You are on page 1of 19

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 1 J41190 BSHRD

Penghargaan

Assalamualaikum,salam sejahtera Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi rasa syukur, penghargaan dan terima kasih kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah izinNya tugasan ini berjaya disiapkan dalam waktunya. Juga tidak ketinggalan kepada semua pihak yang telah memberikan apa jua bentuk sumbangan, dorongan, buah fikiran, ilmu serta nasihat bagi memungkinkan tugasan ini disempurnakan bagi maksud kursus Organisasi Pembelajaran ( DCE 3601) Mereka yang teramat berjasa adalah: Ayah, ibu dan seluruh ahli keluarga saya yang tercinta; DR. Khairuddin Idris, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. En. Mustapha Kamal, tutor Organisasi Pembelajaran( DCE 3601 ) : Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur; dan Semua teman-teman sepengajian bagi kursus Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia (BSHRD), Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Putra Malaysia. Sekian, Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Pihak Bagi Menjayakan Tugasan Organisasi Pembelajaran ( DCE 3601 ) Bagi Yang Terlibat Secara Langsung Ataupun Secara Tidak Langsung.

Mohd Izar Bin Ramli J 41190 Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 2 J41190 BSHRD

PENGENALAN Sejarah Penubuhan


Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu daripada cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatankegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia. Statusnya sebagai salah satu cawangan dalam Polis DiRaja Malaysia juga agak unik kerana dalam keadaan-keadaan tertentu dimana aturgerak oleh pasukan tentera mungkin boleh menimbulkan ketegangan atau provokasi, PGA akan dikerahkan untuk mengambilalih kedudukan-kedudukan strategik terutamanya disempadan negara. . Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran. Pasukan ini ditubuhkan dalam formasi Briged, Batalion, Kompeni, Platun dan Seksyen yang boleh dikerahkan didalam sebarang operasi untuk jangka masa panjang sama ada secara bersendirian ataupun bersama-sama dengan pihak tentera. Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu. Keperluan bagi penubuhannya adalah ekoran peranan besar yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 1960 dan 1969 1989. Penubuhannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan pasukan polis di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs. Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950 oleh Sir Harold
2

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 3 J41190 BSHRD

Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran pasukan polis yang drastik dimana antara lain menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik peperangan gerila bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis itu. sebelum disusun semula pada tahun 1953 dengan nama baru Pasukan Polis Hutan (PPH). Berkuat kuasa pada 20 Oktober 1997, Pasukan Polis Hutan telah ditukar namanya secara rasmi sebagai Pasukan Gerakan Am. dengan keanggotaannya kini terdiri dari 20 buah batalion dibawah 5 buah Briged di seluruh Malaysia.

FUNGSI-FUNGSI UTAMA PASUKAN GERAKAN AM ( PGA )


Peranan utama pasukan PGA(Pasukan Gerakan Am) ini sejak ditubuhkan adalah bagi menyediakan satu pasukan simpanan khas bertujuan untuk menghadapi dan menindas semua jenis ancaman dalam bentuk ketenteraman awam, aktiviti subversif, keganasan atau pemberontakan bersenjata yang berlaku dalam negara selain menyediakan bantuan kepada polis daerah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam. Ia juga berperanan untuk membantu pasukan tentera didalam operasi menentang gerila komunis dan pemberontakpemberontak bersenjata serta menghapuskan penyusupan musuh kedalam negara ini. BATALION 19 adalah merupakan cawangan yang ditubuhkan secara khas di bawah PGA yang berpengkalan di Markas Briged Tengah, 43200 CHERAS.

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 4 J41190 BSHRD

PENDAHULUAN
Perintah Tetap Ketua Polis Negara ( KPN ) mengenai penubuhan satu Batalion Pasukan Gerakan Am, khusus untuk Kawalan Keselamatan Orang-Orang kenamaan (VIP), bangunan-bangunan penting serta kediaman-kediaman tertentu. Perintah ini akan menggariskan peranan dan fungsi serta perintah dan kawalan Batalion tersebut dan lain-lain perkara berkaitan.

PEWUJUDAN BATALION 19
Batalion yang dipertanggungjawabkan bagi tujuan tersebut dinamakan sebagai BATALION 19 PASUKAN GERAKAN AM (KAWALAN KESELAMATAN).

PERANAN
Peranan Batalion 19 Pasukan Gerakan Am ( Kawalan Keselamatan) khususnya ialah memberikan khidmat perlindungan /kawalan kepada VVIP tempatan, dan bangunan-bangunan penting serta kediaman-kediaman tertentu. Peranan ini jugaakan merangkumi liputan keselamatan kepada orang-orang kenamaan dan Diplomat di Malaysia.

FUNGSI UTAMA BATALION 19 PGA


Batalion ini dikhaskan kepada penugasan yang memerlukan komitmen dan semangat yang tinggi bagi meyakinkan orang-orang kenamaan dan bangunan-bangunan penting serta kediamankediaman tertentu. Peranan ini juga akan merangkumi liputan keselamatan Diplomat di Malaysia. Memberi litupan keselamatan orang-orang kenamaan negara ( VVIP );

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 5 J41190 BSHRD

Mengekalkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat; Memelihara undang-undang; Memberi perlindugan terhadap nyawa dan harta benda.

KAWASAN TANGGUNGJAWAB
Kawasan tanggungjawab Batalion 19 PGA (Kawalan Keselamatan hanya di sekitar Lembah Klang (Wilayah Persekutuan- Kuala Lumpur/Putrajaya dan Selangor).

TEMPAT PENUGASAN
Batalion ini akan ditugaskan di tempat-tempat berikut :-Istana Negara, Istana-Istana, Kompleks Parlimen, Istana Selangor Putrajaya, Kediaman Perdana Menteri, Kediaman Timbalan Perdana Menteri, Kediaman Menteri-Menteri Kabinet, Orang kenamaan, lain-lain pejabat dan bangunan tertentu yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara; Tempat tugas kawalan keselamatan juga meliputi kompleks pejabat/tempat kediaman Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi dan Konsulat Jeneral yang berada di sekitar Lembah Klang.

TUGAS ASAS
Batalion ini akan melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:-

Tugas-tugas asas
Membuat kawalan statik, Menjalankan rondaan bergerak ( mobile Patrol-motorsikal dan kereta);, Mengadakan rondaan berjalan kaki;

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 6 J41190 BSHRD

Tugas-tugas Kecemasan
Menjalankan tugas Operasi Mencari dan Menyelamat dalam sesuatu kejadian bencana alam/kemalangan; anggota PGA turut dilatih bagi penugasan mencegah rusuhan Pasukan Anti Rusuhan (PORU). Berupaya memberikan bantuan yang pelbagai dalam penugasan kepolisan, tetapi bagi memastikan bahawa mutu pasukan ini kekal sebagai satu pasukan yang terlatih khusus dan sedia diaturgerak dalam tempoh singkat maka tugas-tugas yang dijalankan oleh pasukan ini dihadkan kepada tugas bantuan khas, darurat dan luar biasa. Selain itu juga, pasukan ini berkebolehan untuk diaturgerak dalam semua situasi dan keadaan muka bumi selain berkebolehan melaksanakan tugas peperangan khas (special warfare) di hutan, perairan dan bandar serta suasana pertempuran jarak dekat (CQB) selain kemahirannya didalam peperangan gerila (CIW).

PENGENALAN PEMBELAJARAN KEPADA ORGANISASI


Organisasi belajar atau organisasi pembelajaran adalah satu konsep dimana organisasi dianggap mampu untuk terus menerus melakukan proses pembelajaran mandiri (self learning) sehingga organisasi terebut memiliki kecepatan berfikir dan bertindak dalam merespon bergam perubahan yang berlaku dan muncul. Organisasi pembelajaran adalah organisasi yang menyediakan peluang belajar kepada semua anggota dalam organisasi itu. Melalui organisasi pembelajaran, individu dapat menilai kebolehan masing-masing secara berterusan. Organisasi pembelajaran juga adalah organisasi yang sentiasa memberi komitmen dan menyediakan kapasiti belajar di semua peringkat
6

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 7 J41190 BSHRD

organisasi. Ia berubah secara berterusan mengikut perubahan persekitaran organisasi (Abd. Kadir, 2009). Perkembangan teknologi membawa kepada perlunya manusia mengembangkan pengetahuan supaya tidak ketinggalan dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Kejayaan hanya dikecapi oleh manusia yang sentiasa berusaha meningkatkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan. Organisasi yang ingin terus berjaya juga perlu terus memberi peluang belajar kepada semua anggotanya. Organisasi seperti ini dikenali sebagai organisasi pembelajaran (Abd. Kadir, 2009). Sesebuah organisasi pembelajaran boleh mengenalpasti asetnya tanpa perlu menukar struktur yang ketara ataupun mengubah pihak pengurusan atasan. Kesedaran berkenaan pentingnya pembentukan sebuah organisasi pembelajaran perlu wujud dari dalam organisasi itu sendiri. Konsep organisasi pembelajaran yang telah berkembang sejak beberapa dekad kebelakangan ini adalah disebabkan oleh keperluan organisasi untuk menghadapi era

globalisasi dunia yang semakin kompetitif, kompleks dan dinamik. Selaras dengan perkembangan tersebut, setiap organisasi mengimpikan untuk menjadi sebuah organisasi yang mampu mengadaptasi, berubah, berkembang dan mengubah dirinya sebagai respons kepada keperluan, keinginan dan aspirasi manusia di dalam dan di luar organisasi tersebut.

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 8 J41190 BSHRD

DEFINISI KONSEP PEMBELAJARAN


Mengikut Nancy Dixon,1994- Organisasi pembelajaran boleh didefinisikan sebagai keupayaan organisasi memaksimumkan potensi sumber manusianya bagi meningkatkan kualiti. Organisasi Pembelajaran : Organisasi pembelajaran merujuk kepada sebuah organisasi yang mengamalkan pembelajaran secara berterusan dan mampu untuk berubah sendiri. Organisasi proaktif menggunakan pembelajaran dengan cara bersepadu bagi menyokong dan memangkin kemajuan individu, pasukan, organisasi secara keseluruhan, institusi dan komuniti yang ada hubungan (Watkins & Marsick, 1993, 1996, 1999). Dimensi Organisasi Pembelajaran : Istilah ini merujuk pada tujuh dimensi bagi organisasi pembelajaran yang telah dikenal pasti oleh Watkins dan Marsick (1993, 1996). Tujuh dimensi tersebut adalah mewujudkan peluang belajar berterusan, menggalakkan dialog, menggalakkan kerjasama dan pembelajaran pasukan, mewujudkan sistem untuk perkongsian pengetahuan, memberikan kuasa untuk mencapai visi bersama, menghubungkan organisasi dengan persekitarannya dan menyediakan kepimpinan strategik untuk pembelajaran. Pembelajaran Organisasi : Istilah pembelajaran organisasi merujuk kepada pengetahuan yang diperolehi secara kolektif yang wujud dalam sebuah organisasi dan keupayaan organisasi untuk menggunakan pengetahuan bagi meningkatkan tarafnya. Organisasi pembelajaran adalah proses memperbaiki tindakan melalui pengetahuan yang lebih baik.

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 9 J41190 BSHRD

CIRI-CIRI ORGANISASI PEMBELAJARAN


Dimensi Learning Organization Peter Sange (1999) menggemukakan bahawa didalam learning organization yang efektif diperlukan 5 motivasi yang akan memungkinkan organisasi untuk belajar, berkembang dan berinovasi yakni : 1. Visi Bersama (Shared Vision) adalah aspirasi umum yang memberi gambaran masa

depan yang ingin dicapai oleh oragnisasi.. Komitmen untuk menggali visi bersama tentang masa depan secara murni tanpa paksaan. Oleh kerana, organisasi terdiri atas pelbagai orang yang berbeza latar belakang pendidikan, kesukuan, pengalaman serta budayanya,maka akan sangat sulit organisasi bekerja secara berpadu kalau tidak memiliki visi yang sama. 2. Penguasaan Peribadi (Personal Mastery) iaitu komitmen peribadi untuk

kecemerlangan organisasi, mempunyai fokus dan sikap untuk berubah secara keseluruhannya. Kemampuan untuk terus menerus dan sabar memperbaiki wawasan agar objektif dalam melihat reality dengan pemusatan energy pada hal-hal yang strategik. 3. Pembelajaran Berpasukan (Team Learning) iaitu proses pembangunan keupayaan

berpasukan dengan tujuan mencapai objektif bersama. Kemampuan dan motivasi untuk belajar secara adaptif, generative dan berkesimbungan.Pembelajaran organisasi akan lebih pantas sekiranya orang berkongsi wawasan dan belajar bersama-sama. Fokus utama adalah kepada aktiviti pembelajaran secara berpasukan dalam organisasi berbanding pembelajaran secara individu.

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 10 J41190 BSHRD

4.

Model Mental ( Mental Model ) merupakan andaian,geneliasasi atau gambaran dalaman

yang mempengaruhi pemahaman serta persepsi individu terhadap dunia. Ianya akan turut mempengaruhi tindakan oleh seorang individu dalam melakukan sesuatu. 5. Pemikiran Sistem (System Thinking) iaitu pada dasarnya terdiri atas unit yang harus

bekerjasama untuk menghasilkan hasil yang optima, kemampuan untuk melihat dan memahami setiap kejadian sebagai satu sistem. Melihat sesuatu fenomena daripada strukturnya yang paling dalam. Kejayaan satu-satu organisasi sangat ditentukan oleh kemampuan organisasi untuk melakukan pekerjaan secara bersistem.

LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN YANG WUJUD Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan. ~ Williams & Anandam (1973). mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. pembelajaran bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada

peneguhan positif atau negatif). Semasa bertugas pada pendapat saya, banyak proses-proses pembelajaran yang wujud dan akan diamalkan sebagai panduan ketika operasi. Contohnya; Mengikuti Kursus Pandu Arah Dan Orientasi Peta. Setiap anggota PGA diharuskan menghadiri Kursus Pandu Arah dan Bacaan Peta kerana ianya merupakan pengetahuan penting kepada Pasukan Gerakan Am sewaktu menjalankan operasi
10

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 11 J41190 BSHRD

terutamanya di dalam kawasan hutan belantara.. Ini dapat memudahkan anggota memahami sebarang tujuan dan arah semasa bertugas/kecemasan/sekiranya mengalami kesulitan didalam operasi terutamanya didalam operasi menyelamat. Melalui kursus ini, peserta kursus telah diberi tunjuk ajar secara teori dan praktikal bagi menambah kefahaman mengenai kemahiran yang diajar.

Rajah 1 : Menunjuk Kursus Pandu Arah dijalankan.

Mengikuti Latihan Tembak Senjata Api. Setiap anggota diwajibkan agar mengikuti latihan tembak senjata api sebanyak 3 kali setahun bagi melatih mereka agar lebih cekap dan tidak kekok dalam mengendalikan senjata api tersebut.. Tujuan latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada setiap anggota dalam penggunaan senjata api jenis Pitol Glock 19,Pistol Walther P99, HK MP5 dan M16 yang sering digunakan oleh PDRM bagi menjalankan tugas. Latihan ini merupakan usaha untuk mempertingkatkan kemahiran dan pendedahan dalam penggunaan senjata api dikalangan anggota dan pegawai PDRM di samping bagi mencapai objektif seperti mempertingkatkan kemahiran menembak, membina keyakinan diri dan menanam sikap tanggungjawab semasa mengendalikan senjata api. Latihan akan dijalankan di lapang sasar terpilih terutamanya di dibawah kendalian Pasukan Polis Diraja Malaysia Dan Pasukan Gerakan AM.
11

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 12 J41190 BSHRD

Rajah 2 : Pistol Walther P99 buatan Austria

Rajah 3 : HK MP5 buatan Jerman

Rajah 4: Pistol Glock 19 buatan Austria.

Kursus Asas Pengiring Rapat Kenamaan ( Bodyguard ) dan dll. Anggota yang terpilih akan menghadiri kursus yang dijalankan di Pusat Latihan Polis Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak selama 2 minggu bagi melatih anggota dalam aspek persenjataan dan pengetahuan undang-undang kerana setiap gerak geri mesti berasaskan undangundang. Itu yang membezakan pengawal peribadi dengan kumpulan samseng atau kaki pukul (bauncer). Peranan pengawal peribadi ialah melengahkan masa penyerang untuk

menyelamatkan VIP sebelum dibawa keluar ke zon selamat. Mereka adalah orang tengah antara bahaya dan orang yang dijaga. Latihan tempur tanpa senjata juga ditekankan kerana kerjaya ini mendedahkan mereka kepada serangan jarak dekat yang memerlukan pergerakan pantas melalui latihan menggunakan kaedah fleksibel, pantas misalnya teknik mengunci pergerakan musuh. Peserta juga telah didedahkan maklumat berkaitan hak dan undang-undang, formasi dan
12

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 13 J41190 BSHRD

bentuk kawalan, situasi cemas dan tindakan, perhubungan, merempuh halangan, jenis ancaman, keselamatan senjata, pemeriksaan kenderaan, fender (pergerakan naik dan turun kenderaan), pertolongan cemas, ketahanan fizikal dan mental, aktiviti air, imej dan protokol.

Kesediaan Untuk Berubah Setiap anggota juga amat disarankan agar memperbaiki mutu kerja seharian dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam semua bidang khususnya dalam aspek berikut; Penugasan gerakan (operation deployment), pentadbiran, logistik dan latihan; Membuat perancangan dan koordinasi dengan lain-lain agensi kerajaan terhadap penugasan seharian; Mengawal dan melaksanakan operasi yang dipertanggungjawabkan; Menentukan keberkesanan operasi (operational effiency), kejayaan penugasan (task performance) dan disiplin sesame pegawai/anggota di tahap yang ditetapkan.

PDRM SEBAGAI ORGANISASI PEMBELAJARAN


PDRM juga adalah merupakan sebuah organisasi pembelajaran kerana setiap penugasan adalah melibatkan proses pembelajaran kekal dan dipraktikkan dalam kehidupan secara langsung iaitu dengan mewujudkan peluang belajar berterusan, menggalakkan dialog, menggalakkan kerjasama sesama rakan kerja, mewujudkan suasana perkongsian pengetahuan, memberikan kuasa untuk mencapai visi bersama, menghubungkan organisasi dengan persekitarannya dan

13

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 14 J41190 BSHRD

menyediakan kepimpinan strategik untuk pembelajaran mempengaruhi kesediaan untuk berubah di kalangan anggota itu sendiri. Keselamatan awam dan Negara berkait rapat dengan kecekapan dan kekuatan sesuatu struktur pasukan keselamatan. Di Malaysia, agensi keselamatan seperti PDRM dan sebagainya dibentuk bagi menjaga kemanan dan kemakmuran negara ini, agar tidak dicerobohi atau dikhianati samada daripada serangan subversif, psikologi atau jenayah. Realitinya, kehidupan moden sekarang lebih banyak dicemari dengan gejala jenayah yang semakin meruncingkan. Oleh yang demikian, setiap anggota pasukan keselamatan perlu dibekalkan dengan pelbagai latihan secara fizikal dan mental. Pembelajaran dan asas-asas pengetahuan yang kukuh amat penting agar kemakmuran negara terjamin dan dapat dikekalkan. Semua anggota yang terlibat harus mempunyai tanggungjawab secara lebih ikhlas dan amanah semasa menjalankan tugas. Asas pembelajaran berterusan menjadi nadi tunjang utama untuk melahirkan anggota keselamatan khususnya PDRM untuk terus menjaga kemanan dan kedaulatan negara disamping

menguatkuasakan undang-undang. Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan sebuah organisasi yang

dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam di negara ini. Fungsi dan peranan polis di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan kemajuan dan perkembangan semasa terhadap pembangunan negara, sosioekonomi masyarakat dan era globalisasi. Perubahan globalisasi terhadap penugasan kepolisan daripada ancaman pengganas komunis, konfrantasi dan penjenayah tradisional sehinggalah kepada jenayah moden masa kini seperti jenayah bersendiket, jenayah siber dalam dunia tanpa sempadan, sentiasa menuntut anggota dan pegawai polis khuusnya melaksanakan tugasnya dengan cekap dan berkesan supaya memberi keyakinan kepada kerajaan dan masyarakat.
14

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 15 J41190 BSHRD

FAKTOR-FAKTOR PEMBELAJARAN

YANG

MENGGALAKKAN

PDRM

DALAM

PROSES

Mengikut Watkins dan Marsicks, 1993 menyatakan perlunya satu perspektif sistem dan kaedah untuk menghubungkan dan mengintegrasikan sistem organisasi dengan persekitarannya dan sistem ini mampu menerangkan kaedah dan tujuan untuk berhubung dan integrasi sistem organisasi kepada persekitaran. Selain itu, Watkins dan Marsicks (1993) menyatakan organisasi pembelajaran ialah organisasi yang belajar secara berterusan dan berlaku transformasi serta perubahan dalam organisasi. Pembelajaran akan melibatkan peringkat individu, pasukan, organisasi dan masyarakat yang berhubung dengan organisasi. Usaha pihak pengurusan PDRM itu sendiri yang telah melancarkan satu konsep pelan perancangannya untuk tempoh akan datang yang dikenali sebagai Konsep 4P Polis Diraja Malaysia atau 4P-PDRM. Teras tumpuan kepada 4P PDRM ini adalah : i. Pelindung ( Protective ) - Seorang pegawai polis hendaklah bersikap pelindung kepada semua lapisan masyarakat dan ianya tersirat di dalam Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967, dimana peranan Polis adalah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman dan sebagai penguatkuasa undang-undang. ii. Proaktif ( Proactive ) Menyedari cabaran semasa yang sentiasa berubah-ubah dari sudut senario politik, sosial, ekonomi dan sebagainya, maka PDRM perlu bersikap proaktif, kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan semua bentuk tuga kepolisan. iii. Penumpuan Kepada Masyarakat ( People Oriented ).

15

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 16 J41190 BSHRD

Sejajar dengan Konsep Gagasan 1 Malaysia, dimana Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan, maka segala urusan dan tugas adalah semata-mata untuk kesejahteraan rakyat.

iv.Prestasi ( Performance and Outcome Oriented ). - Bakti seorang Pegawai Polis hendaklah berteraskan kepada keupayaan untuk melaksanakan tugas yang terbaik dan berpegang kepada motto Tegas, Adil Dan Berhemah. Demikian itu, organisasi berupaya untuk menjana hasil yang bermutu berasaskan kepada Penetapan Sasaran ( Target Setting ), Petunjuk Indeks Prestasi ( KPI ), Pencapaian berperingkat yang boleh diukur ( Milestone ) dan Keberhasilan Berkualiti ( Quality Result ). Trend tekanan dan kecaman masyarakat terhadap pasukan polis ini merupakan satu ancaman global. Mesej utama yang harus difahami oleh setiap lapisan pegawai dan anggota polis adalah organisasi PDRM harus berubah mengikut ekspektasi masyarakat semasa.

KESIMPULAN : PEMBENTUKAN PDRM DALAM MENCAPAI ORGANISASI PEMBELAJARAN . Secara keseluruhannya dapat saya rumuskan di sini bahawa organisasi pembelajaran memainkan peranan penting untuk menjamin kemahiran dan penggunaan sumber tenaga manusia berada ditahap tertinggi di dalam sesebuah orgaisasi . Program pembangunan pembelajaran di dalam yang lebih jitu perlu dilakukan secara menyeluruh kerana sumber tenaga manusia merupakan aset yang menentukan kejayaan atau kelemahan sesebuah organisasi. Justeru itu pentadbir atau pengurus di bahagian latihan pembangunan sumber manusia perlulah merangka program-program yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman bekerja kepada ahli di dalam organisasi terbabit.
16

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 17 J41190 BSHRD

Dengan adanya program program pembelajaran tersebut maka dengan ini ia akan dapat memberikan banyak pengetahuan dan kemahiran yang berguna khususnya kepada anggota dan pegawai di dalam organisasi PDRM amnya . Selain itu juga bimbingan kaunseling mengenai pentingnya pembelajaran di dalam organisasi juga amat penting kepada sesebuah organisasi. Dengan adanya bimbingan dan kaunseling mengenai pembelajaran di dalam organiasi ini akan membuatkan anggota dan pegawai polis merasa lebih selesa untuk bekerja dan mereka juga akan lebih bersemangat untuk melakukan kerja mereka seharian. Selain itu juga produktiviti juga akan dapat di tingkatkan dan dengan ini matlamat sesebuah organisasi akan tercapai. .Organisasi pembelajaran memberi manfaat kepada individu dan organisasi apabila ahliahlinya menggunakan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam membuat perubahan dari semasa ke samasa.Organisasi pembelajaran adalah organisasi yang menyediakan peluang belajar kepada semua anggota dalam organisasi itu. Melalui organisasi pembelajaran, individu dapat menilai kebolehan masing-masing secara berterusan. Pada pendapat saya, pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hendaklah menggalakkan para pegawai dan anggota bawahannya dalam hubungkait yang signifikan dengan kesediaan untuk berubah iaitu menumpukan faktor penggalakkan dialog serta menggalakkan kerjasama dan pembelajaran pasukan, untuk meningkatkan kesediaan untuk berubah. PDRM haruslah menggalakkan kerjasama dan pembelajaran berpasukan di mana

organisasi menggerakkan proses pembelajaran tersebut. Kerjasama ini akan menggerakkan pengetahuan baru melalui organisasi pembelajaran. Di samping, mewujudkan peluang pembelajaran secara berterusan di mana organisasi menggalakkan setiap individu belajar melalui masalah dan cabaran kerja, disokong oleh pihak pengurusan yang juga bertindak sebagai fasilitator.
17

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 18 J41190 BSHRD

Peringkat pengurusan PDRM memainkan peranan penting dalam Pembelajaran Individu merujuk kepada perubahan dalam kemahiran, visi, nilai, sikap, dan pengetahuan yang diperolehi oleh seseorang yang telah dihantar mengikuti latihan dalam perkhidmatan dan mempunyai potensi untuk mengubah corak-corak amalan dalam organisasi. Selain itu pelbagai isu semasa telah menyebabkan organisasi PDRM perlu berubah. Tugas kepolisan perlu sentiasa relevan dengan kehendak dan tuntutan kerajaan, masyarakat, senario ketenteraman awam semasa, kemajuan teknologi, dan globalisasi. Oleh yang demikian setiap individu dalam organisasi PDRM dan organisasi ini secara keseluruhannya perlu

menjalani proses perubahan supaya selari dengan misi, visi dan objektifnya.

18

DCE 3601 Organisasi Pembelajaran 19 J41190 BSHRD

RUJUKAN
1. Modul DCE 3601 Organisasi Pembelajaran ,Khairuddin Idris ,Ph.D, Jegak Uli, Ph.D, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Cetakan Mei 2010. 2. Building the learning organization. Marquard, M.J ( 2002 ), New York 3. Laman Web PDRM : www.rmp.gov.my 4. Laman web : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Am 5. Majalah Buletin PDRM : BERITA BUKIT AMAN (ISSN 1394-8687) 6. Leadership and learning organizations.The Learning Organization, Mahoney, Ray 2000. Vol 7 (5): 241-243
7. Informasi Unit Latihan Dan Bimbingan Batalion 19 PGA, Markas Briged Tengah,

Pasukan Gerakan Am, 43200, Cheras, Selangor.


8. Tingkah Laku Organisasi, Pengenalan Tingkah Laku Individu. Pengarang: Ahmad

Shukri Mohd Nain (ISBN 983-52-026-0)


9. The Fifth Discipline; The Art and Practice Of The Learning Organization. Senge, P.M.

2006, New York : Doubleday Publishing.


10. Models Of Human Resource Management: A critical review of their impact on organizational effectiveness, The Cost And Management 33 (4): 56-62 by Sarfaraz Nawas, A.S.M, 2006.

19

You might also like