You are on page 1of 6

Sistem Bunyi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung

8. 9. 10.

Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

18. 19. 20.

Rongga mulut Rahang Tenggorok

FUNGSI ALAT PERTUTURAN Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke manamana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian

hadapan atas rongga mulut saluran rongga tekak terus akan terbuka dan udara diturunkkan, rongga mulut rongga hidung. Rongga Hidung

dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan keluar melalui rongga mulut dan apabila akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

JENIS-JENIS BUNYI Bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PENGHASILAN BUNYI VOKAL Vokal Depan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari Vokal Depan Separuh Sempit (e) Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok Vokal Depan Separuh Luas Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Depan Luas ( a) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendahrendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang Vokal Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang Vokal Belakang Separuh Luas Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Vokal Tengah Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai DIFTONG

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. a. (ai): b. (au): c. (oi): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai lampau, silau, garau, surau, pukau amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

You might also like