You are on page 1of 32

LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKGJ

Tarikh Hari Tempat Kehadiran

: : : :

28 September 2012 hingga 30 September 2012 Jumaat hingga Ahad Sek.Keb.Guar Jentik 84 orang murid dan 10 orang guru.

1. Pengenalan

Perkhemahan Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja sekolah merupakan aktiviti tahunan badan beruniform di Sekolah Kebangsaan Guar Jentik. Perkhemahan ini disertai oleh murid-murid tahap 2.

Dalam

perkembangan

dunia

pendidikan

yang

semakin

menitikberatkan aktiviti kokurikulum, kecemerlangan pelajar tidak hanya bergantung kepada akademik sahaja tetapi pelajar perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia dan

berkebolehan menyesuaikan diri di era globalisasi

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap murid sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan dihayati dan difahami sepanjang perkhemahan ini. Semua peserta

perkhemahan perlu menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, bak kata perpatah

bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat .

2. Laporan hari pertama,Jumaat ( 28 September 2012 ) Aktiviti perkhemahan bermula dengan sesi pendaftaran peserta pada jam 3.00 hingga 3.30 petang. Seramai 84 orang murid menyertai perkhemahan

tersebut di bawah Badan Uniform Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ). Murid yang terlibat terdiri daripada 42 orang lelaki dan 42 orang perempuan. Perkhemahan ini dikendalikan oleh 10 orang guru yang diketuai oleh Puan Hjh Nor Lela bt Abd Rahman

Sesi Pendaftaran Peserta

Setelah sesi pendaftaran selesai, murid dibahagikan kepada 10 kumpulan. Seterusnya, kem komanden iaitu Encik Ahmad Fuad bin Ishak memberikan taklimat perkhemahan kepada pesertapeserta

perkhemahan.Aktiviti tunjuk cara bagi mendirikan khemah dikendalikan oleh AJK Persiapan tempat iaitu Encik Mohd.Noor Hisham b.Mohd.Faudzi, Pn.Mazlina Bt Mohamed dan Puan Norwahida Bt Din. Murid-murid bekerjasama dalam kumpulan mendirikan khemah dalam masa yang ditetapkan .

Seterusnya, murid bersiap-sedia untuk menunaikan solat Asar

secara

berjemaah di surau yang dikendalikan oleh AJK Kerohanian iaitu En.Ahmad Fuad b.Ishak, Pn.Badariah bt Yahya, Pn.Nurul Hafizah bt Zuhari,

En.Mohd.Ansari b.Ahmad dan Tuan Syed Amiruddin B.Syed Ali.

Pada jam 6.30 petang hingga 9.00 malam, murid bersiap sedia untuk makan malam serta membersihkan diri untuk menunaikan solat Maghrib

berjemaah.Kuliah maghrib dan bacaan Yassin menyusuri selepas solat berjemaah sementara menunggu masuknya waktu Solat Isyak.

Kuliah Maghrib ini disampaikan oleh Encik Ahmad Fuad b.Ishak.

Selesai solat Isyak, murid berkumpul di dewan untuk aktiviti selanjutnya iaitu Pecah Bendungan atau sesi suai kenal.Peserta-peserta perkhemahan saling berkenalan dan mengenali di antara satu sama lain.Dalam aktiviti pecah bendungan ini, murid dikumpulkan mengikut bulan kelahiran.

Dalam kumpulan mengikut bulan kelahiran, murid perlu saling hormatmenghormati berdasarkan perbezaan umur.Contohnya, murid yang muda

menghormati rakan yang lebih tua di dalam kumpulan mereka, murid sesama jantina perlu bersalaman dan bercium semut manakala murid berlainan jantina dikehendaki membuat tabik spring .

Kami dapati terdapat juga murid yang agak malu untuk memperkenalkan diri di dalam kumpulan . Namun begitu, setelah murid di beri motivasi mereka menunjukkan sikap yang positif dan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi.

Seterusnya, murid di sajikan dengan minum malam yang dikendalikan oleh AJK Makanan iaitu Puan Nur Ainun bt Osman, Pn.Zaripah bt Alshaari dan Puan Salbiah bt Ab.Rahman.Semua peserta perkhemahan dikehendaki tidur pada jam 11.00 malam.

Pada jam 1.30 pagi, semua peserta dikejutkan untuk menjalani sesi burung hantu. Aktiviti ini dikendalikan oleh Kem Komanden .

Dalam aktiviti ini, peserta ditutup mata dengan sehelai kain , kemudian ditempatkan secara berasingan di tempat-tempat tertentu . Murid menyusuri jalan berhalangan seperti jalan berbukit dan kawasan berlongkang yang bertujuan untuk menguji peserta. kekuatan mental dan daya tahan fizikal peserta-

Sepanjang melaksanakan aktiviti ini, terdapat peserta perkhemahan

yang menjerit ketakutan apabila ditinggalkan sendirian di dalam keadaan yang gelap

3.

Laporan hari kedua, Sabtu ( 29 September 2012 ) Aktiviti perkhemahan pada hari kedua bermula dengan aktiviti Solat

Subuh secara berjemaah, dan kuliah Subuh dikendalikan oleh Ustaz Mohd Ansari bin Ahma(Guru SK Guar Jentik), Selepas itu semua peserta

perkhemahan berkumpul di tapak perhimpunan untuk sesi menaikkan bendera dan aktiviti senamrobik. Aktiviti ini dikendalikan oleh AJK Riadah iaitu Encik Mohd Noor Hissam bin Mohd Faudzi dan Pn. Salbiah binti Ab Rahman.

Seterunya, selepas sarapan pagi, semua peserta perkhemahan dikehendaki berkumpul di dewan terbuka SK Guar Jentik dan bersiap sedia untuk pertandingan gadjet. Sebelum pertandingan tersebut dimulakan, Kem Komanden memberikan taklimat dan syarat-syarat pertandingan. Peserta diminta melakukan aktiviti tersebut secara berkumpulan yang sedia ada. Setiap kumpulan peserta dibekalkan dengan beberapa bilah kayu dan tali untuk menghasilkan gadjet mengikut kreativiti masing-masing. Guru yang terlibat di ketuai oleh Pn Nor Lela bt Abd Rahman.

Dalam pertandingan tersebut peserta dinilai dari segi kerjasama dalam kumpulan, kekemasan gadjet dan kesesuaian fungsi gadjet tersebut. Setelah dinilai oleh beberapa orang hakim, kumpulan Persona telah menjuarai pertandingan gadjet tersebut. Kumpulan itu telah membuat gadjet untuk meletakkan kasut dan peralatan dapur. Tempat kedua pula disandang oleh kumpulan Saga, dimana kumpulan tersebut telah menghasilkan gadjet untuk memasak air. Tempat ketiga pula disandang oleh kumpulan Kenari yang telah menghasilkan gadjet untuk meletakkan pinggan dan cawan. Aktiviti tersebut berjalan selama dua jam bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi. Selepas itu, murid dibekalkan dengan minum pagi iaitu air teh o dan roti sebelum menjalani aktiviti kawad kaki. Aktiviti kawad kaki diketuai oleh adik

Jasimin bin Hafiz dan adik Nur Zahirah bt Md Saad. Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Setelah selesai kawad sesi kawad kaki, semua peserta bersiap sedia untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Pada jam 2.00 petang semua peserta berkumpul didewan terbuka untuk meneruskan aktiviti pertandingan kraftangan. Aktiviti ini juga dijalankan secara berkumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan dengan surat khabar lama. Objektif aktiviti ini ialah untuk mencungkil bakat dan kreativiti semua peserta dalam bidang seni kreatif. Guru yang mengendalikan aktiviti ini diketuai oleh Hjh Nor Lela bt Abd Rahman.

Setelah menunaikan solat Asar dan minum petang, semua peserta bersiap sedia untuk melakukan aktviti sukan dan permainan. Aktiviti ini dijalankan di padang SK Guar Jentik. Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan kereta sorongdan mengolek bola dengan mengunakan kepala, bagi peserta lelaki, bagi peserta perempuan aktiviti sukaneka yang sama juga di jalankan, secara berkumpulan. Tujuan aktiviti ini ialah untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara semua peserta perkhemahan dan guru. Aktiviti sukan dan permainan ini tamat pada jam 7.00 petang.

Setelah selesai makan malam, semua peserta menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan mendengar kuliah Maghrib. Seterusnya tepat jam 9.00 malam, semua peserta berkumpul di dewan untuk aktiviti Pertandingan Kebudayaan. Antara persembahan yang ditunjukkan oleh peserta ialah lakonan, pantun dan persembahan seni silat.

Aktiviti ini bertujuan untuk mengcungkil bakat terpendam yang ada dalam diri setiap peserta serta meningkatkan keyakinan diri untuk tampil membuat persembahan di hadapan khalayak ramai. Aktiviti ini berakhir pada jam 11.00 malam. Semua peserta perkhemahan dikehendaki tidur pada jam 11.00 malam.

4. Laporan hari ketiga, Ahad ( 30 September 2012 ) Aktiviti ketiga dimulakan dengan solat Subuh secara berjemaah dan Kuliah subuh yang

disampaikan oleh Tuan Syed Amiruddin Syed Ali.Pada jam 7.00 pagi, semua peserta perkhemahan dikehendaki berkumpul di dataran perhimpunan untuk menaikkan bendera dan menyanyikan lagu Negaraku.

Kami mendapati peserta masih bersemangat menyanyikan lagu negaraku walaupun pada hari terakhir perkhemahan.Seterusnya, aktiviti senamrobik dilaksanakan oleh AJK Riadah selama lebih kurang 30 minit. Pertandingan memasak bermula pada jam 8.00 pagi setelah murid disajikan dengan sarapan pagi iaitu nasi lemak dan air milo suam.Dalam pertandingan memasak ini, semua peserta perkhemahan dikehendaki membuat sandwich. Sebelum pertandingan memasak ini bermula, peserta perkhemahan diberikan taklimat ringkas dan syarat syarat pertandingan oleh para juri. Antara kriteria-kriteria yang diambil kira ialah cara penyediaan, keenakan, hiasan dan kerjasama di antara ahli kumpulan.

Aktiviti pertandingan memasak ini selesai pada jam 10.00 pagi. Peserta diminta untuk menyediakan sandwich, Sandwich yang disediakan juga untuk minuman pagi. Aktiviti meruntuhkan khemah dijalankan tepat jam 12.00 tengah hari.Semasa menjalankan aktiviti ini, kami dapat melihat kerjasama yang padu di antara setiap murid di dalam kumpulan khususnya serta pembinaan jati diri dalam setiap diri peserta perkhemahan.

Aktiviti Penutup dan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang telah memenangi pertandingan membuat gajet dan membuat sandwich. Kumpulan yang memenangi bagi acara membuat gajek adalah kumpulan Perdana,

Pemenang bagi acara kraftangan adalah kumpulan Persona

Pemenang bagi acara Kebudayaan Kumpulan Waja

Pemenang membuat sandwich adalah kumpulan Wira

Konklusinya, matlamat dan objektif perkhemahan dapat dicapai daripada pemerhatian dan aktiviti yang dijalankan sepanjang hari perkhemahan ini di mana semangat kerjasama dan silaturahim di antara peserta perkhemahan yang terjalin erat.

You might also like