You are on page 1of 3

NUTP dedah salah laku guru wanita

2011/03/02 - 05:01:45 AM Oleh Syuhada Choo AbdullahCetakEmel Kawan

Ibu bapa buat laporan anak lelaki sering diusik dalam kelas KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan ada guru wanita didakwa mengusik pelajar lelaki, terutama yang dikatakan memiliki paras rupa atau penampilan menarik di sekolah menengah. Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbuatan guru wanita sedemikian didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit sehingga ada yang membuat aduan kepada NUTP.

Setakat ini, ada tiga ibu bapa menghubungi NUTP mengadu guru wanita mengambil kesempatan terhadap anak lelaki mereka di sekolah. Satu daripada aduan membabitkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat mendakwa pipinya selalu dicubit-cubit manja oleh seorang guru wanita di kelas kerana meminati rupa parasnya yang menarik, bukan kerana hukuman disiplin. Perbuatan itu bukan saja menyebabkan pelajar terbabit sering berasa segan dan serba-salah, malah menjadi bahan ejekan atau gurauan rakan sekelas terhadapnya, katanya ketika dihubungi semalam. Kes guru didakwa mencabul kehormatan atau merogol pelajar di sekolah menjadi tajuk berita sejak kebelakangan ini, termasuk kelmarin, akhbar melaporkan 11 pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Ampang di sini, mengadu dicabul guru disiplin ketika merotan mereka kerana tidak hadir perhimpunan, Jumaat lalu. Guru lelaki itu didakwa meletakkan tangannya pada dada pelajar terbabit kononnya bagi merasai denyutan jantung sebelum merotan punggung mereka. Namun, jarang dilaporkan mengenai kes guru wanita yang terbabit dalam salah laku membabitkan pelajar lelaki. Hashim berkata, dakwaan membabitkan kedua-dua guru lelaki mahupun wanita harus dibendung bagi mengelakkan masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadap integriti dan kredibiliti pendidik di sekolah. Justeru, katanya, semua guru mesti bersikap profesional ketika menjalankan tugas, termasuk ketika mengambil tindakan berbentuk fizikal terhadap pelajar. Disarankan guru lelaki atau wanita yang dikesan mahupun didapati ada tanda atau kecenderungan melakukan usikan tidak wajar terhadap pelajar berlainan jantina, ditukarkan untuk bertugas di sekolah lelaki atau perempuan sepenuhnya, katanya.

Penilaian/huraian Isu Etika Guru Berdasarkan kepada artikel di atas, saya telah menjumpai satu isi yang berkaitan dengan kesantunan guru iaitu gangguan seksual. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) menyatakan kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Maka, menjadi kewajipan seorang guru untuk menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan baik. Konsep Gangguan Seksual Kementerian Sumber Manusia (1999) telah mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis utama iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara bukan lisan, gangguan secara fizikal, gangguan secara visual dan gangguan secara psikologi. Gangguan secara lisan dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut untuk

berurusan. Terdapat juga gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut. Kod Etika Yang Berkaitan Kod etika yang terlibat dengan kes ini ialah seorang guru tidak harus berkelakuan tidak senonoh sehingga boleh mencemarkan sifar profesionalnya dan menyebabkan kehilangan kepercayaan orang ramai. Selain itu, guru tidak boleh mementingkan diri sendiri tetapi perlu lebih mengutamakan kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Ia akan membantu mengelakkan guru terjebak dengan isu yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan. Guru juga perlu bertanggungjawab terhadap anak muridnya. Guru juga perlu berpegang teguh kepada prinsip kesetiaan. Ketika bertugas, perkara lain harus diketepikan terlebih dahulu dan memberikan fokus sepenuhnya kepada murid. Guru tidak boleh berkelakuan tidak senonoh sehingga mencemarkan profesionnya.

Faktor Penyebab Berlakunya Isu Antara sebab berlakunya masalah kesantunan dalam kalangan guru ialah faktor peribadi guru itu sendiri, pengaruh media massa, menghadapi masalah keluarga dan kurang memahami etika keguruan. Implikasi Kesan daripada perlakuan guru ini akan memberi kesan yang mendalam kepada muridnya. Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada emosi, impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan sosial dan impak kepada tekanan kerjaya. Menurut American Psychological Association (1999) melaporkan ramai mangsa mengalami tekanan berat selepas menerima gangguan seksual. Murid yang mengalami

gangguan seksual akan mengubah corak hidup mereka kepada pendiam dan jarang bergurau. Ia turut akan memberi kesan ke atas produktiviti dan ekonomi negara. Hubungan guru murid juga akan menjadi renggang kerana timbul perasaan takut dalam diri murid untuk belajar dengan guru yang terbabit. Perbuatan guru tersebut akan menyebabkan mereka tidak diterima masyarakat kerana dipandang serong seterusnya menyebabkan masyarakat turut memandang rendah terhadap profesion perguruan sebagai satu profesion yang tidak mulia. Cara Mengatasi Justeu itu, kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan pndisikan seks supaya dapat menyedarkan masyarakat terutamanya guru-guru dalam menangani tingkah laku negatif ini. Kursus, ceramah atau bengkel perlu dilaksanakan bagi meningkatkan nilai-nilai serta tingkah laku yag teratur dan bertanggungjawab. Selai itu, disediakan khidmat kaunseling bagi mereka yang mengalami gangguan seksual. Kuatkan undang-undang juga perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Kesimpulan Oleh itu, seorang guru haruslah mempunyai sahsaiah yang baik dan dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid. Ini kerana guru adalah orang yag selalu mendapat perhatian walau di mana mereka berada.

You might also like