You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

BILANGAN JURNAL MINGGU PRAKTIKUM TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN TAJUK JURNAL

: KE -1 :1 : 1 5 APRIL 2012 : MINGGU PERTAMA DI SK BATU 9

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan limpah kurniaNya saya telah selesai menjalani praktikum fasa 1 bagi minggu yang pertama. Tidak banyak halangan yang berlaku kerana pada minggu pertama ini sesi pengajaran tidak dijalankan. Hanya sesi suai kenal diadakan bagi menilai murid untuk kelas-kelas tertentu dan saya dikehendaki menggantikan kelas yang tiada guru kerana mempunyai urusan di luar sekolah. Tetapi setelah membuat analisis mengenai apa yang telah saya jalani sepanjang minggu pertama ini, terdapat juga masalah kecil yang terpaksa saya hadapi. Antaranya adalah dari segi mandapatkan maklumat sekolah dan masalah mendapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi subjek Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) sekolah ini. Maklumat sekolah diperlukan untuk saya melengkapkan portfolio praktikum saya. Kemudian RPT pula diperlukan sebagai panduan saya bagi menjalankan sesi pengajaran nanti. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini, saya telah memikirkan cara dan beberapa cadangan tindakan susulan bagi mengatasi masalah ini. untuk menyelesaikan masalah mendapatkan maklumat sekolah, saya sentiasa pergi ke pejabat untuk bertanya dan cuba mendapat buku maklumat sekolah daripada pentadbir. Setelah mendapatkannya

saya telah membuat fotokopi dan terus memasukkannya ke dalam portfolio praktikum saya. Bagi masalah mendapatkan RPT bagi subjek KT dan PSK, telah cuba berjumpa secara individu setiap guru yang memegang RPT berkenaan. Tetapi oleh sebab ramai guru yang agak sibuk dengan tugasan lain, maka saya mengambil keputusan untuk menyertai FROG sekolah. FROG ini merupakan laman web sekolah yang banyak menyimpan data sekolah. Oleh itu saya telah mendownload RPT disana. Tempoh masa saya menyelesaikan masalah yang timbul ini adalah tidak lama iaitu dalam masa seminggu sahaja. Sebelum masuk minggu kedua praktikum saya telah cuba menyelesaikannya. Alhamdulillah semua masalah yang dihadapi pada minggu pertama dapat diselesaikan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like