You are on page 1of 3

3.

0 TARIAN TRADISIONAL
Tarian Sabah mempunyai tiga puluh dua jenis etnik, lima puluh lima jenis
bahasa dan kira-kira seratus dialek. Setiap etnik mempunyai kebudayaan, tradisi
dan adat resamnya yang tersendiri. Mereka menunjukkan cara hidup mereka
melalui muzik dan tarian. Di sini, kami akan membincangkan tentang tarian-tarian
tradisional yang memilik kepada suku kaum Kadazandusun di Sabah.
Yang pertamanya ialah tarian liliput. Liliput merupakan tarian bagi etnik
biasanya yang berada di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara berpusing-pusing.
Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh jahat daripada badan
seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini hanya akan ditamatkan
setelah semangat orang itu kembali ke badannya.
Seterusnya ialah tarian mogunatip. Mogunatip adalah tarian yang
dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman Sabah termasuk kaum
Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau dan beberapa
kumpulan daripada suku kaum Murut. Tarian ini merupakan tarian yang
dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati
tetamu. Mogunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan
antara dua permukaan. Penari mogunatip memerlukan kemahiran dan
ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk
menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut.
Mongigol Sumundai juga merupakan tarian tradisional kepada kaum
kadasandusun. Ia adalah tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang
dipersembahkan oleh suku kaum Rungus . Kedua-duanya dipersembahkan oleh
suku kaum Rungus semasa perayaan dan upacara pemujaan semangat.
Tarian ini diiringi dengan 4 gong dan gendang yang dinamakan ' Tontog' serta
ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari perempuan dan diketuai oleh penari lelaki.
Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan
menggerakan pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan
lembut. Pakaian yang digunakan oleh penari perempuan adalah pakaian
tradisional suku kaum Rungus.
Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut.
Ianya dipersembahkan semasa upacara kesyukuran terhadap semangat padi. Ia
biasanya dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang
dipakai oleh penari perempuan adalah serba hitam dengan dihiasi butang yang
terang dan menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala dan '
sandai ' yang tergantung dari leher.
Terdapat satu tarian yang merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku
kaum Dusun Lotud di daerah Tuaran, iaitu tarian sumayau. Ia biasanya
dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' (Upacara memuja tengkorak
kepala ), dan ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ). Sumayau
dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba hitam
dengan lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher. Penari
perempuan akan memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabungjalinkan
sementara penari lelaki memakai ' sigar '.Semasa menari, penari perempuan
menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementara penari lelaki
berdiri dan menggoncangkan ' giring ' atau loceng kecil yang dilekatkan pada
pakaian mereka.
Di samping itu, tarian sumazau penampang juga merupakan tarian tradisional
suku kaum Kadazandusun. Penari mempersembahkan tarian mereka secara
berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula menari dengan irama
yang lembut dan perlahan mengikut paluan gong.
Sumazau diiringi oleh pukulan 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu
gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau
adalah berbedza-bedza mengikut daerah dan desa. Tangan penari-penari
Sumazau seolah-oleh sayap burung terbang dengan langkah kaki yang khusus
mengikut rentak pukulan gong. Tarian ini biasnya diadakan di majlis-majlis
keramaian namun tujuan asal tarian ini adalah untuk menyambut kedatangan
"Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.
Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis
perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan
namun kemuncak tarian sumazau ialah di perayaan Pesta Menuai yang dirayakan
di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Penari-penari Sumazau yang terdiri
daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang
dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari
perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat
daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki
tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.

You might also like