You are on page 1of 5

KEPENTINGAN MODAL INSAN DALAM MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA.

Dalam Rancangan Malaysia Kesebilan (RMK-9), Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menegaskan bahawa salah satu sebab terciptanya modal insan adalah untuk menjana pembangunan negara selari dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu dalam memajukan negara Malaysia setanding dengan negara di seantero dunia. Sesebuah negara yang maju perlulah berlandaskan asas masyarakat yang mampan daripada segenap aspek kehidupan terutamanya dalam aspek rohani, etika dan jasmani. Hal ini boleh diklasifikasikan di bawah satu istilah iaitu modal insan. Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesebuah negara adalah berlandaskan ekonomi yang mantap dan terancang seperti kemajuan yang telah dikecapi oleh negara Jepun dan Amerika Syarikat. Namun, adakah kemajuan tersebut bernilai sekiranya aspek moral setiap insan dalam masyarakat itu masih di bawah takuk yang rendah? Melalui modal insan, sesebuah masyarakat itu akan lebih bertanggungjawab dalam mewujudkan dan membangunkan negara yang bersih daripada pelbagai aspek negatif terutamanya dalam pembangunan ekonomi. Agama Islam juga turut

menegaskan bahawa satu pertiga daripada rezeki adalah datangnya daripada sumber perniagaan yang bersih daripada unsur penipuan dan riba. Oleh itu, dalam mengejar era globalisasi dan arus pemodenan, kepentingan membangunkan modal insan juga perlu ditekankan agar dapat difahami oleh setiap masyarakat. Modal insan atau human capital adalah ramuan yang penting dalam ekonomi sezaman iaitu kemajuan ekonomi yang hendak dibangunkan oleh kerajaan Malaysia berlandaskan ilmu pengetahuan dan etika yang datangnya daripada modal insan yang berketerampilan dan berwawasan. Faktor kejayaan ekonomi sezaman bukanlah seperti teori ekonomi klasik yang menekankan kepada faktor tanah, modal dan tenaga buruh semata-mata namun lebih mengfokuskan kepada idea-idea yang dihasilkan seperti idea

mewujudkan teknologi baru melalui industri masa hadapan. Contohnya, pembangunan ICT dan bioteknologi melalui pengeksploitasian ilmu pengetahuan dan peryelidikan daripada modal insan yang merupakan permulaan baru kepada paradigma

pembangunan negara yang lebih komprehensif. Seterusnya, ekonomi negara akan berkembang dan mengalami peningkatan hasil daripada sumbangan modal insan dalam mewujudkan sebuah negara yang membangun daripada pelbagai aspek. Peningkatan ekonomi ini secara langsung menyebabkan negara Malaysia mampu melebarkan sayapnya ke arena antarabangsa dan menjadi negara yang berupaya untuk bersaing dalam ekonomi dunia yang serba mencabar.

Pengenalan kepada modal insan merupakan cadangan kepada tajuk thesis saya tetapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan malah pembatalan tajuk ini dianggap berat bagi sesetengah rakanrakan sekuliah disekeliling saya, lagipun baru tahap Degree belum sampai tahap PhD lagi, nanti boleh la kau buat thesis gempak-gempak, janji dapat A cukuplah. Jadi saya rasa tidak sepatutnya ilmu yang saya cari selama ini disia-siakan. Oleh itu, saya memilih pendekatan memasukkan sedikit coretan terhadap pengenalan kepada modal insan di Malaysia khususnya. Sebenarnya apa yang saya hendak tonjolkan ialah kebenaran ilmu yang saya perolehi bukanlah mempunyai niat yang lain. Bagaimana asalnya penggunaan perkataan modal insan dipopularkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Bagi saya inilah masanya membuka langkah kecil dalam bidang penulisan dalam usaha integrasi dan islamisasi ilmu pengetahuan hingga ke akar umbi. Secara tidak langsung menutup jurang antara ilmu duniawi dan ukhrawi kerana matlamat kita ialah mendapatkan kejayaan hidup didunia dan diakhirat Menurut Kamus Dewan pembangunan bermaksud perihal membangun, proses membangun, usaha atau kegiatan membangunkan. Modal insan menurut Kamus Zaba, modal didefinisikan kelebihan yang dimiliki (kecantikan, kepintaran, kekayaan dll) yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati manakala insan pula didefinisikan sebagai manusia. Justeru, menurut Mariam (2007) pembangunan modal insan boleh difahami sebagai usaha untuk membangunkan keupayaan yang dimiliki oleh manusia itu sendiri. Menurut Khairul Rizal (2006) modal manusia adalah terjemahan secara mudah yang diberikan kepada istilah human capital. Istilah modal insan (human capital) banyak dibincangkan oleh sarjana-sarjana pengurusan antaranya ialah Arthur Cecil Piguo, Jacob Mincer dan Gary Becker dimana kebanyakan idea dan konsep mereka menyamai idea Karl Marx (1818-1883) yang mengambil konsep kuasa pekerja atau labour power. Konsep Kuasa Pekerja yang dibawa oleh Karl Marx untuk mengarang pemusatan modal ekonomi. Malah Karl Marx juga menekankan kepentingan untuk menghasilkan produktiviti. Sebaliknya idea pelik ini telah diterima ramai dimana fokus mereka sebenarnya ialah meningkatkan tahap keuntungan dalam organisasi iaitu meningkatkan tahap pengetahun, kemahiran dan sikap pekerja itu sendiri dalam erti kata yang lain menjadikan pekerja itu sebagai "kuli" kerana pada masa itu tiada pengurusan sumber manusia yang lebih baik dengan pelbagai kelebihan sebagai seorang pekerja. Pada era zaman Karl Marx pada masa itu, penekanan milikan negara jadi jika kita berusaha bersungguh-sungguh sekalipun pekerja itu tetap mandapat pulangan atau ganjaran yang sama dengan pekerja yang malas. Bagi definisi Barat, secara umumnya modal insan didefinisikan sebagai suatu cara untuk mengenal dan mengkategori kemahiran dan kebolehan orang yang diguna dalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain, akhirnya mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Menurut perspektif mereka, mereka begitu memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia dari sudut pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat. Sebaliknya, islam sudah lama membangunkan kualiti insan itu sendiri tetapi dalam perbincangan ini saya mengunakan istilah "modal insan" ini dalam perspektif Islam secara umumnya, modal insan dilihat tidak sekadar mementingkan aspek pembangunan intelektual dan emosional bahkan melibatkan pembangunan spiritual. Islam melihat modal insan sebagai suatu konsep yang amat luas dan lebih terperinci tanpa terdapat lompang-lompang yang tidak dihuraikan. Definisi yang komprehensif ini dapat menjelaskan betapa pentingnya sumber ini kepada sesebuah negara khususnya umat islam.

Sejak diutuskan Pesuruh Allah iaitu junjungan mulia kita nabi Muhammad saw diutuskan bagi menyempurnakan akhlak manusia. Hal ini termasuklah keutamaan dalam membentuk dan melahirkan umat yang terbaik (khyrah ummah). Buktinya jiak kita melihat kepada sumbangan ilmuan-ilmuan islam dalam membina tamadun yang gemilang serta penyebaran ilmu pengetahaun ketika eropah mengalami zaman gelap (dark ages). Sehingga rahmat islam turut dirasai seluruh alam ini termasuklah orang islam dan bukan islam juga. Menurut Gary S. Becker, merupakan sarjana dalam bidang ekonomi menekankan perbelanjaan terhadap pendidikan, latihan, penjagaan kesihatan dan banyak lagi merupakan suatu pelaburan terhadap modal insan. Mereka mengelarkan modal insan kerana manusia tidak boleh dipisahkan dengan pengetahuan, kemahiran, kesihatan atau nilai merupakan jalan memisahkan daripada kewangan dan aset tetap. Istilah modal insan atau human capital telah digunakan oleh sarjana pengurusan merujuk kepada elemen kunci memperbaiki aset organisasi dan pekerja untuk meningkatkan produktiviti bagi memperolehi kelebihan bersaing (Becker, 1964; Schultz, 1971).

RUJUKAN Abdullah Ahmad Badawi (2006) Rancangan Malaysia ke Sembilan. Asyraf Wajdi Dusuki (2006). Islam memperkasa potensi insan, Utusan Malaysia, 5 Mac. Utusan Publications. Gary S. Becker ( _____ ) Human Capital.http://www.econlib.org/library/Enc/HumanCapital.html

http://ibnshukri.blogspot.com/2008/02/pengenalan-modal-insan.html

Kepentingan Modal insan


Tulisan kolumnis Karim Raslan melalui ruangan Ceritalah: Indonesia Mengajar menarik perhatian penulis. Selama ini, penulis hanya terdedah kepada program pendidikan yang diterajui para sukarelawan dari negara Barat, seperti Peace Corps dari Amerika Syarikat, atau pertubuhan kebajikan atau bersifat keagamaan dari negara atas angin lain dan kurang tahu tentang program berkonsep serupa di rantau Nusantara. Penulis berpendapat program seumpama ini belum sampai masanya dipraktikkan di negara kita atau negara lain di sekitar Asia Tenggara. Hal ini dikatakan demikian kerana tatkala persoalan mengisi perut sendiri belum kita selesaikan, bagaimanakah pula kita hendak memikirkan hal mengisi perkara lain? Namun, ternyata Anies Basdewan mengetepikan tanggapan ini dalam mengasaskan program transformasi pendidikan Indonesia Mengajar yang mengetengahkan modul pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan pembinaan modal insan. Apakah itu modal insan, atau yang lebih penting lagi, mengapakah modal insan dibentuk dan dijanakan dalam sesebuah masyakat dan komuniti? Modal insan merupakan salah satu aset penting sesebuah negara. Modal insan merupakan sumber yang boleh diperbaharui kerana dibekalkan secara berterusan oleh populasi sumber manusia. Di rantau Asia Tenggara, bekalan sumber manusia tidak pernah berkurangan, melainkan kadar pertumbuhannya yang dewasa ini menurun di beberapa negara yang sedang pesat membangun. Sumber manusia amat penting dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Maka wajarlah sumber manusia yang menjadi tunjang sesebuah negara itu mempunyai kualiti dan kebolehan yang dapat meningkatkan harga modal insan itu sendiri. Inisiatif Anies Bandewan ini sesuatu yang wajar diraikan dan disokong. Selain membentuk generasi muda menjadi modal insan yang mampu memanfaatkan negara, program Indonesia Mengajar juga mempunyai impak tersendiri kepada sebilangan individu yang telah sedia ada dalam pasaran sumber manusia Indonesia. Penulis tertarik dengan Junareh yang memilih untuk meningkatkan modal insannya dengan membantu orang lain tanpa taasub untuk mengenyangkan perut sendiri!

http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=1214

You might also like