You are on page 1of 10

GARIS PANDUAN PROSES PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS. 1.0 LATAR BELAKANG 1.

1 Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010. Murid Kohort 1 yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 Tahun 2010 disaring sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan seterusnyamenempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran mereka. Program Out Reach bagi murid LINUS Tegar Kohort 1 yang tidak melepasi saringan 6 LINUS telah dijalankan pada tahun 2012.

1.2

1.3

2.0

TUJUAN Garis Panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru besar melaksanakan proses pengesahan murid berkeperluan Khas oleh pegawai perubatan.

3.0

PROSEDUR PENGESAHAN PERUBATAN 3.1

MURID

BERKEPERLUAN

KHAS

OLEH

PEGAWAI

Dalam melaksanakan pengesahan murid berkeperluan khas oleh Pegawai Perubatan, semua pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur seperti yang digariskan dibawah: i. Murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 di Tahun 2. ii. Muridtersebut perlu menjalani dua proses saringan menggunakan : a) InstrumenPengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) b) Instrumen Saringan Disleksia (ISD) iii. Kedua-dua dapatan saringan tersebut perlu dibawa bersama semasa temu janji dengan pegawai perubatan. iv. Ibu bapa/penjaga perlu menanda tangani borang BPKh01 dan membawa bersama semasa temu janji dengan pengesahan pegawai perubatan. v. Borang BPKh02 hendaklah diisi oleh pihak sekolah dan diserahkan kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa bersama semasa temu janji dengan pengesahan pegawai perubatan. Carta Aliran berikut merupakan penjelasan tentang prosedur yang perlu diikut oleh PPD, Guru Besar dan ibubapa.

3.2

CARTA ALIR PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI PERUBATAN DAN PENEMPATAN MURID LINUS TEGAR

Mula

Sekolah menghantar nama murid yang dikesan mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas ke PPD. PPD menganalisa dapatan saringan untuk menyelaras senarai nama bagi tujuan pengesahan pegawai perubatan. PPD menyerahkan senarai nama murid yang mempunyai ciri ciri berkeperluan khas kepada klinik kesihatan yang dikenal pasti. Klinik kesihatan menyelaras tarikh temu janji dengan pegawai perubatan dan menghantar semula senarai temu janji kepada PPD.

PPD memanjangkan senarai temu janji tersebut kepada sekolah. Pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tarikh temu janji dengan pegawai perubatan di klinik yang ditetapkan Ibu bapa/penjaga membawa murid untuk pemeriksaan pada tarikh dan klinik/hospital yang tetapkan dan bawa bersama keputusan IPMBDP dan ISD, borang BPKh01 dan BPKh02.

Pegawai kesihatan membuat pengesahan dan memaklumkan keputusan kepada ibu bapa/penjaga. Ibu bapa/penjaga memanjangkan keputusan pengesahan pegawai perubatan kepada pihak sekolah. Sekolah memanjangkan keputusan pengesahan kepada PPD untuk dibuat penempatan. Tamat

4.0

PELAKSANAAN PROGRAM OUT REACH 4.1 Pembentukan Jawatankuasa Induk Pengesahan murid LINUS peringkat negeri yang terdiri daripada: 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.1.5 4.1.6 4.1.7 4.1.8 4.1.9 4.2 Jabatan Pelajaran Negeri Pejabat Pelajaran Daerah Jabatan Kesihatan negeri Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Bank Simpanan Nasional (BSN) Jabatan Kemajuan Orang Asli Kaunselor Jabatan Kemajuan Kampung (JKK) Pihak yang berkaitan

Peranan Agensi Yang Terlibat 4.2.1 Jabatan Pelajaran Negeri i. ii. Penyelaras peringkat negeri Membentuk Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada JPN, JKN, JKM, PPD, 3PK KPM, JAKOA dan agensi lain yang berkaitan. Menyelaras mesyuarat peringkat negeri. Menentukan lokasi out reach. Melaksanakan taklimat. Membuat anggaran perbelanjaan. Menyelaras dan mengumpul data untuk di hantar ke BPKhas. Menyerahkan senarai nama murid berkeperluan khas hasil daripada program out reach kepada pegawai pendidikan khas untuk tujuan penempatan murid. Program Out Reach ditadbir urus oleh Sektor Pendidikan Khas dan dibantu oleh Sektor Pengurusan Akademik.

iii. iv. v. vi. vii. viii.

ix.

4.2.2 Pejabat Pelajaran Daerah i. ii. iii. iv. Penyelaras peringkat daerah. Membentuk Jawatankuasa peringkat daerah. Menyelaras mesyuarat peringkat daerah. Menyediakan pusat out reach dan persiapan tempat/makanminum/ pengangkutan/penginapan dan perkara lain yang berkaitan. Melaksanakan taklimat kepada pihak sekolah. Mengumpul data murid. Menghantar data ke JPN.

v. vi. vii.

viii.

Program Out Reach ditadbir urus oleh Pegawai Pemulihan Khas/Pendidikan Khas dan dibantu oleh fasilinus.

4.2.3 Sekolah i. ii. iii. iv. Membentuk Jawatankuasa peringkat sekolah. Menyelaras mesyuarat peringkat sekolah. Menghantar senarai nama murid ke PPD. Guru Pemulihan menyediakan dokumen lengkap seperti Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran, ISD, hasil kerja murid buku latihan, fail peribadi murid, salinan dokumen pengenalan diri murid dan ibu bapa dan dokumen lain yang berkaitan dengan murid. Memberi taklimat kepada ibu bapa murid yang terlibat. Mendapatkan surat persetujuan daripada ibu bapa. Memaklumkan ibu bapa membawa murid ke klinik/hospital atau menghadiri Program Out Reach.

v. vi. vii.

4.2.4 Jabatan Kebajikan Masyarakat. i. ii. iii. Memberi taklimat / penerangan kepada ibu bapa tentang kepentingan pendaftaran kad OKU. Menyediakan borang pendaftaran kad OKU. Memproses kad OKU.

4.2.5 Jabatan Kesihatan Negeri i. ii. iii. iv. v. 4.2.6 JAKOA i. ii. iii. iv. Mengesan murid yang tidak hadir. Memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa. Menyelaras pendaftaran sijil lahir/kad pengenalan orang asli (bagi yang tiada). Menyediakan pengangkutan untuk murid dan ibu bapa bagi orang asli. Menyediakan pasukan MDT. Menetapkan tarikh (kes rujukan). Menyediakan peralatan ujian/borang. Menjalankan Saringan dan Diagnostik. Membuat pengesahan murid.

4.2.7 Bank Simpanan Nasional i. ii. Membuka akaun bagi murid yang layak. Menyelaras pembukaan akaun bagi murid yang layak di kawasan pedalaman.

4.2.8 Kaunselor i. ii. Memberi khidmat bimbingan nasihat tentang kepentingan Program Out Reach. Membantu menyelaras kelicinan pengurusan murid dan ibu bapa sepanjang Program Out Reach.

4.2.9 Jabatan Kemajuan Kampung (JKK) i. ii. iii. Membantu menyelaras kelicinan Program Out Reach. Membantu memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa. Membantu mengesan murid.

5.0

PASUKAN PETUGAS PROGRAM OUT REACH Panel Pelbagai Disiplin(MDT) hendaklah ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah. Panel ini bertanggungjawab dalam menentukan dan membuat keputusan mengenai murid berkepeluan khas. Panel ini akan bertanggungjawab mengesahkan manamana kes pengesahan yang dibuat oleh pegawai / pakar perubatan swasta bagi murid yang disahkan mempunyai masalah pembelajaran. Panel peringkat negeri diurusetiakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan diperingkat daerah oleh Pejabat Pelajaran Daerah. Pasukan ini terdiri daripada: i. ii. iii. iv. iv. v. vi. Ketua Pasukan Penyelaras Pasukan Jurucakap program Runner Pendaftar Doktor perubatan Multi Displinary Team audiologi pertuturan occupational therapy psycology pemeriksaan mata disleksia pemulihan khas

5.1

Tugas dan Tanggungjawab 5.1.1 Ketua Pasukan 5.1.2 Penyelaras Pasukan

5.1.3 5.1.4 5.1.5 5.1.6 5.1.7 5.1.8 5.1.9 5.1.10 5.1.11 5.1.12 5.1.13 6.0

Jurucakap program Runner Pendaftar Doktor perubatan Audiologi Pertuturan Occupational Therapy Psycology Pemeriksaan mata Disleksia Pemulihan Khas

KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM OUT REACH Program Out Reach dijalankan melalui 2 kaedah iaitu berpusat dan rujukan terus.

6.1 Kaedah Berpusat dijalankan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), sekolah atau tempat-tempat yang sesuai. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 KAEDAH BERPUSAT MESYUARAT PENYELARASAN OUT REACH DENGAN AGENSI INDUK TAKLIMAT BPKHAS KEPADA JPN PEMBENTUKAN JAWATANKUASA NEGERI TAKLIMAT JPN KEPADA PPD PEMBENTUKAN JAWATANKUASA DAERAH TAKLIMAT PPD KEPADA SEKOLAH YANG TERLIBAT SEKOLAH HANTAR NAMA MURID KE PPD/JPN MESYUARAT PENYELARASAN DAERAH (JK PELAKSANA) PELAKSANAAN PROGRAM OUT REACH BERSAMA MDT PENGESAHAN MURID YANG TERLIBAT PENEMPATAN OLEH PEGAWAI PENDIDIKAN KHAS

6.2 Kaedah rujukan terus ialah dengan membawa murid-murid terus ke klinik, hospital atau pusat pakar yang berhampiran.

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

KAEDAH RUJUKAN TERUS MESYUARAT PENYELARASAN OUT REACH DENGAN AGENSI INDUK TAKLIMAT BPKHAS KEPADA JPN PEMBENTUKAN JAWATANKUASA NEGERI TAKLIMAT JPN KEPADA PPD PEMBENTUKAN JAWATANKUASA DAERAH TAKLIMAT PPD KEPADA SEKOLAH YANG TERLIBAT SEKOLAH HANTAR NAMA MURID KE PPD PPD HANTAR NAMA MURID KE PUSAT KESIHATAN MENETAPKAN TEMUJANJI DENGAN PUSAT KESIHATAN IBU BAPA / GURU BAWA MURID KE KLINIK / HOSPITAL PEMERIKSAAN OLEH PEGAWAI PERUBATAN PENGESAHAN ATAU RUJUKAN KEPADA PAKAR TINDAK SUSUL OLEH PPD

7.0

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH 7.1 Borang pendaftaran Program Outreach 7.2 Borang pergerakan murid Out Reach

(Borang ORE 01) (Borang ORE 02)

SEKOLAH 7.3 Salinan dokumen pengenalan diri/ Mykid/ Sijil kelahiran murid. 7.4 Salinan dokumen pengenalan diri/ Kad Pengenalan/pasport ibu bapa/penjaga 7.5 Surat kebenaran ibu bapa/penjaga (BPKh01) 7.6 Lampiran BPKh02 7.7 Instrumen Saringan LINUS 7.8 Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) telah dilengkapkan 7.9 Instrumen Saringan Disleksia (ISD) yang telah dilengkapkan (Jika berkenaan) 7.10 Hasil kerja atau buku latihan murid (Beg sekolah bersama hasil kerja murid) 7.11 Fail Profil murid Salinan Rekod Kehadiran murid, buku kesihatan, rekod prestasi murid, Rekod Pemeriksaan Bayi dan lain-lain 7.12 Wang untuk membuka akaun BSN bagi murid yang disahkan Berkeperluan Khas sebanyak RM 10.00 (Jika Berkaitan)

8.0

PENUTUP

Garis Panduan ini dapat membantu semua pihak untuk mengenal pasti murid-murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas bagi tujuan pengesahan Pegawai Perubatan dan penempatan. Melalui proses ini,murid LINUS Tegar dapat mengikuti pembelajaran yang sesuai dengan tahap kemampuan dan keperluan mereka.

TABURAN MURID LINUS TEGAR KOHORT 2

Pelaksanaan. 1. Semua instrumen perlu disemak oleh 3pk semasa taklimat kepada zon. 2. Hanya murid yang ada instrumen sahaja yang akan di buat pemeriksaan. 3. Bilangan murid mengikut portal sahaja yang akan di buat pemeriksaan supaya tidak menganggu konsentrasi pegawai perubatan. 4. Setiap JPN akan membincangkan secara terperinci bersama pegawai perubatan untuk menyelaras program out reach samada rujukan terus atau berpusat. 5. Setiap JPN akan membentangkan secara terperinci penggunaan kewangan dan melaporkan status perbelanjaan setiap l bulan selepas waran di turunkan. 6. Jpn menguruskan surat menyurat untuk memanggil JKN, JKM, BSN, JAKOA dan pihak lain yang terlibat. 7. Setting tempat utk out reach berpusat haruslah diselenggara dan diuruskan dengan baik terlebih dahulu oleh JPN dan PPD kerana tiada lawatan tapak akan dilakukan oleh MDT. 8. Negeri yang memohon MDT sarawak ( 8 daerah), Perak (2 Daerah) dan Sabah 2 daerah.

BENGKEL KUMPULAN A a. menyediakan borang-borang yang diperlukan pendaftaran, pergerakan MDT dan murid, keputusan doktor, JKM. b. menyediakan instrumen c. burn CD untuk setiap PPD.

BENGKEL KUMPULAN B a. menyediakan senarai tugas untuk MDT. b. menyediakan carta alir pemeriksaan secara berpusat dan rujukan terus serta syarat-syaratnya.

You might also like