You are on page 1of 1

Baca dan kongsikan kes-kes orang berkeperluan khas yang berjaya.

Tulis satu refleksi anda tentang apa yang telah anda pelajari melalui kejayaan mereka. Saya telah membaca sesuatu berita tentang seorang insan yang bernama Nick Vujicic. Beliau merupakan orang yang kecacatan fizikal. Beliau dilahirkan tanpa kaki dan tangan. Saya amat menghormatinya kerana beliau telah mencapai sesuatu kejayaan walaupun mempunyai kecacatan fizikal. Saya telah mempelajari bahawa kita haruslah menghadapi cabaran dengan hati yang tabah melalui berita itu. Misalnya, Nick telah dihalang untuk hadir ke sekolah ketika kecil kerana kecacatan fizikalnya. Namun, beliau tidak berputus asa. Beliau mempunyai hati yang kental dan keinginan untuk belajar yang kuat sehinggakan beliau berjaya manjadi orang kurang upaya yang pertama yang diterima masuk ke sekolah biasa. Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa kita haruslah selalu bersemangat untuk mencapai sesuatu matlamat tanpa berasa kecewa tentang masalah yang kita hadapi. Misalnya, Nick telah berjaya membuktikan bahawa keadaan fizikal beliau bukanlah penghalang kejayaan. Buktinya ketika berada di seven grade, beliau telah dipilih menjadi ketua pelajar di sekolah dan mengetuai persatuaan derma dan aktiviti khas untuk anak-anak kurang upaya. Seperkara lagi, kita haruslah memnyampaikan sesuatu mesej yang bermakna atau positif kepada ornag yang di sekeliling kita untuk memberikan harapan kepada mereka. Nick telah selalu mengambil tindakan tersebut. Misalnya, beliau menggangap kehidupan beliau sebagai ajaib atau Magic dan beliau telah berkongsi keajaiban tersebut dengan memberi harapan kepada manusia lain bahawa impian dan kejayaan tetap akan terlaksana walapun jalan yang harus dialui penuh liku dan ranjau. Selain itu, beliau telah bangkit dengan semangat yang tinggi dan berjaya memberi inspirasi kepada berjuta-juta insan lain di seluruh dunia untuk turut sama bangkit dengan kegagalan yang lalu. Kesimpulannya, saya berasa kehidupan kita penuh dengan cabaran. Namun, kita seharusnya tabah menghadapi cabaran tersebut dan tidak mudah berputus asa supay kejayaan kita tercapai.

You might also like