You are on page 1of 27

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU 1.

Definisi morfologi Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al 2008) , morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan pergolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Pegolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.Perkataanperkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam golongan kata yang sama. Kesimpulannya morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan pegolongan kata dalam bahasa Melayu. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), mendefinisikan bahawa Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993), mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk katakata.Juga menjelaskan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa yang melibatkan infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan.

1 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2. Pergolongan kata Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu : a. Kata nama b. Kata kerja c. Kata adjektif d. Kata tugas a. Golongan Kata Nama Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang,haiwan, tempat, benda atau konsep. Zaaba (1965) memberikan definisi nama sebagai semua perkataan yang menyebut benda atau orang dan sebagainya.Definisi Zaaba diperkemaskan lagi oleh Abdullah Hassan (2003) yang memberikan definisi kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Golongan kata nama dapat dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya iaitu : i. Kata nama khas ii. Kata nama am iii. Kata ganti nama i.Kata Nama Khas Nik Safiah karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya.Huruf besar digunakan pada huruf pertama kata nama khas apabila digunakan dalam penulisan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. 2 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu : i. ii. i. ii. kata nama khas hidup kata nama khas tak hidup Kata nama khas hidup manusia Kata nama khas hidup bukan manusia. Nama Khas Hidup Manusia Bukan manusia Muhammad Datuk Sri Shaharudin Datin Sri Normah Tun Perak Tun Fatimah Sang Bedal Si Tompok Bobo Hibiscus rosasinensis (Bunga raya) Hibiscus sabdariffal (roselle) Kata nama khas hidup bagi manusia boleh didahului oleh nama panggilan atau gelaran.Contohnya : Datuk Sri Paduka Shaharudin Toh Puan Sri Norlini Profesor Ismail Abdullah Doktor Husna

Kata nama khas hidup dapat dibagikan kepada dua iaitu

Contoh kata nama khas adalah seperti berikut : Nama khas Tak hidup Pasir Gudang Gunung Mulu Proton Waja Bank Simpanan Nasional Jalan P.Ramlee

Penggunaan kata gelaran seperti si dan sang turut boleh digunakan bagi kata nama am yang sudah diberi pengertian khas.Contohnya : si mangsa sang pendeta

Kata nama khas hidup bukan manusia boleh menerima kata panggilan atau gelaran.Contohnya : Sang Bedal Si Tompok

Kata nama khas tak hidup

3 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkatan yang merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang dan lain-lain.Contoh lain selain daripada yang diberi di atas ialah: Sang Saka Merah Putih Universiti Malaya Iban Negeri Perak Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) Datin Sri Piala Sumbangsih

ii. Kata Nama Am Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara yang umum sifatnya. Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk : Sesuatu yang bernyawa seperti manusia dan binatang, dan yang hidup seperti tumbuh-tumbuhan. Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat, dan sebagainya. Oleh itu kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu : Hidup atau tak hidup Manusia atau bukan manusia Institusi atau bukan institusi Konkrit atau abstrak Berbilang atau tak berbilang

a. Kata nama am hidup manusia 4 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU Merupakan kata nama yang merujuk kepada manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am.Contoh kata nama am hidup bagi manusia : ibu tentera guru besar pendidik jutawan

b. Kata nama am hidup bukan manusia Merupakan jenis kata nama yang terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am.Contoh kata nama am hidup bukan manusia : lembu unta iblis jin pokok itik

c. Kata nama am tak hidup institusi Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am.kata nama institusi boleh dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi tersebut. Contoh kata nama am tak hidup institusi : sekolah pertubuhan dewan balai raya kelas

Contoh ayat : Bantuan dalam bentuk komputer telah diserahkan kepada pertubuhan itu. Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit 5 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi bersifat konkrit.Kata nama golongan ini lebih merujuk kepada tempat dan dalam ayat ia didahului oleh kata sendi nama ke dan dari. Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit : lebuh raya pekan pondok danau waqaf

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang dan boleh disertai dengan kata bilangan.Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang : program kesedihan idea senyuman

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang Kata nama jenis ini merujuk kepada benda atau perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya, dan tidak dapat dibilang. Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang: kemesraan hawa roh ketibaan kedamaian

iii. Kata ganti nama 6 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU Asraf (2007) memberikan definisi kata ganti nama sebagai kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti .Beliau membahagikan kata ganti nama kepada lima, iaitu : kata ganti diri kata ganti Tanya kata ganti tempat kata ganti tunjuk kata ganti tak tentu

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.Penggolongan kata ganti nama adalah seperti berikut : Kata ganti nama tunjuk tunjuk Kata ganti nama Kata ganti nama tunjuk umum

Kata ganti nama tunjuk tempat

Kata ganti nama diri tanya Kata ganti nama diri


Kata ganti nama tunjuk

pertama

Kata ganti nama diri orang

kedua ketiga

Kata ganti nama tunjuk merupakan perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu. 7 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU Kata ganti nama tunjuk umum adalah kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda.Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum iaitu itu yang menunjuk pada yang jauh dan ini yang menunjuk pada yang dekat.Manakala kata ganti nama tunjuk tempat merujuk kepada kata ganti nama yang menunjukkan tempat yang terdiri daripada sini (menunjuk pada arah dekat), situ (menunjuk pada arah agak jauh) dan sana (menunjuk pada arah jauh). Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.Terdapat tiga kata ganti nama diri Tanya iaitu apa yang merujuk benda atau perkara, siapa yang merujuk orang dan mana yang merujuk benda atau orang. Kata ganti nama diri orang merupakan perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Kata ganti nama diri orang pertama adalah seperti saya, aku, beta, patik, kami dan kita. Kata ganti nama diri orang kedua adalah seperti anda, saudara, engkau, awak dan kamu. Kata ganti nama diri orang ketiga pula ialah ia, dia, beliau, mereka dan nya.

b.Kata Kerja Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.Frasa kerja terdiri 8 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Penggolongan kata kerja Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama, iaitu: i. ii. kata kerja aktif kata kerja pasif

Kata kerja aktif Merupakan kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau perkara yang diterangkan. Kata kerja aktif terbahagi kepada dua jenis, iaitu: 1. Kata kerja aktif tak transitif 2. Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya manakala kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua subgolongan, iaitu: i. ii. kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap - Kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut . kata kerja aktif tak transitif berpelengkap -Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Kata kerja aktif transitif i. Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja pasif Merupakan kata kerja hasil daripada transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. 9 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

c.Kata adjektif Kata adjektif ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Jenis kata adjektif Menurut Nik Safiah Karim et.al (2004), kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Kata adjektif sifatan atau keadaan Contoh: pandai, gagah, gelojoh Kata adjektif warna Contoh: kuning, jingga,ungu Kata adjektif ukuran Contoh: tinggi, rendah, renek Kata adjektif bentuk Contoh: leper, bundar, bujur, tirus Kata adjektif waktu Contoh: silam, awal, segera Kata adjektif jarak Contoh: rapat, dekat, hampir Kata adjektif cara Contoh: deras, sering, selalu Kata adjektif perasaan Contoh: marah, berahi, gembira Kata adjektif pancaindera Contoh: masam, masin, tawar, payau d.Kata tugas

10 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa atau sebagai kata pascakata. Penggolongan kata tugas Kata tugas dapat dikelompokkan ke dalam empat kelompok berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat.Kelompok tersebut adalah: i. ii. iii. iv. Kata penyambung ayat Kata praklausa Kata prafrasa dan pascafrasa Kata pascakata

i.Kata penyambung ayat Terdiri daripada kata hubung yang terbahagi kepada dua jenis, iaitu: 1. Kata hubung gabungan 2. Kata hubung pancangan a. Keterangan b. Komplemen c. Relatif ii.Kata praklausa a. Kata seru b. Kata tanya c. Kata perintah d. Kata pembenar e. Kata pangkal ayat iii.Kata prafrasa dan pascafrasa a. Kata bantu b. Kata penguat c. Kata penegas 11 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU d. Kata naf e. Kata pemeri f. Kata sendi nama g. Kata arah h. Kata bilangan i. Kata adverba iv.Kata paskakata a. Kata penekan b. Kata pembeda

3.(i) a. Analisis penggolongan kata nama berdasarkan petikan pertama. 12 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU Berdasarkan petikan satu yang bertajuk Panglima Awang,terdapat beberapa perkataan yang dapat digolongkan sebagai kata nama.Berikut disenaraikan perkataan-perkataan berdasarkan penggolongan kata nama. Kata nama khas hidup manusia Merupakan perkataan yang merujuk manusia. 1. Azli 2. Harun Aminurrashid 3. Panglima Awang 4. Panglima Hitam 5. Enrique 6. Henry the Black 7. Kapten Ferdinand Magellan 8. Alfonso 9. Raja Sepanyol 10. Raja Hamabun Perkataan Panglima Awang, Panglima Hitam, Raja Sepanyol dan Raja Hamabun merupakan kata nama khas hidup manusia yang didahului oleh nama panggilan atau gelaran. Kata nama khas tak hidup Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk bendabenda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, Negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang dan seumpamanya.(Nik Safiah Karim et.al (2008). Kata nama khas tak hidup yang terdapat dalam petikan satu antaranya ialah: 1. Kota Melaka 2. Portugis 3. Ogos 4. India 5. Afrika 6. Maghribi 13 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. Sepanyol 8. Sevilla 9. Pulau Cebu 10. Filipina 11. Pulau Mactan 12. Melaka 13. Siam 14. Kuala sungai Brunei 15. Brunei 16. Eropah 17. Benua Amerika Selatan Keseluruhan kata nama khas tak hidup dalam petikan satu merujuk kepada nama tempat.Hanya satu perkataan sahaja kata nama khas tak hidup yang merujuk kepada nama bulan dalam kiraan kalendar,iaitu Ogos. Kata nama am hidup manusia Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am.Contoh kata nama daripada jenis ini adalah seperti berikut: 1. penduduk 2. kaum 3. lelaki 4. sultan 5. pasukan 6. pejuang 7. Benggali Putih 8. pengikut 9. orang 10. askar 11. penjajah 12. pembantu 13. kelasi 14 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU 14. pemerintah 15. pemberontak Kata nama am hidup manusia yang terkandung dalam petikan satu merujuk kepada manusia dalam bilangan sedikit dan ramai. Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit. Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya.Kebanyakkan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat.Contoh yang terdapat dalam petikan satu ialah: 1. kota 2. pos kawalan 3. pelabuhan 4. bumi 5. dunia Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit dalam petikan satu merujuk kepada tempat yang tdak dikhususkan akan tempat tersebut.Lebih jelas lagi tempat itu disebut secara umum dan tidak dinamakan secara khusus. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang.Contoh-contoh kata nama jenis ini yang terdapat dalam petikan satu ialah: 1. pelayaran 2. kawalan 3. pembebasan 4. persiapan 5. persahabatan 6. peperangan Kata nama am tak hidup bukan instusi abstrak berbilang dalam petikan satu lebih menggambarkan perkara yang melibatkan perbuatan.Namun sifatnya abstrak tetapi perbuatan itu boleh dibilang.Perkataan-perkataan di atas boleh disertai dengan kata bilangan.Contoh ayat Pelayaran tersebut melalui India 15 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU dan Afrika.Jika diletakkan kata bilangan tiap-tiap, ayatnya akan menjadi Tiap-tiap pelayaran melalui India dan Afrika Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang.Contoh kata nama jenis ini yang terdapat dalam petikan satu ialah: 3. huru-hara 4. maju 5. makmur 6. licik 7. malang

3.(ii) a. Analisis penggolongan kata kerja berdasarkan petikan pertama. 16 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU Di dalam petikan pertama, terdapat kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap, iaitu kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.Contoh-contoh adalah seperti berikut: 1. Sultan pula telah berundur meninggalkan kota. Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap di atas diikuti oleh unsur keterangan, iaitu berfungsi sebagai memberikan maklumat tambahan.Dalam ayat di atas, kata kerja berundur telah diikuti unsur keterangan iaitu meninggalkan kota. Kata kerja tersebut masih boleh berdiri sendiri jika unsur keterangan itu digugurkan. 2. Pada tahun 1513, Panglima Awang mengikuti Magellan berpindah ke Sepanyol. Dalam ayat di atas, berpindah merupakan kata kerja manakala ke Sepanyol adalah unsur keterangan. Dalam petikan pertama ini juga terdapat kata kerja aktif tak transitif berpelengkap yang menjadikan ayat di dalam petikan ini sempurna.Kata kerja jenis ini mempunyai pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.Pelengkap ialah unsur atau keterangan yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat.Contoh kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah: 1. Novel yang diterbitkan pada tahun 1958 itu ditulis berdasarkan kisah benar. Dalam ayat di atas ditulis merupakan kata kerja tak transitif manakala berdasarkan kisah benar merupakan pelengkap. 2. Beliau mengetuai satu pasukan pejuang untuk menentang Portugis. 3. Esoknya mereka berjaya membunuh beberapa orang askar Benggali Putih. Dalam ayat 2 dan 3,perkataan yang condong itu ialah kata kerja aktif tak transitif, sementara unsur yang mengikutinya ialah pelengkap.Ayat-ayat akan menjadi tidak sempurna sekiranya pelengkap digugurkan.Sebagai contoh: Beliau mengetuai satu pasukan pejuang untuk menentang.

17 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU Di dalam petikan pertama, terdapat juga perkataan-perkataan yang digolongkan dalam kata kerja aktif transitif.Kata kerja ini mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Contoh kata kerja aktif transitif dalam ayat: 1. Azli telah membaca novel bertajuk Panglima Awang karya Harun Aminurrashid. 2. Azli telah menulis cerita tentang kisah Panglima Awang. 3. Saudara-saudaraku, kita akan menyerang Benggali Putih di pos kawalan di sebelah timur pada malam ini, 4. Panglima Awang menumpang sebuah kapal Siam. Dalam contoh-contoh di atas, kata kerja membaca, menulis, menyerang dan menumpang ialah kata kerja transitif.

18 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU 3.(i)b. Analisis penggolongan kata nama berdasarkan petikan kedua. Berdasarkan petikan kedua yang bertajuk Roselle Bunga yang Enak Dimakan,terdapat beberapa perkataan yang dapat digolongkan sebagai kata nama.Berikut disenaraikan perkataan-perkataan berdasarkan penggolongan kata nama. Kata nama khas hidup bukan manusia Dalam petikan kedua, kata nama khas hidup bukan manusia lebih banyak merujuk kepada tumbuh-tumbuhan.Contoh-contoh kata nama khas hidup bukan manusia ialah: 1. Hibiscus rosasinensis 2. Hibiscus sabdariffal 3. Jamaican Sorrel Kata nama khas tak hidup Dalam petikan kedua, kata nama khas tak hidup digunakan untuk merujuk kepada negara seperti Malaysia, India, Afrika barat, West Indies dan Sudan. Kata nama am hidup manusia Beberapa perkataan yang terdapat dalam petikan kedua yang digolongkan sebagai kata nama am hidup manusia ialah: 1. rakyat 2. usahawan Perkataan-perkataan di atas merujuk kepada manusia. Kata nama am hidup bukan manusia Perkataan-perkataan yang digolongkan kata nama am hidup bukan manusia dalam petikan kedua ialah: 1. bunga 2. pokok 3. biji benih 19 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU 4. daun 5. batang 6. ulam 7. salad Kata nama am tak hidup institusi Hanya terdapat satu perkataan sahaja yang digolongkan dalam kata nama jenis ini, iaitu negara. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang Perkataan-perkataan yang digolongkan dalam kata nama jenis ini yang terdapat dalam petikan kedua ialah: 1. minuman 2. makanan 3. hasilan Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang Contoh-contoh perkataan yang digolongkan dalam jenis kata nama ini ialah: 1. kebanggaan 2. kebangsaan 3. ketengahkan 4. beriklim 5. kesihatan

20 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU 3.(ii) b. Analisis penggolongan kata kerja berdasarkan petikan kedua. Kata kerja aktif tak transitif yang terdapat dalam petikan kedua adalah kata kerja yang diikuti oleh unsur keterangan.Unsur keterangan ini berfungsi memberikan maklumat tambahan.Contoh kata kerja tersebut adalah: 1. Pokok roselle tumbuh daripada biji benih atau keratan. Perkataan yang bergaris merupakan unsur keterangan yang memberi maklumat tambahan.Jika tanpa unsur keterangan, kata kerja itu masih boleh berdiri.Jadi kata kerja ini digolongkan dalam kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. Dalam petikan kedua juga terdapat kata kerja aktif transitif.Kata kerja ini mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Contoh kata kerja aktif transitif yang terdapat dalam petikan kedua ialah: 1. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga tiga hingga lima meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. 2. Teknologi memproses pelbagai hasilan roselle juga telah disediakan oleh MARDI untuk dimanfaatkan oleh usahawan yang berminat. Dalam ayat-ayat di atas kata kerja mengeluarkan dan memproses merupakan kata kerja transitif.

21 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU Bahagian B: Sintaksis 1. Definisi ayat majmuk berdasarkan buku Tatabahasa Dewan. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Pernyataan di atas menjelaskan bahawa ayat-ayat yang terbentuk hasil daripada gabungan dua ayat atau lebih, digolongkan sebagai ayat majmuk.Dua ayat atau lebih ayat yang membentuk ayat majmuk dihubungkan dengan kata sendi dan kata hubung. Contoh ayat majmuk adalah seperti berikut: 1. Adik menyanyi sambil menari. Ayat di atas adalah gabungan daripada ayat: a. Adik menyanyi b. Adik menari. Apabila dua ayat ini dicantumkan, subjek yang sama pada ayat yang kedua digugurkan dan tidak diulang.Sebagai contoh,perkataan adik pada ayat kedua tidak diulang apabila kedua-dua ayat itu digabungkan. Contoh-contoh lain ayat majmuk ialah: a. Emak sedang memasak manakala ayah mencuci kereta. b. Aman menangis kerana diganggu oleh abangnya. c. Din berbaring di atas katil lalu tertidur. Perkataan yang bergaris merupakan kata yang menghubungkan dua ayat. Terdapat tiga jenis ayat majmuk yang dikenalpasti,iaitu: 1. Ayat majmuk gabungan 2. Ayat majmuk pancangan 3. Ayat majmuk campuran Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang disatukan dengan kata kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya.manakala ayat majmuk pancangan pula ialah di mana terdapat satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan dan menjadi sebahagian ayat induk.ayat majmuk campuran pula ialah ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk. 22 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2. Analisis contoh ayat majmuk berdasarkan petikan. i. Ayat majmuk gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayatayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Dalam petikan pertama terdapat beberapa ayat yang digolongkan sebagai ayat majmuk gabungan.Ayat-ayat yang digolongkan sebagai ayat majmuk gabungan ialah: 1. kaum lelaki dibunuh atau ditangkap. 2. Beliau berjaya ditawan oleh askar penjajah lalu dibawa ke Portugis untuk dijual. 3. Pelayaran tersebut melalui India dan Afrika. 4. Armada ini disertai lima buah lima kapal dengan 280 orang kelasi. 5. Harta benda penduduk dirampas,manakala kaum lelaki di bunuh atau ditangkap. Dalam contoh-contoh di atas,perkataan-perkataan yang bergaris merupakan kata hubung yang mencantumkan dua ayat menjadi satu ayat.Ayat 1 terdiri daripada dua ayat iaitu: a. Kaum lelaki dibunuh. b. Kaum lelaki ditangkap. Ayat 2 terdiri daripada dua ayat utama iaitu: a. Beliau berjaya ditawan oleh askar penjajah. b. Beliau dibawa ke Portugis untuk dijual. Dua ayat yang terdapat dalam contoh ayat 3 ialah: a. Pelayaran tersebut India. b. Pelayaran tersebut melalui Afrika. Contoh ayat 3 terdiri daripada ayat: a. Armada ini disertai lima buah kapal perang. b. Armada ini disertai 280 orang kelasi. Ayat 5 adalah gabungan tiga ayat tunggal iaitu: ( a )Harta benda penduduk dirampas. ( b )Kaum lelaki dibunuh. ( c ) Kaum lelaki ditangkap. 23 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU ii. Ayat majmuk pancangan Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan.Jenis ayat majmuk pancangan itu ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang dipancangkan.Jenis-jenis ayat majmuk pancangan ialah: a. Ayat relatif b. Ayat komplemen c. Ayat keterangan Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang seperti contoh yang terdapat dalam petikan pertama,iaitu: 1. Novel yang diterbitkan pada tahun 1958 itu ditulis berdasarkan kisah benar. Contoh ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu: a. Novel itu diterbitkan pada tahun 1958. b. Novel itu ditulis berdasarkan kisah benar. Apabila kedua-dua ayat itu dimajmukkan, ayat Novel itu ditulis berdasarkan kisah benar dipancangkan ke dalam ayat induk Novel itu diterbitkan pada tahun 1958.Oleh sebab frasa novel itu diulang maka frasa nama kedua yang serupa digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif yang Contoh lain ayat majmuk pancangan relatif yang terdapat dalam petikan pertama ialah: a. Kota yang maju dan makmur itu telah jatuh ke tangan Portugis.

24 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU iii. Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.Ayat sedemikian biasanya panjang.Contoh ayat majmuk campuran dalam petikan pertama ialah: a. Panglima Awang yang berbadan sasa serta menguasai ilmu persilatan tidak berdiam diri. Terdapat tiga ayat kecil dalam ayat majmuk di atas, iaitu: a. Panglima Awang berbadan sasa b. Panglima Awang menguasai ilmu persilatan. c. Panglima Awang tidak berdiam diri. Ayat a dan ayat b digabungkan dengan perkataan yang sementara ayat c dipancangkan melalui proses relatif ke dalam ayat induk.

25 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2. Analisis contoh ayat majmuk berdasarkan petikan kedua. i. Ayat majmuk gabungan ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam petikan kedua ialah: a. Spesies bunga raya yang dimaksudkan ialah Hibiscus sadariffal atau lebih dikenali dengan nama roselle. b. Pokok roselle tumbuh daripada biji benih atau keratan batang. c. Bahagian ini mempunyai rasa yang amat masam dan dapat diproses menjadi minuman. d. Seperti pokok bunga raya yang lain, pokok roselle sukar dijangkiti penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar. e. Di sudan pula, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan. ii. Ayat majmuk pancangan Ayat majmuk pancangan yang terdapat dalam petikan kedua ialah: a. Hibiscus rosasinensis ialah bunga raya yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai bunga kebangsaan negara. b. Pokok roselle mudah tumbuh di negara kita yang beriklim tropika. c. Di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak yang baik untuk kesihatan. Ayat-ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan ayat relatif di mana ayatnya ditandai dengan penggunaan perkataan yang. iii. Ayat majmuk campuran. Contoh ayat majmuk campuran dalam petikan kedua ialah: a. Salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. b. Tahukah kamu daun dan batang muda roselle juga boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan boleh dijadikan perasa dalam kuah kari?

26 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Bibliografi Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr. Seman Salleh dan Munsyi Zainal Abidin kasim. (2008). Pembelajaran Morfsintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Asraf. (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Abdul Talib Mohd. Hassan. (1995). Saga. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. http://www.tutor.com.my/tutor

http://www.ideal.upmedu.my/~ideal/tugasan/bacelor/BBM3202 minggu o5.ppt.

27 SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008

You might also like