You are on page 1of 1

Jenis Pergerakan Kamera 1.

Panning : - proses menggerakkan kamera ke kiri @ kanan secara horizontal (kedudukan kamera kekal hanya arah rakaman bertukar) - Pan kiri rakaman ke arah kiri - Pan kanan rakaman ke arah kanan - Teknik sesuai untuk bagi merakamkan keadaan persekitaran @ memperlihatkan satu pemandangan yang luas 2. Tracking atau Trucking (Truck Along): - Pergerakan kamera mengikuti pergerakan subjek yang ingin dirakam. - Digunakan untuk pengambaran di luar / dalam studio. Contoh: merakam seseorang yang sedang memandu kereta, menunggang kuda - Teknik pengambaran paling sukar kerana kamera dipegang tanpa tripod. - Profesional akan menggunakan landasan/reel (tak bergegar) 3. Dolly : Pergeraka kamera menjauhi atau mendekati subjek yang dirakam. Dolly in / Track in pergerakan kamera ke arah hadapan mendekati subjek yang dirakam. Dolly Out / Track out pergerakan kamera ke arah belakang menjauhi subjek yang dirakam.

4. Tilt : Proses menggerakkan keseluruhan kamera ke arah atas / bawah secara vertikal tanpa melibatkan pergerakan secara horizontal. Tilt up menggerakkan kamera ke atas. Tilt down menggerakkan kamera ke bawah Contoh: memperlihatkan keadaan suatu bangunan yang tinggi. Paparan awal menunjukkan keadaan bangunan pada aras mata sebelum sedikit demi sedikit menunjukkan keseluruhan hingga ke puncak. Contoh lain: memperlihatkan sesuatu berkuasa atau gagah, rakaman bermula pada pinggang den perlahan ke atas menunjukkan wajah empunya pinggang yang dirakam.

5. Zoom : 6. Crank : Zoom in penggunaan kemudahan zoom pada kamera bagi mendapatkan kesan seolah subjek semakin dekat / besar pada paparan skrin. Zoom out penggunaan kemudahan zoom pada kamera bagi mendapatkan kesan seolah subjek semakin jauh / kecil. Hanya lensa bergerak bukan kamera.

You might also like