You are on page 1of 21

KERTAS CADANGAN TESIS

TAJUK: Perkembangan Ekonomi Orang Melayu Kelantan Selepas Merdeka (1959 2009)

Nama: ROSMINA BT AWANG No. Matrik: S-OM0003/09(R)

PENDAHULUAN Latar Belakang Kajian Negeri Kelantan Darul Naim terletak di timur laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan dengan 4 wilayah iaitu Thailand

(Pattani) di timur laut, Perak (Hulu Perak) di barat, Pahang (Kuala Lipis) di selatan dan Terengganu (Besut) di timur/tenggara.1 Di timur Kelantan ialah Laut Cina Selatan. Keluasan negeri Kelantan ialah 14,931 kilometer persegi.2 Ia meliputi 4.4% daripada keluasan Malaysia.

Nama negeri Kelantan berasal dari gelam hutan atau Melaleuca Leucadendron iaitu sejenis pokok gelam yang tumbuh di sekitar pantai negeri itu. Negeri Kelantan dianggap sebagai sebuah negeri tertua di Semenanjung Tanah Melayu. Kelantan dikatakan telah didiami oleh manusia 2,000 atau 3,000 tahun Sebelum Masihi, hasil kajian yang diketuai oleh Dr G. de G Sieveking di Gua Cha pada tahun 1953.3

Negeri Kelantan mempunyai ciri-ciri budayanya yang tersendiri, terkenal


1

Hassan Harun, 1999, KELANTAN Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan, Kuala Lumpur, DD Mediaconsult Sdn. Bhd, hlm. 16 2 Mohd Roselan Abd. Malek,1993, Salasilah Nama Tempat Negeri Kelantan Darul Naim, Petaling Jaya, Penerbit Prisma Sdn. Bhd, hlm 1 3 Zetimimi Zakaria, 1990, Warisan Kelantan XI (Kelantan Sebelum Persekutuan Tanah Melayu), Kota Bharu, hlm. 27.

sebagai lubuk budaya, pusat pengajian dan pemancaran Islam serta pusat tradisi intelektualisme yang kukuh. Negeri Kelantan merupakan negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung. Terdapat banyak gelaran untuk Kelantan seperti Tanah Rendah Sekebun Bunga, Negeri Serambi Mekah, Negeri Che Siti Wan Kembang. Negeri Kelantan mempunyai 10 jajahan yang dibahagikan kepada beberapa daerah. Daerah pula dibahagikan kepada mukim. Struktur pentadbiran yang demikian ini berbeza daripada struktur pentadbiran negeri-negeri lain di Malaysia yang terbahagi kepada daerah-daerah dan mukim-mukim. Jajahanjajahan di Kelantan ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Bachok, Machang, Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai, Ulu Kelantan dan Gua Musang.4

Ibu negeri Kelantan ialah Kota Bharu.

Bandar ini mempunyai

keistimewaan yang tersendiri. Di Bandar ini beca roda tiga yang dikenali sebagai teksi sangat popular sebgai kenderaan jarak dekat. Terdapat tempat-tempat

menarik untuk dilawati di bandar ini serta di kawasan sekelilingnya. Antaranya ialah Pasar besar Siti Khadijah, Istana Balai Besar, Istana Jahar yang merupakan Muzium Negeri sekarang, Nilam Puri, Gelanggang Seni, Pengkalan Kubor, Rantau Panjang dan lain-lain lagi.

Penduduk negeri Kelantan Darul Naim pada tahun 1998 berjumlah 1,484,000 orang, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.5%. Majoriti
4

Salasilh Nama Tempat Negeri Kelantan Darul Naim, hlm. 2

pendududuk adalah bangsa Melayu. Orang Melayu merupakan penduduk terbesar di negeri Kelantan, diikuti oleh Cina, India, Siam dan lain-lain bangsa. Bangsa Melayu mewakili 94.1% penduduk Kelantan, diikuti dengan Cina 4.%, India 0.5% dan lain-lain bangsa 0.8%.5 Negeri Kelantan dari dahulu hingga kini sumber ekonominya banyak bergantung pada hasil pertanian, perikanan dan juga perusahaan. Negeri Kelantan merupakan negeri pertanian. Orang Melayu di Kelantan banyak melibatkan diri dalam bidang pertanian dan tinggal di kampung-kampung atau pun pinggir bandar.

Melihat kepada taburan pekerjaan mengikut sektor ekonomi pada tahun 2000, sebanyak 27.3% adalah merupakan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan, 22.8% pula adalah sektor perkhidmatan masyarakat, sosial dan persendirian, manakala 11.7% dari sektor pembuatan. Tiga sektor ini menyumbangkan sebanyak 61.8% daripada jumlah pekerjaan di Kelantan.6

Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Kelantan ini menunjukkan bahawa negeri Kelantan merupakan negeri yang sebahagian besar aktiviti ekonominya adalah mempunyai kaitan rapat dengan sektor pertanian.

5 6

KELANTAN Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan, hlm.21 Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, 2005, Laporan Ekonomi Negeri Kelantan 2004-2005, Kota Bharu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), hlm. 5.

SKOP KAJIAN Di dalam tesis ini kajian dibuat tentang pengenalan mengenai sejarah dan pemerintah awal negeri Kelantan dengan memberi tumpuan kepada kedudukan geografi, politik awalnya, serta kedudukan ekonomi orang Melayu di Kelantan selepas merdeka khususnya sekitar tahun yang dikaji iaitu 1959 sehingga tahun 2009. Seterusnya kajian dibuat mengenai peranan kerajaan-kerajaan yang memerintah negeri Kelantan. Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yang unik kerana telah diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional, Pas, dan Kerajaan Campuran. Kajian ini akan meninjau peranan-peranan kerajaan tersebut dalam meningkatkan ekonomi orang Melayu Kelantan dalam tahun 1959-2009. Kajian akan dibuat secara lebih terperinci mengikut pemerintahan kerajaan yang terlibat seperti tahun 1959-1974 kerajaan Pas yang diterajui oleh Ishak Lotfi Bin Omar sehingga tahun 1964 dan Dato Mohamad Asri Bin Muda dari tahun 1964 sehingga tahun 1973 sebagai Menteri Besar. Pada tahun 1974-1976 Kerajaan Campuran ( Pas dan Barisan Nasional) tetapi menteri Besarnya daripada parti Pas iaitu Mohamad Bin Nasir yang memerintah sehingga tahun 1978 di bawah lambang parti Pas pula. Pada tahun 1978-1990 kerajaan Barisan Nasional yang memerintah dan melantik Tan Sri Mohamad Bin Yaakub sebagai Menteri Besar. Tahun 1990-2009 pemerintahan kerajaan Pas kembali bertapak di Kelantan

dengan Menteri Besarnya Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Pemilihan

bermula dengan tahun 1959 adalah untuk meninjau pemerintahan kerajaan Kelantan selepas merdeka daripada kerajaan yang dipilih oleh rakyat Kelantan melalui pilihanraya 1959. Kajian juga dibuat sehingga tahun 2009 untuk melihat arus perubahan kerajaan Kelantan daripada sistem pemerintahan yang berbeza dalam jangka masa 50 tahun.

Selain itu, pengkaji juga turut mengkaji peranan KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) dalam meningkatkan ekonomi orang Melayu Kelantan. KESEDAR ditubuhkan pada 2 Mac 1978 oleh Tun Hussin Onn di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah Kelantan. Motto KESEDAR ialah Memacu Selatan ke Arah Kelantan Terbilang. Penubuhan KESEDAR adalah untuk mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Utara di bahagian bandar dengan Kelantan Selatan yang terdiri daripada Gua Musang , Kuala Krai dan Tanah Merah.

Penubuhan KESEDAR juga adalah bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Kelantan yang berpendapatan rendah. KESEDAR juga berfungsi untuk memaju, menggalak dan membantu serta mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Kelantan Selatan. Ia juga untuk menaik taraf tempat tinggal, pertanian, perusahaan, dan perdagangan dalam kawasan Kelantan Selatan. KESEDAR juga bertindak

mengawal dan menyelaras kegiatan-kegiatan tersebut di kawasan Kelantan Selatan.

Ibu pejabat KESEDAR telah dipindahkan dari Kota Bharu ke Gua Musang setelah bangunan baru KESEDAR di Gua Musang siap pada 30 Ogos 1986 dengan kos RM 8.014 juta KESEDAR telah menubuhkan Skim Pinjaman Tabung Ekonomi Peneroka/Penduduk (TEKP) kepada penduduk Kelantan Selatan bagi menggalakkan mereka melibatkan diri dalam Industri Kecil Luar Bandar. KESEDAR telah bekerjasama dengan Bank Pertanian pada tahun 1985 dengan memperkenalkan Skim bantuan Pinjaman Industri Luar Bandar (ILB) dan Skim Bantuan Pinjaman Ekonomi Sampingan (ES)

Skim ILB adalah untuk pembiayaan mesin dan kelengkapan untuk menjalankan projek industri luar bandar. Pemohon yang berkelayakan akan

mendapat pinjaman dari RM 5,000 sehingga RM 20,000. Manakala skim ES pula untuk membiayai projek-projek pertanian jangka pendek termasuk ternakan. Pemohon yang layak akan mendapat pinjaman RM 10,000 sehingga RM 50,000.

Bagi meningkatkan ekonomi masyarakat Kelantan Selatan, KESEDAR juga menyediakan pelbagai kursus seperti kursus pemasaran, pembungkusan, pembuatan,pengurusan kewangan dan lain-lain. KESEDAR juga menganjurkan ekspo dan menggalakkan penyertaan masyarakat Kelantan menceburinya bagi memasarkan produk-produk yang dihasilkan. Usaha-usaha

yang dilakukan oleh FELDA telah member banyak manfaat dan seterusnya meningkatkan ekonomi orang Melayu di Kelantan. Satu lagi kajian yang dibuat oleh pengkaji ialah mengenai MTEN iaitu Majlis Tindakan Ekonomi Negara (Kelantan). MTEN ditubuhkan pada 20 November 1997 rentetan daripada berlakunya krisis ekonomi yang melanda Negara pada Julai 1997. Penubuhan MTEN merupakan strategi untuk

mengelakkan Negara daripada terjebak ke arah kemelesetan ekonomi Negara atau menular kepada sektor sebenar ekonomi setelah mengalami kejatuhan nilai ringgit dan kemerosotan pasaran saham. Dalam hubungan ini , MTEN bertindak sebagai badan perunding kepada kerajaan bagi menangani isu semasa dan jangka sederhana bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Negara yang mapan.7

Pada 22 Januari 1998, MTEN Kelantan telah mengadakan mesyuarat dan meluluskan 3 cadangan iaitu 1. Kerajaan negeri memperuntukkan tanah untuk penanaman sayur-sayuran dan tanaman kontan yang baru serta tanaman makanan ternakan seperti jagung supaya dapat mengurangkan import barangan berkenaan. 2. Meningktkan usaha memelihra ikan secara besar-besaran untuk dieksport. 3. Memperketatkan syarat tukar milik tanah daripada pertanian kepada perumahan.

Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, 1998 , Laporan Mengenai Majlis Tindakan Ekonomi Negara Peringkat Negeri Kelantan (MTEN Kelantan),hlm1

Sebanyak 22 projek dirancang dalam tempoh 1998-2000 oleh MTEN Kelantan bagi memulihkan dan meningkatkan ekonomi rakyat Kelantan seperti: a) Pemulihan tanah sawah terbiar yang meliputi keluasan kawasan 8,154 hektar. b) Pembangunan pertanian komersial oleh sector swasta c) Integrasi lembu di kawsan ladang kelapa sawit. d) Taman teknologi pertanian. e) Pasar borong negeri Kelantan. f) Projek pasar tani harian. g) Projek buku hijau h) Projek rumah sembelihan ternakan lembu/kerbau. i) Kompleks pendaratn ikan di Tok Bali dan Pengkalan Petah. j) Pelaksanaan meluas projek-projek di bawh program satu produk satu jajahan. k) Pembangunan tanaman bergilir di kawasan jelapng tembakau. l) Projek ladang bersepadu sayur-sayuran/ bunga tanah tinggi di Lojing Gua Musang (Projek KESEDAR) m) Memperluaskan pelaksanaan projek ladang merdeka (pembangunan ladang padi bersepadu oleh KADA) n) Projek kawasan sayur berkelompok (zon) o) Projek PPRT bersepadu p) Desa Taqwa

q) Taman industri marin di Tok Bali (oleh PKINK) r) Pusat penetasan ikan ir tawar di Kuala Krai s) Projek ladang rakyat (ladang nucleus buah-buahan) projek PKINK t) Ternakan ikan dalam taliair dan sawah padi u) Pembangunan kawasan rezab ragutan lembu / kerbau dengan projek ternakan komersial oleh sektor swasta. v) Rancangan pengorekan Kuala Besar.8

Segala projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh MTEN Kelantan telah memberi manfaat kepada rakyat Kelantan. Secara tidak langsung MTEN Kelantan telah memainkan peranan untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu Kelantan.

Selain daripada itu pengkaji juga menyingkap peranan yang dimainkan oleh Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) dalam membantu rakyat Kelantan daripada terus dibelenggu kemiskinan. YKK telah

ditubuhkan pada 26 Mac 1992 di bawah Akta Perbadanan Amanah 1952. Penubuhannya berasaskan kepada inisiatif dan ilham YB Tan Seri Haji Anuar bin Haji Musa. Matlamat penubuhan YKK adalah untuk

meningkatkan kualiti hidup rakyat miskin di negeri Kelantan.

Terdapat 3 objektif penubuhan YKK iaitu:

Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, 1998, Laporan MTEN Kelantan. Hlm 10-11

10

1. Melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah pembasmian kemiskinan melalui program-program seperti sumbangan dermasiswa kepada pelajar-pelajar, bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar miskin di pusat-pusat pengajian tinggi dan bantuan-bantuan lain. 2. Melaksanakan program pembangunan sosio ekonomi sama ada secara persendirian ataupun bekerjasama dengan organisasi sektor swasta dan kerajaan. 3. Mengadakan program-program latihan bagi mempertingkatkan

kemahiran,pengetahuan serta mengubah cara berfikir kumpulan sasar,

Kumpulan sasar YKK ialah penduduk termiskin di negeri Kelantan tanpa mengambilkira pegangan politik. Jenis-jenis kumpulan sasar YKK ialah: i. Mereka yang miskin/termiskin yang tinggal di bandar dan luar bandar. ii. iii. iv. v. Peserta projek cili/asas tani. Anak yatim Ibu tunggal Anak peserta yang bersekolah darjah 6,tingkatan 3 dan tingkatan 5. vi. vii. Penganggur. Peniaga kecil (sektor ekonomi non-formal)9

Data yang diperolehi dari pejabat YKK

11

Kesimpulannya kajian

ini dibuat adalah untuk mengkaji

perkembangan ekonomi orang Melayu Kelantan sekitar tahun 1959 sehingga 2009. Kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana peningkatan ekonomi orang Melayu Kelantan selepas merdeka terutamanya di dalam sektor pertanian dan juga perniagaan.

TUJUAN KAJIAN Kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji perkembangan ekonomi orang Melayu Kelantan sekitar tahun 1959 sehingga tahun 2009. Kajian akan dibuat tentang taraf ekonomi orang Melayu di Kelantan sekitar tahun yang dikaji dalam jangkamasa 50 tahun untuk melihat perkembangan ekonomi masyarakat Melayu Kelantan melalui program-program yang telah dijalankan. Kajian memberi tumpuan kepada peranan yang dimainkan oleh KESEDAR bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu Kelantan termasuk objektif, matlamat dan program-program yang dijalankan bagi membantu rakyat miskin di Kelantan. Tujuan kajian ini dibuat juga untuk meninjau program-program yang dirancang oleh pihak MTEN Kelantan, adakah dapat membantu meningkatkan ekonomi orang Melayu. Sejauh manakah keberkesanan program yang dirancangkan dan kejayaan-kejayaan yang diperolehi daripada 22 program yang

12

telah disenaraikan.

Peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga dikaji untuk meninjau bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepda orang Melayu Kelantan dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi mereka. Pengkaji turut meninjau perkara yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah Kelantan untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu. Kajian dibuat sejak 1959 sehingga 1978 apabila PAS berjaya merebut Kelantan dalam pilihanraya 1959. Kajian juga turut meninjau sejauh mana keberkesanan pemerintahan kerajaan campuran Pas dan Barisan Nasional pada tahun 1974-1976. Kemudian tinjauan dibuat pula dari tahun 1978 sehingga tahun 1990 semasa kerajaan Barisan Nasional pula yang memerintah Kelantan. Kajian turut meninjau perkembangan ekonomi orang Melayu di Kelantan pada tahun 1990 apabila PAS berjaya sekali lagi merebut semula tampuk pemerintahan negeri Kelantan daripada kerajaan Barisan Nasional. Kajian dibuat sehingga tahun 2009 untuk mengkaji perkembangan ekonomi orang Melayu Kelantan dalam jangka masa 50 tahun. Satu lagi kajian yang dibuat oleh pengkaji ialah meninjau peranan yang dimainkan oleh YKK bagi membantu masyarakat MelayuKelantan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Kajian dibuat tetang tujuan, objektif, kumpulan sasar,serta keberkesanan peranan YKK itu sendiri.

13

PERMASALAHAN KAJIAN Perkembangan ekonomi orang Melayu di Kelantan dikatakan agak mundur berbanding dengan taraf ekonomi orang Melayu di negeri-negeri lain, khasnya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Walaupun pada hakikatnya taraf hidup masyarakat Melayu Kelantan lebih kurang sama dengan orang-orang Melayu di negeri lain, namun KDNK yang direkodkan hanyalah berdasarkan data-data yang ada dan direkodkan sahaja. Ketiadaan rekod pendapatan sebenar masyarakat Melayu Kelantan menyukarkan pengkaji mengetahui tahap ekonomi mereka.

TINJAUAN BACAAN Banyak buku, risalah, jurnal, keratan akhbar dan sebagainya yang menulis tentang negeri Kelantan. Bahan-bahan yang ditulis itu sama ada mengenai politik negeri Kelantan, kebudayaan, masyarakat dan sebagainya.

Pengkaji memilih beberapa buah buku sebagai sorotan kajian yang berkaitan dengan kajian tesis yang ditulis. Buku-buku yang dipilih ialah siri Warisan Kelantan I 27 yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, diselenggarakan oleh Dato Nik Mohamad bin Nik Mohamad Salleh dan beberapa orang penulis lain. Buku ini mula ditulis pada tahun 1982, dan setiap tahun sebuah buku dikeluarkan pada tahuntahun berikutnya.

14

Buku Warisan Kelantan ini mempunyai banyak edisi iaitu edisi 1 sehingga edisi 27. Buku-buku ini banyak membincangkan tentang negeri Kelantan pada awal penubuhannya, kerajaan-kerajaan awal negeri Kelantan, asal keturunan pemerintah Kelantan, kemasukan Islam di Kelantan, sistem pentadbiran, Kelantan sebagai pusat pengajian Islam, perjuangan orang Melayu di Kelantan menentang penjajah, ulamaulama di Kelantan. Kajian banyak dibuat pada tahun-tahun sebelum merdeka. Walau bagaimanapun penulisan selepas merdeka ada juga ditulis, walaupun tidak banyak.

Penulisan buku-buku keluaran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan ini banyak membantu penulis dalam menyediakan bahan kajian tesis. Sebagai seorang pengkaji sejarah, bacaan buku yang berkaitan dengan sejarah Kelantan sebelum dan juga selepas merdeka amat penting dalam mempengaruhi corak penulisan. Walaupun sumber yang diperolehi tidak membincangkan mengenai sejarah ekonomi Kelantan secara langsung.

Buku lain yang dikaji oleh penulis ialah History of Kelantan 1840 1940 yang ditulis oleh Shahril Talib, 1994. Buku ini diterbitkan oleh Academe Art & Printing Services Sdn.Bhd di Kuala Lumpur. Di dalam buku History of Kelantan 1890-1940, Shahril Talib membincangkan tentang sejarah ringkas negeri Kelantan, kerajaan-kerajaan tempatan, krisis dan persetujuan dalam kerajaan Kelantan, permulaan sistem penasihat di Kelantan bermula pada 1903-1909 melalui Perjanjian Bangkok. Shahril Taib juga sentuh tentang kesan pemerintahan dan penjajahan Kelantan. British kepada masyarakat Melayu di

15

Melalui buku ini pengkaji dapat pengetahuan tentang sejarah dan pentadbiran negeri Kelantan dari tahun 1890 sehingga 1940. Walaupun kajian tesis bermula selepas merdeka iaitu 1959 sehingga 2009, namun segala perbincangan dalam buku ini dapat memberi gambaran sebenar sebelum merdeka.

Buku ketiga yang dipilih oleh pengkaji ialah buku Kelantan, Religion, Society and Politics in a Malay State yang ditulis oleh William R.Roff cetakan tahun 1974 oleh Oxford Universiti Press. Buku ini memuatkan 12 rencana mengenai negeri Kelantan yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh 12 orang penulis. Walau bagaimanapun pengkaji hanya mengkaji beberapa rencana yang berkaitan sahaja. Di dalam buku ini memuatkan rencana, Nineteenth Century Kelantan: A Thai View yang ditulis oleh Davis K. Wyatt. Rencana ini mengenai Kelantan sekitar abad ke-19 dari kacamata Thailand. Rencana Kelantan in Transition:1891-1910 pula ialah tentang Kelantan dalam peralihan tahun 1891-1910 oleh Muhamad b. Nik Mohd Salleh. Ibrahim Nik Mahmood pula menulis rencana The To Janggut Rebellion of 1915 tentang pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915.

William R.Roff pula menulis The Origin and Early Years of the Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Roff menulis tentang penubuhan awal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu pada tahun 1915 dengan 12 ahli jwatankuasanya, peranan majlis, lokasi dan bangunan awal, jawatan-jawatan dalam majlis, sumber pendapatan dan sebagainya.

16

Rencana lain yang dimuatkan dalam buku ini ialah Theological Debates : Wan Musa Bin Haji Abdul Samad and His Family yang ditulis oleh Muhamad Salleh & Wan Musa (with Othman Kelantan). Rencana Social Stress and Social Structure in Kelantan Village Life ditulis oleh Dougls A Raybeck. Rencana Ethnicity, Centrality and Education in Pasir Mas pula ditulis oleh Manning Nash. Sementara rencana The Social Organization of Islam in Kelantan ditulis oleh Robert L. Winzeler.

Penulisan rencana-rencana yang terdapat di dalam buku Kelantan, Religion, Society and Politics in a Malay State yang ditulis oleh Roff, Kessler, Nik Mohd Salleh dan beberapa orang penulis dalam dan luar Negara ini amat bermanfaat sebagai panduan para pelajar dan pengkaji sejarah. Rencana-rencana di dalam buku ini banyak membincangkan tentang negeri Kelantan sebelum dan selepas merdeka. Kessler membincangkan mengenai parti-parti politik yang terdapat di Kelantan seperti Pas, Umno, Pan Malayan Islamic Party (PMIP) dan Parti Negara selepas merdeka iaitu tahun 1959. Jadi, rencana ini banyak membantu pengkaji dalam menyiapkan tesis yang dikaji dari tahun 1959. Pengkaji juga meninjau tulisan Wan Harun Wan Yaacob yang ditulis pada tahun 1986 yang bertajuk Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan semasa pemerintahan Pas 1959-1973 Melalui buku ini, penulis memaparkan kegagalan PAS memajukan ekonomi negeri Kelantan, Kerajaan Persekutuan yang mengabai dan melambatkan kemajuan di negeri Kelantan, serta hubungan tegang kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan telah membantutkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri Kelantan.

17

Selain itu juga, pengkaji turut meninjau buku yang ditulis oleh Wan Harun Wan Yaakub iaitu buku Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan Semasa

Pemerintahan PAS 1959-1973 Dalam buku ini penulis menyentuh tentang kegagalan kerajaan PAS dalam memajukan negeri Kelantan. Kerajaan Penulis juga menyentuh tentang

Persekutuan yang mengabaikan negeri Kelantan, menyebabkan negeri

Kelantan lambat memperolehi kemajuan.

Seterusnya pengkaji mengupas buku yang ditulis oleh Maziyah Abdullah yang bertajuk SejarahPenubuhan dan Perkembangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Tahun 1969-1983 Buku ini membincangkan matlamat penubuhan PKINK dan pencapaiannya.

Akhir sekali pengkaji memilih buku Perindustrian di Kelantan yang ditulis oleh Nural Huda Ahmad pada tahun 1984. Buku ini membincangkan tentang negeri Kelantan yang mempunyai potensi dalam sektor industry, tenaga buruh yang murah dan banyak, peranan kerajaan dalammembantu sector industri, infrustruktur yang semakin baikdi negeri Kelantan. Selain itu penulis menyentuh tntang peranan kerajaan dalam menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir, kedudukan negeri Kelantan yang jauh dari Pantai Barat serta kemudahan asas yang tidak mencukupi di negeri Kelantan.

18

METODOLOGI Penulis membuat kajian dengan menggunakan kajian sumber-sumber bertulis seperti buku-buku rujukan, risalah-risalah mengenai negeri Kelantan, contoh-contoh tesis, keratan-keratan akhbar lama dan artikal-artikal mengenai perkembangan ekonomi di Kelantan. Sumber rujukan daripada sumber pertama ini banyak dibuat di Perpustakaan Negeri Kelantan, Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Perpustakaan Negeri, Negeri Sembilan. Manakala kajian daripada sumber pertama seperti fail-fail kerajaan, pengkaji banyak buat kajian Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan Arkib Negara Malaysia cawangan Kelantan. Kajian jugadibuat di perpustakaan Setiausaha Kerajaan Kelantan di Kota Darulnaim. Kaedah pemerhatian dan ikut serta juga turut diguna oleh pengkaji. Pemerhatian pengkaji sendiri turut digunakan dalam kajian ini bagi menunjukkan perkembangan ekonomi yang berlaku di negeri Kelantan.

SUMBER RUJUKAN Sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh pengkaji dalam menyiapkan kertas cadangan ini ialah buku-buku, laporan, tesis dan keratan akhbar. Di antara buku yang digunakan ialah buku Warisan Kelantan 1-27 yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan pada tahun 1982-2003. Buku History of Kelantan 1890-1940

19

juga menjadi rujukan pengkaji hasil tulisan Shahril Talib yang yangditerbitkan oleh Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd pad tahun 1994 di Kuala Lumpur. Selain itu pengkaji juga guna buku Kelantan Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan yang ditulis oleh Hassan Harun dan diterbitkan oleh DD Mediaconsult Sdn. Bhd pada tahun 1999 di Kula Lumpur. Buku Detik-detik Sejarah Kelantan ditulis oleh Saad Shukri Bin Haji Muda juga diguna oleh pengkaji yang dikeluarkan oleh Pustaka Aman Press di Kota Bharu pada tahun 1971. Selain buku-buku ilmiah, pengkaji juga turut menggunakan contoh-contoh tesis sebagai bahan rujukan. Di antara tesis yang digunakan ialah Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan Semasa Pemerintahan PAS 1959-1975 oleh Wan Harun Wan Yaakub. Sejarah Perkembangan Ekonomi Negeri Kelantan 1945-1957 oleh Rosmi Bin Mat Nasir. Ekonami Kelantan Selepas Merdeka: Penilaian Terhadap Perkembangan & Masalah 1945/1995 olehWee Lip Ping, Sejarah Penglibatan Wanita Kelantan Dalam Aktiviti Perniagaan oleh Rose Anita Abdullah turut dikaji oleh pengkaji.

20

Selain itu, pengkaji turut menggunakan buku tulisan Wan Harun Wan Yaacob yang ditulis pada tahun 1986 sebagai sumber rujukan. Buku yang ditulis ini ialah Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan Semasa Pemerintahan PAS 19591973.

21

You might also like