You are on page 1of 1

Tajuk : Bahaya Nyamuk Nyamuk Aedes merupakan nyamuk yang berbahaya.

Kitaran hidup nyamuk bermula daripada peringkat telur, jentik-jentik, kepompong dan bertukar kepada nyamuk dewasa. Nyamuk Aedes hanya mengambil masa seminggu sahaja untuk membesar. Nyamuk Aedes boleh membiak di dalam rumah atau di luar rumah. Selalunya nyamuk akan membiak di dalam kolam mandi dan takungan air. Di samping itu, nyamuk juga membiak di dalam botol dan tayar yang bertakung air, di pinggan pelapik pasu bunga dan longkang yang tersumbat. Tambahan pula, Aedes merupakan sejenis nyamuk yang membawa virus denggi. Antara tanda-tanda seseorang itu telah dijangkiti seranggan denggi ialah mengalami deman kuat yang mengejut dan berlarutan, terasa sakit-sakit tulang, otot dan sendi, biji mata menjadi sakit dan pendarahan pada kulit. Seseorang yang tiada vaksin dalam badan akan mudah diserang penyakit demam denggi ini. Namun begitu, kita boleh mencegah nyamuk Aedes daripada terus membiak. Kita seharusnya membuang air dan mencuci pinggan pelapik pasu, sekurangkurangnya tiga kali seminggu. Kita juga perlu menutup tadahan air dengan rapi atau memasukkan ubat jentik-jentik ke dalam takungan air mengikut kuantiti yang dibenarkan. Selain itu, kita juga harus membaiki paip yang bocor agar air tidak bertakung dan menghalang pembiakan nyamuk. Tayar yang buruk dan tidak digunakan harus ditanam. Oleh sebab itu, kita haruslah menjaga kebersihan. Contohnya mengadakan gotong-royong atau mengadakan kempen untuk mencegah pembiakan nyamuk. Kita juga haruslah meluangkan masa pada hujung minggu untuk membersihkan halaman dan kawasan rumah. Kita semua haruslah mempunyai sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri dan kebersihan kawasan rumah kita.

You might also like