You are on page 1of 9

Buletin Panitia

Matematik

Bilangan 01/2012 : Januari - Mac 2012 Laman web : http://skkangkarpulai-skkp.blogspot.com/ Email : skkangkarpulai@gmail.com
Warga Kerja : Penasihat : Cikgu Zakaria bin Md Yunus Penyelaras : Cikgu Shamsudin bin Mohd Rosli Jawatankuasa: Cikgu Zaba bin A. Rahman Cikgu Suhaiza binti Jaafar Cikgu Hjh Che Bushra binti Hassan Cikgu Siti Nirwanie binti Mohd Amin Cikgu Diana binti Abu Cikgu Hairul Aniza binti Abd Hamid Cikgu Ruhaida binti Paiman Cikgu Suzaita binti Tahir Cikgu Hammad Nazir bin Hasbullah Cikgu Siti Fatimah binti Misran Cikgu Nurul Ain binti Che Harun

fx~t ||{
Assalamualaikum w.r.b.t dan salam sejahtera buat pembaca budiman. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Buletin Panitia Matematik telah berjaya dihasilkan buat julung kalinya dan menjadi suatu inovasi kepada sekolah ini. Sebagai suara rasmi Panitia Matematik, murid dan warga SKKP boleh memanfaatkan buletin ini untuk mendapatkan perkembangan terkini Panitia Matematik dan perkembangan teknologi ilmu matematik yang tidak diperolehi secara rasmi di dalam buku teks sekolah. Murid juga boleh mengasah bakat dalam penulisan majalah dengan bimbingan guru. Akhir kata, sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan khasnya untuk jawatankuasa Panitia Matematik dan warga kerjanya yang telah bertungkus-lumus menerbitkan buletin ini. Diharap dengan adanya buletin seumpama ini, kita akan menjadi warga yang lebih peka kepada perkembangan sekolah kita. Sekian terima kasih.

~ MUTIARA KATA ~ Gantungkan azam setinggi bintang dilangit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan

EN. ZAKARIA BIN MD YUNUS Guru Besar SK Kangkar Pulai

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahniah kepada warga Panitia Matematik SKKP kerana telah berjaya menerbitkan Buletin Panitia Matematik ini yang merupakan usaha sulung kita bersama pada tahun ini. Saya amat yakin Panitia Matematik SKKP akan berjaya mencapai objektifnya untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran matematik bagi peperiksaan dan ujian yang diadakan. Sasaran utama sudah tentulah untuk meningkatkan prestasi pencapaian UPSR sekolah kita. Harapan saya, semua warga sekolah akan memberi sokongan yang padu kepada warga Panitia Matematik untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang pada tahun ini. InsyaAllah, kejayaan akan dapat kita capai. Salam hormat dari sidang editor.

Dari meja pengarang @ ketua panitia

SENARAI GURU MATEMATIK & KELAS YANG DIAJAR


Data pada 31 Mac 2012

Cikgu Shamsudin bin Mohd Rosli Cikgu Zaba bin A. Rahman Cikgu Suhaiza binti Jaafar Cikgu Hjh Che Bushra binti Hassan Cikgu Siti Nirwanie binti Mohd Amin Cikgu Diana binti Abu Cikgu Hairul Aniza binti Abd Hamid Cikgu Ruhaida binti Paiman Cikgu Suzaita binti Tahir Cikgu Hammad Nazir bin Hasbullah Cikgu Siti Fatimah binti Misran Cikgu Nurul Ain binti Che Harun

(6 Bestari, 5 Dedikasi, 4 Bestari) (4 Arif, 4 Dedikasi) (6 Cemerlang, 5 Bestari, 5 Arif) (6 Gigih) (6 Arif, 4 Cemerlang, 4 Gigih) (3 Arif) (3 Bestari, 3 Dedikasi, 3 Gigih) (5 Cemerlang) (6 Dedikasi, 5 Gigih, 3 Cemerlang) (2 Arif, 2 Bestari, 2 Cemerlang, 1 Cemerlang) (2 Dedikasi, 1 Arif, 1 Bestari) (1 Gigih)

Peristiwa sekolah (Januari - Mac 2012)


Bengkel Sifir Menggunakan Jari - 18 Januari (Rabu) Sukantara - 19 Januari (Khamis) Ceramah Motivasi Keibubapaan dan Akujanji UPSR Tahun 6 - 18 Februari (Sabtu) Bengkel Kemahiran Belajar Tahun 6 - 22 Februari (Rabu) Sambutan Maulidur Rasul & Perasmian Surau Baru - 03 Mac (Sabtu) Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara SKKP FC dengan Pasukan RnR - 04 Mac (Ahad) Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah - 05 Mac (Isnin) English Camp Tahun 6 - 24 Mac (Sabtu) Mesyuarat Agong PIBG - 25 Mac (Ahad)

Penyertaan sekolah (Januari - Mac 2012)


Acara padang zon selatan - 14 Februari (Selasa) Acara balapan zon selatan - 16 Februari (Khamis) Pertandingan sepak takraw L12 MSSD Kulaijaya - 20 Februari (Isnin) Kejohanan olahraga MSSD Kulaijaya - 01 hingga 03 Mac (Khamis Sabtu) Perlawanan bola sepak B12 MSSZ Zon Selatan - 21 Mac (Rabu) Majlis Tilawah Al-Quran zon selatan - 22 Mac (Khamis) Pertandingan catur peringkat daerah - 22 Mac (Khamis) Karnival Bahasa Melayu SK peringkat daerah - 28 Mac (Rabu)

Pada 1 hingga 3 Mac 2012, seramai 8 orang murid SKKP telah mewakili zon selatan ke MSSD Kulaijaya yang telah diadakan di Stadium Bandar Tenggara. Zon Selatan telah menjadi johan kategori sekolah rendah dengan kutipan 9 pingat emas, 12 perak dan 10 gangsa. Warga SKKP boleh berbangga dengan kejayaan tersebut kerana murid sekolah kita telah menyumbang 5 emas, 6 perak dan 2 gangsa. Berikut adalah senarai murid SKKP tersebut: Nur Hazimah bt Nordin Johan 4 x 200 m (P10) Naib Johan 4 x 100 m (P10) Naib Johan 100 m (P10) Naib Johan 200 m (P10) Nur Hazirah bt Nordin Johan 4 x 200 m (P10) Naib Johan 4 x 100 (P10) Nurul Nisa bt Mohd Abu Zaki Johan 4 x 200 m (P10) Naib Johan 4 x 100 m (P10) Nazurah Arifah bt Azwa Naib Johan 4 x 100 m (P12) Siti Norhidayah bt Mohd Yusof Ke Tiga 4 x 200 m (P12) Mohd Arif bin Khairul Zambri Johan 4 x 200 m (L10) Ke Tiga 200 m (L10) Mohd Sufri bin Suhairol Johan 4 x 200 m (L10)

Pada 14 dan 16 Februari, SKKP telah menghantar wakil ke kejohanan MSSZ Zon Selatan yang telah diadakan di SK Kangkar Pulai 2 untuk acara padang dan di Stadium Kulai untuk acara balapan. SKKP telah berjaya menggondol 6 emas, 7 perak dan 4 gangsa dan seterusnya layak menduduki tempat sebagai Naib Johan keseluruhan MSSZ Zon Selatan. Acara yang menyumbang emas ialah seperti berikut: Lompat jauh L10 Lompat jauh P10 Lompat tinggi P10 4 x 100 m L10 4 x 100 m P10 200 m L10 Tahniah & terima kasih kepada penyumbang pingat.

Pada 6 hingga 8 Mac yang lalu, Ujian 1 telah diadakan untuk murid tahun 3 hingga 6. B e r i k u t adalah murid terbaik untuk setiap aliran bagi mata pelajaran matematik. Tahniah diucapkan kepada mereka dan diharap kecemerlangan mereka ini akan berterusan pada masa hadapan. TAHNIAH UJIAN 1
Tahun 6: NUR UMAIRA BINTI MOHD FAIZAL (6ARIF) - 88 MARKAH Tahun 5: NURUL ZAFIERAH BINTI MOHD ZIN (5 ARIF) - 95 MARKAH Tahun 4: UMAIRA YUSRA BINTI ZAIDIAMRI (4 ARIF) - 98 MARKAH Tahun 3: HETTY ZUBAIDAH BT. MOHD NASIR (3 ARIF) - 100 MARKAH

BOLA SEPAK SKKP


SKKP telah menjadi juara peringkat Zon Selatan untuk pertandingan bola sepak B12 yang telah diadakan pada 21 Mac yang lalu di padang SK Taman Sri Pulai. Pada perlawanan akhir, SKKP telah bertemu dengan SK Taman Sri Pulai yang merupakan penyandang juara dengan tendangan penalti.

* Tiada ujian untuk murid tahun 1 & 2.

MURID A Y R A K
PANTUN MENGENANG BUDI DEBARAN UPSR Burung pipit di sawah padi Dihalau teruna bertubuh sasa Ingatlah pada orang berbudi Kenang olehmu sepanjang masa Pada tahun ini aku ialah murid darjah 6. Aku sangat gembira kerana dipanjangkan umur. Tetapi, di dalam hatiku berasa resah gelisah. Mungkin aku sentiasa berfikir bagaimana Anak lembu ditepi bukit keadaan sewaktu menghadapi Ujian Berjalan beriring berkawan-kawan Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) nanti. Berbuat baik walau sedikit Tetap dikenang budimu tuan Ramai juga kawan-kawanku yang bersikap dan berperasaan sama denganku. Ikan keli ikan gelama Berdasarkan pengalaman senior, ada yang Dimasak lemak sedap dimakan mengatakan ujian ini sangat susah. Ada juga Budi yang luhur kita terima yang mengatakan ujian ini senang dan Haruskah dibalas dengan kutukan ? mudah dijawab. Anak haruan berkawan-kawan Masuk ke kuala berenang-renang Pelik sungguh dirimu tuan Orang berbudi tidak dikenang Daleena Hany bt Fauzalan 5 Dedikasi SAHABAT Sahabat Dengan nama insan yang bernama sahabat Akanku kenang persahabatan akrab kita Dan akanku kenang jasa budimu Sahabat Aku terkenang jasamu Semasa aku di dalam kesusahan Kau hadir untuk menolongku Dan semasa aku berduka Kau hadir memujukku untuk mengubat duka dihati ini Sahabat Walaupun pernah ada sengketa antara kita Tetapi tetap bersahabat semula Kerana aku tahu hubungan antara kita begitu akrab Bagaikan aur dengan tebing Nurshakira binti Sudarjo 6 Bestari Di dalam fikiranku selalu terbayang wajahwajah ahli keluargaku. Aku takut jika hasil keputusan UPSR itu nanti akan mengecewakan mereka terutama bagi ibu dan bapa. Mereka tentu akan berasa sedih dan akan memarahiku. Sebagai persediaan, aku telah membuat jadual belajarku lebih awal. Ayah dan ibu juga telah membeli buku aktiviti tambahan. Aku belajar bersungguh-sungguh. Jika aku tidak faham, aku akan bertanya kepada guru. Walaupun agak gementar untuk mengemukakan soalan, namun aku tetap memberanikan diri untuk bertanya supaya aku dapat faham topik yang dipelajari. Saat yang ditunggu telah tiba. Ujian UPSR telah bermula. Aku menggunakan sepenuh masa untuk berfikir. Setelah selesai menjawab soalan, aku berasa begitu lega dan puas hati. Bagiku, soalan yang dikemukakan tidaklah begitu susah untuk dijawab. Rupa-rupanya tidak sia-sialah aku membuat jadual waktu belajar sendiri. Akhirnya, keputusan UPSR diumumkan. Aku bersyukur kerana mendapat keputusan yang amat membanggakan iaitu 5A. Dengan kejayaan ini aku bertekad untuk mencapai cita-citaku sebagai angkasawan wanita pertama Malaysia. Nuratikah bt Abd Ghani (6 Bestari)

KARYA MURID & GURU


GURU GURU GURU Ke mana pergi harus beringat Diwaktu hujan ataupun panas Tak kira jauh ataupun dekat Bawalah ia janganlah malas

PANTUN TEKA TEKI

Guru Kau adalah insan Yang mengajar dan mendidik tanpa lelah Tidak mengenal erti jemu dan resah Umpama lilin yang membakar dirimu sendiri Wahai guru Engkau ibarat mentari yang mengolah harapan Harapan yang dipinta oleh anak didikmu Meminta dan mengharap mendapat ajaranmu Meminta dan mengharap akan kasihmu Kerana kau ibarat ibu bapa kedua Yang menerangi kegelapan diri ini Wahai guru Segala jasamu akan kukenang Di atas segala pengorbanan yang engkau berikan Akan ku balas dengan kejayaan Untuk ku buktikan padamu Ajaranmu tidak ku persiakan Walaupun hanya sementara dan juga selamanya Kau sumber ilhamku Terima kasih guruku Munadiah binti Abdullah 6 Bestari

Walaupun kecil banyak jasanya Dibawa murid ke sana ke mari Ilmu pengetahuan ada padanya Menjadi teman bijak bestari Bukan sukan sebarang sukan Antara semua ia yang unggul Sebelas permainan satu pasukan Bola ditendang mencecah gol Sejak kecil sehingga tua Kata putusnya jadi penentu Di dalam diri dialah ketua Bijak berfikir ataupun buntu Muhammad Hafiz bin Mohd Idris 6 Bestari

SORAKAN SKKP
OLEY KANGKAR PULAI Ole ole ole ole 2x Kangkar Pulai dihatiku Dua jiwa jadi satu Ole ole ole ole 2x SELAMANYA JUARA Selamanya kita kan juara Selagi kita berusaha Kangkar Pulai kau kebanggaanku Kangkar Pulai kita bersaudara Kangkar Pulai satukan hatimu Selamanya kita kan juara Selagi kita berusaha Kangkar Pulai kau kebanggaanku VELGETTA KP ! Kami, Kangkar Pulai Tak takutkan musuh Siapa cabar Kami kan lawan Hei ! Hei ! Hei ! Hei ! Hei ! ~ Cikgu Fakrul ~

MTQ
Tahniah kepada murid yang telah berjaya mendapat tempat di Majlis Tilawah Al Quran peringkat zon selatan yang telah diadakan di SK Senai Utama pada 22 Mac yang lalu: Muhammad Ziyad bin Mohd Husni (5 Arif) Naib Johan Hafazan Sofea Safinah binti Mansor (6 Arif) Naib Johan Bercerita

REKREASI MATEMATIK
Jika kita teliti digit sa untuk sifir 6, suatu corak akan terbentuk. Cuba lihat sifir 6 berikut: 0, 6, 12, 18, 24, 30, 36, 42, 48, 54, 60 Digit sa yang akan kita dapat ialah 0, 6, 2, 8, 4, 0, 6, 2, 8, 4, 0 Perhatikan bahawa coraknya akan berulang. Apabila kita lukis menggunakan bulatan, suatu corak geometri akan terbentuk. Sekarang, cuba anda lukis pula untuk sifir 7 dan sifir 8 di dalam rajah di bawah.

Jika doktor memberikan 3 buah pil dan menyarankan anda untuk menelan satu pil dengan jarak waktu setengah jam, berapa lama waktu yang anda perlukan untuk menghabiskan seluruh pil tersebut?

Ini mesti dilakukan dengan mengunakan congakan sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah... Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30.... Campur lagi 1000. Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000. Campur lagi 10 ... Berapakah jumlah semua?

Rekreasi matematik
Tuliskan nombor 1 hingga 8 dalam kotak di bawah. Pastikan tidak ada nombor yang berturutan berada secara bersebelahan.

pentagon

hexagon

Selamat mencuba !
octagon

heptagon

nonagon

Info sejarah matematik


Al-Battani (850-929)

Tokoh2 matematik

Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents. Al-Khawarizmi (780 - 850)
Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab AlJabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

Omar Khayyam (1048-1131)


Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4/12/1131. Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra. Beliau menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh beliau adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan. Beliau telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal. Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampirhampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.

Nama : Kelas :
Multiplication Arithmagons Nombor di dalam bulatan akan di darab untuk mendapat nombor di dalam kotak segi empat. Contohnya 3 x 4 = 12, 3 x 9 = 27 dan 4 x 9 = 36.

Sila serahkan jawapan anda dalam tempoh 1 minggu selepas edaran buletin ini dibuat.

Isikan semua nombor untuk semua rajah di bawah: Sila hantar jawapan anda kepada cikgu matematik yang mengajar di kelas anda. Hadiah menarik telah disediakan. Sila berbincang dengan guru matematik kelas anda jika anda tidak faham untuk menyelesaikan masalah ini.

You might also like