu, tentera bersekutu mempunyai strategi serangan yang berkesan/bagus(f2).
Tentera Bersekutu berjaya memperdayakan tentera Jerman dalam operasi di Normandy,
Perancis(H2a).

20. Jelaskan Operasi Kod ‘D-Day’ yang menjadi penentu kejayaan Tentera Bersekutu.
Melalui Operasi Kod ‘D-Day’, Tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy,
Perancis pada Jun 1944(F1). Tentera Bersekutu berjaya memperdayakan tentera jerman
dengan menyebarkan maklumat palsu bahawa pendaratan tentera Bersekutu di Calais,
bukannya di Normandy(H1).
Kejayaan tersebut meningkatkan semangat tentera Bersekutu(F2). Hal ini, berjaya
membebaskan Perancis dan negara Eropah Barat daripada penaklukan Jerman(H2).
Selain itu, operasi ini membolehkan tentera Bersekutu memasuki jerman dari arah
Barat(F3). Pada masa yang sama, Rusia menyerang dari arah Timur(H3a). Kematian Hitler
akhirnya mengubah landskap perang di Eropah(H3b). Jerman akhirnya menyerah kalah
sekali gus menamatkan perang di Eropah(H3c).

21. Terangkan faktor-faktor kejayaan Pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.
Faktor-faktor kejayaan Pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua ialah adanya
kerjasama kuasa besar(F1). Hai ini dapat dilihat apabila Presiden Amerika Syarikat,
Roosevelt dan perdana Menteri Britain, Churchill sering bertemu untuk membuat keputusan
politik dan ketenteraan(H1a). Kemudian, Presiden Rusia iaitu Stalin melibatkan diri dalam
kerjasama ini(H1b).
Seterusnya, kegagalan operasi Jerman untuk menawan Rusia(F2). Jerman kehilangan
banyak nyawa tenteranya apabila perang melewati dua musim sejuk di Rusia(H2a). Tempoh
perang yang panjang menyebabkan tentera Jerman kehabisan peluru(H2b). Mereka juga
kehabisan minyak(H2c). Selain itu, kehabisan bekalan makanan telah melemahkan
semangat tenteranya(H2d).

22. Sejauh manakah ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versaillis memberikan implikasi
terhadap Perang Dunia Kedua.
Sememangnya ketidakpuasan hati Jerman terhadap Perjanjian Versaillis telah
memberikan implikasi terhadap Perang Dunia Kedua(F1). Jerman menganggap perjanjian ini
tidak adil dan menjejaskan kedaulatan negaranya(H1a). Melalui perjanjian ini, Jerman
kehilangan tanah jajahan(H1b). Jerman juga perlu membayar pampasan yang tinggi(H1c).
Keadaan ini menyebabkan Jerman mengalami kemelesatan ekonomi dan inflasi yang
teruk(H1d). Selain Jerman, Itali juga tidak puas hati dengan perjanjian ini(F2). Hal ini kerana
Itali tidak mendapat tanah jajahan baru(H2).
Selain ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versaillis, ada faktor lain yang
memberikan implikasi terhadap Perang Dunia Kedua. Faktor tersebut ialah kegagalan Liga
Bangsa-Bangsa(F3). Liga ini berperanan untuk memastikan keamanan dunia dan
mewujudkan kerjasama antarabangsa(H3a). Walau bagaimanapun, Liga bangsa-bangsa
gagal dalam usaha menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata(H3b). Liga ini juga gagal
menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama(H3c).
Contohnya Krisis Manchuria yan dicerobohi Jepun(c).
Kemunculan ideologi baru juga memberikan implikasi terhadap Perang Dunia
Kedua…….

23. Huraikan sebab Jepun menguasai Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
Antara sebab Jepun menguasai Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah ialah memenuhi
keperluan ekonomi Jepun(F1). Hal ini kerana Jepun memerlukan bahan mentah untuk
keperluan industri mereka(H1a). Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah(H1b). Contoh
bijih timah, getah dll (c). Jepun menakluki Sarawak untuk mendapatkan sumber
minyak(H1c). Miri dan Lutong menjadi sasaran utama ©.
Selain itu, kepentingan strategik ketenteraan juga menjadi sebab Jepun menguasai
negara kita(F2). Kedudukan strategik negara kita sesuai untuk ketenteraan Jepun(H2a).
Singapura terletak di hujung Tanah Melayu yang menjadi pangkalan tentera British(H2b).
Penguasaan terhadap Singapura membuka laluan penguasaan Jepun terhadap telaga
minyak di Sumatera(H2c). Penguasaan terhadap Pulau Borneo pula penting untuk
membolehkan Jepun menjayakan opersi menakluki Pulau Jawa(H2d).

24. Ceritakan dasar pentadbiran Jepun di negara kita.


Jepun telah melaksanakan pentadbiran tentera di negara kita(F1). Pada awalnya,
pentadbiran Tanah Melayu telah digabungkan dengan Sumatera(H1a). Hal ini kerana jepun
mahu membentuk Kawasan Pertahanan Khas(H1b). Ia diletakkan di bawah pasukan tentera
Jepun ke-25 di Singapura(H1c). Selepas itu, Tanah Melayu dan Sumatera ditadbir secara
berasingan(H1d). Hal ini kerana menyukarkan jepun mentadbir disebabkan pebezaan sistem
politik(H1e). Singapura dikenali sebagai ‘Syonan -to’(H1f). Singapura ditakbir secara
berasingan(H1g).
Jepun mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu(F2). Raja-raja Melayu menjadi ketua
dalam hal ehwal agama dan adat Melayu(H2a). Mereka diberi bayaran pencen(H2b).
Kedudukan sultan diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun(H2c).
Selain itu, Jepun juga memberi peluang kepada pemimpin tempatan…….

25. Apakah tujuan Jepun melancarkan propaganda ‘Asia Untuk Asia’?


Tujuan Jepun melancarkan propaganda ‘Asia Untuk Asia’ untuk mendapat sokongan
penduduk tempatan(F1). Mereka menekankan kebebasan negara Asia daripada kuasa
Barat(H1a). Mereka ingin menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia(H1b).
Konsep ini selari dengan nasionalis Tanah Melayu(H1c). Cara ini membolehkan jepun
mempengaruhi minda masyrakat tempatan(H1d). Hal ini diharap dapat menjayakan misi
imperialisme Jepun(H1e).
26. Jelaskan iktibar daripada propaganda di atas.
Iktibar daripada propaganda di atas ialah berwaspada atau jangan mudah percaya
dengan kuasa asing(F1). Kedaulatan negara akan tergadai dengan kehadiran kuasa
asing(H1a). Negara kita tanggungjawab kita(H1b). Kita tidak boleh mengharapkan bantuan
luar untuk mempertahankan negara kita(I)

27. Siapakah yang menguasai Tanah Melayu semasa kekosongan politik selepas Jepun
menyerah kalah?
I. Parti Komunis Malaya
II. Bintang Tiga
III. MPAJA

28. Jelaskan tindakan ‘Bintang Tiga’ selama 14 hari di negara kita selepas Jepun menyerah
kalah.
Tindakan ‘Bintang Tiga’ selama 14 hari di negara kita selepas Jepun menyerah kalah
ialah mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu(F1). Mereka telah menguasai bandar, balai
polis dan pejabat pentadbiran yang ditinggalkan oleh tentera Jepun(H1).
Selain itu, Bintang Tiga telah menjalankan undang-undang sendiri(F2). Mereka
menubuhkan sebuah mahkamah yang dikendalikan oleh mereka sendiri(H2a). Hukuman
mati akan dikenakan kepada sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun(H2b).
Seterusnya, Bintang Tiga juga melakukan kekejaman(F3). Mereka menyeksa dan
membunuh polis, askar, pegawai daerah dan pasukan sukarelawan Melayu(H3).

29. Bagaimanakah tindakan pemimpin Melayu terhadap keganasan ‘Bintang Tiga’?


Antara tindakan pemimpin Melayu terhadap keganasan ‘Bintang Tiga ialah orang
Melayu bertindak balas dengan bersatu menentang Bintang Tiga(F1). Mereka membentuk
Gerakan Fi-Sabilillah(H1a). Tujuannya untuk mempertahankan maruah bangsa(H1b).
Contohnya Kiai Salleh menubuhkan pasukan Tentera Selempang Merah©.
Selain itu, mengadakan kompromi dan usaha perundingan dengan Bintang Tiga(F2).
Dato Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim untuk menamatkan kekacauan di Balai Polis Batu
Pahat(H2a). Pemimpin Melayu mengatur perundingan dengan ketua Bintang Tiga(H2b).
Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju tamatkan konflik(H2c).

BAB 4
30. Berikan sebab British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu.
I) Mengantikan British Militari Army(BMA)
II) Melicinkan pentadbiran
III) Meningkatkan pelaburan ekonomi
IV) Mengukuhkan pertahanan
V) Mengekalkan orang asing

31. Terangkan ciri-ciri Malayan Union berkaitan kewarganegaraan.


Ciri-ciri Malayan Union berkaitan kewarganegaraan ialah menggunakan prinsip Jus
Soli(F). Mengikut prinsip ini kewarganegaraan akan diberi kepada semua rakyat yang
dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura(H1). Selain itu, mereka yang berumur 18 tahun
dan ke atas serta bermastautin selama 10 tahun hingga 15 tahun akan diberikan
kewarganegaraan(H2). Seterusnya, mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang
ibu bapanya merupakan warganegara turut diberikan kewarganegaraan(H3).

32. Terangkan sebab SBUB menyerahkan Sabah kepada British.

33. Mengapakah penduduk Sabah tidak menentang penyerahan Sabah kepada British?

BAB 5
34. Berikan maksud persekutuan

35. Senaraikan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja Persekutuan Tanah
Melayu 1948.

36.Terangkan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

37.Nyatakan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

You might also like