You are on page 1of 5

KURSUS INDUKSI AMBILAN 4/2006

1.0 PENGENALAN

Belanjawan awam bolehlah didefinisikan sebagai satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara bagi memenuhi keperluan rakyat. Ini bermakna, belanjawan bukan sahaja merupakan perancangan untuk pentadbiran kerajaan tetapi ia memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah negara dan memberi kesan kepada aktiviti sektor swasta.

Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1968. Sistem ini diperkenalkan kerana kerajaan mendapati sistem belanjawan yang diamalkan pada masa itu, iaitu sistem belanjawan tradisional, tidak sesuai lagi kerana ia tidak dapat memberi maklumat-maklumat yang cukup untuk membantu kerajaan membuat keputusan yang berkesan mengenai rancangan-rancangan pembangunannya. SBPP diperkenalkan kerana ia dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan seperti penentuan objektif, struktur dan program, kos program dan penilaian prestasi program.

Walaubagaimanapun, pelaksanaan SBPP tidak mencapai kemajuan yang memuaskan. Pada masa itu, perlaksanaan SBPP hanya di peringkat menentukan objektif dan merangka struktur program dan aktiviti sahaja. Peringkat selanjutnya iaitu peringkat pengukuran prestasi dan penilaian program

TUGASAN INDIVIDU

Page 1 of 5

KURSUS INDUKSI AMBILAN 4/2006

tidak dilaksanakan sepenuhnya kerana kebanyakan Kementerian/Jabatan terutama Kementerian/Jabatan yang bercorak sosial dan keselamatan

menyatakan bahawa sukar untuk mengukur keluaran/perkhidmatan yang mereka laksanakan.

Berdasarkan kepada faktor-faktor ini, Sistem Belanjawan Diubahsuai (Modified Budgeting System-MBS) telah diperkenalkan pada tahun 1989. Tiga kementerian telah dipilih sebagai perintis untuk melaksanakan sistem ini iaitu, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Kebajikan Malaysia dan

Kementerian Kerjaraya. Sistem Belanjawan Diubahsuai ini bukanlah merupakan satu sistem belanjawan baru tetapi masih lagi berasaskan SBPP yang diubah berdasarkan keperluan negara yang menitikberatkan hubungan antara input, output dan impak. Perubahan yang dibuat hanyalah.ke atas proses penyediaan belanja mengurus sahaja.

Tujuan

utama

sistem

ini

diperkenalkan

ialah

untuk

membantu

memperteguhkan lagi ekonomi negara melalui agihan sumber yang lebih baik dan teratur dan untuk mencapai perbelanjaan seimbang. Ianya juga untuk membantu meningkatkan kemajuan pelaksanaan SBPP dan membantu

pengurus program meningkatkan lagi prestasi program serta memudahkan dan meningkatkan akauntabiliti para pengurus program/aktiviti..

TUGASAN INDIVIDU

Page 2 of 5

KURSUS INDUKSI AMBILAN 4/2006

2.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI Ada dua prinsip asas atau garis panduan terpenting dalam MBS. Prinsip yang pertama ialah Let Managers Manage. Prinsip ini ialah kuasa membuat keputusan perlu diberi seberapa praktikal yang boleh kepada pringkat bawahan. Manakala prinsip yang kedua ialah kuasa yang diberi mestilah bersesuaian dengan prinsip akauntabiliti.

Dengan terlaksananya sistem belanjawan ini, agensi pusat tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana. Sebaliknya mereka boleh memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi tersebut. Selain itu, agensi pelaksana mempunyai kuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan aktiviti mereka. Ianya juga menggunakan prinsip Let Managers Manage. Dengan cara ini, kelewatan melaksanakan sesuatu program/aktiviti dapat dielakkan.

3.0 MATLAMAT SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI

Pengenalan Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS) ini dibuat kerana kerajaan menyedari bahawa sistem pengurusan kewangan terutama sekali perbelanjaan kerajaan mesti dirancang dan dikawal dengan teliti kerana ia mempunyai kesan yang besar ke atas ekonomi negara dan kehidupan rakyat. Disamping itu, kerajaan juga menyedari bahawa untuk memastikan objektif

TUGASAN INDIVIDU

Page 3 of 5

KURSUS INDUKSI AMBILAN 4/2006

negara dapat dicapai dengan lebih cepat, maka kuasa untuk membuat keputusan berkaitan dengan sesuatu program/aktiviti patut diberikan kepada pengurus-pengurus di peringkat bawahan seberapa luas dan praktikal yang boleh agar kelewatan pelaksanaan projek dapat dielakkan.

Dengan

terlaksananya

Sistem

Belanjawan

Diubahsuai

ini

adalah

diharapkan bahawa beberapa matlamatnya dapat dicapai dengan sempurna. Matlamat yang pertama ialah, agensi pusat tidak perlu lagi mengawas perbelanjaan agensi pelaksana secara terperinci. Sebaliknya mereka boleh memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi tersebut. Matlamat yang kedua ialah agensi pelaksana diberi kuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan aktiviti mereka. Oleh yang demikian, kelewatan melaksanakan sesuatu program/aktiviti dapat dielakkan.

Matlamat yang kebebasan untuk

ketiga ialah agensi-agensi pelaksana mempunyai tindakan yang sesuai dan segera bagi

mengambil

melaksanakan program/aktiviti mereka. Ini adalah berasaskan kepada konsep Let Manager Manage yang diberi kuasa yang lebih luas kepada pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan dan membuat keputusan berkaitan program. Matlamat yang terakhir ialah kelonggaran kawalan terperinci ke atas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana hendaklah diturunkan sejauh mana yang boleh kepada pengurusan peringkat

TUGASAN INDIVIDU

Page 4 of 5

KURSUS INDUKSI AMBILAN 4/2006

bawahan. Ini membolehkan agensi pelaksana menjalankan aktiviti/program mereka dengan lebih fleksibel dan efisien.

4.0 KESIMPULAN

Berdasarkan huraian, maka dapatlah dirumuskan bahawa strategi agensi atau langkah yang dilaksanakan dan Sistem Belanjawan Diubahsuai ini telah memudahkan dan meningkatkan lagi akauntabiliti para pengurus. Selain itu sistem ini dapat mencapat perbelanjaan seimbang (balanced budjet) dan seterusnya membantu memperteguhkan lagi ekonomi negara melalui agihan sumber yang lebih baik dan teratur.

5.0 RUJUKAN

1.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, 2002, Jabatan Perdana Menteri (MDC), Kuala Lumpur.

2. Nota rujukan kursus induksi untuk pegawai-pegawai perkhidmatan awam Malaysia, 1992, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Kuala Lumpur.

TUGASAN INDIVIDU

Page 5 of 5

You might also like