You are on page 1of 14

BAHASA MELAYU 1

TERJEMAHAN
Rabu 15 Rejab 1430 H 8 Julai 2009 M

MAKSUD
Menterjemah ialah aktiviti menggantikan bahan teks dalam bahasa sumber dengan bahan teks dalam bahasa sasaran. Dalam aktiviti menterjemah, penterjemah menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya.

BENTUK
Terdapat 3 bentuk :1. Terjemahan penuh seluruh teks dalam bahasa sumber diganti dengan teks dalam bahasa sasaran. 2. Terjemahan separa terdapat beberapa teks dalam bahasa sumber tidak diterjemahkan dengan teks bahasa sasaran. 3. Terjemahan menyeluruh seluruh unsur-unsur dalam bahasa sumber digantikan dengan unsurunsur bahasa sasaran yang sepadan.

TEKNIK
Terdapat 3 teknik :1. Terjemahan Terus, 2. Terjemahan Struktural, 3. Terjemahan Global.

Dinamakan juga terjemahan hurufiah / literal. Perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan satu persatu dengan perkataan-perkataan yang sepadan dalam bahasa sasaran. Perkataan bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber. Semua tanda bacaan dikekalkan.

TERUS

Teks Asal : My brothers and sisters: I am sure that the most presistent and restless desire of my life is to be fully human and fully alive. Terjemahan : Abang-abang dan kakak-kakakku: saya percaya bahawa hajatku yang paling utama dan meresahkan ialah untuk menjadi manusia yang sepenuhnya dan hidup sepenuhnya.

CONTOH

STRUKTURAL
Teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan atau dipecahkan kepada ayat-ayat dan frasa. Dilakukan ke atas pecahan-pecahan ayat itu. Memberi keutamaan terhadap bahasa sumber. Bentuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan makna bahasa sumber mesti dikekalkan. Terjemahan perkataan-perkataan bahasa sumber mestilah serupa dengan perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran (tidak boleh diterjemahkan secara sepadan). Contohnya: peribahasa Until cows come home diterjemahkan sebagai sehingga lembu-lembu datang pulang, bukan dipadankan dengan peribahasa Melayu Menanti kucing bertanduk.

CONTOH
Teks Asal : Industrialized countries lead the way in collection and preservation of cultural treasures that belong to the developing world. Terjemahan : 1. Industrialized countries lead the way Negaranegara industri mendahului jalan. 2. In the collection and preservation dalam mengumpul dan memelihara. 3. Cultural treasures that belong to the developing world harta kebudayaan itu kepunyaan kepada dunia membangun.

GLOBAL
Terjemahan keseluruhan - mengutamakan pemahaman pembaca. Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran. Penterjemah menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa sumber termasuk tanda baca dengan unsur-unsur bahasa dan budaya bahasa sasaran. Namun demikian, makna atau maksud asal petikan atau teks masih kekal dan terpelihara.

CONTOH
Teks Asal : Malaysia has good relation with many countries, in the past emphasis has been greater on Commonwealth and other capitalistic countries. Terjemahan : Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan banyak negara. Pada masa lalu, tumpuan lebih banyak diberikan kepada negara-negara Komanwel dan negara-negara kapitalis.

AKTIVITI BERKUMPULAN

ARAHAN
Para pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan sekeping teks brosur dalam bahasa Inggeris. Setiap kumpulan dikehendaki menterjemah perenggan yang diberikan dan menuliskan di atas kertas lut sinar. Salah seorang ahli kumpulan - membentangkan terjemahan yang telah dibuat di hadapan kelas menggunakan Over Head Projektor.

contoh
Teks Asal : Maintain good body resistance through a balanced diet, regular exercise, having dequate rest, reducing stress and not smoking. Terjemahan : Kekalkan ketahanan badan yang baik melalui permakanan yang seimbang, senaman, rehat yang cukup, pengurangan stres dan tidak merokok.

SEKIAN ;0)

You might also like