You are on page 1of 13

LAPORAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL0 Pertandingan permainan tradisional merupakan suatu acara yang dianjurkan oleh semua guru

pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ambilan Januari 2011. Pertandingan pada kali ini telah diterajui oleh guru pelatih ambilan Januari 2011 untuk melengkapkan tugasan Pengurusan Kokurikulum pada semester ini. Guru pelatih dari 8 kelas tersebut telah berjaya melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya bermula dengan pelantikan AJK sehingga berakhirnya pertandingan ini pada 3 Mac 2013 Pada awalnya, pensyarah telah mengagihkan kertas soalan yang

mengandungi tugasan yang perlu kami siapkan. Sebaik sahaja mendapat soalan tugasan, kami meneliti kriteria dan kehendak soalan. Dalam tugasan kali ini, pelajar secara berkumpulan dikehendaki menghasilkan satu kertas kerja bagi mengadakan satu pertandingan permainan tradisional. Tanpa melengahkan masa, ketua unit terus membahagikan peajar kepada beberapa kumpulan. Setelah berjaya membentuk satu kumpulan, kami memulakan tugasan kami dengan mendraf kertas kerja mengikut kehendak soalan. Menurut soalan tugasan, kami perlu memilih satu permainan tradisional untuk dipertandingkan. Justeru, kami berbincang bersama ahli kumpulan kami untuk memilih permainan tradisional dan dengan sebulat suara, kami telah memilih permainan Lastik Getah sebagai permainan yang ingin kami pertandingkan. Disebabkan oleh jadual waktu yang terlalu padat, sukar bagi kami untuk mencari masa lompang bagi menyiapkan tugasan ini. Justeru, kami cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa untuk berbincang bersama ahli kumpulan kami. Kami berkumpul di bilik di blok kediaman Ibnu Majid untuk menyiapkan draf kertas kerja ini. Kami membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan untuk mencari contoh kertas kerja yang berkualiti. Setelah itu, kami menjadikan contoh kertas kerja daripada sumber internet sebagai bahan rujukan kami. Pada keesokan harinya, kami berjumpa dengan pensyarah yang mengajar kami iaitu Encik Khairuddin bagi melihat draf yang telah kami siapkan. Sedikit komen membina yang kami perolehi daripada beliau bagi untuk menghasilkan tugasan yang

lebih berkualiti. Menurut butiran di dalam kertas kerja yang kami sediakan, tarikh bagi permainan tradisional yang akan dipertandingkan adalah pada 3 Mac 2013 Menjelang tarikh 3 Mac 2013 kami berjaya mengelolakan permainan tradisional. Kami bersama unit Kajian Sosial dan berkumpul untuk melaksanakan aktiviti permainan tradisional yang dirangka seperti di dalam kertas kerja. Pada mulanya, kami sepatutnya bergabung kelas bersama unit Reka Bentuk dan Teknologi 1,Sains dan Kajian Sosial. Memandangkan unit RBT 1 dan Sains terpaksa menghadiri kursus Bina Insan Guru, jadi kami terpaksa bergabung antara 2 kelas sahaja. Pada 3 Mac 2013, kami memulakan karnival kami pada jam 2.30 petang. Karnival permainan tradisonal pada petang ini dimulakan dengan sedikit taklimat daripada pensyarah pembimbing Encik Khairuddin Bin Mat Hassan di hadapan kelas terbuka di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Encik Khairuddin membuat sedikit cabutan permainan apakah yang akan dilansungkan dahulu. Selepas undian dibuat, kami memulakan karnival pertandingan permainan tradisional ini. Aktiviti permainan dimulakan dengan permainan sepak bulu ayam. Acara dimulakan dengan cabutan undian giliran untuk menimbang bulu ayam. Setiap pasukan dikendaki menghantar wakil untuk mewakili setiap kumpulan. Mata dikira dengan menambah jumlah bilangan timbangan bulu ayam. Selepas itu, permainan diteruskan lagi dengan permainan lastik getah yang telah dianjurkan oleh pelajar lelaki RBT2. Permainan dimulakan dengan membahagi kumpulan. Setiap kumpulan harus menyiapkan 5 orang ahli setiap pasukan. Acara dimulakan dengan kumpulan 1 memulakan lastikkan ke getah yang telah disediakan di gelanggan permainan. Selepas itu diikuti oleh kumpulan seterusnnya. Sementara permainan berlansung para pengadil sentiasa memerhatikan lastikkan agar setiap mata dikira dengan tepat. Selepas itu, permainan diteruskan lagi dengan permainan tuju guli yang telah dianjurkan oleh pelajar lelaki KS. Acara dimulakan dengan membahagikan giliran percubaan kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan harus memasukkan guli ke dalam bekas yang disediakan. Setiap bekas mempunyai nilai mata yang berbeza. Jumlah mata yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

Selepas itu, berlansung pertandingan terakhir iaitu permainan zero point. Setelah selesai membuat cabutan giliran acara terus dimulakan. Acara dimainkan dengan pesera pertandingan harus melompat melepasi ketinggian yang telah ditetapkan. Setiap lompatan harus dilakukan tanpa mengenai tali yang telah disediakan pada setiap ketinggian. Peserta yang berjaya melompat dengan ketinggian yang tertinggi akan dikira pemenang. Setelah selesai semua pertandingan dijalankan, markah telah dikira dan akan dijalankan sesi penyampaian hadiah kepada setiap pemenang. Acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Encik Khairuddin Bin Mat Hassan selaku pensyarah pembimbing kumpulan kami kepada setiap pemenang bagi setiap acara.

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

You might also like