You are on page 1of 6

Laras Bahasa

Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks
pengucapan.

Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut
bidangs esuatu wacana digunakan.

Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.

Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.

Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.

Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek
ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza.

Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.

Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara
penyampaian, dan gaya penyampaian.

Tiga Dimensi Laras (Halliday)


merujuk kepada bidang yang diperkatakan
seperti biologi, perubatan, suka, enidikan,
matematik dan sebagainya.

Bidang-bidang ini menentukan kosa kata


dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat
yang digunakan.

JIka wacana merupaan wacana ilmiah,


maka ragam ayat pasif banyak digunakan
Tajuk wacana untuk memberikn fokus kepada perkara
yang dibincangkan.

Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan


selariperlawanan bola sepak , rragam ayat
aktif dengan ayat tunggal yang pendek-
pendek banyak digunakan supaya sesuai
dengan tempo perlawanan bola sepak
berkenaan.
Sama ada wacana berkenaan
disampaiakns ecara lisan atau tulisan.

Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana


syarahan atau ucapan, perbahasan dan
Cara penyampaian
khutbah atau doa?

JIka tulisan sama ada ia esei, laporan,


surat rasmi atau surat peribadi,
memorandum atau iklan?
mengimbangi sama ada suatu ucapan
berkenaan disampaikan dalam situasi
formal atau tak formal.
Gaya penyampaian
Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu
disampaiakn dalam majlis yang formal
yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan
atau dif-dif?

Jenis dan Ciri Laras Bahasa

Laas bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan
laras khusus.

Laras biasa ialah laras khusu yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti
bidang hiburan (laporan suskan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn
(syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklam).

Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli
atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:

kosa kata

tatabahasa

gaya

Laras Bahasa Biasa

Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata
pinjaman.)
Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang
pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuand
an penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).

Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.

Struktur ayat mudah, contohny: Di larang memijak rumput.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Laras Bahasa Biasa


Formal/Rasmi Tak Formal
Berlaku proses pengguguran dalam ayat-
Digunakan dalam majlis rasmi, surat
ayat yang diucapkan sama ada
kiriman dan sebagainya.
pengguguran subjek, predikat, objek.

Laras Bahasa Perniagaan

Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah


sikap dan melakukan tindkan.

Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar,
lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) slogan: Kami Ada Cara

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa

(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y

(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.


Laras Bahasa Akademik

Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan


sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.

Bersifat teknikal.

Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati
tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka
surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.

Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal.
Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.

Laras Bahasa Undang-Undang

Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai
istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.

Laras bahasa media

Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri, laind aripada
struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.

Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu


menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar
pemvbaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa
yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas danketuiga, isi tulisan
mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa
akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan,


metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

Laras Bahasa Sastera

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:


a kreatif dan imaginatif: kabur mesej

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.

d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa,


metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Laras Bahasa Agama

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab

Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Kesimpulan:

Golongan laras Bidang Situasi Contoh Bahan


Berita, laporan. iklan,
Hiburan
surat peribadi

Pengetahuan
Ucapan syarahan
Biasa Khalayak Umum
Maklumat
Acara majlis umum

Upacara/.Majlis
Doa, khutbah
Khusus Doa-khutbah Khalayak Umum Acara majlis rasmi

Teknikal Rencana, ekonomi,


undang-unang, fizik,
Ilmiah kimia, dan lain-lain.

Tesis, rencana
matematik, biologi,
Fizik, Kimiz, Lukisan
Kejuruteraan dan
sebagainya.
(kembali ke laman utama)

You might also like