You are on page 1of 4

KUMPULAN 6 BIDANG 6: NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI

BAND 1

: TAHU

B1D29 : Mengetahui nilai mematuhi peraturan dan undang-undang untuk membentuk disiplin di rumah dan di sekolah. B1D29E1: Boleh menyatakan peraturan yang perlu dipatuhi di rumah dan sekolah. SOALAN Tuliskan 4peraturan dan undang-undang disiplin di rumah dan di sekolah. DI RUMAH DI SEKOLAH Meletakkan permainan yang telah Tidak datang lewat ke sekolah digunakan di tempat asal. Tidak memakai selipar di dalam rumah Dilarang menghisap rokok Tidak balik lewat malam Di larang mewarnakan rambut Masukkan baju kotor kedalam bakul atau Berpakaian kemas dan mengikut mesin basuh. spesifikasi pakaian yang dibenarkan. Guru juga boleh menyoal secara lisan bagi pelajar yang tidak boleh membaca dan menulis.

BAND 2

: TAHU DAN FAHAM

B2D29 : Mengetahui dan memahami nilai mematuhi peraturan dan undangundang untuk membentuk disiplin di rumah dan di sekolah. B2D29E1: boleh menjelaskan kesan melanggar peraturan di rumah dan sekolah. SOALAN Nyatakan 4 kesan atau akibat apabila anda melanggar peraturan di rumah dan di sekolah PERATURAN Meletakkan permainan yang telah digunakan di tempat asal. Tidak balik lewat malam Dilarang menghisap rokok Ponteng kelas KESAN Rumah kemas dan menarik Dimarahi ibu bapa Merbahayakan kesihatan Didenda oleh guru disiplin atau dikenakan tindakan tatatertib.

BAND 3: TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT B3D29: Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang untuk membentuk disiplin di rumah dan di sekolah. B3D29E1: Boleh menunjukkan perlakuan mematuhi peraturan di rumah dan sekolah. DIBUAT SECARA PEMERHATIAN Pelajar mengikut peraturan sekolah apabila diarahkan oleh guru. Contoh: Ahmad tidak memasukkan baju ke dalam seluar, selepas dia di tegur oleh guru maka Ahmad terus memasukkan baju ke dalam seluar.

BAND 4: TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB B4D29: Memahami, menghayati dan mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang untuk membentuk disiplin di rumah dan di sekolah berlandaskan peraturan dan undang-undang B4D29E1: Boleh mengamalkan perlakuan mematuhi peraturan di rumah dan sekolah. DIBUAT SECARA PEMERHATIAN Pelajar mengikut peraturan sekolah tanpa disuruh oleh guru. Contoh: Ahmad berpakaian uniform lengkap dan kemas, tidak ponteng kelas dan tidak merosakkan harta benda sekolah dan lain-lain.

BAND 5: TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI B5D29: Memahami, menghayati dan mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang untuk membentuk disiplin di rumah dan di sekolah berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat. B5D29E1: Boleh mengamalkan perlakuan mematuhi peraturan di rumah dan di sekolah berlandaskan norma masyarakat. DIBUAT SECARA SOAL SELIDIK Pelajar dapat mengamalkan atau mengikut peraturan bukan setakat di sekolah dan di rumah sendiri sahaja, malah dia turut mangikut peraturan ditempat-tempat lain (contoh rumah jiran, rumah kawan dan sekolah lain)

Contoh BIL 1 2 3 PERKARA Apabila berada dirumah kawan anda, adakah anda meletakkan barang kembali ke tempat asal. Adakah anda beratur semasa menaiki pengangkutan awam Adakah anda pernah merosakkan harta benda awam (contoh; menconteng dinding tandas awam dan lain-lain) Semasa anda berada di luar kawasan sekolah, adakah anda membuang sampah di merata-rata tempat. Adakah anda merokok diluar kawasan sekolah Apabila anda berada di rumah orang lain, adakah anda menggunakan barang mereka tanpa kebenarannya. Adakah anda mempunyai lesen memandu ketika menunggang motorsikal Adakah anda pergi ke pusat video atau kafe siber semasa waktu persekolahan. Adakah anda pernah menyertai pertubuhan yang berunsur gangsterisme di luar kawasan sekolah. YA TIDAK

5 7

9 10

BAND 6: TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI B6D29: Memahami, menghayati dan mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang untuk membentuk disiplin di rumah dan di sekolah berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat dalam situasi tertentu dan boleh diteladani B6D29E1: Boleh mengamalkan perlakuan mematuhi peraturan di rumah dan di sekolah berlandaskan norma masyarakat dalam situasi tertentu dan boleh diteladani

DIBUAT SECARA PEMERHATIAN Pelajar ini menjadi contoh kepada pelajar lain semasa di sekolah. Segala arahannya diikuti oleh pelajar lain. Contoh: Seseorang pelajar yang berpakaian kemas dan lengkap akan turut mempengaruhi dan dijadikan contoh oleh rakan-rakannya.

You might also like