You are on page 1of 3

Surat Siaran 20 Julai 2005

PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Office of the Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8 Level 8, Blok E8 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Complex Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Federal Government Administrative Centre 62604 PUTRAJAYA

Tel : 03-88846077 Fax : 03-88894548 Laman web: http://www.moe.gov.my

KP.BT. (S) 9247 Jld 11 (20) 20 Julai 2005

Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Y.Bhg. Datuk/Dato/Datu/Tuan/Puan, SURAT SIARAN : BUKU GLOSSARY FOR SCIENCE FORM 1 TO FORM 3 dan GLOSSARY FOR MATHEMATICS FORM 1 TO FORM 3 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Buku Teks telah memutuskan untuk membekalkan buku GLOSSARY FOR SCIENCE FORM 1 TO FORM 3 dan GLOSSARY FOR MATHEMATICS FORM 1 TO FORM 3 ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Buku glosari ini diharap dapat membantu guru dan murid terutama yang akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menguasai istilah dan konsep sains dan matematik. Buku glosari ini juga merupakan bahan sokongan kepada Program Intervensi PPSMI di sekolahsekolah seluruh negara. Untuk Makluman Y.Bhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan, setiap sekolah akan dibekalkan dengan 30 naskhah untuk setiap buku GLOSSARY FOR SCIENCE FORM 1 TO FORM 3 dan GLOSSARY FOR MATHEMATICS FORM 1 TO FORM 3. Sepuluh (10) naskhah adalah kegunaan guru dan 20 naskhah ditempatkan di pusat sumber sekolah untuk kegunaan murid. Pembekalan buku glosari tersebut adalah dibuat secara one-off. Pihak sekolah dan murid juga boleh membeli buku-buku ini di pasaran terbuka. Percetakan dan pembekalan buku glosari ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia adalah daripada 11 Julai 2005 hingga 6 Ogos 2005 dan di Sabah dan Sarawak adalah 11 Julai 2005 hingga 20 Ogos 2005. Pembekalan buku glosari ke semua sekolah menengah akan dibuat oleh penerbit-penerbit. Sila lihat lampiran yang disertakan.

3.

4.

5.

6.

Seubungan dengan itu, pihak Y.Bhg. Datuk/Dato/Datu/Tuan/Puan diminta memanjangkan surat siaran mengenai buku glosari ini kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Pejabat Pelajaran Daerah Gabungan (PPDG), Pejabat Pelajaran Daerah Kecil (PPDK) dan sekolah di bawah kawalan Y.Bhg. Datuk/Dato/Datu/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA CINTAILAH BAHASA KEBANGSAAN KITA

DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia s.k. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Y.B Dato Sri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia Y.B Dato Dato Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Y.B Dato Mahadzir bin Mohd Khir Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Y.B Puan Komala Devi a/p M. Perumal Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia Ketua-ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia Ketua Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN

Pembekalan Buku Glosari Oleh Penerbit

Bil

Judul

Penerbit

Harga (RM)

Zon dan Negeri Pembekalan Zon 1 : Selangor, Johor dan Perlis Zon 2 : Kedah, Terengganu, P.Pinang dan N.Sembilan Zon 3 : Sabah, W.P Labuan, Melaka, Perak dan W.P Kuala Lumpur Zon 4 : Sarawak, Kelantan dan Pahang Zon 1 : Selangor, Johor dan Perlis Zon 2 : Kedah, Terengganu, P.Pinang dan N.Sembilan Zon 3 : Sabah, W.P Labuan, Melaka, Perak dan W.P Kuala Lumpur Zon 4 : Sarawak, Kelantan dan Pahang

Allwrite Sdn Bhd Sasbadi Sdn Bhd 1 Glossary For Science Form 1 to Form 3

6.80 8.50

Bakaprep Sdn Bhd Penerbitan Pelangi Sdn Bhd Darul Fikir Awan Metro (M) Sdn Bhd Arus Intelek Sdn Bhd

7.20

8.10 5.20 5.50

Glossary For Mathematics Form 1 to Form 3

7.50

Sasbadi Sdn Bhd

6.90

You might also like