You are on page 1of 5

Set 10

Pilih jawapan yang betul.


1. Nenek Limah menghidupkan api untuk ____________ sayur di dapur.
A. Mengukus
B. Mereneh
C. Mencelur
D. Menjerang
2. Pak Tua berehat di _________ untuk melepaskan penat setelah membersihkan
kebun durian.
A. Berek
B. Denai
C. Danau
D. Dangau
3. Adik menangis teresak-esak apabila _________ oleh abang.
A. Ditegur
B. Disapa
C. Didesak
D. Diherdik
4. Keluarga Aiman telah berkunjung ke rumah Tuan Helmi _________ merisik
Liana.
A. Untuk
B. Sambil
C. Supaya
D. Bahawa
5. Hari ini ____________ mewakili Encik Faris untuk bertemu dengan tuan kerana
_____________ ada urusan lain, kata Imran.
A. akudia
B. kitabeliau
C. sayabeliau
D. kamibeliau
6. Awak boleh menunggu di _____________ kerana di _________ kawasan
larangan.
A. sanasitu
B. sinisana
C. situsana
D. sanasini

7. Lelaki tua itu ialah orang yang ________ kaya di kampung ini.
A. Paling
B. Benar
C. Sekali
D. Sungguh
8. Kursus ___________ oleh jurusolek terkenal itu mendapat sambutan daripada
kaum wanita.
A. Tatarias
B. Tatacara
C. Tatatertib
D. Tatasusila
9. Ayam yang telah dilumur dengan rempah mesti ________ seketika sebelum
digoreng, pesan ibu kepada kakak.
A. Diperah
B. Diperap
C. Diperam
D. Diperas
10. Anis sentiasa aktif dalam aktiviti kokurikulum dan cemerlang dalam peperiksaan.
_________ dia dipilih menjadi tokoh murid.
A. Selain itu
B. Kendatipun
C. Lantaran itu
D. Namun begitu
11. Khabar angin itu sengaja di________kan oleh pihak tertentu.
A. Hiruk-pikuk
B. Riuh-rendah
C. Desas-desus
D. Gembar-gembur
12. Encik Aiman berasa bimbang kerana kedudukannya dalam syarikat semakin
_____________.
A. Tergugat
B. Terencat
C. Terpesong
D. Terganggu
13. Sultan dan permaisuri baginda akan ____________ ke luar negara pada minggu
hadapan.
A. Bergerak

B. Berangkat
C. Bertakhta
D. Bersemayam
14. Datin Munirah memakai __________ rantai mutiara dan _________ gelang
tangan emas.
A. seutasseurat
B. seutassebuah
C. seuntaiseutas
D. sebuahseuntai
15. Anak-anak ayam mati ___________ kerana termakan nasi yang beracun.
A. Berserakan
B. Bertaburan
C. Bercakaran
D. Bergelimpangan
16. Orang yang _________ memang tidak pandai menyimpan rahsia.
A. Mulut murai
B. Buah mulut
C. Bertih goreng
D. Mulut tempayan
17. Kamu tidak perlu bimbang kerana ______________, kata ayah.
18. Pilih perkataan seerti dengan perkataan yang bergaris.
Kak Mila kecewa kerana kandas dalam ujian memandu.
A. Lulus
B. Tewas
C. Gagal
D. Hampa
19. Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris.
Pak Malik menghela nafas lega setelah kambingnya yang hilang ditemukan
semula.
A. Menarik
B. Melepaskan
C. Menghirup
D. Menghembuskan
20. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di bawah.
Siapakah yang akan merasmikan makmal komputer sekolah?
A. Tuan Abdul Halim akan merasmikan makmal komputer pada minggu
hadapan.
B. Ya, Pengarah Pelajaran Negeri yang akan merasmikan makmal komputer.
C. Betul, Pengarah Pelajaran Negeri akan merasmikan makmal komputer.

D. Tuan Abdul Halim, Pengarah Pelajaran Negeri yang akan merasmikan


makmal komputer.
Soalan 21-22
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
21. Imran merungut kerana bukunya selalu diconteng oleh adiknya.
A. Kerana diconteng buku adik Imran sering merungut.
B. Imran mengeluh kerana adiknya kerap menconteng bukunya.
C. Adik dan Imran selalu merungut apabila bukunya diconteng.
D. Imran bersungut kerana adiknya sering menconteng bukunya.
22. Banyak murid gagal dalam pelajaran kerana malas belajar, kata guru besar
kepada ibu bapa.
A. Ibu bapa dan guru besar diberitahu bahawa kegagalan murid adalah
kerana malas belajar.
B. Kerana malas belajar banyak murid, ibu bapa, dan guru besar gagal.
C. Guru besar diberitahu oleh ibu bapa banyak murid gagal kerana malas
belajar.
D. Ibu bapa dimaklumkan oleh guru besar bahawa banyak murid gagal
kerana malas belajar.

Soalan 23-24
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
23. I Adik bongsu saya sudah patah bercakap.
II Pengawal keselamatan itu menggalas selaras senapang patah.
III Semangat Nara untuk melanjutkan pelajaran ke university masih belum patah.
IV Pasu bunga itu patah kerana terkena bola.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
24. I Fikiran Jali semakin kacau semenjak tiada pekerjaan.
II Jangan mencetuskan kacau di tempat awam.
III Kacau kuah dalam periuk perlahan-lahan, kata nenek kepada kakak.
IV Keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang-langgang.
A. I dan II
B. I dan IV
C. I dan III

D. I, III, dan IV
25. Pilih ayat-ayat yang betul.
I Berapa orang kanak-kanak bermain di padang.
II Buku itu belum dibaca oleh saya.
III Berbagai-bagai usul dicadangkan dalam mesyuarat itu.
IV Alif membaca buku di perpustakaan selama satu jam suku.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

You might also like