You are on page 1of 1

Muzik Menerusi pergerakan kreatif yang akan dipertandingkan, berikut merupakan beberapa muzik yang akan mengiringi persembahan

tersebut. Kriteria pemilihan muzik dilakukan berdasarkan tema perpaduan, mempunyai makna, mempunyai nilai, dan memiliki rentak yang mudah untuk diikuti oleh murid. 1. 1 Malaysia nyanyian Pelajar Universiti Lim Kok Wing. 2. Perpaduan Teras Kejayaan terbitan Jabatan Perpaduan Negara Malaysia. Kedua-dua lagu tersebut mempunyai kaitan yang rapat terhadap nilai-nilai perpaduan yang harus diterapkan dalam diri setiap rakyat Malaysia. Justeru, penggunaan instrumental muzik ini juga turut dimuatkan pada awal kemasukan murid dalam gelanggan dan keluar dari gelanggang pertandingan. Pergerakan murid juga akan mengalami perubahan dari rentak perlahan kepada rancak. Perkara ini dipengaruhi oleh lagu yang mempunyai rentak yang berbeza. Sebagai contoh, alunan muzik untuk lagu 1 Malaysia menggunakan rentak yang sederhana rancak. Manakala, muzik Perpaduan Teras Kejayaan mempunyai rentak yang agar rancak. Kedua-dua lagu ini akan menghidupkan lagi mood pergerakan kreatif yang akan dipersembahkan oleh muridmurid disamping mempamerkan penyampaian makna yang sangat bertepatan dengan tema.

You might also like