You are on page 1of 13

1.

Maklumat Asas Program 1.1 Latar Belakang

Motto sekolah iaitu Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia , melakar tugas yang sangat berat iaitu merealisasikan kesejagatan kepemimpinan dalam semua pelajar ASiS sebagai produk pemimpin masa hadapan yang memiliki kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara menjelang abad ke-21. Kesepakatan dan kepemimpinan pengetua ASiS, Tn. Hj. Mohd. Idrus bin Abd. Hamid mencetuskan program jaringan pendidikan, dapat menjadi landasan bagi melahirkan pelajar yang memiliki sifat-sifat kepimpinan sejagat. Kejayaan ASiS juga telah mendahului hasrat peringkat tertinggi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menjelaskan secara terperinci perlunya program jaringan dengan sekolah-sekolah di peringkat antarabangsa dan Institusi Pengajian Tinggi di peringkat kebangsaan menjadi kebitaraan (niche area) Sekolah Berasrama Penuh, bersesuaian dengan matlamatnya dalam memikul agenda negara. Sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi, barisan kepimpinan sekolah juga memerlukan paradigma baharu dalam aspek kepemimpinan, pengurusan dan pentadbiran sekolah. Usaha membina pasukan yang akan menggerakkan organisasi memerlukan semua guru dan staf sokongan sekolah diberi pendedahan terkini dalam pelbagai amalan pengurusan, pentadbiran dan juga dinamika amalan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, program penandaarasan merupakan medium paling berkesan untuk pihak sekolah meneroka pembaharuan dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Kejayaan SM Sains Alam Shah dalam mendahului pelbagai program pengantarabangsaan dan penglibatan dalam program-program yang melibatkan inovasi sains dan teknologi di peringkat antarabangsa, melahirkan keyakinan pihak sekolah untuk mengadakan jalinan dengan sekolah yang memiliki sistem pendidikan yang lebih kurang sama di Brunei. Latar belakang budaya masyarakat yang serumpun merupakan antara pemangkin terhadap keupayaan membina persefahaman untuk merintis perkongsian yang mendatangkan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Atas rasional inilah, ahli Majlis Pengurusan Sekolah telah melaksanakan lawatan kerja untuk meneroka amalan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah cemerlang di Brunei dan menjalankan program jaringan dengan sekolah terbaik Brunei. Kunjungan ke Pejabat Suruhanjaya Brunei di Kuala Lumpur telah membuka jalan kepada kejayaan ASiS untuk mencapai hasrat tersebut. Melalui perbincangan, pihak Pejabat Suruhanjaya Brunei bersetuju untuk memanjangkan hasrat ASiS untuk menjalinkan hubungan dengan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS) dan juga mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Brunei.

1.2

Objektif Program Lawatan Kerja Peningkatan Mutu Pengurusan & Pentadbiran Sekolah Meninjau amalan kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dalam kalangan pentadbir sekolah. Membina perkongsian pintar dalam ilmu kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran sekolah. Mendedahkan barisan pentadbir SM Sains Alam Shah dengan pelbagai amalan kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran di peringkat antarabangsa. Mendapatkan input-input terkini dan inovatif bagi menjalankan programprogram koakademik khasnya program-program inovasi sains dan teknologi, keterampilan berbahasa dan kecekapan aplikasi ilmu di SM Sains Alam Shah. Membudayakan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan tenaga pendidik di SM Sains Alam Shah melalui kepakaran akademik dan pengurusan pendidikan di Brunei Darussalam selaras dengan Teras ke-5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu meningkatkan profesion keguruan. Merealisasikan Teras ke-6 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu memartabatkan institusi pendidikan dengan meletakkan SM Sains Alam Shah sebagai institusi yang ulung dalam memartabatkan pendidikan bumiputera.

1.2.1

1.2.2

1.2.3

1.2.4

1.2.5

1.2.6

1.3 1.3.1

Objektif Program Jaringan Pendidikan Merangka program-program bagi meningkatkan kecemerlangan dalam kerjasama pendidikan yang melibatkan kepentingan sebuah sekolah berstatus elit di Brunei dan SM Sains Alam Shah. Membuka ruang kepada kedua-dua buah sekolah dalam merealisasikan peranan membina (networking) dengan masyarakat untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab membina sahsiah masyarakat di luar institusi pendidikan tinggi. Meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar kedua-dua buah sekolah dalam pelbagai program untuk membina komuniti sosial yang sihat. Mendapatkan input-input terkini dan inovatif bagi menjalankan programprogram koakademik khasnya program-program inovasi sains dan teknologi, keterampilan berbahasa dan kecekapan aplikasi ilmu kedua-dua buah sekolah.

1.3.2

1.3.3

1.3.4

1.4

Ahli Jawatankuasa Program : Hj. Mohd. Idrus bin Abd. Hamid Pengetua En. Razmi bin Abdul Razak Penolong Kanan Akademik En. Mohd. Khiruddin bin Awang Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid En. Rijaludin bin Che Mat Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Norzila bt. Ali Musa (GKMP Bahasa) Pn. Nur Ainun bt Muhammad (GKMP Teknik & Vokasional) Pn. Rohaya bt Bakar (GKMP Sains & Matematik)

Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Naib Pengerusi 1

Naib Pengerusi 2

Penyelaras Program AJK

: :

1.5

Maklumat Program

Berikut ialah maklumat berkaitan lawatan yang dicadangkan: Tarikh Hari Bilangan Peserta : 27 Februari 2 Mac 2011 : Ahad - Rabu : 7 orang (semua ahli Majlis Pengurusan Sekolah)

1.6

Tentatif Program TARIKH/MASA 27 Februari 2011 4.30 pagi 6.45 pagi 9.05 pagi (Ahad) Bertolak ke LCCT Sepang Berlepas dari LCCT Sepang Tiba di Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan, Brunei Aktiviti Bebas ( Lawatan Tempat Menarik ) Bertolak ke penginapan DAnggerik Service Apartment Urus Diri, Solat & Makan Tengah Hari AKTIVITI

10.00 pagi 11.30 tgh 11.30 tgh 12.00 3.00 ptg

3.00 5.30 ptg 6.00 ptg 7.30 mlm 8.30 10.00 mlm 10.30 mlm 28 Februari 2011 5.00 7.00 pagi 7.30 pagi 8.30 pagi 3.30 ptg 3.30 4.30 ptg 4.30 ptg 6.30 ptg 7.00 8.30 mlm 9.00 10.00 mlm 10.30 mlm 1 Mac 2011 (Selasa) 5.00 8.00 pagi 8.30 pagi 9.30 pagi 2.30 ptg 2.30 4.30 ptg 4.30 ptg 6.30 ptg 7.00 8.30 mlm 9.00 10.00 mlm 10.30 mlm 2 Mac 2011 (Rabu) 5.00 - 8.00 pagi 8.30 pagi 12.00 tgh 12.30 tgh 1.30 tgh 3.55 ptg 6.10 ptg

Taklimat & Perbincangan Program Urus Diri, Solat & Makan Malam Mesyuarat Majlis Persaraan Pengetua Rehat (Isnin) Urus Diri, Solat & Sarapan Bertolak ke Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan Sesi penandaarasan Pulang ke Penginapan, Urus Diri & Solat Aktiviti Bebas ( Lawatan Tempat Menarik ) Makan Malam Taklimat & Perbincangan Program Rehat

Urus Diri, Solat & Sarapan Bertolak ke Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Brunei Sesi penandaarasan Pulang ke Penginapan, Urus Diri & Solat Aktiviti Bebas ( Lawatan Tempat Menarik ) Makan Malam Perbincangan Rehat

Sarapan Aktiviti Bebas ( Lawatan Tempat Menarik ) Makan Tengah Hari & Check out Bertolak ke Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan, Brunei Berlepas dari Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan, Brunei Tiba di LCCT Sepang, Malaysia

1.7

Proses Kerja

Berikut ialah prosedur kerja yang dilaksanakan bagi menjayakan program ini: 10 Januari 2011 Mesyuarat Pengurusan Ke-1 memutuskan program jalinan dijalankan dengan institusi sekolah di Brunei. Penyelaras memulakan carian web untuk mendapatkan maklumat berkaitan program. Panggilan telefon dibuat ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Brunei di Kuala Lumpur untuk menetapkan temu janji. Surat hasrat dan kertas kerja disediakan. 11 Januari 2011 Kunjungan ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Brunei oleh Pengetua, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penyelaras Program. Perbincangan diadakan selama 2 jam dengan Tn. Hj. Marzuki bin Hj. Achee. Hasil perbincangan ialah: a) surat hasrat dan kertas kerja akan dipanjangkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Brunei untuk sokongan sebelum dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran Brunei dan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. b) Pejabat Suruhanjaya Tinggi akan mendapatkan maklumat untuk memudahkan perhubungan lisan dibuat dengan pegawai di Kementerian Pelajaran Brunei dan pegawai di MSPSBS. 12 Januari 2011 Urusan permohonan bagi mendapatkan kelulusan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) melalui surat :SMSASKL/08/09/003 Jld.3/( 32 ). 13 Januari 2011 Urusan permohonan pembiayaan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melalui surat : SMSASKL/08/08/003 Jld.3 (33). 9 Februari 2011 Kelulusan daripada BPSBPSK diterima melalui surat : KPM(BPSBPSK)202/001 Jld.4 (27) 21 Februari 2011 Urusan tempahan tiket penerbangan dibuat selepas pengesahan lisan melalui panggilan telefon daripada Hajah Norlina binti Haji Mohd Nor, pegawai di Unit Hal-Ehwal Antarabangsa dan Perhubungan Awam [KUHEA/PA], Kementerian Pendidikan Brunei. 22 Februari 2011 Faksimili daripada Unit Antarabangsa Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Brunei telah diterima untuk surat persetujuan menerima kunjungan ASiS melalui surat : KD/DS/55 yang bertarikh : 19 Februari 2011. 22 Februari 2011 Urusan tempahan penginapan dan tempahan pengangkutan ke LCCT. 25 Februari 2011 Makluman kepada Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Pelajaran Malaysia dibuat melalui surat : SMSASKL/08/09/003 Jld.3/(122) bertarikh 25 Februari 2011.

1.8 BIL 1.

Maklumat Penerbangan Pergi Air Asia : AK 262 Balik Waktu Bertolak 0645 (6.45 am) 27 Februari 2011 Dari LCCT Sepang Waktu Bertolak Waktu Ketibaan 0905 (9.05 am) 27 Februari 2011 Di Lapangan Terbang Seri Begawan Waktu Ketibaan

1655 (4.55 pm) 1910 (7.10 pm) 02 Mac 2011 2. Air Asia : AK 267 02 Mac 2011 Dari Lapangan Terbang Seri Di LCCT Sepang Begawan * penerbangan AK 267 telah delay selama satu jam * Delegasi telah diiringi oleh pegawai daripada Unit Hal-Ehwal Antarabangsa dan PerhubunganAwam [KUHEA/PA] 1.9 Penginapan

Tempahan penginapan dibuat secara atas talian melalui Agoda Company Pte Ltd., Company Number : 200506877R(1336), C/O Agoda Services Co. Ltd., 999/9 Rama 1 Road, Central World, 27th Floor, Patumwan, Bangkok, Thailand. Tempahan telah dibuat di DAnggerik Service Apartment, sebuah hotel yang paling strategik dengan lokasi lawatan dan berdekatan dengan lapangan terbang. 1.10 Kewangan

1.10.1 Perbelanjaan BIL 1. 2. 3. 4. ITEM Flight Fare (pergi - balik ) Penginapan (D Anggerik Service Apartment) Pengangkutan Makanan HARGA (RM) RM 577.00 x 7 org 196.60 x 3 bilik x 3 malam BND 90.00 RM 30.00 x 7 x 3 hari Jumlah JUMLAH 4039.00 1769.40 216.00 630.00 6654.40

1.10.2 Sumber Kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Tabungan Pembiayaan Oleh Peserta = RM 2500.00 = RM 1000.00 = RM 3154.40

2.0

Laporan Lawatan ke Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (28 Februari 2011) 8.30 9.45 pagi - KUHEA/PA, Kementerian Pendidikan Brunei (KPB) telah bermurah hati menghantar dua pegawai (Hjh. Ainah Hj. Ibrahim & Hj. Ibrahim)untuk menjemput, menghantar dan mengiringi delegasi ASiS ke MSPSBS. - Ketibaan delegasi ASiS dan pegawai JSS disambut oleh Timbalan Pengetua MSPSBS, Pg. Zarinah Bte Pg. Hj. Mohd Saleh. - Delegasi dibawa ke auditorium dan disambut oleh Pengetua MSPSBS, Dk. Sarimah Binti Pg. Hj. Ahmad. - Delegasi berpeluang menyaksikan upacara sambutan Hari Kemerdekaan Brunei yang ke-27 yang wajib disambut di semua sekolah di Brunei. Delegasi amat kagum dengan kualiti penguasaan bahasa Inggeris menerusi pementasan drama oleh Kelab Seni Pementasan MSPSBS. - Seterusnya delegasi sempat beramah mesra dengan para pelajar tingkatan 5 yang terlibat dengan sambutan tersebut. 9.45 10.45 pagi - Sesi taklimat kedua-dua buah sekolah diadakan di bilik persidangan. - Pembentangan MSPSBS adalah berkaitan sejarah penubuhan MSPSBS yang bermula sebagai sebuah sekolah menengah yang kemudiannya dinaik taraf sebagai maktab selepas dibenarkan mengambil pelajar A level. - Tenaga pengajar seramai 197 orang dan staf sokongan seramai 28 orang. - Kemasukan ke MSPSBS bermula daripada Tahun 7 iaitu pelajar yang berumur 12 tahun (kanak-kanak di Brunei bermula persekolahan wajib pada umur 6 tahun di peringkat sekolah rendah). - Terdapat 82 kelas P&P di MSPSBS dengan 1865 orang pelajar. - Hanya sebilangan kecil pelajar yang menginap di hostel kerana faktor lokasi maktab yang berdekatan dengan tempat tinggal pelajar. - Minimum 11 subjek bagi pelajar menengah rendah (Tahun 7 dan Tahun 8), 12 subjek bagi pelajar menengah atas (Tahun 8 dan Tahun 9) dan minimum 3 subjek A level dan 1 subjek Sains Sosial bagi pelajar pra universiti. - Terdapat dua sesi persekolahan - Sistem penilaian yang digunakan ialah SPA ( School Based Assessment + Student Progress Examination ) untuk Tahun 7 dan Tahun 8, GCE O Level untuk Tahun 9 dan Tahun 10, GCE A Level bagi Pra Universiti - Jadual waktu pra universiti menggunakan sistem kuliah seperti di universiti. - Keputusan peperiksaan MSPSBS merupakan yang terbaik di Brunei. - Biasiswa Khas yang dianugerahkan kepada pelajar lepasan O dan A Level ialah Biasiswa Diraja, DANA, Skim Khas KPB, Biasiswa Kementerian Pertahanan dan BAS serta NUS High School, Singapore ( hasil MOU dengan kerajaan Singapura ). - Terdapat program yang berfokus pada membina kapasiti iaitu : Homework Policy, Maths E-Learning, Differentiated Learning, Learning Study, Kajian Tindakan, La Main a la Pt dan Gifted & Talented. - MSPSBS juga sedang melaksanakan Action Learning Programme yang bertajuk Predictors of Achievement in Mathematics (Case Study) and Ways to Increase Achievement in Additional Mathematics. 10.45 11.30 pagi - Jamuan

11.30 pagi 12.30 tengah hari - Pembentangan oleh Kaunselor MSPSBS berkaitan Best Practice di MSPSBS iaitu Program Qiaddah yang mempunyai persamaan dengan Kem Kepimpinan yang dianjurkan oleh ASiS saban tahun. - Kekuatan program ini di MSPSBS ialah kerjasama yang diperoleh daripada Yayasan Sultan Hasanal Bolkiah, NGOs dan juga Kementerian Pertahanan Brunei 12.30 pagi 1.30 petang - Sesi soal jawab - Soalan oleh Pengetua MSPSBS : Siapakah yang mengendalikan program di asrama ASiS ? - Jawapan oleh Pengetua ASiS : Semua program di asrama dirancang oleh Majlis Pengurusan Sekolah dengan mematuhi program peringkat BPSBPSK dan program peringkat JPN serta program sekolah. Semua program dikendalikan oleh semua guru yang telah disusun untuk terlibat dalam aktiviti pelajar di asrama. - Soalan oleh Pengetua ASiS berkaitan autonomi yang ada pada MSPSBS. - Jawapan oleh Pengetua MSPSBS : Pengetua memiliki autonomi dalam semua urusan pentadbiran dan kewangan tetapi mematuhi arahan JSS. - Soalan oleh Penolong Kanan Hem MSPSBS berkaitan kelayakan kemasukan ke ASiS, kenapakah semua lelaki?, program-program sehingga berjaya kekal dalam kedudukan 5 terbaik dalam SPM dan isu masalah disiplin di ASiS. - Jawapan oleh Pengetua ASiS : hanya pelajar yang mendapat 8A sahaja yang layak masuk ke ASiS. Semua urusan permohonan adalah secara atas talian dan diurus sepenuhnya oleh BPSBPSK. Sekolah tiada autonomi untuk memilih pelajar. Ambilan pelajar lelaki sahaja adalah sebagai kesinambungan sejarah tapak ASiS sebagai sekolah lelaki aliran melayu pertama di Malaysia. - Jawapan oleh Pen. Kanan 1 : semua program kecemerlangan akademik di ASiS adalah sama dengan program di MSPSBS dan penjelasan diberikan dalam program Tutor Tutee, MKS dan Kelas Klinikal yang tiada di MSPSBS. - Jawapan oleh PK Hem : ASiS tidak berhadapan dengan masalah buli kerana faktor sesi dua tahun persekolahan dan juga kekuatan ukhuwah yang telah menjadi tradisi ASiS. - Soalan oleh PK 1 ASiS : Kedudukan bahasa Melayu di Brunei berikutan dasar bahasa pengantar sekolah di Brunei yang menggunakan bahasa Inggeris. - Jawapan oleh Ketua Unit KUHEA/PA, Dayang Hajah Noridah binti Abdullah : bahasa Melayu tidak pernah dipinggirkan malahan telah berjaya dimartabatkan melalui pelbagai kaedah, misalnya syarat lulus cemerlang sebagai syarat utama penganugerahan biasiswa, silibus bahasa Melayu yang mewajibkan penguasaan tulisan Jawi serta dasar kerajaan dalam mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada semua peringkat. - Soalan oleh Penyelaras Program berkaitan prosedur yang perlu dilalui untuk menjalinkan program jalinan dengan MSPSBS. - Jawapan oleh Pengetua MSPSBS : melalui dua cara iaitu berhubung secara langsung dengan KUHEA/PA ataupun berhubung terus dengan pihak MSPSBS yang akan memanjangkan cadangan kepada KUHEA/PA untuk kelulusan.

1.30 2.30 petang - Sesi lawatan untuk pemantauan kemudahan fizikal, perbincangan dengan guru dan pengalaman P & P di bilik darjah. i. Dapatan pemantauan : semua bilik darjah berpendingin hawa

ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv.

semua makmal berpendingin hawa semua kelas tidak melebihi 25 orang semua kelas dan makmal dilengkapi teknologi pengajaran & pembelajaran terkini semua kemudahan dijaga dengan sangat baik reka bentuk bangunan yang moden semua pelajar fasih berbahasa Inggeris penggunaan modul yang maksimum Kantin dan kafeteria yang bersih bilik guru agak sempit kerana bilangan guru yang ramai kemudahan untuk guru adalah mencukupi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru yang mengajar subjek yang tidak menggunakan bahasa Inggeris (bahasa Melayu, Melayu Islam Beraja & Pendidikan Islam) sangat baik. pelajar yakin untuk berkomunikasi dengan pelawat program kokurikulum dijalankan dengan sangat aktif

2.30 3.30 petang - Jamuan makan tengah hari, sesi bertukar-tukar cenderamata 3.30 petang - Bertolak ke penginapan dengan diiringi oleh seorang pegawai Unit Antarabangsa JSS dan seorang guru MSPSBS 3.0 Laporan Lawatan ke Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Brunei. (1 Mac 2011) 3.1 Laporan Sesi bersama Timbalan Pengarah JSS

9.00 10.00 pagi - KUHEA/PA Kementerian Pendidikan Brunei (KPB) telah bermurah hati menghantar tiga pegawai untuk menjemput, menghantar dan mengiringi delegasi ASiS ke JSS. - Ketibaan delegasi ASiS dan pegawai JSS disambut oleh pegawai-pegawai KUHEA/PA dan Pengerusi, Jawatankuasa Pengetua, Timbalan Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah & Maktab-Maktab Kerajaan Negara Brunei Darussalam(JAPTIM). - Delegasi dibawa ke bilik taklimat dan disambut oleh Penolong Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah, Pg. Roslin Shaari dan Pengerusi JAPTIM, Pg. Haji Zahari bin Pg. Hj. Ahmad. - Delegasi diberikan taklimat tentang sejarah sistem pendidikan Brunei dan berpeluang mendengar dengan begitu terperinci Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN 21) oleh Penolong Pengarah JSS, Pg. Roslin Shaari. 10.00 10.30 pagi - Sesi soal jawab Soalan oleh Pengetua ASiS : Bagaimanakah KPB melaksanakan dasar bahasa pengantar bahasa Inggeris di sekolah di samping menjaga kedaulatan bahasa Melayu? Jawapan oleh Timbalan Pengarah : Kerajaan Brunei tidak pernah mengabaikan bahasa Melayu kerana sistem pendidikan Brunei amat kuat dipengaruhi oleh sistem British kerana latar belakang sejarah Brunei yang baru merdeka 27 tahun. Warisan

kekuatan memelihara kedaulatan bahasa Melayu didukung oleh insitusi diraja Brunei. Soalan oleh Penyelaras Program berkaitan kesahan SBA dan SPE yang dilaksanakan di sekolah. Jawapan oleh Timbalan Pengarah : JSS mempunyai instrumen pemantauan dan juga peraturan-peraturan ketat dalam mentadbir SBA dan SPE di sekolah. Jawapan oleh Pengarah KUHEA/PA : Semua SBA dan SPE perlu mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh JSS dan ada pegawai yang memantau sepanjang masa.

10.30 11.00 pagi - Jamuan 11.00 pagi 12.00 tengah hari - Seterusnya ialah taklimat oleh Pengerusi JAPTIM tentang jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan Pengetua dan Timbalan Pengetua di Brunei. Keistimewaan JAPTIM adalah tidak didaftarkan sebagai sebuah kesatuan yang membuka ruang pengurusan dan pentadbiran yang tidak terikat dengan peraturanperaturan sebagai sebuah kesatuan. 12.00 tengah hari 1.00 petang - Pengerusi JAPTIM yang juga Pengetua Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOASC) telah memberikan taklimat tentang SOASC yang merupakan sekolah aliran Inggeris pertama di Brunei. - SOASC merupakan sebuah sekolah elit yang memiliki budaya kecemerlangan setanding dengan ASiS. Kebitaraan SOASC adalah dalam subjek Seni Persembahan. 1.00 2.00 petang - Sesi soal jawab Soalan oleh Pengetua ASiS berkaitan program sekolah berkembar SOASC dengan Victoria School di Australia. Jawapan oleh Pengetua SOASC : Program ini adalah hasil MOU antara KPB dengan Kementerian Pendidikan Australia. Semua program sebegini adalah di bawah kawalan dan seliaan KPB. Soalan oleh Pengetua ASiS tentang kerjasama pendidikan antara KPB dan KPM. Jawapan oleh Pengarah Unit Antarabangsa JSS : Perbincangan peringkat kementerian antara Brunei dan Malaysia telah diadakan di Kuching dan sehingga kini pihak KPB belum menerima maklum balas daripada KPM berkaitan usaha untuk menandatangani MOU bagi memulakan kerjasama pendidikan. Beliau juga mengalualukan ASiS untuk berhubung dengan pihak JSS bagi mewujudkan kerjasama dalam semua aspek pendidikan. Soalan oleh Penyelaras Program berkaitan pengalaman pegawai-pegawai di KPB yang telah melalui pendidikan yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris. Rumusan jawapan oleh pegawai-pegawai JSS : mereka mewarisi sistem pendidikan aliran Inggeris melalui ibu bapa mereka yang hidup dalam zaman penjajah British. Oleh itu, berbahasa Inggeris sudah dibudayakan sejak zaman kanak-kanak lagi. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sudah sebati sehingga semua

10

pegawai kerajaan di Brunei fasih berbahasa Inggeris. Namun, bahasa Melayu juga didaulatkan dalam semua urusan rasmi kerajaan dengan sepenuhnya tanpa kompromi. Keadaan ini sebenarnya sedikit sebanyak turut menggugat penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda hari ini, kerana subjek bahasa Melayu telah menjadi antara subjek kritikal. 2.00 2.30 petang - Sesi bertukar-tukar cenderamata & fotografi 4.0 Impak Program 4.1 Kekuatan

Lawatan kali ini membuat penemuan yang boleh dijadikan asas untuk ASiS mengambil langkah seterusnya dalam membina jalinan dengan sekolah di Brunei. Kekuatankekuatan yang boleh dijadikan landasan program jaringan ialah : 4.1.1 Kecekapan Bahasa Inggeris

Pelajar ASiS merupakan pelajar yang terpilih daripada kalangan pelajar yang mendapat kelulusan cemerlang 8 agregat dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Semua pelajar mendapat A dalam subjek Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar ASiS memiliki kemahiran dan kompeten dalam berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga dijadikan kebitaraan niche area ASiS. Mulai 2011, amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris telah dirancang dengan lebih terperinci sebagai memenuhi tuntutan status ASiS sebagai sekolah SBT. Pelajar MSPSBS dan juga SOASC juga merupakan pelajar elit di Brunei yang memiliki kemahiran dan kompetensi yang sama. 4.1.2 Latar Belakang Program Kecemerlangan Akademik

Sekolah-sekolah elit di Brunei memiliki 90 % persamaan dari segi silibus, kemasukan pelajar yang cemerlang, pengalaman mencemerlangkan pelajar dan juga pencapaian akademik yang cemerlang dalam peperiksaan awam sama seperti sekolah-sekolah berasrama penuh(SBP) di Malaysia. Sebagai sekolah yang berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam SPM, ASiS mempunyai banyak perkara yang boleh dikongsi bersama. 4.1.3 Sistem Pendidikan

Sebagai sekolah aliran sains, kedua-dua buah sekolah memiliki kurikulum yang hampir sama. Hal ini boleh dimanipulasikan dalam membina perkongsian pintar. Kejayaan KPB memartabatkan bahasa Melayu malahan tulisan jawi yang telah dimansuhkan dalam sistem pendidikan kebangsaan merupakan pengalaman berharga yang diperoleh. 4.1.4 Penglibatan Peringkat KPB dalam Program Sekolah

Sepanjang program ini berjalan, ASiS menyaksikan komitmen yang sangat baik yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai Unit Antarabangsa dalam membantu sekolahsekolah membina jaringan di peringkat antarabangsa. Bertindak sebagai saluran antara

11

pihak sekolah di Brunei dengan sekolah-sekolah di luar negara, Unit Antarabangsa, JSS dilihat amat aktif dan cekap dalam menguruskan program-program sebegini. 4.1.5 Publisiti Media terhadap Institusi Pendidikan di Brunei

Seperkara yang amat berbeza ialah sepanjang 4 hari berada di Brunei, pihak ASiS langsung tidak membaca atau menonton berita tentang isu-isu negatif yang berlaku di sekolah yang merupakan bahan berita yang lumrah bagi media di Malaysia. Programprogram ilmiah yang dijalankan di semua institusi pendidikan di Brunei diberikan publisiti dengan baik sekali menerusi media cetak dan media elektronik. Berbeza dengan media Malaysia yang amat mudah menonjolkan berita-berita sensasi yang menjatuhkan imej dunia perguruan. 4.1.6 Kepercayaan Institusi Diraja Brunei terhadap Sistem Pendidikan Brunei

Campur tangan pelbagai pihak dalam urusan sekolah di Brunei amat kurang, kecuali rungutan oleh ibu bapa. Pengalaman MSPSBS menerima kerabat diraja Brunei yang terdiri daripada anakanda sultan dan juga kerabat yang lain merupakan contoh terbaik yang boleh dicontohi oleh masyarakat elit di Malaysia. Keluarga Diraja tidak pernah menganggu pentadbiran sekolah, malahan anakanda dan kerabat-kerabat memiliki budi bahasa yang amat tinggi serta tahu menghormati guru. 4.2 Kelemahan

4.2.1 Persaingan Kecemerlangan berasaskan Jantina Berbeza dengan Malaysia, pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah-sekolah di Brunei dikuasai oleh pelajar perempuan. Kejayaan SM Sains Seremban dan ASiS dalam mengekalkan kecemerlangan akademik merupakan satu perkara yang sangat dikagumi oleh pegawai-pegawai di JSS, KPB. 4.2.2 Tidak ada sekolah berasrama penuh di Brunei Keadaan ini menyebabkan banyak program tidak dapat dilaksanakan dalam konteks yang terkawal. Pihak sekolah berhadapan dengan masalah menganjurkan program di luar waktu persekolahan. Malahan program semasa cuti sekolah juga berhadapan dengan ketidakhadiran pelajar yang dibudayakan dengan amalan bercuti ke luar negara semasa cuti penggal persekolahan. 4.3 Cadangan Program Jaringan

Oleh itu, adalah dicadangkan perkara-perkara berikut sebagai aktiviti yang boleh dilaksanakan secara kolaborasi antara SM Sains Alam Shah dan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Maktab Sultan Omar Ali Sharifuddin. 4.3.1 4.3.2 Kunjungan dua hala ( guru dan pelajar ) untuk class attachment Perkongsian Kepakaran i) bekerjasama membangunkan bahan-bahan dan inovasi pengajaran, melalui kepakaran tenaga pengajar yang ada di kedua-dua belah pihak. ii) Tenaga pakar saling berkongsi pengalaman melalui pertukaran guru.

12

4.3.3

Penganjuran Program Tahunan Koakademik i) Debat Bahasa Inggeris & Debat Bahasa Melayu ii) Seminar/Forum iii) Essay Writing Competition & Pertandingan Menulis Esei iv) Home Stay v) Drama Competition Cadangan Umum

4.4

Oleh itu, adalah dicadangkan perkara-perkara berikut dibuat percambahan minda di peringkat pentadbiran oleh .... iaitu : 4.4.1 Peranan Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA), Kementerian Pelajaran Malaysia

Adalah dicadangkan peranan BDHA dikaji semula dalam membantu sekolah-sekolah di Malaysia membina jaringan di peringkat antarabangsa. 4.4.2 Kedaulatan bahasa Melayu

Adalah dicadangkan majlis dialog diadakan antara pihak KPM dengan pihak KPB berkaitan pengalaman kedua-dua buah negara memartabatkan bahasa Melayu. 4.4.3 Publisiti Isu-Isu Pendidikan Negara

Adalah dicadangkan pihak KPM berbincang dengan Kementerian Penerangan... bagi memastikan pelbagai berita berkaitan dunia pendidikan diberikan liputan yang seimbang dengan isu-isu negatif yang disiarkan sekarang. 5.0 Penutup

Lawatan kali ini dilihat boleh merintis jalan untuk ASiS membina jalinan baharu dalam program pengantarabangsaan iaitu kebitaraan sekolah. Brunei merupakan destinasi paling ekonomik dari segi pulangan profesional yang boleh dibina atas jalinan hubungan yang bakal dirintis. Kejayaan program ini akan disusuli dengan perbincangan lanjut dengan pihak Unit Antarabangsa di JSS, KPB untuk ASiS menghantar delegasi bagi program class attachment dan beberapa program lain bagi merealisasikan cadangan yang telah dinyatakan di atas.

Disediakan oleh,

............................... NORZILA BINTI ALI MUSA Penyelaras Program

13

You might also like