You are on page 1of 1

Wau yang baik imbangkan akan dapat terbang melawan angin di satu darjah menegak sehingga beberapa lama.

Terdapat juga pertandingan yang menjatuhkan lawan. Setiap wau dipasang dengan taji besi tajam pada bahagian bawah wau supaya dapat memutuskan tali wau lain. Wau yang tertali akan cuba menjatuhkan wau yang terbang disekitarnya. Wau yang dapat dijatuhkan akan dikira kalah.

Cara lain itu pertandingan ialah melekatkan serbuk kaca pada tali supaya menjadi tajam. Apabila berlaku pergeselan antara tali wau, wau akan terputus talinya dan jatuh maka ia dikira kalah. Bagaimana pun penggunaan
serbuk kaca ini diharamkan kepada kerana ia mendatangkan bahaya kepada permain

Dalam pertandingan wau naik, pengadilan akan dibuat untuk memilih pemenang berdasarkan wau yang naik tinggi. Kemahiran peserta menaikkan wau , wau menghasilkan bunyi yang paling kuat dan merdu. Selain itu pengadilan juga dibuat ke atas gembar lukisan wau dan menaik secara menegak iaitu tidak berputar ditiup angin. Cara pengadilan dari segi ketinggian wau menaik dipanggil pancang meter. Kiraan ukuran wau naik dibuat dengan pembaris yang diletak pada bahagian pancang tempat tali wau diikat. Pertandingan wau cantik pula lebih menitikberatkan kepada aspek keunikan seni rupa dan kreativiti pembuat wau, wau yang tergolong dalam kategori wau cantik tidak perlu diterbangkan. Jadi pemarkahan tidak termasuk kemerduan bunyi wau dan keupayaan wau naik dengan sempurna. Jangka masa bagi sesuatu pertandingan pula dikira dengan menggunakan tempurung. Tempurung jantan iaitu tempurung yang berlubang akan diletakkan di atas air. Selagi tempurung berkenaan tidak tenggelam, pertandingan terus berjalan, tetapi apabila tempurung telah tenggelam, bererti jangka masa sebuah pertandingan telah tamat.

You might also like