You are on page 1of 1

BINA INSAN GURU FASA V NAMA KUMPULAN : LAW CHII CHIN : 5 PISMP PC/PJ/MT

Satu ceramah bina insan guru telah dijalankan pada 7 Mac 2013 di Dewan Hajah Rohani, IPG kampus Tuanku Bainun. Ceramah ini diberikan oleh Encik Lainal Abidin bin Yaakob. Beliau telah memberi ceramah mengenai pengurusan pendidikan. Beliau telah menjelaskan pengurusan pendidikan tersebut melalui berdasarkan perana guru. Ceramah yang diberi oleh Encik Lainal tidak membosankan kerana beliau mementingkan interaksi dengan guru pelatih. Beliau sambil memberi ceramah sambil bertanyakan soalan untuk mendapat feedback daripada pihak guru pelatih. Di samping itu, beliau banyak berkongsikan pengalaman dan pengetahuannya yang dapat sepangjang beliau berkhidmat dalam bidang pendidikan. Daripada pengalaman yang beliau ada, beliau mengajar kami caranya menjadi seorang guru yang baik dan bersikap positif. Selain itu, semasa memberikan ceramah, nada suara beliau juga sentiasa berubah. Semasa bercakap mengenai sesuatu perkara yang menarik, beliau akan menaikkan nada suaranya untuk menarik perhatian kami. Cara Encik Lainal memberikan ceramah telah mencungkil minat saya untuk mendengar terutamanya semasa beliau berkongsikan pengalaman beliau sebagai seorang pegawai pendidik. Sepanjang ceramah tersebut, selain pengetahuan yang dapat dari ceramah yang disampaikan, saya juga telah melihat teknik-teknik memberi satu ceramah yang baik dan menarik. Saya pernah menghadiri beberapa ceramah, terdapat ceramah yang langsung saya tidak dapat memberi perhatian, tetapi beberapa ceramah dapat saya memberi perhatian yang sepenuhnya dan amat berminat untuk mendengar kandungan yang akan disampaikan oleh penceramah. Kenapa keadaan ini berlaku? Saya berfikir kemungkinan ia bergantung kepada teknik-teknik penceramah tertentu memberi ceramah. Teknik-teknik ini harus saya pelajari kerana dapat digunakan semasa mengajar di dalam kelas demi mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Dengan ini, murid-murid akan sentiasa bersedia untuk belajar dan berminat untuk mendengar pengajaran guru.

You might also like