You are on page 1of 7

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ________________________________________________________________________ HBLS2103 LUKISAN TEKNIK DAN LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) MEI 2013

________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi DUA (2) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 5. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 12 Julai 2013 hingga 14 Julai 2013 atau Tutorial 4. Serahan selepas 14 Julai 2013 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

PENILAIAN Tugasan ini akan menyumbangkan 25% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Skema Jawapan. Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandunganantara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandunganantara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandunganlebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN SOALAN 1 60 MARKAH

(a) Bina satu Heptagon sekata jika diberi panjang sisi ialah 50mm ( 5 markah ) (b) Lukiskan mengikut skala saiz penuh pencontoh yang ditunjukkan pada Rajah 1. Titik A,B, C, D, E, dan F ialah titik tangen. ( 15 markah )

Rajah 1

(c) Rajah 2 menunjukkan sebuah objek.Lukiskan saiz penuh dengan dimensi yang lengkap dalam unjuran ortografik sudut ketiga pandangan-pandangan berikut: i. ii. iii. Pandangan atas Pandangan hadapan mengikut arah anak panah A Pandangan sisi mengikut arah anak panah B ( 15 markah )

Rajah 2 (d) Rajah 3 menunjukkan dua pandangan bagi satu objek dalam unjuran sudut ketiga. Lukiskan pandangan isometri bagi objek tersebut mengikut arah P. Saiz petak grid ialah 10mm X 10mm. Butiran terlindung tidak perlu dilukis.
( 15 markah)

Rajah 3

(e) Lukis semula Rajah 4 mengikut saiz penuh, kemudian lukiskan pengorakan bagi objek tersebut mengikut kedudukan klim KK yang diberi. ( 10 markah)

Rajah 4

SOALAN 2 (LUKISAN TERBANTU KOMPUTER) 40 MARKAH Arahan: Soalah 2 mestilah dilukis menggunakan perisian CAD dan title block seperti di lampiran A. **** MARKAH SIFAR (0) AKAN DIBERIKAN JIKA DIDAPATI MENCETAK LUKISAN YANG SAMA ANTARA PELAJAR Rajah 5 menunjukkan Pandangan Hadapan dan Pandangan Atas bagi satu objek dalam Unjuran Ortografik Sudut Ketiga.

Rajah 5 (a) Lukiskan semula Pandangan Atas dan Pandangan Hadapan pada Rajah 5 dan lengkapkan Pandangan Sisi dalam Unjuran Ortografik Sudut Ketiga. Lukis sekurang-kurangnya dua dimensi utama untuk setiap pandangan. Lukisan anda mestilah menggunakan layer seperti berikut: Bil 1 2 3 4 5 Lapisan (layer) Garisan objek Garisan tengah Garisan tersembunyi Garisan binaan Dimensi Warna Putih Magenta Biru Kuning Merah Ketebalan 0.30 0.25 0.25 0.15 0.20

(15 markah)

(b) Lukiskan Pandangan Isometri daripada pandangan di Rajah 5 mengikut arah anak panah X. Dimensikan enam tempat utama. (25 markah) LAMPIRAN A

PANDUAN PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi DUA soalan. Anda perlu menjawab SEMUA soalan. Soalan 1 Lukisan Teknik (60%) Soalan 2 Lukisan Terbantu Komputer (40%) 2. Bagi Soalan 1 hendaklah dilukis pada kertas bersaiz A4 3. Bagi Soalan 2(b) hendaklah dicetak warna pada kertas bersaiz A4. Cetakan lukisan yang dihantar hendaklah asli dan tidak diulang cetak antara sesama rakan pelajar. 4. Kaedah penjilidan dan kandungan muka depan adalah sama seperti tugasantugasan lain. ____________________________________________________________________________ MUKA SURAT TAMAT

You might also like