You are on page 1of 1

Hadiah istimewa Hari Guru Di suatu pagi yang damai di sebuah kelas darjah 4 di sebuah sekolah rendah, di kawasan

pedalaman. Seorang cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok. Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan. Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana? Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh.. Murid-murid: Ohh. begitu.. Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu . Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak! Mamat: Usung hadiah cikgu tu ada kat luar kelas. Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat????? Mamat: Ha.aaa (dengan bangga) Cikgu: Ayah kamu kerja apa? Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu. Cikgu: Patutlah.

You might also like