You are on page 1of 5

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2013

BIL TARIKH MASA TEMPAT Kehadiran : : : : : 1/2013 28 JANUARI 2013 1.05 ptg BILIK GERAKAN

En Amir Hamzah En. Saberi Bin Mustapha Pn. Dg Sarmila Binti Sidek En.Shamsul Baharin Bin Yusoff Pn. Rohaya Binti Mukhtar Pn. Pn Rosniza Binti Razali Cik Amiazura Binti Ghani Pn Siti Hawa Binti Mohd Yasir En. Azihassyamsul Bin Abdul Aziz Agenda :1.0 Kata Aluan Pengerusi. 1.1

- Guru Besar SKBT - Penolong Kanan 1 - Ketua Panitia Matematik - Guru Matematik - Guru Matematik. - Guru Matematik - Guru Matematik - Guru Matematik - Guru Pemulihan

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru Matematik kerana dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali pertama 2013. Ketua Panitia mempengerusikan mesyuarat. Tujuan mesyuarat diadakan: 1.2.1 Pelaporan Post Mortem UPSR 2012. 1.2.2 Cadangan Aktiviti Tahunan 2013. 1.2.3 Analisis peperiksaan 2012.

1.2

2.0

Kata Aluan Guru Besar 2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau dalam mesyuarat kali ini. Ucapan tahniah kepada ketua panitia kerana menyediakan dokumentasi yang lengkap. Ini merupakan bahan bukti yang perlu dimasukkan ke dalam minit mesyuarat sekiranya dipantau oleh JPN Beliau juga mengharapkan panitia ini dapat teruskan kecemerlangan dalam UPSR seperti tahun lepas. Guru-guru perlu lebih peka dan bersikap ambil tahu dalam setiap perkembangan unit panitia masing-masing dan juga ambil perhatian saranan yang telah disampaikan oleh beliau semasa mesyuarat yang lalu.

2.2

2.3

2.2

Penekanan terhadap prestasi murid-murid terutama murid 4, 5 dan 6. Mengharapkan gred GPMP akan lebih baik dari tahun 2012 dan semoga guru-guru Matematik akan mengajar dengan lebih rajin, bersemangat dan buat yang terbaik. Tindakan/Makluman: Semua Ahli Panitia

3.0

Kata Aluan Ketua Panitia 3.1 Pn Dg Sarmila Binti Sidek selaku ketua panitia memaklumkan Ahli Jawatankuasa Panitia Matematik adalah seperti berikut : Ketua Panitia Matematik : Pn Dg Sarmila Binti Sidek Setiausaha : Pn Siti Hawa Binti Mohd Yasir Ketua panitia mengharapkan agar panitia Matematik dapat meningkatkan prestasi dan peratusan lulus bukan sahaja tertumpu pada murid Tahun 6 tetapi juga untuk semua tahun. Beliau meletakkan sasaran untuk peperiksaan UPSR 2013 bagi matapelajaran Matematik iaitu 12 orang pelajar mendapat A dan 10 orang pelajar mendapat B, 10 orang mendapat C serta memperoleh gred purata 2.11 dan 91.43% lulus. Tindakan/Makluman : Semua Ahli Panitia

3.2

3.3

4.0

Laporan Post Mortem UPSR 2012 4.1 Peratusan matapelajaran Matematik menunjukkan penurunan dari 86.47 % kepada 86.27 % iaitu sebanyak 0.2%. (rujuk lampiran) Diharapkan tahun 2013 akan mencapai lebih baik. Sasaran bagi tahun 2013 lebih kurang 91.43% sebagaimana yang diharapkan oleh pihak sekolah. Murid tahun 6 tahun 2013 adalah seramai 35 orang. Adalah diharapkan dengan bilangan murid ini dapat memantapkan prestasi bagi matapelajaran Matematik dalam UPSR. Pengerusi memaklumkan tentang kesungguhan semua guru mengajar murid UPSR 2012 telah bermula daripada awal tahun. Guru-guru juga sanggup hadir ke sekolah pada waktu petang untuk menjalankan kelas tambahan. Murid juga sentiasa bersedia dengan sebarang bentuk ujian daripada guru-guru tersebut pada bila-bila masa. Pengerusi menyenaraikan kekuatan dan kelemahan hasil daripada keputusan peperiksaan UPSR 2012. Antara kekuatannya ialah guru yang mengajar sentiasa bekerja keras dan bermotivasi di dalam mencapai kecemerlangan, memberi pendedahan kepada murid teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan. Terdapat juga murid yang lemah tapi mereka sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri, mewujudkan fasilitator di kalangan murid untuk setiap kumpulan dan fasilitator ini akan memastikan markah kumpulan masing-masing sentiasa meningkat. Manakala, bagi kelemahan yang diperolehi hasil daripada keputusan peperiksaan UPSR 2012 ialah kekurangan guru untuk mengajar para pelajar, terlewat dalam

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

mengesan pelajar-pelajar yang lemah, dan masalah murid sendiri yang kurang kesedaran serta sikap malas murid membuat latih tubi dan kerja yang diberikan. Tindakan/Makluman : Semua Ahli Panitia 4.8 Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli panitia khususnya guru-guru yang mengajar pada tahun ini agar dapat mengatasi segala kelemahan tersebut untuk meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan matapelajaran Matematik untuk peperiksaan UPSR 2012 pada tahun ini. Tindakan/Makluman : Pn Dg Sarmila En Shamsul Baharin 5.0 Perancangan Panitia Matematik 2012 5.1 Pengerusi memaklumkan guru yang mengajar Matematik adalah seperti berikut: Tahun 1 Bestari : Pn Rosniza Binti Razali Tahun 2 Bestari : Pn Rohaya Binti Mukhtar Tahun 3 Bestari : Pn Dg Sarmila Binti Sidek Tahun 4 Bestari : Pn Siti Hawa Binti Mohd Yasir Tahun 4 Bijak : En Shamsul Baharin Bin Yusoff : Tahun 5 Bestari : Cik Amiazura Binti Ghani Tahun 6 Bestari : Pn Dg Sarmila Binti Sidek Tahun 6 Bijak : En Shamsul Baharin Bin Yusoff 5.3 Pengerusi turut memaklumkan program-program Matematik serta penyelaras setiap program yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2013 ini. Antara program-program tersebut adalah : NAMA PROGRAM Kuiz Matematik Pemulihan Matematik Bilik Sumber Matematik Bijak Sifir Teknik Menjawab Kem Matematik LINUS 5.4 PENYELARAS Pn. Rohaya Binti Moktar En.Azihassyamsul Cik Amiazura Pn Siti Hawa Pn Dg Sarmila En Shamsul Baharin Pn Rosniza

Manakala, penyelaras setiap tahun pula telah ditetapkan oleh pengerusi. Penyelaras setiap tahun bertanggungjawab dalam menyediakan latih tubi, nota, soalan ujian dan peperiksaan, laporan post mortem, rancangan tahunan dan projek. TAHUN Satu Dua Tiga Empat Lima GURU Pn Rosniza Binti Razali Pn Rohaya Binti Moktar Pn Dg Sarmila Binti Sidek Pn Siti Hawa Binti Mohd yasir Cik Amiazura Binti Ghani

Enam 5.5

En Shamsul Baharin Bin Yusoff

Pengerusi menyatakan bahawa Program LINUS mesti dijalankan bagi meningkatkan penguasaan asas numerasi dikalangan murid Tahap 1. Setakat ini, masih terdapat tiga orang murid yang terlibat dalam Program LINUS Numerasi iaitu: a) Aking (2 Bestari) b) Renny Mok Waiken (2 Bestari) c) Nur Syamsina Bt. Yahaya Tempeler (2 Bestari) Saringan LINUS Tahun 2013 akan dilaksanakan sebanyak dua kali di mana semua murid Tahun 1, 2 dan 3 diwajibkan mengambil ujian ini. Semua guru mestilah mengambil langkah-langkah persediaan bagi mencapai objektif program ini. Tindakan/Makluman : Guru Tahun 1, 2 dan 3

5.6

Pn. Dg. Sarmila juga meminta ahli Panitia Matematik untuk melampirkan sekali TOV dan Head Count untuk kelas Tahun 4-6 di dalam buku rekod pengajaran masingmasing. Ia boleh dicetak dari laman web SAPS. Manakala bagi Tahun 1-3, pengerusi meminta guru-guru supaya berusaha mengurangkan pemerolehan Band 1 dan Band 2. Berdasarkan keputusan tahun lepas, terdapat murid yang memperolehi Band 1. Pemasalahan timbul disebabkan oleh ketidakhadiran dua orang pelajar sejak dari awal hingga akhir persekolahan. Bagi meningkatkan prestasi pelajar, dua program akan dilaksanakan. Untuk murid Tahun 1-3, pengerusi memaklumkan penggunaan bahasa ketika proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Matematik ialah bahasa Melayu. Manakala, penggunaan bahasa ketika proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Matematik bagi Tahun 4-6 pula ialah gabungan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Seterusnya, pengerusi berharap agar sukatan matapelajaran Matematik bagi Tahun 1 dan 2 memggunakan silibus KSSR yang telah ditetapkan mengikut proforma yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran. Pengerusi juga menambah agar kepada mana-mana guru yang memerlukan alat dan bahan bantu mengajar untuk kegunaan matapelajaran Matematkik bolehlah merujuk kepada Ketua Panitia dan berbincang keperluan yang digunakan kemudian boleh memohon nota minta kepada Cik Azie kerani sekolah. Tindakan/Makluman : Semua Ahli Panitia

5.7

6.0

Sukatan Pelajaran 6.1 Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan 2013 boleh didapati di dalam Fail Panitia. Pastikan RPT persendirian mempunyai Minggu dan Tarikh mengikut Takwim 2013. Rancangan Pengajaran Harian mesti mengikut format yang disediakan bagi KBSR. (Rujuk Lampiran)

Manakala bagi KSSR, RPH mestilah mengikut format yang telah ditetapkan dapatan dari kursus yang telah dihadiri masing-masing. Tindakan/Makluman : Semua Ahli Panitia 7.0 Hal-hal Berbangkit 7.1 En. Shamsul Baharin menyatakan bahawa kegagalan dan kejayaan dalam UPSR adalah tanggungjawab bersama semua guru. Sekiranya ada cadangan yang berkaitan dengan kecemerlangan UPSR, boleh usulkan kepada guru Tahun 6. 6.0 Ucapan Penangguhan Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.................................. (SITI HAWA MOHD YASIR) Setiausaha Panitia Matematik Sek Keb Batu Talam

................................ (DG SARMILA BINTI SIDEK) Ketua Panitia Panitia Matematik Sek Keb Batu Talam

You might also like