You are on page 1of 3

Kaedah-kaedah dalam menangani isu melawan guru Isu melawan guru adalah salah satu antara masalah disiplin

yang berlaku di sekolah. Masalah disiplin selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkahlaku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Salah satu contoh masalah disiplin yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati guru. Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan jenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi keselamatan psikologi para pelajar, kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkahlaku masa depan mereka . Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diberi perhatian yang serius. Terdapat beberapa kaedah atau langkah yang mungkin boleh digunakan untuk menangani isu melawan guru di sekolah ini. Pertamanya, pihak pentadbir sekolah boleh menangani masalah ini dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukuman kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar yang lain. Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan sekolah selain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin. Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani masalah melawan guru dalam kalangan pelajar. Selain itu, guru kaunseling juga memainkan peranan yang amat penting dalam menangani isu melawan guru ini. Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (dalam Abu Bakar Nordin et.al, 2003): ...Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk mempastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagi untuk mempastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin , dan terlatih.

Berdasarkan dengan laporan kabinet di atas maka jelaslah tenaga pendidik mahupun kaunselor haruslah juga berusaha membentuk keperibadian pelajar mengikut acuan sendiri dengan mengambil-kira silang budaya dalam masyarakat setempat asalkan tujuan untuk mempastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagi untuk mempastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, dan terlatih. Oleh yang sedemikian, amalan bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah menengah sebenarnya agak rumit kerana pelajarnya terdiri daripada para remaja. Pada masa ini banyak sekali pancaroba yang menimbulkan masalah. Pelajar-pelajar pada masa kini juga amat berani melawan guru-guru di sekolah. Oleh itu rancangan atau program bimbingan dan kaunseling perlu sesuai dengan kehendak remaja dan pembelajarannya. Kepelbagaian dari segi umur, kursus, minat, cerdik, lembab, bangsa, pencapaian akademik, jantina, peribadi, putus cinta, teman baru serta lainlain lagi permasalahan sosial dalam keluarga adalah perlu dikategorikan dalam satu kelompok. Hal ini kerana kepelbagaian dan perbezaan dalam kalangan pelajar inilah yang menyebabkan timbulnya kelompok-kelompok yang tidak menghormati rakan-rakan bahkan guru sendiri dan mereka perlu diberi bimbingan serta kaedah yang digunakan haruslah bersesuaian. Keadaan yang kompleks ini memerlukan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah mengumpulkan data dan maklumat untuk dianalisis secara individu dan analisis secara kumpulan. Keputusan analisis digunakan bagi mencari ciri-ciri dan potensi setiap murid. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik pelajar. Pendidikan agama yang kuat akan dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral akan diperoleh pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini membantu pelajar membentuk peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga dan masyarakat. Selain itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani. Elakkan pertengkaran di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati. Setiap ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka menjadi baik, tetapi ibu bapa seharusnya terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Selain itu ibubapa harus prihatin dengan pergerakan serta rakan anak-anak untuk

mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku. Mereka juga harus berusaha memahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Boleh dikatakan masalah banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan psikologi. Justeru itu adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu. Ibu bapa juga harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini. Masyarakat juga harus berperanan dalam hal ini. Membantu remaja-remaja yang bermasalah seharusnya bermula dengan memahami situasi keluarga remaja berkenaan. Jiranjiran misalnya boleh membantu dalam mengenal pasti remaja yang bermasalah dan cuba membawa mereka ke jalan yang baik melalui teguran yang berhemah. Media massa juga dapat membantu dari segi pengisian rancangan di televisyen, radio dan juga di suratkhabar. Program-program yang disediakan seharusnya lebih berinformatif dan menjana pemikiran remaja. Media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar terutamanya isu melawan guru. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalu mementingkan keuntungan, sebaliknya harus berperanan membentuk, mendidik, dan menanamkan kesedaran kepada penonton. Program-program yang bercirikan keganasan dan seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan negatif kepada pelajar-pelajar. Kesimpulannya, salah laku pelajar dalam isu melawan guru ini akan berterusan sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersamasama menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan, keadaan yang sedia ada boleh mengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di negara ini. Keperihatinan masyarakat bermaksud memberi kerjasama sepernuhnya kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis dalam menyampaikan maklumat serta membantu melaksanakan peraturan sedia ada. Dalam hal ini, semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana. Aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya akan turut berubah. Ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan media harus sentiasa menyumbang kepada penyelesaian masalah ini. Menghadapi cabaran globalisasi yang tiada sempadan ini memungkinkan semua maklumat sama ada baik atau benar disalurkan secara terus kepada remaja.

You might also like