You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN TATAU

UJIAN BULANAN APRIL

BAHASA MELAYU TAHUN TIGA

NAMA KELAS

: ______________________ : 3A 3B 3C 3D

TARIKH : ______________________ MARKAH :

PEMAHAMAN - Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Satelit ialah suatu objek yang mengorbit suatu objek yang lain. Bulan merupakan satelit semula jadi bumi. Terdapat beribu-ribu satelit buatan manusia yang mengorbit bumi. Satelit-satelit ini dilancarkan dengan menggunakan roket. Kini, satelit dibawa ke angkasa lepas dengan kapal angkasa ulang-alik. Satelit mempunyai panel solar. Panel solar ini menggunakan cahaya daripada matahari untuk menghasilkan kuasa elektrik. Apabila satelit berada di tempat yang gelap, satelit akan menggunakan bateri. Satelit banyak kegunaannya. Satelit membantu untuk meramalkan cuaca. Satelit komunikasi menghantar isyarat untuk televisyen, telefon dan komputer. Sesetengah satelit mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu mengambil gambar bumi, membuat peta yang menunjukkan tempat pencemaran, berlakunya gempa bumi atau tempat terdapatnya mineral yang sukar ditemui. Satelit ini juga dapat digunakan untuk mencari mangsa yang hilang di laut. 1. Apakah itu satelit? A. Satelit ialah kapal angkasa lepas. B. Satelit ialah suatu objek yang mengorbit suatu objek yang lain. C. Satelit ialah objek yang mengeluarkan roket. D. Satelit ialah matahari yang menghasilkan kuasa elektrik. 2. Bagaimanakah satelit dilancarkan? A. Dengan menggunakan bateri. B. Dengan menggunakan panel solar. C. Dengan menggunakan roket. D. Dengan menggunakan matahari. 3. Bagaimanakah satelit menghasilkan kuasa elektrik? A. Satelit menggunakan solar untuk menghasilkan kuasa elektrik. B. Satelit menggunakan kapal angkasa untuk menghasilkan kuasa elektrik. C. Satelit menggunakan komputer untuk menghasilkan elektrik. D. Satelit menggunakan roket untuk menjana kuasa elektrik. 4. Apakah kegunaan satelit? A. Membantu meramal cuaca, menghantar isyarat untuk televisyen, telefon dan komputer. B. Mengawal pergerakan kapal angkasa. C. Membantu bumi berputar. D. Menjadi sumber cahaya untuk matahari. 5. Apakah kelebihan sesetengah satelit? A. Membantu kapal angkasa bergerak. B. Dapat mengambil gambar dan membuat peta serta mencari mangsa yang hilang di laut. C. Dapat mengambil gambar makhluk asing di angkasa lepas. D. Membantu proses penyebaran cahaya matahari.

PEMAHAMAN - Soalan 6 hingga Soalan 10 Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. No 17, Jalan Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. 19 Oktober 2009 Menemui sahabatku Nubli yang tinggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah melawat Sabah bersama-sama keluarga. Lawatan tersebut sungguh menyeronokkan. Kami melawat Pulau Mamutik. Pulau itu sangat cantik. Kami menginap di situ selama tiga hari dua malam.Pelbagai aktiviti yang kami lakukan di Pulau Mamutik. Antaranya bermain jet ski, menyelam dan melihat hidupan laut. Namun begitu, kami tidak dibenarkan mengutip karang-karangan laut di sini. Kami juga mengambil gambar kenang-kenangan. Saya akan menunjukkan gambar-gambar tersebut apabila kita bertemu nanti. Setakat ini sahaja cerita saya buat kali ini. Jangan lupa untuk membalas surat saya ini. Sekian, terima kasih. Sahabatmu,

Harman 6. Siapakah yang menulis surat ini? A. Nubli B. Idura C. Harman D. Haiqal 7. Di manakah letaknya Pulau Mamutik? A. Perak B. Sarawak C. Sabah D. Pulau Pinang 8. Berapa lamakah Harman berada di Pulau Mamutik? A. Empat hari tiga malam B. Sebulan C. Tiga hari dua malam D. Seminggu 9. Mengapakah surat ini ditulis? A. Untuk bertanya khabar. B. Untuk bercerita tentang lawatan ke Sabah. C. Untuk menceritakan aktiviti pada masa cuti. D. Untuk menunjukkan gambargambar percutian. 10. Mengapakah pelawat tidak dibenarkan mengutip karangkarangan? A. Kerana hendak melindungi karang-karangan di situ. B. Kerana karang-karangan di situ sangat cantik. C. Kerana karang-karangan di situ tidak bernilai. D. Kerana karang-karangan di situ semakin habis.
3

TATABAHASA - Soalan 11 hingga Soalan Pilih jawapan yang sesuai untuk diisi di tempat kosong di bawah. 11. Idura menerima _____________ surat daripada sahabat penanya. A. sekeping C. sebuah B. sepucuk D. sebungkus 12. Nubli menggunakan dua ____________ kertas pembalut untuk menyampul hadiahnya. A. helai C. keping B. lapis D. buah Soalan 13 dan soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

13. Mereka sedang _________________ di padang. A. berlari C. berbaris B. bermain D. berjalan 14. Perkataan berlawan bagi aktiviti dalam gambar ialah A. tidur C. berjalan B. duduk D. berbaris 15. Ayah meletakkan ____________ payung di tepi pintu. A. sekaki C. sebuku B. sebuah D. sebatang

16. Kami berasa sangat ___________ selepas bersenam. A. susah C. cermat B. panas D. letih
17. Zulaikha ___________ dalam mata pelajaran Matematik. A. lemah C. penat B. susah D. buntu

18. ____________, cantiknya baju baru kamu ini! A. Nah C. Aduh B. Wah D. Cis 19. ____________, berani betul mereka membuang sampah merata-rata! C. Wah A. Eh B. Cis D. Nah Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20. Penduduk Kampung Tatau sedang ______________ membersihkan kawasan persekitaran mereka. A. beramah-tamah C. huru-hara B. bergotong-royong D. serta-merta 21. Izan membawa buah tangan dari Perak _____________ kawan-kawannya. C. untuk A. sambil B. walaupun D. kerana

Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.

22. Kamel menelefon bomba dengan ______________ apabila melihat kebakaran itu. A. serta-merta C. serba-serbi B. huru-hara D. riuh-rendah 23. Pasukan bola sepak sekolah saya tetap berlatih ______________ hari hujan. A. walaupun C. sambil D. dan B. untuk 24. Sudah ________________ Khaizatul bermain wayang kulit. A. Setiap C. beribu-ribu D. bertahun-tahun B. Seluruh 25. _________________ orang pelancong dari luar negara melawat Malaysia pada _________________ tahun. A. Beberapa, seluruh C. Kedua, setiap B. Beribu-ribu, setiap D. Bertahun-tahun, kedua

SINONIM - Soalan 26 hingga Soalan 30 Warnakan pada perkataan yang seerti dengan perkataan bergaris 26. Amalina berasa sangat letih selepas bersukan. 27. Anak perempuan Puan Hafizah tidak pulang sejak semalam. 28. Haji Bakhil sangat jimat berbelanja. 29. Banglo besar di atas bukit itu sunyi sepi. 30. Hazri memakai baju yang tebal kerana cuaca terlalu sejuk.
malas

penat

balik

/ / / /

datang

cermat senyap hangat

boros diam dingin

ANTONIM - Soalan 31 hingga Soalan 35 Warnakan pada perkataan yang berlawanan dengan perkataan bergaris. 31. Lelaki itu sangat zalim kepada isterinya. 32. Lorong itu bahaya untuk di lalui pada waktu malam. 33. Sampah yang tidak dibuang itu sangat busuk baunya. 34. Malaysia adalah sebuah negara yang damai. 35. Pakcik yang menggunakan tongkat itu sebenarnya buta.
adil teruk cantik perang celik

/ / / / /

kejam selamat harum aman pekak

PENULISAN - Soalan 36 hingga soalan 40


Lengkapkan karangan dengan frasa yang diberikan. terjatuh di tengah landasan menegur kami mengajak kami melaui jalan pintas jejantas yang disediakan menegur sikap aku dan kawan-kawan

Sewaktu pulang dari sekolah, Harman (1) ____________________________________________ __________________________________________________________________________________ ____________. Kami pun bersetuju. Rupa-rupanya, jalan pintas itu melalui landasan kereta api. Pagar di situ telah rosak. Kami lalu di celah pagar itu. Tiba-tiba seorang pengawal (2) ___________________________________________ ________________. Kamu berasa takut. Lantas, kami segera lari. Aku tersepak batu. Aku (3) ______ _________________________________________________________________________________. Kawan-kawanku sudah lari meninggalkanku. Pengawal itulah yang menolongku. Dia (4) _______ __________________________________________________________________________________ __________________________________________. Aku berjanji tidak akan melalui jalan itu lagi. Aku akan melalui (5) _________________________ __________________________________________.

PENULISAN Soalan 41 hingga Soalan 50 Lengkapkan petikan di bawah dengan jawapan yang tepat. merayakan menjadi disambut Sambutan meraikannya dihiasi kemeriahannya pertunjukkan pemimpin perbarisan

Negara kita Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957. Selepas kemerdekaan kita capai, setiap tahun kita akan (1) _____________________ Hari Kebangsaan. Perayaan itu (2) _______________ pada setiap 31 Ogos. (3)______________________ Hari Kebangsaan diadakan di seluruh negara. Di peringkat negeri, perayaan diadakan di ibu negeri seperti Johor Bahru, Ipoh, Kuantan, dan Kuching. Di peringkat kebangsaan, perayaan ini selalunya diadakan di Kuala Lumpur atau di Putrajaya. Sebelum perayaan itu disambut, bandar yang (4) ____________________ tempat perayaan itu akan (5) _________________________ dengan bendera dan lampu yang berwarna-warni. Semasa majlis gilang-gemilang itu diadakan (6) _______________________ amat dirasai. Hal ini demikian kerana, semua rakyat akan (7) __________________________. Sambutan perayaan Hari Kebangsaan selalunya bermula dengan (8) _______________________ raksasa. Para (9) ______________________________ berdiri di atas pentas untuk menerima tabik hormat. Pada sebelah malamnya pula pelbagai aktiviti diadakan. Antaranya ialah (10) _______________ kebudayaan.

Disediakan oleh, -Cikgu Baidura099

You might also like