You are on page 1of 18

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

ALI KHAIRI BIN MAZLAN AKMAL RABBANI BIN AZMI AHMAD AZAM BIN AHMAD AZIZI MOHAMAD AMIER IZUWAN BIN KHOLIL

KONSEP INOVASI
Inovasi adalah sesuatu yang baru atau unik hasil ciptaan atau hasil proses penstrukturan semula yang memberi manfaat kepada masyarakat dan mempunyai nilai yang diutamakan. Proses inovasi boleh berlaku secara radikal (mendadak) atau secara berperingkatperingkat sehingga terhasil perubahan kepada produk, proses atau perkhimatan.

INOVASI DALAM PENDIDIKAN


Inovasi pendidikan hasil perubahan teknologi internet dan keperluan dunia tanpa sempadan. Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk : Pengenalan teknologi baru. Perubahan dalam sistem penyampaian. Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti.

Inovasi dalam pendidikan berlaku dalam aspek: Strategi pengajaran-pembelajaran. Perkembangan teknologi pengajaran. Perkembangan persekitaran pembelajaran. Reka bentuk resos. Penaksiran pembelajaran.

STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF

PEMBELAJARN BERASASKAN PROJEK (PBL)


Pembelajaran berasaskan projek (PBL) adalah : Satu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran. Strategi pengajaran yang membolehkan pelajar membuat aplikasi isi pelajaran. Model pengajaran dam pembelajran yang memberikan penekanan kepada pengajaran berpusatkan murid.

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek


Berpusatkan kurikulum Jangka masa panjang Berpusatkan murid Berasaskan kumpulan pembelajaran koperatif dan konstruktif Membawa kepada penghasilan positif Mempunyai impak kepada kemahiran hidup, pengurusan diri, proses kumpulan dan penyelesaian masalah.

Langkah-langkah perlaksanaan PBL


Tugasan Menganalisi data Meneroka masalah Membuat perkaitan Membuat refleksi

Peranan guru dalam PBL


Membantu pelajar mengenali strategi pembelajarn mereka. Menggunakan strategi penyoalan yang mampu mencungkil daya fikir pelajar. Memastikan pelajar mempunyai pengetahuan yang diperlukan sebelum memberikan tugasan PBL. Mewujudkan suasan bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran.

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH


Mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan PBL Ciri-cirinya : Masalah yang realistik (berdasarkan dunia sebenar) yang dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Pelajar perlu mencari maklumat baru (isu pembelajaran lain) untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah. Tanggungjawab belajar adalah tanggungjawab pelajar. Guru membantu dan membimbing mengikut keperluan. Kemahiran mencari maklumat dan menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber.

Langkah-langkahnya : Kemukakan masalah berdasarkan kes/kisah sebenar. Jelaskan hasil pembelajaran yang hendak dijangkakan. Sediakan persekitaran pembelajaran yang selamat. Sediakan bimbingan isi pelajaran dan strategi. Sediakan resos pembelajaran.
Modul pembelajaran Sumber multimedia

Adakan maklum balas untuk refleksi.

PEMBELAJARAN ELEKTRONIK (ELEARNING)


Pembelajaran elektronik adalah satu istilah umum merujuk kepada pembelajran menggunakan komputer dan internet. Pembelajaran boleh berlaku dimana-mana mengikut keperluan pelajar. Pembelajaran elektronik menghasilkan pengalaman yang menghasilkan pemahaman dan penguasaan kemahiran dan pengetahuan yang baharu. Merujuk kepada semua jenis pembelajaran yang dicapai melalui internet, komputer, CD ROM, televisyen interaktif.

Jenis-jenis Pembelajaran Elektronik : 1. Pembelajaran dalam talian sepenuhnya. Digunakan untuk pembelajaran jarak jauh. Guru dan pelajar tidak bertemu secara bersemuka Berlaku sepenuhnya dalam talian. 2. Pembelajaran blended. Gabungan antara talian dan interaksi. Juga digunakan untuk pembelajaran jarak jauh. Pertemuan bersemuka secara berkala.

Jenis Komunikasi Dalam Pembelajaran Elektronik :


1. Synchronous (serentak) Pertukaran idea, maklumat dan perbincangan berlaku antara dua atau lebih peserta secara serentak pada masa yang sama. Contoh: video, chat 2. Asynchronous (tidak serentak) Pertukaran idea dan maklumat berlaku pada masa tertangguh. Tindak balas kepada soalan dan maklumat yang diketengahkan berlaku pada masa yang berbeza. Contoh : E-mel, SMS

Bentuk Penyampaian P&P

Maklumat dan isi pelajaran dalam pembelajaran elektronik dibina dalam pelbagai media. Contohnya :
1. Cetak : Jurnal, rencana,Petikan 2. Video : Klip video, Rakaman Video 3. Audio : Rakaman Audio

Ciri-ciri Pembelajaran Elektronik


Pembelajaran berlaku mengikut kadar kendiri pelajar. Pembelajaran berlaku mengikut kehendak dan keperluan pelajar dalam bentuk arahan kendiri. Pelajar sendiri menentukan cara, masa, tumpuan dan kemahiran yang ingin dikuasai. Memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan internet. Boleh dicapai di mana-mana sahaja ada talian internet. Pembelajaran ini direka bentuk mengikut keperluan pelajar.

PEMBELAJARAN BERASASKAN LAMAN SESAWANG (WEB)


Satu bentuk pembelajaran yang sedang berkembang dan merupakan satu inovasi utama dalam sisitem pendidikan. Satu jenis pembelajaran yang menggunakan gabungan persembahan powerpoint, penerangan audio, streaming video dan perisian lain. Maklumat-maklumat penting dimuatkan di dalam talian.

Maklumat pembelajaran lebih mudah, pantas dicapai dan disebarkan. Guru dan pelajar mudah berkomunikasi. Pembelajaran menjadi lebih luas dan kaya dengan sumber pembelajaran yang pelbagai. Pelajar juga terlibat secara langsung mencari maklumat dan pengetahuan baharu.

You might also like