You are on page 1of 6

PENGENALAN KELAB BADMINTON SK. KUSILAD, PITAS Sejarah penubuhan Kelab Badminton Sk.

Kusilad ditubuhkan pada tahun 2000 namun mula bergiat aktif pada tahun 2009. Ini disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kekurangan peralatan kelab dan pengurusan yang tidak efektif. Jumlah keahlian pada mula penubuhan kelab ini berjumlah 23 orang sahaja. Jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah keahlian bola sepak. Pengenalan kelab Kelab Badminton Sk. Kusilad diterajui oleh Guru Besar sekolah yang mana beliaulah individu yang bertanggugjawab menaikkan nama kelab badminton sekolah ini ke peringkat lebih tinggi. Kedatangan seorang guru baru dari Perak iaitu En. Rahman Zainuddin manambahkan lagi impak kepada perkembangan kelab badminton di sekolah ini kerana beliau mempunyai reputasi yang baik dalam dunia badminton. Atas inisiatif pihak pengurusan kelab, mereka telah berjaya mendapat suntukan kewangan dari seorang ahli perniagaan bagi tajaan peralatan sukan dan kemudahan latihan. Walaubagaimana pun, kelab badminton sekolah ini masih menggunakan dewan serbaguna Kg. Kusilad sebagai gelanggang latihan mamandangkan sekolah ini tidak mempunyai dewannya sendiri. OBJEKTIF Objektif penubuhan kelab ini ialah untuk memberikan pengalaman kepada pelajar mengenai sukan ini dan urus tadbir. Selain daripada itu, penubuhan kelab ini juga dapat memberikan pelajar nilai tambah seperti penjagaan kesihatan, ilmu disiplin serta perkembangan kognitif yang dinamik. Secara kontrasnya, dengan adanya kelab badminton ini kegiatan negatif seperti ponteng dan buli dapat dikurangkan serta memberikan pelajar aktiviti-aktiviti yang membewa faedah kepada mereka. MATLAMAT Matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk melahirkan jaguh sukan badminton di kawasan pedalaman daerah ini. Kaedah latihan yang komprehensif dan bersepadu dilihat akan menjadi platform utama dalam memartabatkan sukan badminton di sekolah ini. Melihat kepada sudut pencapaian, kelab ini merancang untuk mencipta kejayaan yang gemilang sehingga tahap yang lebih tinggi lagi.

CARTA ORGANISASI Guru Penasihat/Jurulatih: 1. Cikgu Ramli Bin Oyoh 2. Cikgu Rahman Bin Zainuddin

Pengerusi: Jelvister Robini

Naib Pengerusi: Asri Bin Lingkoi

Setiausaha : Siti Munirah Binti Halim

Bendahari : Zamzuri Fauzan Bin Ali Akbar

AJK Peralatan: 1. Ramlah Binti Nasip 2. Nasir bin Ludayan 3. Ashraff Hanafee Bin Farid 4. Lolitah Micheal 5. karim hanif Bin Sumantri

AJK Publisiti: 1. Jessica Gan 2. Ramlah Binti Rosdi

Tugas-tugas organisasi Pengurusi Kelab 1. Bertanggungjawab terhadap segala urusan 2. Pengerusi mesyuarat 3. Mengawal disiplin semua ahli.

Timbalan Pengerusi 1. Mengawal disiplin semua ahli. 2. Mengambil kehadiran ahli untuk semua aktiviti 3. Penasihat kepada semua sub-komuniti. 4. Menyediakan jadual tugas menilai keceriaan papan notis. 5. Penasihat kepada semua sub-komuniti.

Setiausaha 1. Menyimpan segala rekod aktiviti 2. Melengkapkan Folio Kokurikulum 3. Bertanggungjawab dalam hal-ehwal surat-menyuarat. 4. Memaklumkan guru penasihat tentang segala aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti.

Bendahari 1. Bertanggungjawab menguruskan kewangan 2. Mengutip sebarang bayaran anjuran aktiviti-aktiviti 3. Bertanggungjawab mengeluarkan sijil-sijil.

Publisiti 1. Bertanggungjawab menguruskan papan notis. 2. Memaparkan notis-notis pada papan notis. 3. Jurugambar dan webmaster

KEAHLIAN Keahlian mengikut jantina JANTINA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH AHLI (JUMLAH) 16 19 35

Keahlian mengikut kelas KELAS TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 JUMLAH KEAHLIAN 5 5 6 5 9 5 35

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Masa Pelajar hendaklah menepati masa dalam setiap perjumpaan mahupun latihan. Disiplin Pelajar hendaklah sentiasa berdisiplin sepanjang perjumpaan/latihan dijalankan. Etika disiplin merangkumi: Pakaian Etika personal ahli Masa Nilai-nilai murni

*Mereka yang melanggar etika yang telah ditetapkan akan dilucutkan keahlian serta-merta tanpa syarat. Yuran Setiap ahli hanya perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM 1.00

walaubagaimanapun jumlah adalah tertakluk kepada pengumuman dari masa ke semasa. AKTIVITI YANG DIJALANKAN TARIKH Januari AKTIVITI
Ujian pemilihan pemain Mesyuarat agung kelab Perjumpaan ahli kelab Latihan biasa Latihan biasa Kejohanan terttutup peringkat sekolah Latihan intensif bersama kelab badminton daerah. Latihan biasa Mesyuarat agung

Februari

Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober

Latihan biasa Jamuan ahli kelab

AKTIVITI YANG DIRANCANG PADA TAHUN HADAPAN Klinik badminton (Di jangka dalam bulan Mac) Lawatan sambil belajar (Di jangka dalam bulan Jun) Perasmian gelanggang baru (Masih dalam perbincangan) Perlawanan persahabatan amal (Masih dalam perbincangan)

MANFAAT DARI AKTIVITI Berdasarkan daripada aktiviti yang dirancang, pelajar akan dapat mempelajari teknik permainan badminton dengan lebih baik. Selain daripada itu, mereka juga akan dapat meningkatkan tahap disiplin mereka samada di dalam mahupun luar gelanggang. Pelajar juga akan mendapat manfaat dengan mempelajari nilai murni seperti kerjasama, semangat berpasukan dan hormat-menghormati. Di samping itu, pelajar akan dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan mengelak dari perbuatan yang tidak bermoral. ALATAN KELAB Raket (20 batang) Jaring (5 buah) Bulu tangkis (12 Balang) MASALAH DALAM KELAB Buat masa sekarang, hanya terdapat satu permasalahan dalam perjalanan kelab melakukan aktivitnya setiap bulan iaitu ketiadaan gelanggang permainan utama mereka. Kelab ini menggunakan Dewan Serbanguna Kg. Kusilad sebagai pusat latihan namun latihan sering di tunda berikutan jadual sering bertindih dengan penggunaan orang awam yang lain.

You might also like