You are on page 1of 63

SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT KUMPULAN POSISI ATLET BOLA JARING PERINGKAT UNIVERSITI

RUSEDAWATTY BINTI OSMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


Nama Penulis Tarikh Lahir Judul : RUSEDAWATTY OSMAN : 19 SEPTEMBER 1982 : SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT KUMPULAN POSISI ATLET BOLA JARING PERINGKAT UNIVERSITI

Sesi Pengajian : 2007/2008 Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai: SULIT TERHAD TIDAK TERHAD Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut : 1. 2. 3. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. Disahkan oleh: _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) 820919-03-5342 (NO. KAD PENGENALAN) _____________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) EN. SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI (NAMA PENYELIA) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

Tarikh : 28 April 2008

Tarikh : 28 April 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).

Tandatangan Tarikh

: .............................................. : 28 April 2008

Nama Penyelia : En. Syahrul Ridhwan Morazuki

ii

SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT KUMPULAN POSISI ATLET BOLA JARING PERINGKAT UNIVERSITI

RUSEDAWATTY BINTI OSMAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii iii

Saya mengakui bahawa tesis yang bertajuk Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Atlet Bola Jaring Peringkat Universiti ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Tarikh

: ............................................. : 28 April 2008

Nama Penulis : Rusedawatty Osman

iv iii

DEDIKASI

Teristimewa untuk keluarga yang tercinta..

Bonda, Mek Nab Yusof, terima kasih di atas didikan dan asuhanmu, kata-kata semangat dan doronganmu,

Kakak-kakakku, Roslina dan Rosmahani

Serta adik-adikku, Mohd Rusaidy dan Rosamira Elissa, Teruskan perjuanganmu sehingga berjaya.

Tidak kulupakan, kepada Allahyarhamah kakakku yang tercinta, Rahimah Osman yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 April 2008. semoga rohmu dicucuri rahmatNya.

Terima kasih atas pengorbanan dan sokongan yang kalian berikan Akan kukenang hingga ke akhir hayat...

Untuk teman-teman seperjuangan. Terima kasih atas segala sokongan dan pandangan... Kenangan berasama tak mugkin dapat dilupakan........

v iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani......

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga serta setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Syahrul Ridhwan Morazuki selaku penyelia PSM ini yang telah banyak memberikan bimbingan serta tunjuk ajar dalam menjalankan dan menyiapkan projek ini. Tidak dilupakan juga kepada pensyarah-pensyarah Sains Sukan yang banyak memberikan pandangan serta cadangan membina sepanjang kajian ini dijalankan. Seterusnya, ucapan terima kasih ditujukan kepada para subjek dan jurulatih yang terlibat dalam kajian ini di atas kesudian memberikan kerjasama bagi mendapatkan data untuk menjalankan kajian. Selain daripada itu, penghargaan juga diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. InsyaAllah.

vi v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kategori somatotaip atlet bola jaring peringkat universiti dan mengenalpasti perbezaan tahap ketangkasan atlet tersebut mengikut tiga kumpulan posisi yang berbeza iaitu pemain penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan. Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun terlibat dalam kajian ini. Pengukuran somatotaip dilakukan dengan menggunakan Data yang diperolehi dianalisa untuk kaedah Heath-Carter iaitu dengan mengambil ukuran ketebalan kulit di bahagian triceps, subskapular, suprailiak dan betis. mengkategorikan atlet sama ada dalam kumpulan endomorf, mesomorf atau ektomorf. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan kategori somatotaip di antara kumpulan pemain penyerang, tengah dan pertahanan di mana kesemua atlet berada dalam kategori mesomorphic predominance. Ujian-T pula dijalankan bagi mengenalpasti tahap ketangkasan para atlet mengikut posisi yang ditetapkan. Subjek dikehendaki untuk berlari mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan masa terbaik daripada tiga percubaan direkod. Data ujian ketangkasan yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian ANOVA sehala dan hasil analisis mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan tahap ketangkasan yang signifikan (F =5.66, P < 0.05) di antara kumpulan posisi pemain penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan.

vii vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the somatotype category of university level netballers and to identify the difference of agility level according to their playing position which are attackers, centers and defenders. Seven athletes aged between 21 and 22 years old were involved in this study. Somatotype measurement has been done by measuring the skin thickness of triceps, subscapular, suprailliac and calf, using the Heath-Carter method. Data obtained from the measurement were analyzed to categorize the athletes whether they are in endomorph, mesomorph or ectomorph group. Result of this study revealed that there was no different in somatotype category among attackers, centers and defenders where the all athletes were found to be mesomorphic predominance. T-test was carried out to identify the agility level according to those groups of playing position. Subjects were asked to run according to the procedure which has been prescribed and the best time of the three trials was recorded. Data collected from the agility test was analyzed by using the One Way ANOVA and the analysis shows that there was no significant different (F =5.66, P < 0.05) of agility level between attackers, centers and defenders.

vii viii

BAB

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

TAJUK PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii x xi xii

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Penyelidikan Limitasi Definisi Istilah 1 3 4 4 4 5 5 6

viii ix

SOROTAN KAJIAN 2.1 2.2 2.3 2.4 Pengenalan Antropometri dan Somatotaip Pengukuran Lipatan Kulit Ujian Ketangkasan 8 8 10 11

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Reka Bentuk Kajian Subjek Kajian Tempat Kajian Instrumen Kajian Prosedur Kajian 3.5.1 Pengukuran Somatotaip 3.5.2 Pengiraan somatotaip 3.5.3 Ujian Ketangkasan 3.6 Penganalisaan Data 12 14 14 14 15 15 16 17 18

ANALISIS DATA 4.1 4.2 4.3 4.4 Analisis Deskriptif Somatotaip Ujian Ketangkasan Analisis Inferensi 19 20 24 26

xx ix xiii xii xi ix x

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Perbincangan 5.1.1 Data Deskriptif 5.1.2 Somatotaip 5.1.3 Ujian Ketangkasan 5.2 Kesimpulan 5.3 Cadangan 27 27 27 29 30 30

RUJUKAN

31

LAMPIRAN

34

x xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 4.1

TAJUK Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi Nilai bagi setiap komponen somatotaip dan kumpulan somatotaip subjek mengikut individu Nilai bagi setiap komponen somatotaip dan kumpulan somatotaip subjek mengikut kumpulan posisi

MUKA SURAT

19 20

4.2

4.3

22

xi xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 3.1 3.2 4.1 4.2 4.3 4.4 5.1

TAJUK Carta alir pelaksanaan kajian Diagram bagi Ujian-T Carta somatotaip mengikut individu Carta somatotaip berdasarkan kumpulan posisi pemain Skor ujian ketangkasan (individu) Skor ujian ketangkasan (kumpulan posisi) Perbandingan kumpulan somatotaip atlet bola jaring UTM dan pemain bola jaring Australia

MUKA SURAT 13 17 21

23 24 25 28

xii xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. A B C D E F G H

TAJUK Prosedur Pengukuran Somatotaip Kaedah HeathCarter Prosedur Pengukuran Berat Badan dan Ketinggian Prosedur Ujian Ketangkasan (Ujian-T) Borang Pengukuran Antropometrik Borang Skor Ujian Ketangkasan (Ujian-T) Surat Perlantikan Subjek Surat Perjanjian Keputusan Analisis Ujian Ketangkasan

MUKA SURAT 34 36 37 39 41 42 43 44

xiv

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan Kejayaan dalam bidang sukan merupakan salah satu cabang usaha sesebuah

negara untuk dikenali dan dihormati di peringkat antarabangsa. Setiap negara sentiasa berusaha untuk menghasilkan atlet yang berpotensi tinggi, berdaya saing dan berkeupayaan untuk mencapai kejayaan di peringkat yang tertinggi.

Dalam usaha memajukan sukan, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihakpihak tertentu seperti persatuan sukan, Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negara khususnya untuk memastikan sukan yang dipertandingkan mencapai kecemerlangan. Tidak ketinggalan juga sukan bola jaring yang lebih dikenali umum sebagai sukan yang didominasi oleh golongan wanita. Walaubagaimanapun, sukan ini mula diperkenalkan untuk dimainkan oleh golongan lelaki tetapi belum dipertandingkan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Bola jaring merupakan satu permainan berkumpulan yang dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada tujuh orang pemain bagi setiap pasukan. Matlamat permainan ini adalah menjaringkan bola ke dalam gol sebanyak yang boleh dalam masa yang ditetapkan dan pasukan perlu mengutip jumlah jaringan yang lebih tinggi dari pihak lawan untuk mencapai kemenangan. Melalui pengalaman pengkaji sebagai atlet

2 bola jaring, beberapa kemahiran asas yang perlu ada pada setiap pemain bola jaring ialah kelajuan, ketangkasan, semangat berpasukan, dan koordinasi. Selain itu, permainan ini juga memerlukan tahap kemahiran sukan yang spesifik seperti berlari, meghantar dan menangkap bola seterusnya membuat jaringan untuk memperolehi mata (Allison, 1978). Selain itu, sukan ini juga memerlukan ketangkasan untuk mengelakkan diri dari pihak lawan dan kebolehan mengubah haluan dengan pantas, kombinasi dengan kebolehan melompat untuk menangkap bola yang dihantar, menepis bola atau membuat rebound selepas percubaan membuat jaringan (Steele dan Chad 1992). Ketangkasan adalah istilah umum yang digunakan dalam kekuatan dan conditioning yang merupakan satu elemen yang perlu ada dalam kebanyakan aktiviti sukan termasuklah sukan bola jaring. Ketangkasan didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat (Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin, 1987). Keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat mungkin yang dapat membantu dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan untuk menyelamatkan diri. Menurut Sheppard et al. (2006) ketangkasan bermaksud pergerakan seluruh badan dengan merubahkan arah pergerakan dengan halaju dan arah badan yang disebabkan rangsangan yang diperlukan. Bagi meningkatkan kelajuan dan ketangkasan ianya bergantung kepada pemain dan sukan yang diceburi atlet itu sendiri.

Bagi mencapai kejayaan dalam sukan bola jaring, pemain-pemain perlu mempunyai kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardivaskular, fleksibiliti, ketangkasan serta kemahiran-kemahiran spesifik yang lain seperti membuat hantaran, menangkap bola dan membuat jaringan (Banggalay, 1996). Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi tahap pencapaian prestasi atlet. Menurut Thorland et al. (1981), bentuk tubuh badan merupakan salah satu faktor yang penting dalam usaha untuk mencapai prestasi yang tinggi. Cabang ilmu ini dinamakan antrompometri. Menurut Sheldon (1940), antropometri juga dikenali sebagai Walaubagaimanapun, populasi yang berbeza pengukuran manusia. Ia merupakan satu bidang sains yang mengklasifikasikan badan dan bentuk tubuh badan seseorang. mempunyai ukuran dan saiz yang berbeza.

16 3 Bertillon (1893), di dalam Carter (1982), menyatakan bahawa badan manusia boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu kecil, sederhana dan besar. ketiga-tiga kumpulan tersebut. Namun Bertillon tidak dapat menggambarkan suatu sistem yang teratur dan tersusun bagi Beliau mengatakan bahawa ukuran di beberapa bahagian badan yang diambil boleh menggambarkan ukuran seluruh badan secara relatif. Sebagai contoh, jika ukuran panjang lengan telah diambil dan dikategorikan ke kumpulan sederhana, maka ukuran pada kaki secara realtifnya akan didapati juga.

Selepas kajian Sheldon (1940) ke atas fotografi manusia dari pandangan depan, tepi dan belakang, aplikasi antropometri telah dikembangkan. Sheldon menyimpulkan bahawa fizikal seseorang manusia boleh dibahagikan kepada 3 elemen yang asas. Menurut Sheldon, antropometri adalah sangat berkait rapat dengan teori somatotaip yang terdiri daripada tiga kategori iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf.

Sukan

bola

jaring

memerlukan

keupayaan

fizikal

yang

pelbagai.

Walaubagaimanapun, tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpsti kategori somatotaip dan tahap ketangkasan atlet bola jaring peringkat universiti mengikut kumpulan posisi yang berbeza iaitu posisi penyerang, tengah dan pertahanan.

1.2

Latar Belakang Masalah Berdasarkan pengetahuan penyelidik, tiada atau tidak banyak kajian yang telah

dijalankan berkaitan somatotaip dan tahap ketangkasan khususnya dalam sukan bola jaring di Malaysia. Sebagai langkah permulaan, penyelidik menjalankan kajian ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkara yang dikaji dan seterusnya dapat membantu persiapan pasukan bola jaring UTM khususnya bagi menghadapi kejohanan sukan antara universiti (MASUM) yang akan berlangsung pada Mei 2008 di negeri Sabah.

17 4 1.3 Pernyataan Masalah Somatotaip dan ketangkasan adalah antara komponen fizikal yang sangat penting dalam sukan bola jaring. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti somatotaip dan ketangkasan pemain-pemain bola jaring serta mengkaji perbezaan ciriciri fizikal tersebut mengikut kumpulan posisi masing-masing.

1.4

Objektif Kajian Objektif kajian adalah seperti berikut:

1.4.1

mengenalpasti kategori somatotaip atlet bola jaring UTM berdasarkan kumpulan posisi iaitu pemain penyerang, tengah dan pertahanan mengenalpasti atau mengukur tahap ketangksan atlet bola jaring UTM membandingkan tahap ketangkasan atlet bola jaring UTM berdasarkan kumpulan posisi yang berbeza iaitu pemain penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan

1.4.2 1.4.3

1.5

Hipotesis Kajian

Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap ketangkasan di antara pemain penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan.

5 18 Ha 1 Terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap ketangkasan pemain bola jaring di antara pemain penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan.

1.6

Kepentingan Penyelidikan Melalui hasil atau dapatan kajian ini, atlet dapat mengetahui ciri-ciri bentuk

tubuh badan dan tahap ketangkasan mereka. Penyelidikan ini juga dapat membantu jurulatih menganalisis prestasi seseorang atlet berdasarkan kumpulan somatotaip yang diperolehi. Ini kerana jangkaan awal prestasi seseorang dapat dibuat berdasarkan faktor bentuk tubuh badan bagi orang tersebut. Di samping itu, hasil kajian ini juga dapat mengenalpasti tahap ketangkasan pemain seterusnya merancang latihan yang lebih baik pada masa akan datang sekiranya terdapat kelemahan. Selain itu, hasil kajian ini diharap dapat digunakan sebagai satu panduan untuk memilih bakat baru dalam sukan bola jaring pada masa akan datang. Kajian ini juga dapat digunakan sebagai panduan kepada pengkaji lain pada masa akan datang untuk membuat kajian lebih lanjut mengenai somatotaip dengan tahap ketangkasan atlet.

1.7 1.7.1

Limitasi Sampel kajian adalah terhad kepada tujuh orang atlet bola jaring yang mewakili UTM ke Kejohanan MASUM yang akan berlangsung pada bulan Mei 2008.

1.7.2

Kajian ini terbatas kepada pemain bola jaring yang berusia 21 dan 22 tahun sahaja.

19 6 1.8 1.8.1 Definisi Istilah Somatotaip Rupa bentuk dan jenis susuk badan manusia yang digunakan dalam sistem klasifikasi jenis fizikal manusia.

1.8.2

Endomorf Individu yang dikenali oleh peratusan lemak badan yang tinggi, sifat kebulatan dan (jika ada) berotot tegap sedikit sahaja. Perhubungan badan yang berlemak tidak semestinya menunjukkan tisu otot yang kurang tetapi kadang kala dilindungi dibawah lemak.

1.8.3

Mesomorf Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana berotot besar dan tegap dengan bahagian dada yang luas, bahu yang lebar, berpinggul tebal dan garis pinggang yang agak lampai. kuasa. Mereka juga mempunyai komposisi berat yang tidak berlemak dan berkebolehan yang sangat baik dari segi indeks kekuatan dan

1.8.4

Ektomorf Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana lengan dan kaki yang panjang, bahagian atas tubuh pendek, sepatutnya mempunyai tahap tisu saraf yang tinggi. Mereka juga mempunyai otot yang kecil dan panjang. Biasanya individu dalam kategori ini mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit, dengan itu mereka dikenali sebagai golongan yang kurus.

1.8.5

Ketangkasan Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat.

7 20 1.8.6 Kumpulan posisi pemain Posisi pemain bola jaring di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu pemain penyerang (GA dan GS), pemain tengah (WA, WD dan C) dan pemain pertahanan (GD dan GK).

1.8.7

MASUM Majlis Sukan Universiti Malaysia

1.8.8

Atlet bola jaring UTM Pemain bola jaring yang mewakili Universiti Teknologi Malysia ke Kejohanan Sukan MASUM.

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan Kejayaan atlet biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah

tahap kecergasan fizikal yang terdiri daripada kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, ketangkasan, kelajuan dan kelenturan. Selain itu kejayaaan atlet juga berkait rapat dengan ciri fizikal tubuh badan mereka. Terdapat tiga kategori ciri fizikal tubuh yang di nyatakan oleh Sheldon (1940) iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf. Menurut Carter (1985), seseorang individu dapat menentukan penglibatannya dalam aktiviti sukan berdasarkan ciri-ciri fizikal tubuh badan mereka. Dalam bab ini, disenaraikan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh penyelidik.

2.2

Antropometri dan Somatotaip Nik Shanita dan Hera (1999) dalam kajiannya yang bertajuk Status pemakanan

di kalangan atlet elit bola jaring perempuan Sukan Komanwel semasa menjalani latihan pusat menyatakan bahawa ciri fizikal atlet elit bola jaring Sukan Komanwel pada amnya baik jika dibandingkan dengan kajian tempatan lain. Walaubagaimanapun, tiada

9 penerangan yang lebih spesifik tentang ciri fizikal tubuh atlet dinyatakan kerana kajian lebih memfokuskan kepada status pemakanan.

Menurut Johnson dan Nelson (1986), Willian H. Sheldon merupakan nama yang tidak asing lagi dalam bidang somatotaip. Beliau dipengaruhi oleh Kretchmer dan juga perintis-perintis sebelumnya. Sheldon telah menyimpulkan bahawa terdapat tiga ciri fizikal tubuh badan yang asas iaitu endomorf, mesomof dan ektomorf. Lazimnya, ciriciri fizikal tubuh badan manusia mempunyai kaitan dengan personaliti dan tingkah laku, kesihatan dan prestasi fizikalnya. Pada masa kini, masyarakat mempunyai pandangan yang stereotaip terhadap kegemukan, kelangsingan dan ketegapan tubuh badan, konsep ini telah membawa kepada asas pembentukan somatotaip (Willgoose, 1961).

Data antropometri dalam sukan bola jaring adalah terhad. Bagaimanapun, Bale dan Hunt (1986) telah membuat satu kajian perkaitan antara antropometri dengan piawai dan posisi permainan. Kebanyakan atlet elit bola jaring adalah tinggi, mempunyai kekuatan, struktur fizikal yang seimbang dan peratus lemak badan yang tinggi (Bale dan Hunt, 1986). Kajian yang dilakukan mendapati pemain penyerang dan pertahanan lebih tinggi berbanding pemain tengah yang secara signifikannya adalah lebih rendah, mempunyai diameter tulang dan ukur lilit anggota badan (tangan dan kaki) yang lebih kecil. Elliot dan Smith (1983) pula mengkaji hubungan antara ketepatan jaringan gol dengan antropometri yang dipilih dan faktor-faktor biomekanikal. Keputusan yang diperolehi mendapati penjaring yang tinggi, kurang mesomorf dan mempunyai peratus lemak badan yang tinggi adalah lebih tepat jaringannya.

10

2.3

Pengukuran Lipatan Kulit (Skinfold)

Wood (2004) telah mentafsirkan pengukuran lipatan kulit sebagai suatu pengaggaran lemak badan dengan menggunakan pengukuran ketebalan lipatan kulit. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kaliper pengukuran lipatan kulit adalah direka khas untuk mengukur tisu di bawah kulit dengan tepat. Untuk memudahkan pengukuran dijalankan, beliau telah mengemukakan dua jenis kaedah yang boleh digunakan iaitu tujuh dan tiga tempat lipatan kulit diukur. Tujuh tempat tersebut ialah dada, trisep, subskapular, axilla, suprailiak, abdomen dan paha. Manakala untuk tiga bahagian badan yang diukur ialah dada, abdomen dan paha bagi lelaki, trisep, supraliak dan paha bagi wanita.

Menurut Koop (1995), pengukurun lipatan kulit adalah suatu pengukuran di mana ukuran lipatan kulit dan lemak telah diambil pada bahagian tubuh badan yang tertentu dan dimasukkan ke dalam suatu persamaan unutk mendapatkan anggaran jumlah lemak dalam tubuh. peratusan lemak tubuh badan. Dalam kaedah pengukuran ini, kaedah pengukuran komposisi tubuh badan manusia digunakan dengan meluas untuk menilai dan mentaksir

Telford et al. (1984) pula mendapati min bagi tujuh lipatan kulit yang diukur adalah 87 mm dan berdasarkan dapatan kajian beliau merumuskan bahawa atlet elit bola jaring menyamai atlet bola kerangjang profesional iaitu mempunyai otot-otot yang besar tetapi tahap lemak dalam tisu badan rendah.

11

2.4

Ujian Ketangkasan

Menurut Young et al. (2006), ketangkasan merupakan satu komponen yang penting di dalam banyak jenis sukan tetapi masih tidak terdapat banyak kajian mengenainya. Banyak komponen yang boleh mempengaruhi bagi meningkatkan ketangkasan seseorang antaranya melalui perbincangan dan panduan latihan yang di sediakan. Prinsip latihan yang khusus harus di tekankan bagi meningkatkan perubahan ketangkasan maksimum ketika beraksi.

Berdasarkan kenyataan Jozef (1996), ketangkasan hanya boleh ditingkatkan dengan beberapa latihan spesifik yang dijalankan secara teratur. Ia juga melibatkan aspek kemahiran terbuka dan tertutup yang ada pada seseorang. Semua ini adalah berkait rapat antara satu sama lain. Latihan yang dijalankan ini mestilah bermula dengan gerakan kaki yang baik dan gerakan ini banyak mempengaruhi aspek ketangkasan pemain.

Selain itu, Helen et al. (1996), menyatakan bahawa ketangkasan adalah kelakuan motor yang melibatkan pergerakan yang berturutan dengan arah yang berbeza dengan seberapa cekap dan pantas yang boleh. Tambahan lagi, Mahamad Amran (1993) menyatakan bahawa ketangkasan merujuk kepada kemampuan individu menukar arah dan kelajuan semasa bergerak. Beliau juga menyatakan ketangkasan boleh dibina jika melakukan pergerakan itu berulang kali seperti aktiviti lari ulang-alik.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan konsep somatotaip yang diperkenalkan

oleh Heath & Carter pada tahun 1990 untuk mendapatkan maklumat tentang tubuh badan subjek. Berdasarkan Carter dan Heath (1990), terdapat beberapa perubahan yang penting dalam dalam pengiraan peningkatan seperti penukaran unit metrik dalam borang peningkatan, penyesuaian ketinggian bagi endomorf yang mana ia telah menjadi prosedur yang piawai dan kegunaan persamaan yang biasa digunakan sebagai panduan dalam borang peningkatan.

Ujian

pengukuran

somatotaip

kaedah

Heath-Carter

digunakan

untuk

mengenalpasti jenis somatotaip para atlet dengan menggunakan beberapa alatan tertentu manakala berat badan dan ketinggian diukur menggunakan alat penimbang Health Scale Measurement yang masing-masingnya diukur dalam unit kg ( 0.1) dan unit sm ( 0.1). Indeks Jisim Tubuh (kg/m2) diukur dari pengiraan berat dan tinggi subjek, seterusnya dikelaskan mengikut WHO Expert Committee (1997). Seterusnya penyelidik melakukan ujian ketangkasan bagi menguji tahap ketangkasan para atlet. Ujian ketangkasan yang dijalankan adalah ujian-T. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir pelaksanaan kajian ini dijalankan.

13 19

Taklimat kepada subjek tentang prosedur pengukuran dan ujian yang akan dijalankan

Pengukuran somatotaip menggunakan kaedah HeathCarter (N=7)

Menjalankan ujian ketangkasan iaitu Ujian-T (N=7)

Pengiraan somatotaip menggunakan rumus Proses data deskriptif yang diperolehi dengan menggunakan SPSS

Rajah 3.1: Carta Alir Pelaksanaan Kajian

14 20

3.2

Subjek Kajian Kajian ini melibatkan 7 orang atlet bola jaring yang mewakili UTM ke

Kejohanan Sukan MASUM 2008 yang berumur di antara 21 dan 22 tahun.

3.3

Tempat Kajian Kajian dijalankan di tempat subjek membuat latihan harian mereka iaitu di

Dewan Serbaguna Kolej Tun Fatimah, UTM, Johor.

3.4

Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan kaliper lipatan kulit (skinfold caliper) dan kaliper

tulang untuk mendapatkan ukuran lipatan kulit seterusnya membuat pengiraan untuk mengklasifikasikan subjek mengikut kategori somatotaip sama ada endomorf, mesomorf atau ektomorf. Bagi pengukuran tinggi dan berat pula alatan Health Scale Measurement digunakan bertujuan untuk mendapatkan indeks jisim tubuh. Bagi ujian ketangkasan, alat yang digunakan ialah jam randik (stopwatch), pita pengukur dan pita penanda.

15 21 3.5 Prosedur Kajian Sebelum sesi pengujian dijalankan, subjek terlebih dahulu diberi taklimat dan penerangan tentang prosedur ujian yang akan dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan ujian dapat dilakukan dengan betul sekaligus memberikan keputusan yang tepat.

3.5.1

Pengukuran Somatotaip Pengukuran somatotaip dilakukan berdasarkan kaedah Heath-Carter iaitu

menentukan komponen-komponen somatotaip yang terdiri daripada endomorf, mesomorf dan ektomorf. Bagi mengenalpasti komponen somatotaip subjek-subjek kajian ini, 10 dimensi antropometrik diperlukan iaitu tinggi, berat badan, 4 ukuran lipatan kulit (triceps, subskapular, suprailiak dan betis), diameter tulang humerus dan femur serta lilitan lengan dan betis (Somatotaip Instructional Manual, 2002).

Bagi mengukur berat dan tinggi para subjek, alat yang digunakan ialah Health Scale Measurement di mana subjek perlu berdiri tegak, memandang ke hadapan dan bahagian belakang tubuh rapat pada alat pengukur. Subjek juga perlu memakai pakaian yang minimal bagi mengelakkan ralat. Ukuran tinggi dan berat dicatat.

Untuk mengambil ukutan lipatan kulit bahagian triseps, tangan haruslah dibiarkan di sisi badan dalam keadaaan kendur dan rehat. Lipatan kulit diukur pada belakang di pertengahan jarak antara proses akromiom dan proses olekranon. Bacaan diambil 1cm di atas lipatan dan selari dengan paksi memanjang lengan. Lipatan kulit subskapular pula diukur melintang pada bahagian sudut inferior skapula kanan. Bacaan diambil 1cm di bawah tempat cubitan. Ralat pengukuran adalah dari 0.88 mm kepada 1.16 mm (Willmore dan Behnke, 1969). Lipatan kulit pada bahagian suprailiak pula diukur di atas pelvik kanan (illiac crest) di garisan pertengahan axillary. Lipatan diukur melintang mengikut garisan matural illiac crest. Subjek berdiri dengan kedua-dua belah

16 22 kaki dirapatkan. Tangan akan dibiarkan rehat di sisi badan dan dijauhkan sedikit. Bacaan diambil 1cm di bawah tempat cubitan. Ukuran betis pula diambil ketika subjek berada dalam keadaan duduk di atas bangku. Bahagian yang diambil adalah bahagian lilitan betis yang paling besar. Prosedur lengkap pengukuran somatotaip serta rajah adalah sebagaimana yang dilampirkan pada Lampiran A manakala prosedur pengukuran tinggi dan berat adalah sebagaimana yang dilampirkan pada Lampiran B. 3.5.2 Pengiraan Somatotaip

Bagi pengiraan somatotaip, tiga rumus telah digunakan untuk menentukan nilai endomorf, mesomorf dan ektomorf para subjek seterusnya mengkategorikan subjek berdasarkan nilai ketiga-tiga komponen yang diperolehi. Persamaan yang digunakan adalah seperti berikut:

3.5.2.1

Endomorf = -0.7182 + 0.145X - 0.00068X + 0.0000014X Di mana X = Jumlah ticeps, subskapular & suprailiak x 170.18 Tinggi (cm)

3.5.2.2

Mesomorf = 0.858HB + 0.601FB + 0.188AG + 0.161CG - 0.131H + 4.5 Di mana, HB FB AG CG H AG CG = Humerus Breadth = Femur Breadth = Corrected Arm Girth = Corrected Calf Girth = Height (in) = Arm girth (cm) triceps skinfold (cm) = Calf Girth (cm) calf skinfold (cm)

23 17 3.5.2.3 Ektomorf, Jika HWR > 40.75, Ektomorf = 0.732HWR - 28.58 Jika 40.75 < HWR > 38.25, Ektomorf = 0.463HWR - 17.615 Jika HWR =< 38.25, Ektomorf = 0.1 Di mana, HWR (Height-Weight Ratio) = Ht = Wt = Ht/ Wt Height (inch) Weight (pound)

3.5.3

Ujian Ketangkasan Seterusnya ujian ketangkasan iaitu ujian-T dijalankan bagi mengenalpasti tahap

ketangkasan di antara kumpulan posisi permain.

Alatan yang diperlukan untuk

menjalankan ujian ialah kon, pita ukur, pita penanda dan jam randik. Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.2, ujian ini merangkumi larian pecut, lari sisi (kiri dan kanan) dan larian undur. Empat kon akan disusun berbentuk T dan bertanda A, B, C dan D. Jarak kon A ke kon B adalah 10 meter dan jarak kon B ke C dan B ke D adalah 5 meter. Subjek memulakan larian dan tamat pada kon A. Masa larian dicatat sebaik sahaja subjek menyentuh kon A. Prosedur pengujian yang lengkap adalah seperti di Lampiran C.

5 meter

5 meter

10 meter

Rajah 3.2: Diagram bagi Ujian-T

1824 3.6 Penganalisaan Data Data pengukuran lipatan kulit yang diperolehi dianalisa menggunakan beberapa rumus untuk mendapatkan rating somatotaip para subjek. Semua data deskriptif akan dianalisa dengan perisian Microsoft Excel 2007 dan diterjemahkan dalam bentuk purata dan sisihan piawai (min SD). Bagi penganalisaan yang melibatkan statistik, data dianalisa dengan menggunakan perisian komputer Statistial Package for Sosial Science (SPSS) for Windows Version 12.0. Ujian ANOVA sehala digunakan bagi membandingkan perbezaan skor min ujian ketangkasan setiap kumpulan posisi.

19

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1

Analisis Deskriptif Penganalisaan data deskriptif digunakan untuk mendapatkan sukatan serakan

iaitu kekerapan, purata, sisihan purata min dan sisihan piawai bagi taburan umur, berat dan tinggi. Data-data tersebut akan dipaparkan ke dalam bentuk jadual bagi Taburan bilangan subjek memudahkan proses penganalisaan data oleh penyelidik.

mengikut umur, berat dan tinggi adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1 : Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi. Subjek (N) 1 2 3 4 5 6 7 Purata Sisihan piawai (SD) Umur 22 22 22 22 21 22 22 21.86 0.35 Berat (kg) 57.00 57.00 63.00 59.90 63.00 65.00 62.00 60.99 2.88 Tinggi (cm) 168.00 165.00 169.00 169.00 181.00 171.00 169.00 170.29 4.68

20 Jadual 4.1 di atas menunjukkan taburan data tujuh orang subjek yang terlibat di dalam kajian ini. Didapati purata umur, berat, tinggi subjek kajian ini adalah umur 21.86 0.35 tahun , berat 60.99 2.88 kg dan tinggi 170 4.68cm.

4.2

Somatotaip Hasil pengiraan yang telah dilakukan berdasarkan rumus somatotaip, nilai bagi

ketiga-tiga komponen somatotaip untuk setiap subjek yang diperolehi adalah seperti berikut:

Jadual 4.2 : Nilai bagi setiap komponen somatotaip dan kumpulan somatotaip subjek mengikut individu.

Komponen Somatotaip Subjek Endomorf 1 2 3 4 5 6 7 Purata 3.32 3.26 2.99 3.56 3.59 3.54 3.52 3.40 Mesomorf Ektomorf 6.18 6.88 5.84 6.89 5.92 6.86 6.58 6.45 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 3-6-1 3-6-1 2-5-1 3-6-1 3-6-1 3-6-1 3-6-1 3-6-1 Mesomorphic predominance Mesomorphic predominance Mesomorphic predominance Mesomorphic predominance Mesomorphic predominance Mesomorphic predominance Mesomorphic predominance
Mesomorphic predominance

Rating

Kumpulan Somatotaip

Berdasarkan nilai yang diperolehi, seramai 6 subjek mempunyai rating yang sama iaitu 3-6-1 dan hanya seorang subjek sahaja mempunyai rating yang berbeza iaitu 2-5-1. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, satu carta somatotaip dihasilkan untuk

21 ii memplotkan rating somatotaip para subjek. Carta dihasilkan menggunakan koordinat X dan Y yang diperolehi melalui persamaan X = ectomorphy endomorphy dan Y = 2 mesomorphy (endomorphy + ectomorphy).

(3-6-1), N=6

(3-5-1), N=1

Rajah 4.1 : Carta Somatotaip mengikut individu

Rajah 4.1 di atas menunjukkan carta somatotaip yang dihasilkan mengikut kumpulan somatotaip para subjek. Berdasarkan carta tersebut, koordinat X dan Y bagi 6 subjek yang mempunyai rating 3-6-1 ialah X= -2, Y=8. Manakala seorang lagi subjek yang mempunyai rating 2-5-1 berada pada kedudukan X= -1, Y=7. Secara keseluruhannya, kesemua subjek berada dalam kumpulan somatotaip mesomorphic predominance.

22iii

Jadual 4.3 : Nilai bagi setiap komponen somatotaip dan kumpulan somatotaip mengikut kumpulan posisi.

Komponen Somatotaip Kumpulan Posisi Endomorf Mesomorf


Pemain penyerang Pemain tengah Pemain pertahanan

Rating Ektomorf 0.1 0.1 0.1 3-6-1 3-6-1 3-6-1

Kumpulan Somatotaip Mesomorphic predominance Mesomorphic predominance Mesomorphic predominance

3.45 3.45 3.26

6.05 6.88 6.21

Jadual 4.3 menunjukkan nilai bagi setiap komponen somatotaip dan kumpulan somatotaip mengikut kumpulan posisi iaitu pemain penyerang, tengah dan pertahanan. Rating bagi setiap kumpulan posisi adalah sama iaitu 3-6-1 dan secara keseluruhannya keputusan menunjukkan bahawa tiada perbezaan kumpulan somatotaip di antara pemain penyerang, tengah dan pertahanan.

23 iv

Rajah 4.2 : Carta Somatotaip mengikut kumpulan posisi.

(X=-2, Y=8), N=7

Rajah 4.2: Carta somatotaip berdasarkan kumpulan posisi pemain Berdasarkan carta somatotaip di atas, koordinat X dan Y masing-masing berada pada nilai -2 dan 8. Ini menunjukkan bahawa bilangan subjek N=7 yang berada dalam tiga kumpulan posisi yang berbeza iaitu penyerang (N=2), tengah (N=3) dan pertahanan (N=2) mempunyai rating yang sama. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan kumpulan somatotaip di antara ketiga-tiga kumpulan posisi tersebut.

v 24

4.3

Ujian Ketangkasan

12.4 12.2 12 MASA (SAAT) 11.8 11.6

12.32

11.84 11.69 11.75 11.71 11.38 11.69

11.4 11.2 11 10.8 GS GA WA C POSISI WD GD GK

Rajah 4.3: Skor ujian ketangkasan (individu) Rajah 4.3 menunjukkan skor ujian ketangkasan yang dilakukan mengikut individu (posisi). Skor diambil berdasarkan catatan masa terbaik daripada tiga kali percubaan. Pemain C menunjukkan tahap ketangkasan yang baik dengan catatan masa terpantas 11.38 saat. Catatan masa yang paling tinggi pula dilakukan oleh pemain GS dengan masa 12.32 saat. Secara keseluruhannya, hanya seorang subjek mempunyai tahap ketangkasan yang baik manakala 6 lagi subjek berada pada tahap sederhana.

vi 25

13.00 12.01 12.50 11.61 MASA (SAAT) 12.00 11.50 11.00 10.50 10.00 9.50 PENYERANG TENGAH KUMPULAN POSISI PERTAHANAN 11.77

Rajah 4.4: Skor ujian ketangkasan (kumpulan posisi) Skor ujian ketangkasan subjek mengikut kumpulan posisi pemain iaitu penyerang, tengah dan pertahanan ditunjukkan pada Rajah 4.4. Berdasarkan rajah tersebut, kumpulan posisi pemain tengah mempunyai tahap ketangkasan yang paling tinggi dengan purata catatan masa 11.61 saat, diikuti oleh kumpulan posisi pemain pertahanan dengan purata masa 11.77 saat. Kumpulan posisi pemain penyerang pula mempunyai tahap ketangkasan yang kurang berbanding dua kumpulan yang tersebut dengan catatan masa 12.01 saat. yang sama iaitu pada tahap sederhana. Walaubagaimanapun, berdasarkan gred yang ditentukan, ketiga-tiga kumpulan posisi pemain tersebut mempunyai gred ketangkasan

26 vii 4.4 Analisis Inferensi Data yang telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan ujian ANOVA sehala bagi melihat sama ada terdapat perbezaan skor min ujian ketangkasan yang signifikan antara kumpulan posisi pemain iaitu penyerang, tengah dan pertahanan. Nilai signifikan untuk menguji hipotesis kajian ditetapkan pada aras signifikan 0.05.

Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p<0.05, F (2,6) = 5.66, P = 0.68. Perbandingan post hoc menggunakan ujian Turkey tidak menunjukkan sebarang perbezaan skor min ujian ketangkasan yang signifikan di antara pemain penyerang, (M = 11.07, SD = 0.04), pemain tengah (M = 10.51, SD = 0.25) dan pemain pertahanan (M = 10.70, SD = 0.08).

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Perbincangan

5.1.1

Data Deskriptif Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati bahawa purata umur subjek adalah

21.86 0.35 tahun, berat 60.99 2. 88 kg dan tinggi 170 4.68 cm. Berdasarkan dapatan kajian lepas, min tinggi bagi atlet elit bola jaring adalah 172.9 cm dan berat 64.6 kg (Bale dan Hunt, 1986). Ini menunjukkan bahawa min bagi tinggi dan berat subjek yang dikaji adalah kurang berbanding min tinggi dan berat dapatan kajian yang lepas.

5.1.2

Somatotaip Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kesemua subjek berada

dalam kumpulan somatotaip mesomorphic predominance iaitu seseorang yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang berotot besar dan tegap dengan bahagian dada yang luas, bahu yang lebar, berpinggul tebal dan garis pinggang yang agak lampai. Mereka juga mempunyai komposisi berat yang kurang berlemak dan berkebolehan yang sangat baik dari segi indeks kekuatan dan kuasa.

2836 Daripada dapatan kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan kategori somatotaip di antara kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan. Walaubagaimanapun, hasil kajian ini berbeza dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Withers et al. (1987), Bale dan Hunt (1986) dan Elliot dan Smith (1983) di mana hasil kajian mereka ke atas atlet elit bola jaring menunjukkan bahawa atlet tersebut berada dalam kumpulan somatotaip endomorphic predominance.

(3-6-1) X=-2, Y=8 (3.0-3.8-3.3) X=0.3, Y=1.3

(Withers, et al. 1987)

(a) Atlet bola jaring UTM

(b) Atlet bola jaring Australia

Rajah 5.1 : Perbandingan kumpulan somatotaip atlet bola jaring UTM dan pemain bola jaring Australia

Rajah 5.1 di atas menunjukkan perbezaan dapatan kajian yang dilakukan dengan kajian yang lepas. Rajah 5.1 (a) menunjukkan kategori somatotaip atlet bola jaring UTM manakala rajah 5.1 (b) menunjukkan kategori somatotaip atlet wanita Australia dan kedudukan atlet bola jaring adalah yang bertanda * dengan koordinat X dan Y

29 36 masing-masing 0.3 dan 1.3. Pada pandangan penulis, perbezaan ini wujud akibat Keadaan ini juga menyebabkan tahap

daripada perbezaan struktur fizikal atlet-atlet Malaysia umumnya dan atlet UTM khasnya dengan atlet-atlet antarabangsa. negara-negara Asia. pencapaian pasukan di negara-negara Eropah lebih cemerlang berbanding pasukan dari Pandangan penulis ini disokong berdasarkan sumber David Kendix (2007) di mana pasukan Australia menduduki tempat pertama dalam ranking dunia, diikuti oleh pasukan New Zealand di tempat kedua dan England di tempat ketiga manakala pasukan Malaysia pula hanya menduduki tangga ke-20.

5.1.2

Ujian Ketangkasan Analisis Ujian ANOVA sehala menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan

(p<0.05) bagi ketangkasan mengikut posisi penyerang, tengah dan pertahanan. Ini menunjukkan bahawa setiap atlet dalam ketiga-tiga kumpulan mempunyai tahap ketangkasan yang hampir sama iaitu pada tahap sederhana. Secara terperinci, didapati bahawa seramai 6 subjek yang dikaji mempunyai tahap ketangkasan yang sederhana dan hanya seorang subjek berada pada tahap baik. Memandangkan kajian berkenaan tahap ketangkasan atlet bola jaring kurang dijalankan, maka penyelidik tidak dapat membuat perbezaan tahap ketangkasan subjek yang dikaji dengan dapatan kajian yang lepas. Walaubagaimanapun, memandangkan sukan bola jaring mempunyai persamaan dengan sukan bola keranjang, kajian tentang bola keranjang boleh diambil kira sebagai rujukan (Bale dan Hunt 1991).

3036

5.2

Kesimpulan Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kumpulan

somatotaip antara kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan. Bagi ujian ketangkasan pula, hanya seorang subjek berada pada tahap baik manakala enam lagi subjek berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan hipotesis alternatif (Ha 1) ditolak. tahap ketangkasan yang signifikan antara kumpulan posisi pemain. Oleh yang demikian, hipotesis null (Ho 1) diterima dan

5.3

Cadangan

Setelah kajian dijalankan, penyelidik telah mengenalpasti beberapa cadangan yang dapat dilakukan untuk kepentingan pasukan yang dikaji serta untuk penambahbaikan penyelidikan berkaitan pada masa akan datang. Daripada hasil kajian yang dilakukan, penyelidik mencadangkan agar jurulatih meningkatkan lagi latihan dari segi ketangkasan memandangkan tahap ketangkasan majoriti para subjek berada pada tahap sederhana. Para atlet pula perlu menjalankan ujian kecergasan fizikal termasuklah ujian ketangkasan secara berkala bagi mengenalpasti sebarang peningkatan tahap kecergasan fizikal dan keberkesanan latihan yang dijalani.

31 36 Selain itu, kajian berkenaan somatotaip boleh dilakukan untuk digunakan sebagai proses mengenalpasti bakat (Talent Identification) seseorang individu. Setelah mengenlapasti kategori somatotaip seseorang individu, bolehlah di cadangkan sukan yang sesuai untuk beliau. Dalam sukan bola jaring khasnya, posisi pemain boleh ditentukan melalui ciri-ciri somatotaip pemain tersebut. Elliot et al. (1983) telah menjalankan satu kajian dan mendapati bahawa penjaring yang tinggi, kurang mesomorf dan mempunyai peratus lemak badan yang tinggi adalah lebih tepat jaringannya.

Bagi penambahbaikan penyelidikan akan datang, penyelidik mencadangkan agar kajian pada masa hadapan menggunakan jumlah subjek yang lebih ramai. Penglibatan subjek yang ramai akan menyebabkan dapatan kajian lebih tepat dan mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Penyelidik juga mencadangkan agar subjek yang dipilih terdiri daripada atlet amatur dan professional.

Selain itu, dari segi skop kajian, penyelidik mencadangkan agar diperluaskan kepada pengkajian tahap kecergasan fizikal yang lain seperti daya tahan kardiovaskular, kelenturan, kekuatan otot, kelajuan, kuasa dan lain-lain lagi.

36 32 RUJUKAN Allison, B. (1978) A practical application of specificity in netball training. Sports Coach 2:9-13. Azizi Y., Shahrin H., Jamaluddin R., Yusof B. dan Abdul Rahim H. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Baggalay, J (1982). Netball for School. Pelham Books Ltd. London, U.K Bale, P. (1981). Body composition and somatotype characteristics of sportswomen. In The Female Athlete, ed. J. Borms, M. Hebbelinck, and A. Venerando, pp. 157-167. S. Karger, Basel. Bale, P. dan Hunt, S. (1986). The physique, body composition and training variables of elite and good netball players in relation to playing position. Australian Journal of Science and Medicine in Sport 18: 16-19. Bale, P. (1991). Antropometric, Body Composition and Performance Variables of Young Elit Female Basketball Players. Journal of Sport Medicine and Physical Fitness. 31: 173 177. Carter, J.E.L. (1985). The Somatotypes of Olympic Athlete. 2th World Congress. The Journal of Sport Medicine and Physical Fitness 1998: Brasillia. Carter, J.E.L. (2002). The Heath-Carter Antropometric Somatotaip Instuctional Manual. Department of Exercise and Nutritional Sciences San
Diego State University.

36 33 Carter, J.E.L., Ackland, T.A., Kerr, D.A. dan Stapff, A.B. (2005). Somatotype and size of elite female basketball players. Journal of Sports Sciences, 23(10): 1057-1063. Elliot, B. dan Smith, J. (1983) The relationship of selected biomechanical and anthropometric measures to accuracy in netball shooting. Journal of Human Movement Studies 9:171-187. International Standards for Anthropometric Assessment (2001). The International Society for the Advancement of Kinanthropometry (ISAK) Jo'zef, D. Ph.D. (1996) Children & Sports Training, Island Pond, Vermont: Stadion Publishing Company, Inc. Nik Shanita dan & Hera, J.L.S. (1999). Status pemakanan di kalangan atlit elit bola jaring perempuan Sukan Komanwel 1998 semasa menjalani latihan pusat. Mal J Nutr 5:71-78. Procedure for conducting the T-Test Agility Test for athletes. Tarikh akses: 11 September 2008. http://www.topendsports.com/testing/tests/t-test.htm Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4. Kementerian Pendidikan Malaysia. Sheldon, W. (1940) The Varieties of Human Physique: An Introduction to Constitutional Psychology. New York: Harper. Sheppard, J. dan Young, W. (2006) Agility literature review: Classifications, training and testing. Journal of Sports Sciences, 24 (9):919-932

34 36 Singh, B.S dan Sheikh Kamaruddin, S.A (1987). Buku Sumber Kecergasan Fizikal. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia. Steele, J. dan Chad, K. (1992). An analysis of the movement patterns of netball players during match play: Implications for designing training programs. Sports Coach 15:21-28. Telford R., Tumilty D. dan Damm G. (1984). Skinfold measurements in wellperformed Australian athletes. Sports Science Medicine Q; 1: 13-16. Teng B. T. (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Thorland, W.G., Johnson, G.O., Fagot, T.G., Tharp, G.D. and Hammer, R.W. (1981). Body composition and somatotype characteristics of junior Olympic athletes. Medicine and Science in Sports and Exercise, 13, 5,332-338. Young, W. dan Farrow, D. (2006) Strength and Conditioning Journal. Lawrence 28 (5): 24. Willgoose, C.E. (1961). Evaluation in Health, Education, and Physical Education. McGraw-Hill, New York. Withers, R.T., Whittingham, N.O., Norton, K.I. and Dutton, M. (1987). Somatotypes of South Australian female games players. Human Biology, 59, 575-587.

35 36 LAMPIRAN A Prosedur Pengukuran Somatotaip Kaedah Heath-Carter PERKARA Objektif KETERANGAN Menentukan somatotaip subjek berdasarkan ketiga-tiga komponen iaitu Endomorf, Mesomorf dan Ektomorf serta membuat pengkelasan somototaip subjek Kesahan Alatan Kesahan lahir Pita, Penimbang Tinggi, Berat, Kaliper lipatan kulit dan kaliper lipatan tulang Kaedah 1. Pastikan bahagian yang hendak diukur. 2. Cubitkan lipatan kulit yang hendak diukur dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. 3. Kaliper diketipkan pada lipatan lebih kurang 1cm dari kedudukan tangan. 4. Bacaan diambil dalam masa 4 saat bila tekanan dikenakan pada bahagian yang hendak diukur dengan kaliper dalam posisi mengambil bacaan. Dengan ini dapat mengurangkan ralat disebabkan oleh parallax dapat diendahkan. 5. Bacaan direkodkan pada 0.1 mm yang terdekat. 6. Semua bacaan diambil pada sebelah sisi kanan semasa subjek berdiri. 7. Bacaan diambil mengikut susunan dan dalam skor yang disediakan. 8. Proses 1-7 harus diulangi sebanyak 5 kali. Purata kelima-lima ukuran akan diambil.

36 Lokasi dan teknik pengukuran 1. Triseps Tangan harus dibiarkan di sisi badan dalam keadaaan kendur dan rehat. Lipatan kulit diukur pada belakang di pertengahan jarak antara proses akromiom dan proses olekranon. Had jarak antara proses akromion dan proses olekranon. Bacaan diambil diambil 1cm di atas lipatan dan selari dengan paksi memanjang lengan.

2. Subskapular Lipatan diukur melintang pada bahagian sudut inferior skapula kanan. Bacaan diambil 1cm di bawah tempat cubitan. Ralat pengukuran adalah dari 0.88 mm kepada 1.16 mm (Willmore & Behnke, 1969)

3. Suprailiak Lipatan di atas pelvik kanan (illiac crest) di garisan pertengahan axillary akan diukur. Subjek berdiri dengan kedua-dua kaki dirapatkan. Tangan akan dibiarkan rehat di sisi badan dan dijauhkan sedikit. Lipatan diukur melintang mengikut garisan matural illiac crest. Bacaan diambil 1cm di bawah tempat cubitan.

4. Betis Subjek berada dalam keadaan duduk di atas bangku semasa ukuran lipatan kulit betis diambil. Bahagian yang diambil adalah bahagian lilitan betis yang paling besar.

36 37 LAMPIRAN B Prosedur Pengukuran Berat Badan Dan Ketinggian PERKARA Objektif Kesahan Kebolehpercayaan Alatan Prosedur KETERANGAN 1. Untuk mengukur ketinggian dan berat badan subjek. Kesahan lahir r = 0.97 Health Scale Measurement 1. 2. Subjek berdiri di atas platform tanpa alas kaki. Kepala subjek berada dalam keadaan tegak dan memandang ke hadapan. 3. Penguji akan mengukur ketinggian dan berat badan subjek.

38 36 LAMPIRAN C Prosedur Ujian Ketangkasan (Ujian-T) PERKARA Tujuan KETERANGAN Untuk menguji tahap ketangkasan atlit yang merangkumi larian ke hadapan, sisi dan belakang. Alatan Rajah Pita ukur, kon, jam randik dan pita penanda

5 meter

5 meter

10 meter

Mula/tamat

Prosedur

1. 4 kon disusun seperti gambar rajah di atas. 2. Subjek akan memulakan larian pada kon A. 3. Apabila mendapat arahan daripada penguji (melalui bunyi wisel), subjek perlu lari pecut ke kon B dan menyentuh kon dengan menggunakan tangan kanan. Masa akan mula diambil serentak dengan

36 39 bunyi wisel. 4. Kemudian, subjek perlu berlari sisi ke kon C dan menyentuh kon tersebut dengan menggunakan tangan kiri. 5. Seterusnya, subjek berlari sisi ke kon D dan menyentuh kon tersebut dengan menggunakan tangan kanan. 6. Subjek berlari secara undur ke kon B dan menyentuh kon tersebut dengan tangan kiri seterusnya mengakhiri larian ke kon A. 7. Masa akan ditamatkan apabila subjek melepasi kon A Kiraan skor Percubaan tidak akan dikira sekiranya: 1. Semasa membuat larian sisi, subjek menyilangkan kaki. 2. Subjek gagal menyentuh kon. 3. Subjek tidak memandang ke hadapan sepanjang melakukan larian. Tiga kali percubaan diberi kepada setiap subjek dan masa terbaik akan dikira sebagai skor. Gred

Lelaki (saat)
Cemerlang Baik Sederhana Lemah < 9.5 9.5 to 10.5 10.5 to 11.5 > 11.5

Wanita (saat)
< 10.5 10.5 to 11.5 11.5 to 12.5 > 12.5

40 36 LAMPIRAN D Borang Pengukuran Antropometrik

Penguji Projek Tarikh

: Rusedawatty Osman : Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Pemain Bola Jaring UTM : _______________

Biodata Subjek Nama : _____________________________________ Umur : _____________________________________ Posisi : _____________________________________

Data Tinggi dan Berat

Ketinggian (cm/ inci) Berat Badan (kg/ paun) Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Bacaan Lipatan Kulit (milimeter)

Lokasi Trisep Subskapular Suprailiak Betis

Purata

36 41 Bacaan Perimeter Otot (cm)

Lokasi Bisep Betis

Purata

Bacaan Diameter Tulang (cm) Lokasi Humerus (siku) Femur (lutut) 1 2 3 4 5 Purata

36 42

LAMPIRAN E Borang Skor Ujian Ketangkasan (Ujian-T)

Penguji Projek Tarikh

: Rusedawatty Osman : Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Pemain Bola Jaring UTM : .................................

Biodata Subjek Nama Umur Posisi : ............................................................ : ............................................................ : ............................................................

Skor ujian Bilangan Percubaan 1 2 3 Masa (saat) Catatan

MASA TERBAIK GRED

: ........................Saat : Cemerlang Baik Sederhana Lemah

36 43

LAMPIRAN F SURAT PERLANTIKAN SUBJEK

Rusedawatty binti Osman 4 SPS, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor. ____________________________________________________________________ Kepada, .. .. .. Saudari, PERLANTIKAN SEBAGAI SUBJEK PROJEK SARJANA MUDA (PSM) Merujuk perkara di atas, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saudaria telah terpilih sebagai subjek bagi kajian PSM saya yang bertajuk Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Atlet Bola Jaring UTM. 2. Satu sesi taklimat bagi memberi penerangan tentang prosedur kajian dan perkaraperkara yang perlu dilakukan oleh subjek akan diadakan seperti berikut: Tarikh Hari Masa Tempat : 4 Januari 2008 : Isnin : 5.00 petang : Dewan Sebaguna Kolej Tun Fatimah, UTM.

Januari 2008

3. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak saudari saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, (RUSEDAWATTY BINTI OSMAN)

36 44 LAMPIRAN G SURAT PERJANJIAN

SURAT PERJANJIAN Nama No. KP No. Matrik : :.. :..

Saya seperti nama dan no .kad pengenalan seperti di atas, dengan ini akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan ke atas diri saya sepanjang menjalani ujian ini. Saya juga tidak akan mengambil sebarang tindakan mahkamah dan tatatertib terhadap pihak penyelidik di atas kecelakaan dan kecederaan yang dialami oleh diri saya sepanjang tempoh ujian dijalankan. Saya juga akan mematuhi segala arahan, peraturan dan langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh penyelidik semasa ujian ini dijalankan. Saya mengaku bahawa segalanya adalah benar dan dipersetujui tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak. Segala maklumat dan juga data peribadi yang diambil tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak kecuali dalam bentuk data bernombor. Sekian, terima kasih. Yang benar, . ( )

36

LAMPIRAN H KEPUTUSAN ANALISIS UJIAN KETANGKASAN

Descriptives MASA Std. Deviation .03536 .25106 .08485 .29302 Std. Error .02500 .14495 .06000 .11075 95% Confidence Interval for Mean Lower Upper Bound Bound 10.7473 11.3827 9.8897 9.8676 10.4333 11.1370 11.3924 10.9753

N PENYERANG TENGAH PERTAHANAN Total 2 3 2 7

Mean 11.0650 10.5133 10.6300 10.7043

Minimum 11.04 10.25 10.57 10.25

Maximum 11.09 10.75 10.69 11.09

Test of Homogeneity of Variances MASA Levene Statistic 1.879 df1 2 df2 4 Sig. .266

45

36

ANOVA MASA Sum of Squares .381 .135 .515

df 2 4 6

Between Groups Within Groups Total

Mean Square .190 .034

F 5.660

Sig. .068

46

36

Multiple Comparisons Dependent Variable: MASA Tukey HSD

Mean Difference (I-J) (I) POSISI PENYERANG TENGAH PERTAHANAN (J) POSISI TENGAH PERTAHANAN PENYERANG PERTAHANAN PENYERANG TENGAH .5517 .4350 -.5517 -.1167 -.4350 .1167

Std. Error .16740 .18338 .16740 .16740 .18338 .16740

Sig. .063 .155 .063 .778 .155 .778

95% Confidence Interval Lower Bound -.0450 -.2186 -1.1483 -.7133 -1.0886 -.4800 Upper Bound 1.1483 1.0886 .0450 .4800 .2186 .7133

47

Homogeneous Subsets MASA a,b Tukey HSD Subset for alpha = POSISI N .05 1 TENGAH PERTAHANAN PENYERANG Sig. 3 2 2 10.5133 10.6300 11.0650 .070

Means for groups in homogeneous subsets are displayed. a) Uses Harmonic Mean Sample Size = 2.250. b) The group sizes are unequal. The harmonic mean of the group sizes is used. Type I error levels are not guaranteed.

48

You might also like