You are on page 1of 4

ISL Minggu 9 WAJ 3101

Tajuk: Pilih beberapa orang tokoh Tamadun Islam dan nyatakan sumbangan mereka kepada Tamadun Islam. 1. IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS (ILMU PERUBATAN) Sebagai seorang ahli perubatan dan falsafah serta dalam masa yang sama beliau banyak terlibat dalam bidang-bidang lain, beliau banyak menghasilkan karya-karya dan tulisan sebagai panduan dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang perubatan. Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang perubatan. Antara karya beliau yang terkenal adalah Al-Qanun Fi Al-Tibb (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid diterbitkan di Rom pada tahun 1593 dan telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Karyanya ini telah dialih bahasa ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona sebaik sahaja beliau berpindah ke Toledo, Sepanyol dalam kurun ke-12 Masihi. Kehebatan karya beliau menjadikan karyanya sebagai sumber rujukan utama di universiti-universiti terkemuka di Eropah terutamanya di Itali dan Perancis sehingga kurun ke-17. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Karyanya ini, telah cetak semula sebanyak 16 kali, 15 kali dalam bahasa Latin dan satu kali dalam bahasa Yahudi. Menjelang abad ke-16, karyanya ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, karya tersebut telah dialih bahasa ke 15 buah bahasa antaranya bahasa Inggeris yang dikenali sebagai Precepts of Medicine. Selain daripada Al-Qanun Fi Al-Tibb, Ibnu Sina juga telah menulis satu karya yang bertajuk Remedies for The Heart yang mencangkirkan sajaksajak mengenai perubatan. Dalam buku beliau ini, terdapat 760 jenis penyakit beserta dengan cara untuk menawarkan penyakit-penyakit tersebut.

ISL Minggu 9 WAJ 3101


2. Al-Farabi (SENI MUZIK)

Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan (Haliza, 2006). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah (874 Masihi) di Khurasan, Turki. Beliau banyak menyumbang dari segi pemikiran serta penghasilan buku dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi, sains dan muzik. Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun.

Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995). Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik.

3.

Al-Biruni (SAINS/ MATEMATIK)

Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dinnya dalam bidang astronomi namun beliau juga berkemahiran dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, antmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau Juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.

Al-Biruni, sebagai seorang sarjana dalam bidang sains telah menghasilkan beberapa aspek mengenainya antaranya trigonometri sfera, aritmetik orang India, cahaya dan bunyi, graviti, ketumpatan, mekanik, berat dan ukuran, geografi, geodesi dan stratografi dan sebagainya.
2

ISL Minggu 9 WAJ 3101


Al-Biruni menghasilkan sebuah karya berjudul Maqalid 7lm al-Haiahfi Basit alKurah sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul alTafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang balk serta mudah difahami. Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Salah satu daripadanya diberi judul Jamial al Tarq al Sairah fi Marafah Awtar al Dairah yang membincangkan kaedah -kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan. Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi serta mengembangkannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi

membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memben pengolahan yang balk.

Karangan

Qanun.

al-Mas'udi

yang

berkaitan

dengan

trigonometri

mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi- sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Dalam bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.

Di samping trigonometri sfera ini, al-Biruni turut menguasai aritmetik orang India. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya berhubung dengan subjek itu antaranya ialah Rashikat al-Hind Zodiak di India, kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant, kaedah-kaedah orang India (Rusum al- Hind) dalam pengajaran aritmetik, dan Mansuhat al-Darah yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.

Mengenai cahaya dan bunyi, al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari matahari dan ia dapat menembusi air serta udara. Beliau juga mendapati bahawa senjakala bermula atau berakhir apabila matahari berada di bawah kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan dalam penyelidikan moden.

ISL Minggu 9 WAJ 3101

Mengenai graviti, beliau membenkan sumbangan yang pentmg dalam aspek ini. Beliau menolak pendapat Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas muka bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.

Mengenai ketumpatan, al-Biruni dapat menyukat dengan betui ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat air dengan begitu tepat sehinggakan hasil percubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan prinsip- prinsip yang berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam bidang mekanik, beliau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi.

You might also like