You are on page 1of 8

Sistem Separa Liga Pertandingan Hoki

Pertandingan separa liga melibatkan pertandingan sistem liga yang melibatlan kumpulan lebih daripada satu di peringkat awal dan kemudian diikuti dengan sistem kalah mati. Sistem separa liga ini digunakan dalam kejohanan Piala Dunia FIFA.

Dalam liga separa, 4 kumpulan kedudukan pasukan yang mengetuai kumpulan akan ditentukan melalui pilihan (seeded). Contohnya, sekiranya johan, naib johan, dan tempat ketiga serta keempat dalam pertandingan tahun lalu mengambil bahagian pasukan itu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:-

Kumpulan 1 Johan Undi Undi Undi

Kumpulan 2 Naib Johan Undi Undi Undi

Kumpulan 3 Ketiga Undi Undi Undi

Kumpulan 4 Keempat Undi Undi Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik hendaklah dipertimbangkan. Kedudukannya bagi memenuhi tempat yang kosong dalam kumpulan menggunakan sistem undian. Pusingan kedua (suku akhir), johan dan naib johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

Menetapkan pasukan dalam perlawanan kalah mati adalah seperti berikut: Empat pasukan johan kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1 (johan Kumpulan A), 3 (johan Kumpulan C), 5 (johan Kumpulan B) dan 7 (johan kumpulan D).

Pasukan naib johan kumpulan harus ditempatkan di kedudukan yang sama pada suku akhir dan separuh akhir. Oleh itu, kedudukan 2 (naib johan Kumpulan D), kedudukan 4 (naib johan Kumpulan B), kedudukan 6 (naib johan Kumpulan C) dan kedudukan (naib johan Kumpulan A).

Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan johan dan naib johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

You might also like