You are on page 1of 18

TERHAD

Kod Kertas: 942/2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 6 ATAS STPM BAHARU (SESI 2013) 942/2 (PENGGAL 2) TAHUN 2013

SKEMA PEMARKAHAN
GEOGRAFI KERTAS 2

Skema pemarkahan ini terdiri daripada 17 halaman bercetak.


1

TERHAD

TERHAD

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL [40 markah] Jawab semua soalan. 1 a)

Takrifkan maksud atmosfera

[3]

Skema pemarkahan

Atmosfera boleh ditakrifkan sebagai [satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa] yang [berada di atas permukaan bumi] disebabkan oleh[ tarikan daya graviti bumi].

Kunci Idea: 1. satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa = 1M 2. berada di atas permukaan bumi = 1M 3. tarikan daya graviti bumi = 1M MAX = 3 MARKAH

b) Bagaimanakah lapisan troposfera berperanan untuk mencorakkan cuaca di permukaan bumi?. [4]
Skema pemarkahan Peranan troposfera terhadap cuaca di permukaan bumi: Kod B1 B2 B3 Peranan troposfera Menjadi tempat simpanan wap-wap air, membentuk awan, tepu dan turun sebagai kerpasan khususnya hujan. Menjadi tempat simpanan haba pendam yang mempengaruhi peredaran tenaga yang mengubah suhu di permukaan bumi. Menjadi tempat berlakunya perubahan tekanan udara yang seterusnya mempengaruhi tiupan angin, badai, taufan dan siklon. Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah Markah 2 2 2 MAX 4

TERHAD

TERHAD

(c) Jelaskan bagaimana lapisan atmosfera mengawal suhu di permukaan bumi


Skema pemarkahan Cara lapisan atmosfera mengawal suhu di permukaan bumi: Kod C1 C2 Peranan troposfera Melalui proses serakan, serapan, tapisan dan balikan yang dijalankan oleh wap air dan ozon terhadap bahangan matahari yang menyebabkan bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja tenaga matahari. Melalui sifat semulajadi sesetengah komponen atmosfera yang lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi yang menyebabkan suhu bumi seimbang. Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah

[4]

Markah 2 2 MAX 4

d) Jelaskan kesan negatif ke atas persekitaran fizikal apabila kandungan atmosfera berubah akibat aktiviti manusia. [4]
Skema pemarkahan Kesan negatif ke atas persekitaran fizikal: Kod D1 D2 D3 D4 Peranan troposfera Pertambahan gas berubah khususnya karbon dioksida dalam atmosfera akan menyebabkan kesan rumah hijau, suhu sekitar meningkat dan pulau haba bandar boleh berlaku. Pertambahan partikel terampai dalam atmosfera seperti debu, asap dan habuk boleh menyebabkan pencemaran udara dan jerebu. Pertambahan gas-gas pencemar udara menyebabkan cuaca kering (dry air) dan peratus kelembapan udara menjadi rendah. Cuaca panas akibat peningkatan gas rumah hijau juga menyebabkan tekanan udara menjadi rendah. Ini mempengaruhi kekacauan atmosfera dan angin laminar berubah menjadi badai. Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah Markah 2 2 2 2 MAX 4

TERHAD

TERHAD

Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3. Soalan 2 a) Bincangkan pelbagai faktor yang mempengaruhi fenomena jerebu [ 13 ]

Fenomena jerebu terjadi disebabkan oleh kombinasi pelbagai faktor semulajadi (fizikal) dan juga faktor manusia iaitu: Kod Faktor Markah
Di antara faktor semulajadi (fizikal) yang boleh menyebabkan jerebu ialah: Kebakaran hutan akibat cuaca panas El Nino . Cuaca panas akan menyebabkan hutan terbakar dengan sendirinya yang akan melepaskan A1 partikel terampai (PM10) seperti asap, habuk,jelaga dll. Dalam keadaan udara kering PM10 akan terapung dalam kepekatan yang tinggi. Di bantu oleh tiupan angin partikel tersebut akan disebarkan ke tempat lain. Contoh fenomena jerebu rentas sempadan yang berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia, diterbangkan angin barat daya hingga ke Malaysia, Singapura dan Berunai. A2 Letusan Gunung Berapi. letusan gunung berapi juga boleh menyumbangkan kepada fenomena jerebu kerana ia turut mengeluarkan bahan-bahan pencemaran debu dan gas sulfur dalam kepekatan yang tinggi. Tenaga dari letupan gunung berapi tersebut amat kuat untuk melepaskan debu dan kepulan asap ke udara hingga berkilometer tingginya. Dengan bantuan angin, debu gunung berapi tersebut akan disebarkan ke kawasan lain. Sebagai contoh letusan gunung Merapi di Indonesia dan gunung berapi Pinatubo di Filipina debunya hingga sampai ke Malaysia.

Disamping faktor fizikal, aktiviti manusia juga boleh menyebabkan fenomena jerebu iaitu: Aktiviti perindustrian. Perlepasan asap dari industri/kilang dan stesyen janakuasa. Stesyen janakuasa elektrik dan generator kilang yang menggunakan minyak dan arang batu sebagai bahan apinya didapati telah melepaskan asap dan pelbagai gas pencemar udara A3 khususnya karbn dioksida, karbn monoksida dan nitrus oksida. Selain daripada itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada industri pemprosesan seperti industri petrokimia. Industri pembuatan simen pula membebaskan debu dan habuk. Ini akan menambahkan lagi kandungan jerebu yang sedia ada.
4

TERHAD

TERHAD

A4

Aktiviti pengangkutan. Perlepasan asap dari kenderaan. Meliputi sumber kenderaan bermotor yang merupakan sumber utama jerebu dan pencemaran udara di dalam kawasan bandar. Ekzos kereta-motor ini mengeluarkan bahan-bahan pencemar seperti karbon monoksida,karbon dioksida,plumbun dan hidrokarbonhidrokarbon hasil pembakaran bahan apinya yang tidak lengkap terutama sekali minyak disel dan petrol berplumbum. Bahan-bahan tersebut akan terampai dalam udara kering yang akan menambahkan kepekatan jerebu di bandar. Aktiviti pembakaran terbuka. Sumbangan pembakaran secara terbuka juga tidak kurang hebatnya kepada permasalahan jerebu. Aktiviti pembakaran terbuka dilakukan di tapak pelupusan sampah, di tapaktapak pertanian dan juga pembakaran sekam padi, habuk kayu dan sebagainya. Kegiatan pembakaran terbuka khususnya di tapak pertanian seperti di ladang tebu, sawah padi, kawasan tanah gambut telah memudaratkan lagi permasalahan jerebu kerana ia turut melepaskan asap, jelaga, habuk dan juga pelbagai jenis gas pencemar udara. Aktiviti pembinaan dan perlombongan kuari . Kedua-dua aktiviti ini juga membebaskan debu dan habuk yang menjadi komponen utama partikel terampai (PM 10). Contohnya debu simen dari pembinaan, debu tanah dari aktiviti kerja tapak pembinaan serta debu batu dari aktiviti peletupan dan pengisaran kuari. Debu-debu ini akan terampai dalam keadaan udara kering yang akan memburukkan lagi fenomena jerebu yang sudah berlaku.

A5

A6

Kesimpulannya kombinasi faktor fizikal dan aktiviti manusia telah menyebabkan fenomena jerebu. Namun begitu aktiviti manusia menjadi penyebab utama memburukkan lagi fenomena jerebu yang telah berlaku secara semulajadi.

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 1 markah + Kesimpulan perbincangan = 1 markah. MAX 13 Markah.

MAX 13 [ 12 ] Markah

b) Jelaskan kesan jerebu ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. Kod Kesan Jerebu Ke Atas Alam Sekitar Fizikal dan Manusia:

Kesan jerebu ke atas alam sekitar fizikal ialah: Gangguan ke atas sistem ekologi. Jerebu menghalang kemasukan cahaya matahari sekaligus menjejaskan proses fotosistesis tumbuhan. B1 Ini membantutkan tumbesaran tumbuhan dan juga mengganggu penghasilan bunga dan buah. Selain daripada itu jerebu juga menggangu pernafasan haiwan yang boleh menimbulkan pelbagai
5

TERHAD

TERHAD
penyakit kepada haiwan. Gangguan ke atas sistem atmosfera . Fenomena jerebu boleh meningkatkan kadar pemanasan setempat. Ini kerana partikel jerebu boleh menghalang pembebasan bahangan bumi ke atmosfera pada waktu malan. Justeru, permukaan bumi terpaksa menyimpan lebihan tenaga yang boleh menyebabkan suhu meningkat dan kelembapan udara menjadi rendah (udara kering). Selain itu partikel jerebu juga mendorong kepada kejadian hujan asid. Ini kerana partikel jerebu seperti sulfur dan nitrogen mampu bertindak sebagai nukleus pemelowapan untuk menyerap wap-wap air, berpadu bersamanya, tepu dan turunlah hujan asid. Gangguan ke atas sistem hidrologi. Partikel jerebu boleh mencemarkan sumber air permukaan seperti air tasik, kolam, paya, sungai dll apabila partikel-partikel tersebut dienapkan ketika hujan turun. Sumber air permukaan yang tercemar akan menjejaskan pula hidupan akuatik di dalamnya.

B2

B3

Disamping itu, jerebu juga memberikan kesan negatif ke atas alam sekitar manusia iaitu: Gangguan kesihatan . Daripada segi kesihatan manusia, kesan yang paling besar ialah ke atas sistem pernafasan. Ini kerana dianggarkan hampir 50% partikulat terampai yang bersaiz 0.01 hingga 0.1 mikrometer boleh menembusi sistem penapisan pernafasan dan didepositkan di dalam paru-paru. Jika ini berlaku, maka kerosakan ke atas organ pernafasan akan terjadi dan amat berisiko tinggi bagi orang yang mengidap penyakit astma (lelah), sakit kerongkong,nemomia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh partikel jerebu berupaya untuk menyerap dan menyerak cahaya matahari yang dikenali sebagai serakan MIE. Kesannya jarak penglihatan menjadi terhad dan pandangan menjadi kabur. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah yang besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan menggangu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat. Resiko kemalangan seperti kapalterbang dan kapal laut atau kenderaan di jalanraya menjadi semakin besar Menjejaskan produktiviti sektor pertanian. Selimut jerebu telah menghalang kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi membolehkan tanaman seperti pokok padi menjalankan proses fotosistesis. Kesannya tumbesaran tanaman,pendebungaan dan penghasilan buah berkurangan. Disamping itu zarah-zarah dalam jerebu juga mengandungi unsur-unsur yang boleh memusnahkan tisu
6

B4

B5

B6

TERHAD

TERHAD
tumbuhan/tanaman seperti unsur fluorida. Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 markah (Fizikal + Manusia = 3 + 3) MAX 12

Soalan 3 a). Sejauhmanakah faktor geologi mempengaruhi proses resapan air ke dalam tanah Kod Faktor yang mempengaruhi proses resapan air ke dalam tanah [ 13 ] Markah

Faktor geologi atau batuan memainkan peranan penting mempengaruhi kadar resapan air ke dalam tanah. Di antara faktor geologi yang terlibat ialah: Faktor kekerasan dan kelembutan batuan. Keras atau lembut batuan bergantung kepada keteguhan mineral yang membentuknya. Batuan A1 2 keras seperti batu granit dibentuk oleh mineral yang teguh dan stabil dan amat sukar mengalami larut resap. Berbeza dengan batuan lembut seperti batu kapur yang dibentuk oleh mineral kalsium karbonat yang lemah dan mudah bertindakbalas dengan air. Oleh sebab itu kawasan batu kapur mengalami kadar resapan yang tinggi. Faktor keporosan atau kejerapairan. Keporosan batuan bergantung kepada peratus liang pore (ruang udara) yang terbentuk antara mineral/butiran batuan. Contohnya batu pasir memiliki peratus liang A2 2 pore yang banyak dan saiz liang porenya yang besar. Oleh sebab itu batuan ini amat poros dan mengalami kadar resapan yang tinggi. Berbeza dengan tanah liat, walaupun daripada jenis batuan lembut tetapi peratus liang porenya amat sedikit. Oleh sebab itu kadar resapan air bagi tanah liat adalah rendah. Di kawasan tanah liat air biasanya akan bertakung. Faktor rekahan atau rongga batuan. Saiz dan kepadatan rekahan A3 amat mempengaruhi kadar resapan. Rekahan merupakan garis kelemahan batuan, di kawasan rekahan inilah berlakunya resapan air. 2 Batuan yang banyak rekahan seperti batu kapur dan dolomit ( batu garam) mengalami kadar resapan yang tinggi berbanding dengan batuan yang amat sedikit rekahannya seperti batu marmar dan batuan metarmorfosis. Struktur dan tekstur batuan. Struktur batuan merujuk kepada susun lapis batuan. Batuan enapan biasanya terbentuk secara berlapis-lapis. Jika susunannya menegak maka ia mudah mengalami resapan air A4 2 terutamanya di kawasan ira ( joint) antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Manakala batuan yang tersusun secara mendatar, kadar resapannya adalah rendah. Tekstur batuan pula merujuk kepada kekasaran atau kelicinan mineral batuan. Tekstur yang kasar, bersegi-segi, prismatik seperti batu pasir akan mengalami kadar resapan yang tinggi berbanding dengan batuan yang licin dan berkilat. Selain daripada faktor geologi, terdapat pelbagai faktor lain yang mempengaruhi kadar resapan air ke dalam tanah. Antaranya ialah: Faktor hujan. Bergantung kepada kelebatan, saiz dan jangka masa hujan. Hujan yang renyai dalam jangka masa yang lama mengalami
7

TERHAD

TERHAD
kadar resapan yang tinggi kerana setiap titisan berpeluang untuk 2 meresap masuk ke dalam tanah sehingga tanih menjadi tepu air. Berbanding dengan hujan lebat dalam jangka masa yang singkat cenderung untuk mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan (run off) dan kadar resapannya adalah rendah. Faktor litupan tumbuhan. Di kawasan hutan tebal (hutan primer) kadar resapan adalah tinggi kerana silara atau kanopi pokok melambatkan titisan air hujan daripada menimpa tanah. Titisan hujan ini cenderung meresap masuk ke dalam tanah. A6 2 Berbeza dengan kawasan hutan sekunder atau kawasan lapang, halaju titisan hujan adalah tinggi kerana tiada halangan daripada silara pokok. Justeru ia cenderung mengalir di permukaan daripada meresap ke dalam tanah. Faktor kecerunan. Di kawasan cerun landai/rata, kadar resapan adalah tinggi ekoran daripada halaju pergerakan larian air permukaan ( run off) adalah rendah. Pergerakan yang perlahan memberikan peluang kepada A7 proses susupan/resapan berlaku. 2 Berbeza dengan kawasan cerun curam, halajunya tinggi dan sebahagian besar air hujan akan mengalir di permukaan/tidak sempat untuk meresap ke dalam tanah. Aktiviti manusia. Aktiviti penurapan muka bumi dengan simen, tar/bitumen dan aspalt akan menutup liang-liang pore tanah. Oleh sebab itu kadar resapan amat sedikit atau mungkin tidak berlaku. A8 2 Aktiviti penyahutanan, pemotongan dan peneresan cerun bukit juga akan mengurangkan kadar resapan sebaliknya menambahkan larian air permukaan kerana permukaan tanah tidak lagi dilindungi oleh tumbuhan. Halaju titisan hujan dan run off akan berganda. Kesimpulannya, faktor geologi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kadar resapan. Manakala faktor-faktor lain juga bertindak bersama-sama untuk meningkat atau memperlahankan kadar resapan air ke dalam tanah.

A5

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 markah. Faktor geologi = 3 isi + Faktor lain = 3 isi. 1 markah lagi untuk kesimpulan menjawab soalan sejauhmana. b) Bagaimanakah aktiviti manusia menyebabkan berlakunya pencemaran air tanih
Kod B1 Aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran air tanih Aktiviti Pertanian. Penggunaan racun serangga dan rumpai serta baja kimia yang berlebihan khususnya dalam tanaman sayuran akan mencemarkan air tanih. Contohnya baja urea, NPK, racun raundup, paraquat dsb yang banyak digunakan oleh pekebun sayur di Cameron Highlands. Pencemaran tanih berlaku apabila sebatian kimia daripada racun dan baja akan dilarutresapkan oleh air hujan ke dalam tanah dan sampai ke sistem akuifer bawah tanah. Aktiviti Penternakan. Aktiviti penternakan dari ladang khinzir dan ladang ayam banyak mencemarkan air tanih. Ini berlaku apabila najis
8

MAX 13 [ 12 ]
Markah

TERHAD

TERHAD
khinzir dan ayam di longgokkan di satu-satu tempat atau di buang ke dalam kolam takungan. Pencemaran tanih berlaku melalui larut resap air hujan yang menimpa longgokan najis atau limpahan dari kolam takungan yang mengalir di permukaan tanah yang juga mengalami larutresap. Justeru itu air tanih tercemar dengan bakteria e Coli. Aktiviti Pelupusan sisa industri. Sesetengah sisa industri petrokimia seperti industri pembuatan cat, polistrin dan pembuatan baja kimia dilupuskan dengan cara menanam di dalam tanah. Pencemaran tanih berlaku apabila terdapatnya kebocoran terhadap tong sisa kimia yang ditanam. Proses resapan bahan kimia seperti amonia dan sulfat boleh mencemarkan air dalam tanah. Selain itu sisa pemprosesan industri getah dan kelapa sawit juga boleh mencemarkan air tanah apabila berlakunya limpahan dari kolam takungan sisa. Aktiviti Perindustrian Perlepasan gas-gas pencemar udara seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrus oksida akan berpadu dengan wap-wap , tepu dan turun sebagai hujan asid. Air hujan yang mempunyai nilai pH yang tinggi ini akan terlarutresap ke dalam tanah sehingga boleh mencemarkan kualiti air tanih. Pembuangan Sisa radioaktif/nuklear. Sisa nuklear dari loji pemprosesan tenaga nuklear juga dilupuskan dengan cara menanam ke dalam tanah. Pencemaran air tanih terjadi apabila berlakunya kebocoran terhadap tong sisa nuklear atau kebocoran loji nuklear itu sendiri seperti tragedi Chernobyl di Rusia. Selain itu ujian senjata nuklear di dalam tanah oleh Korea Utara juga boleh menyebabkan air tanah tercemar dengan radiasi nuklear. Aktiviti Pelupusan sampah sarap. Sampah sarap yang datangnya dari isi rumah, sisa perniagaan, makanan, sisa pepejal plastik, polistrin, kertas dll dilupuskan di tapak pelupusan sampah. Longgokan sampah sarap yang terbiar akan reput menghasilkan air sampah (leachate) yang busuk. Pencemaran air tanah berlaku apabila leachate mengalami larut resap hingga ke paras air bawah tanah (akuifer). Pembuangan Sisa kumbahan. Sisa kumbahan manusia datangnya dari domestik/isi rumah dan juga pelancongan. Kumbahan/najis sebenarnya mengandungi bakteria e-Coli. Pencemaran air tanih dengan bakteria e-Coli terjadi apabila berlakunya kebocoran dalam sistem pembentungan, limpahan kolam rawatan kumbahan atau kebocoran tangki septik. Selain itu sistem pembuangan najis yang tidak sistematik seperti di kawasan petempatan setinggan juga mempercepatkan berlakunya pencemaran air tanih. Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = MAX 12 markah

B2

B3 B4 B5 B6

B7

MAX 12

TERHAD

TERHAD

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA [40 markah]

Jawab soalan 4 dan satu soalan lain sama ada soalan 5 atau soalan 6. Soalan 4: a) Peratus perubahan komoditi getah asli, minyak sawit mentah dan padi di Malaysia pada tahun 2006 dan 2010. [3] Tahun 2010 Tahun 2006 _____________________ x 100 Tahun 2006

Peratus perubahan =

Pengeluaran ( 000 Tan Metrik) Komoditi Tahun 2006 Tahun 2010 Pertanian Getah asli 1,283.6 939.3 Minyak sawit 15,880.8 16,993.7 mentah Padi 1,407.1 1,642.0 Jawapan: Komoditi Pertanian Peratus Perubahan Getah asli 26.82% Minyak sawit mentah 7.00% Padi 16.69% Pemarkahan: Max 3 m b)
Kod B1 B2

Markah 1 1 1 MAX 3

Mengapakah pengeluaran getah asli semakin merosot dalam tempoh tersebut [4]
Sebab-sebab pengeluaran getah asli merosot Persaingan dengan getah tiruan yang dikeluarkan oleh negara maju seperti USA dan Jepun. Getah asli mengalami ancaman lambakan ( stok penimbal) di pasaran antarabangsa. Persaingan dengan negara pengeluar yang lain seperti dari Indonesia dan Thailand yang kos pengeluarannya lebih rendah berbanding Malaysia.
10

Markah 2 2

TERHAD

TERHAD
B3 Perubahan guna tanah yang ketara, kawasan/ladang getah ditukar kepada tanaman kelapa sawit yang lebih komersial atau ditukar kepada estet perumahan. Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah 2 MAX 4

c) Bagaimanakah bioteknologi menjana kemajuan sektor pertanian di Malaysia?

[4]

Kod C1 C2 C3 C4

Cara-cara bioteknologi menjana kemajuan sektor pertanian Meningkatkan kuantiti/produktiviti/hasil produk pertanian dalam jangka masa yang singkat hasil kacukan dan klon benih yang bermutu. Meningkatkan kualiti produk pertanian dan berdaya tahan perosak serta penyakit kerana klon benih telah melalui uji kaji makmal secara berterusan. Menghasilkan kepelbagaian jenis produk pertanian yang dapat memenuhi citarasa pengguna seperti betik exotica, golden rice dsb. Membantu memajukan sektor hiliran seperti industri biodisel dari minyak kelapa sawit, perubatan/farmasi dari tanaman herba dsb. Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah

Markah 2 2 2 2 MAX 4

d) Jelaskan dua kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. [4]

Kod D1 D2 D3 D4

Kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal Hakisan tanah dan kehilangan kesuburan tanih yang cepat akibat amalan pertanian tanpa teres, tanpa tanaman tutup bumi dan tanaman sejenis. Pencemaran air sungai, tasik dan air tanih akibat penggunaan baja kimia serta racun serangga/rumpai secara berlebihan seperti baja urea, racun paraquat dll. Pencemaran udara akibat amalan pembakaran terbuka di kawasan sawah padi, ladang tebu dan juga ladang kelapa sawit apabila tiba di peringkat tanam semula. Kemusnahan ekosistem, habitat dan rantaian makanan apabila hutan ditebang dan dibersihkan untuk dijadikan tapak pertanian ladang getah dan kelapa sawit secara besar-besaran. Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah

Markah 2 2 2 2 MAX 4

11

TERHAD

TERHAD

Jawab samada soalan 5 atau soalan 6. Soalan 5 a) Jelaskan kepentingan sektor perhutanan terhadap pembangunan sosio ekonomi negara Malaysia. [12]
Kod Kepentingan sektor perhutanan Markah Sektor perhutanan melibatkan pelbagai aktiviti seperti pembalakan, penanaman semula hutan, penyelidikan perhutanan, rawatan sivilkultur dan juga aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan. Di antara kepentingannya kepada Malaysia ialah: Memajukan sektor ekonomi hiliran. Industri berasaskan kayu seperti industri perabot, papan lapis, pembuatan kertas dapat A1 2 dimajukan kerana mendapat bekalan sumber kayu balak yang berterusan. Industri pembinaan juga berkembang kerana sokongan sumber perkayuan yang sentiasa ada dalam pasaran daripada projek perladangan hutan yang dijalankan. Meningkatkan pendapatan negara. Produk kayu, perabot dan kraf tangan berasaskan sumber hutan yang berkualiti tinggi dieksport ke A2 2 luar negara. Ini akan menambahkan pendapatan negara melalui tukaran mata wang asing dari negara yang lebih tinggi nilai matawangnya seperti negara Eropah dan Jepun. Menyediakan peluang pekerjaan. Sektor perhutanan juga menyediakan peluang pekerjaan sebagai pembalak, pemandu, A3 pekerja kilang papan, sebagai renjer hutan, pegawai penyelidik dll. 2 Ini akan mengurangkan pengganguran, menambahkan pendapatan perkapita penduduk, meningkatkan kuasa beli dan taraf hidup penduduk yang terlibat dengan sektor perhutanan. Menambahkan teknologi melalui R&D. Keupayaan teknologi dalam negara ditingkatkan melalui R&D yang berterusan dalam A4 sektor perhutanan sepertimana yang dijalankan oleh FRIM dan 2 UPM. Contohnya teknologi pembiakbakaan dan kultur tisu pokok, teknologi kawalan penyakit dan perosak hutan bagi memelihara dan memulihara sumber-sumber perhutanan yang lestari. Pemuliharaan dan pemuliharaan alam sekitar . Disamping pengusahasilan, sektor perhutanan juga melibatkan aktiviti memelihara dan memulihara sumber-sumber perhutanan secara A5 2 berterusan. Ini dapat mengekalkan ekosistem, habitat, kepelbagaian biologi
12

TERHAD

TERHAD
daripada pupus untuk dinikmati oleh generasi kini, akan datang dan selamanya. Hutan sebagai sumber warisan negara. Sumber perubatan. Aktiviti perhutanan juga melibatkan usaha memajukan sumber-sumber perubatan tradisional berasaskan herba seperti tongkat Ali, kacip Fatimah, hempedu bumi dsb. Melalui R&D yang berterusan industri farmasi dapat berkembang pesat, penduduk mempunyai pelbagai pilihan ubat untuk merawat penyakit. Ekopelancongan dan sumber air . Hutan lipur yang kaya dengan pelbagai spesis fauna dan flora, air terjun dan jeram boleh dijadikan sebagai sumber ekopelancongan yang menguntungkan ekonomi negara dengan kunjungan pelancong dalam dan luar negara yang membawa kepada pertukaran wang asing dan menyumbang kepada pendapatan negara. Begitu juga dengan sumber air. Hutan dijadikan sebagai kawasan tadahan untuk bekalan air kepada penduduk, sektor pertanian dan tenaga hidro menerusi pembinaan empangan. Sumber air juga menyumbang kepada pendapatan negeri atau negara seperti jualan air Johor kepada Singapura.

A6 A7

Pemarkahan: Mana-mana 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah

MAX 12

b) Bagaimanakah aktiviti pembalakan menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal. [ 13]
Kod Aktiviti pembalakan haram, kaedah tebang bersih, penebangan melepasi sempadan didapati telah menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal. Di antara kesannya ialah: Kemusnahan ekosistem dan habitat. Amalan tebang bersih bukannya tebang terpilih dalam aktiviti pembalakan masa kini telah B1 menyebabkan kepupusan kepelbagaian spesies fauna dan flora hutan seperti pokok cengal, meranti, seraya, keruing dll. Selain itu kemusnahan habitat, rantaian makanan dan penghijrahan fauna telah berlaku di dalam ekosistem hutan. Persaingan untuk hidup di dalam persekitaran baru menyebabkan sebahagian besar diancam kepupusan seperti gajah, harimau, tapir, seladang dsbg. Hakisan dan tanah runtuh. Pembalakan tanpa kawalan dan aktiviti penarahan bukit untuk dibina laluan mengangkut balak telah B2 menyebabkan hakisan tanah dan kegagalan cerun. Apabila hutan ditebang, tiada lagi silara pokok untuk memintas air hujan. Ini menyebabkan hakisan percikan yang tinggi. Akar-akar pokok yang musnah juga tidak mampu mengurangkan hakisan larian air permukaan. Kesannya cerun menjadi tidak stabil dan tanah runtuh terjadi seperti yg terjadi di kawasan Logging Tanah Tinggi Cameron. Pencemaran sumber air. Aktiviti pembalakan berhampiran dengan sungai akan menyebabkan sungai tercemar dengan selut, kelodak
13

Markah 1

TERHAD

TERHAD
B3 dan lumpur. Hakisan larian air permukaan akan membawa regolit ke dalam sungai. Air sungai menjadi keruh, ekosistem akuatik terjejas dan jika berlaku pemendapan kelodak, dasar sungai menjadi cetek yang boleh mempercepatkan pula kejadian banjir. Kemusnahan kawasan tadahan air. Aktiviti pembalakan haram lazimnya melepasi sempadan dan adakalanya melewati kawasan rezab sungai. Ini akan memusnahkan kawasan tadahan air. Penebangan pokok akan mengurangkan proses susupan air ke dalam tanah. Kesannya sistem akuifer terjejas yang akan menjejaskan pula bekalan air kepada sungai dan tasik. Pemanasan setempat. Penebangan hutan secara besar-besaran akan mengurangkan peratus kelembapan udara disebabkan oleh ketiadaan pokok untuk melakukan proses transpirasi. Kesannya udara menjadi lebih kering dan suhu mikro boleh meningkat/pemanasan setempat. Perubahan landskap. Aktiviti tebang bersih berskala besar akan mencerahkan kawasan hutan. Kesan-kesan penggondolan akan kelihatan dengan jelas dan ketara terutama sekali melalui pandangan udara. Dalam jangkamasa panjang perubahan landskap berlaku apabila hutan primer bertukar menjadi hutan sekunder yang hanya ditumbuhi oleh belukar dan semak samun. Manakala pokok-pokok balak yang muda tidak lagi tumbuh. Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah

B4 B5 B6

MAX 12

Soalan 6 a) Malaysia memerlukan negara luar dalam memajukan ekonominya . Jelaskan pernyataan ini. [12]
Kod Dalam konteks ekonomi global, Malaysia sememangnya amat bergantung dan memerlukan negara luar bagi memajukan ekonominya. Kebergantungan kepada negara luar boleh dilihat dalam aspek berikut: A1 A2

Markah

Untuk meningkatkan aliran perdagangan. Kerjasama dua hala mampu meningkatkan aliran perdagangan Malaysia melalui persetujuan penghapusan sekatan perdagangan dan cukai yang lebih rendah. Kesannya defisit imbangan perdagangan antara negara boleh dikurangkan. Pendapatan negara Malaysia meningkat. Untuk memperluaskan pasaran antarabangsa. Kebergantungan kepada negara ASEAN membolehkan produk Malaysia boleh menembusi pasaran sesebuah negara melalui konsep pasaran bebas seperti AFTA.

Kesan positif perluasan pasaran termasuklah hubungan antara rangkaian pemasaran, pengilang atau pengeluar dalam AFTA menjadi lebih kukuh.
14

TERHAD

TERHAD
A3

Kuasa beli pengguna meningkat terutama dari negara kaya seperti Brunei dan Singapura produk Malaysia menjadi lebih laku.

A4

A5

A6

Meningkatkan aliran masuk modal (FDI). Bagi menampung kekurangan modal dalam negara, Malaysia memerlukan pelaburan asing. Oleh sebab itu kerjasama dengan negara maju seperti Jepun, China, USA dan negara Eropah amat penting. Pelaburan asing diperlu untuk menggerakkan sektor perkilangan, kewangan, perkhidmatan antarabangsa, projek mega dll. Kemasukan pelabur asing juga mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia. Menjana teknologi baru. Kebergantungan kepada negara maju membolehkan kemasukan teknologi dan kepakaran dari negara luar. Kesannya Malaysia akan menikmati faedah daripada segi perkongsian dan pembangunan teknologi kepada penduduk tempatan, perkembangan R&D dan penciptaan inovasi. Teknologi baru biasanya dibawa oleh syarikat-syarikat multinasional (MNCs) yang melabur di Malaysia. Memenuhi keperluan buruh dan kepakaran. Dalam konteks keperluan buruh, Malaysia amat bergantung kepada negara Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam dll bagi menggerakkan sektor kritikal khususnya perladangan dan pembinaan. Tanpa buruh asing, sektor-sektor ini tidak boleh berkembang pesat. Dalam konteks memajukan industri berteknologi tinggi (HiTEC) pula, Malaysia memerlukan tenaga pakar misalnya dari Korea, India, Jepun dll. Mengurangkan persaingan. Dalam konteks negara dan serantau, Malaysia perlu berkerjasama erat bagi mengurangkan persaingan yang boleh merugikan kedua-dua belah pihak. Misalnya mengelakkan

persaingan produk yang sama di pasaran yang sama.


Justeru itu kerjasama akan mewujudkan pengkhususan dan saling melengkapi dalam konteks pengeluaran bagi tujuan menjimatkan kos buruh, bahan mentah, kos pemasaran dll. Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 Markah MAX 12

(b)

Bincangkan kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara.


15

[ 13]

TERHAD

TERHAD Globalisasi ekonomi memberikan kesan positif dan negatif terhadap sesebuah negara = 1m
Kod Di antara kesan positif globalisasi ekonomi ialah: Keuntungan daripada perdagangan bebas. Globalisasi ekonomi berteraskan prinsip liberalisasi ekonomi/perdagangan bebas tanpa sekatan dan campur tangan kerajaan. Aktiviti ekonomi ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran. Kebaikan daripada amalan perdagangan bebas ialah; harga barangan menjadi lebih murah apabila cukai produk dihapuskan, kuasa beli pengguna meningkat, monopoli pasaran dikurangkan, pengguna mempunyai banyak pilihan untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dll. Markah

B1

B2

Perluasan pasaran. Prinsip ke dua dalam globalisasi ekonomi ialah deregulasi ekonomi atau penghapusan sekatan perdagangan/dasar perlindungan yang selama ini diamalkan oleh sesebuah negara. Apabila sekatan perdagangan ini dihapuskan maka pasaran dalam sesebuah negara boleh ditembusi. Kesan positifnya ialah produk barangan sesebuah negara boleh dijual dengan banyak, bekalan barangan di pasaran sentiasa ada dan aliran perdagangan antara negara juga meningkat, sekaligus dapat memperbaiki defisit imbangan perdagangan. Pemindahan teknologi. Globalisasi ekonomi berkembang seiringan dengan perkembangan teknologi. Serentak dengan kemasukan modal, teknologi juga dibawa masuk ke sesebuah negara bagi meningkatkan daya saing produk. Kesannya sesebuah negara dapat menikmati faedah daripada R&D dan inovasi baru yang akan diguna dan dipelajari oleh penduduk tempatan. Lama-kelamaan penduduk tempatan juga berkemahiran tinggi. Teknologi moden dibawa masuk oleh syarikat-syarikat multinasional (MNCs). Pengaliran buruh lebih mudah. Pada masa kini sumber manusia juga menjadi lebih mobile seiring dengan pengaliran modal dan teknologi. Pergerakan keluar-masuk buruh di sempadan dipermudahkan melalui kecekapan imegresen dan pengurangan birokrasi. Kesan positifnya, keperluan buruh sesebuah negara dapat ditampung dengan cepat. Misalnya sektor perladangan di Malaysia ditampung oleh bekalan buruh Indonesia. Selain buruh, pengaliran tenaga pakar juga mudah berlaku. Sebenarnya globalisasi telah mewujudkan masyarakat pekerja antarabangsa. Menggalakkan persaingan antara pengeluar yang menyebabkan peningkatan kualiti produk. Para pengeluar terpaksa bersaing untuk kekal untung di pasaran. Kesannya produk baru yang berkualiti sentiasa dikeluarkan dan ia amat menguntungkan pengguna serta perkembangan ekonomi sesebuah negara. Selain bersaing, antara pengeluar juga berkerjasama untuk saling
16

B3

B4

B5

TERHAD

TERHAD
melengkapi. Selain daripada kesan positif, globalisasi ekonomi juga memberikan kesan negatif. Di antara kesan negatifnya ialah:

B6

Penguasaan ekonomi oleh syarikat asing (MNCs). Syarikat asing (MNCs) memiliki modal yang besar dan mampu membeli saham untuk menguasai pemilikan syarikat tempatan. Ekuiti modal asing tinggi, syarikat MNCs menjadi konglomerat mengambil alih pengurusan dan operasi syarikat tempatan. Kesannya syarikat-syarikat tempatan akan berpindah milik kepada orang asing. Keadaan ini banyak berlaku dalam industri perkilangan serta kewangan

B7

Kesukaran untuk mengawal keluar -masuk modal asing. Konsep pasaran bebas dalam globalisasi ekonomi memberi ruang yang luas kepada pelabur asing untuk melabur dan menarik keluar pelaburan mereka tanpa boleh disekat / dikawal. Kesannya kegawatan ekonomi boleh berlaku di sesebuah negara yang terlalu bergantung kepada pelabur asing sekiranya syarikat asing menarik balik modal mereka di pasaran. Malaysia pernah mengalaminya pada tahun 1998. Syarikat asing menutup operasi ekonomi negara terjejas dan penduduk tempatan kehilangan pekerjaan. Penghakisan kedaulatan negara. Globalisasi ekonomi boleh menyebabkan sesebuah negara terikat dan terlalu bergantung kepada pelabur asing. Kesannya, pelabur asing boleh mempengaruhi dasar dan polisi ekonomi sesebuah negara. Contohnya sebahagian besar negara sedang membangun terpaksa akur dan tunduk kepada pelabur asing dari negara maju. Selain itu lambakan barangan berjenama di pasaran bebas menyebabkan semangat mencintai barangan buatan negara sendiri semakin luntur. Penduduk sesebuah negara kehilangan identiti dan jatidirinya. Ancaman kepada pengusaha dan produk tempatan / tradisional khususnya IKS. IKS banyak bergantung kepada MNCs melalui skim vendoor. Jika MNCs menarik pelaburan maka banyak IKS terpaksa gulung tikar. Selain itu penduduk tempatan cenderung membeli produk luar yang berjenama kesannya produk IKS tempatan tidak laku. Ini boleh mengancam dan merugikan perniagaan mereka.
17

B8

B9

TERHAD

TERHAD
B10

Masalah yang timbul akibat aliran buruh. Kemasukan buruh asing yang lebih murah seperti dari Indonesia dan Bangladesh. mengancam guna tenaga buruh tempatan. Di samping wujudnya masalah sosial yang disebabkan kebanjiran buruh asing dalam sesebuah negara seperti mana yang dialami oleh Malaysia kini. Manakala tenaga mahir / pakar dalam negara pula berhijrah ke negara lain kerana mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi dan ini merugikan negara. Menghakis nilai budaya tempatan. Globalisasi ekonomi juga merangkumi globalisasi sosial seperti pengaruh industri hiburan kemasukan filem, pengiklanan dari negara luar tanpa sekatan yang boleh menghakis nilai murni masyarakat. Contoh kemasukan unsur pornografi, gay melalui Internet amat sukar dikawal. Ini menimbulkan konflik dengan nilai agama dan budaya tempatan seperti pakaian, hiburan, gaya hidup dsb.

B11

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 m + 1 m perbincangan = MAX 13

MAX 13

18

TERHAD

You might also like