You are on page 1of 4

Tajuk

: Sistem Respirasi Ikan, Serangga dan Mamalia

Pengenalan : Haiwan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas dan antaranya terdapat mamalia, ikan, dan serangga. Mamalia merupakan sejenis kumpulan haiwan yang berdarah panas, mempunyai tulang belakang, dan mempunyai struktur jantung 4 ruang. Mamalia melahirkan anak dan bernafas menggunakan paru-paru dan melahirkan anak. Ikan merupakan kumpulan haiwan yang berdarah sejuk, mempunyai sirip untuk bergerak, mempunyai sisik yang berlendir, dan membiak secara bertelur. Ikan boleh hidup di dalam air kerana ia bernafas melalui insang. Serangga pula merupakan kumpulan haiwan invertebrata, iaitu tidak mempunyai tulang belakang. Serangga tidak berdarah. Setiap serangga mempunyai 3 pasang kaki yang terdapat di bahagian tubuh toraks. Tubuhnya terbahagi kepada kepala, toraks dan abdomen. Rangka tubuh terdapat di luar dan disebut sebagai rangka luar iaitu kulit keras. Serangga bernafas melalui spirakel. Oleh sebab struktur mereka berlainan, jadi mereka mempunyai sistem respirasi yang berbeza. Cara pernafasan turut berlainan.

Objektif

Untuk melatih guru pelatih membedah ikan, serangga dan mamalia kecil Untuk melatih guru pelatih mengguna instrumen pembedahan Untuk meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam memapar, melukis dan melabel organ sistem respirasi. Untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk menguji struktur organ utama dalam sistem respirasi (paru-paru, trakea, diafragma, sangkar tulang rusuk dan otot interkostal)

Untuk meningkatkan tahap pemahaman guru pelatih tentang proses pertukaran gas di dalam haiwan.

Peralatan

a) Bahan Radas : Instrumen pembedahan, papan bedah, mikroskop pembedahan, kanta tangan, pembaris plastic lutsinar, benang. b) Bahan Kimia : Tikus putih (mamalia), cengkerik (serangga), ikan cencaru (ikan), klorofom

Prosedur a) Pembedahan ikan i) Ikan Cencaru yang mati digunakan dalam pembedahan. ii) Ikan Cencaru diperhatikan pada bentuk saiznya, bahagian sirip, dan ekor. iii) Apakah kelebihan ikan mempunyai struktur badan seperti ini? iv) Badan ikan diliputi dengan sisik. Apakah fungsi sisik? v) Ikan mempunyai operkulum yang boleh digerakkan iaitu boleh dibuka atau ditutup pada bahagian insangnya. Operkulum dipotong pada salah satu bahagian untuk memaparkan insang. vi) Jumlah insang dikira dan dicatatkan. vii) Insang boleh didapati pada satu struktur bertulang iaitu lengkung insang. Setiap insang yang sempurna mempunyai satu lengkung insang dan 2 baris filamen insang. Insang dipotong dan dicuci. viii)Insang yang dicuci diperhatikan di bawah mikroskop, dilukis dan dilabelkan.

b) Pembedahan cengkerik i) Cengkerik dibunuh dengan menggunakan klorofom di dalam satu balang. ii) Segmen badan cengkerik dikira dan dicatatkan. iii) Bahagian kepala, toraks dan abdomen cengkerik dilukis dan dilabelkan. iv) Segmen yang digunakan untuk membentuk seekor cengkerik dikira. v) Cengkerik mempunyai exoskeleton yang terdiri daripada lapisan keras dan kitin. Sambungan kaki cengkerik dikaji dan dicatatkan tempat sambungannya pada exoskeleton. vi) Sayap dibuka dan dikaji perbezaan antara kedua-dua pasang sayap tersebut serta fungsinya. vii) Liang-liang pada sebelah segmen abdomen diperhatikan dan dikira.

c) Pembedahan sistem respirasi mamalia i) Tikus dipinkan pada papan pembedahan dengan menghadapkan permukaan ventral atas. ii) Satu mid-ventral insisi dibuat merentas kulit tikus dan digunting dari bahagian rahang bawah sampai bahagian anus. iii) Kulit dipegang dengan menggunakan forceps. iv) Tisu penghubung antara kulit dengan tubuh badan digunting sebesar mungkin dan kulit dipinkan. v) Ventral dan lateral dinding thoracic digunting untuk mengemukakan ruang thoracic. vi) Kelenjar thymus dikeluarkan. vii) Otot dan tisu pada bahagian leher digunting bagi mengemukakan trakea dan laring. viii)Bahagian atas laring dan tisu penghubung pada trakea diguntingkan. ix) Jantung, paru-paru, trakea, esophagus dan laring dikeluarkan bersama. x) Esofagus diasingkan daripada jantung. xi) Laring, trakea, dan paru-paru dipinkan pada papan pembedahan. xii) Lukisan yang berlabel dibuat berdasarkan pembedahan tersebut.

You might also like