You are on page 1of 10

1.2.1.1 Kefahaman Menurut Kamu Dewan Edisi Keempat, kefahaman bermaksud keupayaan memahami akan sesuatu yang dipelajari.

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah pilih, terangkan, tulis semula (David R. Krathwohl, 2002).

1.2.2 Kajian-kajian Lepas Kajian lepas merujuk kepada kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji terdahulu. Kajian tentang Bahan Bantu Mengajar, minat dan pendekatan bermain sambil belajar dihurai mengikut persepsi pengkaji berdasarkan laporan penulisan pengkaji-pengkaji tersebut. 1.2.2.1 Bahan Bantu Mengajar Menurut kajian yang dibuat oleh Abd. Aziz Kulop & Azlida (2000), penggunaan Bahan Bantu Mengajar seperti bahan pengajaran multimedia dapat menggalakkan 12

pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Norma (2004) yang menjalankan kajian mengenai hubungan alat bantu mengajar dalam menarik minat murid menjelaskan keputusan kajian beliau bahawa peranan yang dimainkan oleh Bahan Bantu Mengajar tidak kurang pentingnya dalam menarik minat para pelajar. Beliau menyebut pandangan Dale (1963) yang mengatakan tentang salah satu daripada tujuh nilai penting tentang penggunaan bahan bantu mengajar iaitu boleh merangsang minat yang tinggi di kalangan para pelajar dan minat merupakan satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. Beliau turut menyetujui dapatan kajian oleh Rulon dan Arnspinger (1998) yang menyebut bahawa penggunaan bahan bantu mengajar boleh merangsang pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi pelajaran yang boleh diterima oleh pihak pelajar itu sendiri. Kajian oleh Munirah (2010) menyatakan bahawa wujud hubungan yang positif di antara teknik pengajaran menggunakan Bahan Bantu Mengajar menerusi model dengan peningkatan dari segi kefahaman dan ingatan murid. Beliau menyebut bahawa para guru perlu menyediakan satu kaedah pengajaran yang berkesan dengan menggunakan sebanyak mungkin Bahan Bantu Mengajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

yang signifikan antara minat murid dengan pendekatan oleh guru iaitu dengan nilai r = 0.709 yang menunjukkan hubungan positif tinggi dengan 0.01 pada aras signifikan. Beliau menyatakan minat dan kecenderungan murid memainkan peranan untuk mempengaruhi pencapaian pelajar. Penerokaan yang baik dan teliti tidak dapat dilaksanakan oleh murid terhadap sesuatu mata pelajaran jika murid tidak mempunyai minat terhadap Matematik. Pendekatan pengajaran harus menekankan pemahaman terhadap konsep Matematik bagi menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Penemuan kajian tentang minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dijalankan oleh Pensyarah Penyelidikan Ilmiah Fakulti Seni dan Muzik UPSI Tanjung Malim Perak Malaysia menunjukkan bahawa minat pelajar amat penting untuk menggalakkan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup dalam bilik darjah. Pelajar akan bergerak aktif untuk berusaha memahami isi kandungan yang diajari dalam bilik darjah. Melalui kajiannya, beliau mendapati bahawa pelajar berminat mempelajari subjek Kemahiran Hidup amat dipengaruhi oleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Cara pengajaran guru yang menarik boleh mempengaruhi minat pelajar mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian yang dijalankan oleh Nik Rosila (2007) menyatakan bahawa antara 40 hingga 48 peratus pelajar mengatakan tidak berminat atau kurang berminat terhadap Pendidikan Islam. Dapatan kajian mendapati 39.8 peratus pelajar menyatakan "suka jika waktu Pendidikan Islam berlalu dengan cepat". Hal ini menunjukkan pelajar kurang berminat terhadap matapelajaran Pendidikan Islam. 14 Analisis perbandingan melalui jadual rujuk silang mendapati, 28.5 peratus pelajar yang lemah dalam penguasaan Jawi dan 42.4 peratus pelajar yang baik dalam penguasaan Jawi menyatakan mereka kurang berminat terhadap matapelajaran Pendidikan Islam. Dapatan ini menggambarkan semakin baik penguasaan pelajar dalam Jawi, semakin kurang minat mereka terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

Seorang guru perlu berusaha dan memikirkan teknik pengajaran yang menarik dan berkesan serta mempelbagaikan teknik P&P di dalam kelas yang berfokus kepafa stategi berpusatkan murid. Teori Hartman (1995) juga menyatakan bahawa pelbagai strategi pengajaran harus dipraktikkan oleh guru-guru dalam pengajaran untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan kognitif pelajar.

Hasil-hasil penyelidikan menunjukkan pembelajaran berlaku dengan berkesan apabila pelajar menceburi pembelajaran aktif. Unsur-unsur dalam pembelajaran aktif ialah aktif bercakap dan mendengar, menulis, membaca dan merefleksi (Meyers & Jones, 1993). Pembelajaran aktif merujuk kepada teknik di mana pelajar belajar lebih daripada hanya mendengar sesuatu pengajaran itu. Pelajar-pelajar melakukan sesuatu termasuk pencarian maklumat, memproses maklumat serta mengaplikasikan maklumat tersebut. Pembelajaran aktif berpunca dari dua andaian-andaian asas iaitu pembelajaran adalah suatu usaha aktif dan murid berbeza belajar dengan gaya belajar yang berbeza. Terdapat beberapa ciri pembelajaran aktif iaitu pelajar terlibat lebih daripada aktiviti mendengar, keutamaan adalah tidak tertumpu sepenuhnya kepada proses penyebaran maklumat itu tetapi lebih kepada perkembangan kemahiran pelajar serta terlibat dalam pemikiran aras tinggi iaitu analisis, sintesis dan penilaian (Bomwell & Eison,1991). Ciri seterusnya ialah pelajar lebih melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti contohnya membaca, perbincangan dan penulisan dan penekanan lebih besar diletakkan pada penerokaan mereka sendiri malalui sikap-sikap pelajar dan nilai mereka sendiri. Daripada ciri-ciri ini jelas menunjukan kaedah simulasi (main peranan) mempunyai ciri tersebut dan mampu mewujudkan pembelajaran yang aktif di dalam kelas.

Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti. (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut, selaras dengan

kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar.

Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta bertumpu kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada
5

penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas.

Hands on Sesuatu pengajaran itu boleh menjadi efektif sekiranya berlakunya pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain yang tidak hanya sekadar pergerakan yang kosong tetapi pergerakan yang bermakna dimana memerlukan murid tersebut menyelesaikan tugasan yang diberikan kepadanya. Sesuatu pergerakan yang dimaksudkan ialah kecerdasan yang terdapat dalam seseorang individu. Howard Gardner (1983) berpendapat bahawa manusia mempunyai lapan kecerdasan dalam diri mereka iaitu kecerdasan verbal-linguistik (mahir menggunakan perkataan), kecerdasan logikal-matematikal (berfikir secara saintifik, logik serta berfikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah), kecerdasan visual-ruang (mahir menguruskan ruang secara berkesan), kecerdasan muzikal (mahir mengesan dan menghasilkan bunyi yang berirama), kecerdasan kinestetik (mahir mengawal pergerakan), kecerdasan interpersonal (mahir dalam memahami perasaan orang lain), kecerdasan intrapersonal (kebolehan memahami perasaan, kelemahan, kekuatan dan potensi diri sendiri) serta kecerdasan naturalis (mahir dalam mengenalpasti bentuk alam sekitar serta sensitif terhadap perubahannya). Oleh itu, Hands on termasuk dalam kecerdasan kinestetik. Satu aktiviti yang melibatkan percambahan ilmu atau idea di kalangan murid dan satu proses pembelajaran yang berdasarkan pengalaman di persekitaran mereka. Hands on activity adalah salah satu strategi pengajaran yang sesuai diamalkan untuk pelajar sekolah rendah. Menurut Khoo (2009), Hands on activity menggalakkan lagi tahap atau ciri pemikiran yang lebih bermotivasi dan kognitif. Hands on activity dapat menggalakkan lagi penglibatan murid dalam melakukan sesuatu aktiviti kerana daripada apa yang dapatan daripada kajian beliau, murid lebih teruja untuk belajar secara hands 8 on activity berbanding dengan menggunakan pembelajaran secara tradisional kerana hands on activity lebih menjurus kepada pengalaman seseorang individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Hands on activity merupakan salah satu komponen kurikulum yang dititikberatkan kerana ia merupakan strategi pembelajaran yang dapat merangsang pemikiran murid, menggalakkan penglibatan pelajar, mengambil kira pelbagai kecerdasan individu dalam mata pelajaran Sains (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Hands on activity adalah berkesan memperkembangkan kecerdasan pelbagai (Hsu, 2004, dalam Spencer 1998). Konsep ini adalah berkesan tidak hanya untuk memupuk kelakuan personaliti murid tetapi juga kelakuan mereka dalam pembelajaran dan pengajaran. Aspek ini penting untuk memperkembangkan dan memastikan kejayaan pelajar. Teknik Hands on activity telah banyak digunakan dalam kelas rendah seperti dalam subjek Matematik dan Sains dan telah menampakkan kejayaan berbandingan pembelajaran secara tradisional. Ini disebabkan pembelajaran adalah melibatkan pengalaman kepada seseorang murid. Ini adalah holistik juga di mana pelajar diajar 9 dengan pelbagai kecerdasan di mana dapat memperkembangkan pengalaman belajar. Sikap positif terhadap belajar, dan menjadi murid yang dinamik. Hands-on learning adalah pembelajaran secara perbuatan atau praktikal. Ianya adalah untuk menyiratkan mode pembelajaran yang sering diabaikan masa kini mahupun dalam bentuk formal atau tidak formal. Menurut Jeff G. Brodie (2006) If you want to teach someone to cook, you put them in a kitchen. Whoever heard of teaching someone to swim in a traditional classroom? Likewise, I do believe we are learning that in order to truly teach science, we must "do" science .

Kajian yang dilakukan oleh Zurina binti Yasak, Shamsudin bin Yahari dan Dr Ahmad bin Esa (2010) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran Sains merupakan satu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi setiap murid. Penggunaan perisian pendidikan mula diperkenalkan dalam mata pelajaran Sains yang kebanyakannya di bekalkan oleh Pusat Pembangunan Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Menurut kajian ini lagi, sebanyak 78 peratus menyatakan persetujuan bahawa kekerapan menggunakan perisian pendidikan Sains dapat membantu pengajaran dan pembelajaran dan 73 peratus bersetuju mereka hanya menggunakan perisian pendidikan Sains apabila diperlukan di dalam kelas dan mereka menggunakan perisian untuk proses pengukuhan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian pendidikan Sains dalam kalangan guru-guru Sains sekolah rendah masih lagi di tahap sederhana. Walhal mengikut Jasiman bin Ahmad dan Nora binti Samat (2000), penggunaan komputer, pita rakaman, slaid, glob dan peta boleh dilakukan untuk menarik minat pelajar. Oleh itu semangat pelajar akan bertambah.

Menurut tokoh Mazhab Behavioris, tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas

individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru (Mok Soon Sang, 2009).

Kagan & Olsen (1992), Pembelajaran Koperatif merupakan aktiviti pembelajaran dalam kumpulan yang berstruktur di mana pembelajaran adalah bergantung kepada pertukaran maklumat secara sosial antara ahli-ahli kumpulan. Setiap murid adalah bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan juga ahli kumpulannya.

Manakala menurut pendapat Glasser di dalam Gary D.Borich & Martin L.Tambari (1997), pendekatan pembelajaran iaitu pembelajaran koperatif adalah salah satu cara yang dapat membuatkan bilik darjah adalah tempat di mana muridmurid ingin mencapai cita-citanya. Mengikut Glasser, bilik darjah yang menggunakan pembelajaran koperatif dapat memotivasikan semua kanakkanak untuk menyertai aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Cheah et al. (2005) menerangkan Kaedah Pembelajaran Koperatif mempunyai lima komponen yang utama iaitu pengajaran dalam kelas, pembentukan kumpulan, kuiz, skor peningkatan individu dan pengiktirafan kumpulan. Dalam pengajaran pemahaman teks bagi kelas olahan, murid-murid diagihkan dalam beberapa kumpulan kecil. Ahli setiap kumpulan akan berinteraksi, berbincang, berkongsi idea dan bekerjasama untuk memahami teks yang diberikan oleh guru. Seterusnya, setiap kumpulan akan mengambil bahagian dalam kuiz, bersaing antara kumpulan untuk menyumbangkan skor yang tinggi untuk kumpulan masing-masing.

menggunakan BBM, maka P&P beliau secara tidak langsung akan menjadi kurang berkesan jika dibandingkan apabila menggunakan BBM dalam P&P. Nadiah Binti Md. Salleh (2007) mejelaskan bahawa murid-murid

Emosional factor: Faktor perasaan dan emosi ini mempunyai pengaruh terhadap objek misalnya perjalanan kejayaan yang dipakai individu dalam suatu kegiatan tertentu dapat pula membangkitkan perasaaan senang dan dapat menambah semangat atau kuatnya minat dalam kegiatan tersebut. Sebaliknya kegagalan yang di alami akan menyebabkan minat seseorang tidak berkembang. (Crow and Crow, 1973)

Pembelajaran Berpusatkan Murid Ciri-ciri pengajaran berpusatkan murid adalah murid bertanggungjawab atas pembelajarannya, melibatkan murid secara terus dan menemui pengetahuan dan menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam (Arbakyah Hassan, 2010).

(c) Bahan Bantu Mengajar BBM ialah segala kelengkapan atau peralatan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan isi pengajaran di dalam kelas. Menurut Atan Long (1982), BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pebagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, model atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya adalah BBM. 17

You might also like