You are on page 1of 4

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN

RENDAH (KAEDAH)

TAJUK 10

10.1

INTERPRETASI DATA PENYELIDIKAN TINDAKAN

Sinopsis

Dalam bab ini kita akan mempelajari bagaimana menghurai semua data yang telah dikumpul
dalam sesuatu kajian.

10.2 Hasil Pembelajaran


1. Mengintegrasi pelbagai sumber data.
2. Menghubungkaitkan data dengan literatur.
3. Membuat rumusan data.
10.3 Mengintegrasi pelbagai sumber data

Sumber data yang diperoleh daripada pengalaman sebenar semasa pemerhatian, temu bual
dan juga analisis dokumen yang dihasilkan murid perlu diintegrasikan supaya kesemua data
boleh diterjemahkan menjadi dapatan yang bermakna. Perkara yang dititikberatkan melalui
kajian tindakan ialah perkongsian maklumat dan pengalaman penyelidik yang terlibat untuk
menambahbaik serta meningkatkan program. Amalan refleksi menjadi asas kepada dapatan
dan laporan kajian tindakan. Oleh itu, semasa mengintegrasi data melalui pengalaman serta
perasaan penyelidik, penjelasan yang tepat dan terperinci mengikut pandangan personal
penyelidik diperlukan. Di samping itu, penyelidik juga perlu mengemukakan sebab-sebab
penyelidik berpandangan demikian. Seterusnya, penyelidik perlu membuat penambahbaikan
untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) atau program
yang dijalankan.

91

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN


RENDAH (KAEDAH)

10.4 Menghubungkaitkan Data dengan Literatur


Maklumat merupakan hasil daripada pemprosesan data. Ini bermakna, data hanya akan
menjadi maklumat yang boleh digunakan untuk membuat keputusan setelah data-data tersebut
diproses. Data tersebut akan menjadi lebih bermakna sekiranya disokong oleh dapatan kajian
melalui bacaan literatur daripada penyelidik lain. Kadang kala dapatan penyelidik bercanggah
dengan dapatan literatur kajian penyelidik lain. Hal ini menyebabkan dapatan kajian tidak selari
dengan pembacaan kajian lepas. Oleh itu, justifikasi kepada data penyelidikan yang baharu
perlu diperkukuhkan kerana mungkin perkara ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti
setting responden yang berbeza. Sokongan asas teori ke atas dapatan kajian sangat
diperlukan.

10.5 Membuat rumusan data.


10.5.1 Menyusun data.
Sekiranya data diperoleh adalah sedikit, penyusunan data boleh dibuat secara manual tetapi
sekiranya jumlahnya besar maka penggunaan perisian komputer diperlukan untuk menyusun
dan membuat analisis data. Bagi data bukan numerical, pengekodan dan pengkategorian perlu
dibuat untuk memudahkan urusan. Data yang banyak adalah baik tetapi kadangkala boleh
menyukarkan kefahaman sekiranya dibentangkan dalam satu kelompok data yang besar. Oleh
itu, rumusan data perlu dibuat setelah laporan dan pembentangan dilaksanakan bagi
mengelakkan kesukaran untuk memahami data yang dipersembahkan. Kebaikan membuat
rumusan bukan sekadar mengurangkan jumlah data yang perlu difahami tetapi meningkatkan
keupayaan mambuat intepretasi data.

10.5.2 Merumus data.


Sebelum membuat rumusan, data perlu dibersihkan dengan membuat pembetulan bagi data
kualitatif yang tidak jelas atau tidak tepat yang mungkin mengganggu proses membuat
keputusan. Contohnya, terdapat responden lelaki yang menjawab soalan yang hanya ditujukan

92

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN


RENDAH (KAEDAH)

kepada responden perempuan sahaja atau terdapat dua jawapan bagi soalan berkategori
jawapan atau jawapan di luar kategori (murid membuat jawapan sendiri kerana tidak suka
kepada pilihan yang disediakan atau jawapan Lain-lain sedangkan semasa menyatakannya
didapati jawapan tersebut termasuk ke dalam salah satu kategori yang disediakan.
Seterusnya dibuat senarai yang tepat dan dibuat perbandingan sebelum memasukkan
data ke dalam carta. Penjadualan dan pelbagai bentuk graf persembahan (garis,palang atau
pai) boleh digunakan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan dengan lebih jelas. Graf perlu
dilengkapkan dengan data peratusan untuk menjadikannya lebih bermakna.
Data dalam jadual atau dalam bentuk graf adalah mudah difahami tetapi tidak menjelaskan
keseluruhan cerita. Oleh itu, rumusan dara juga melibatkan interpretasi naratif dibuat mengenai
data yang dapat dilihat.

Rumusan
Dalam bab ini kita telah mempelajari bagaimana menghurai semua data yang telah dikumpul
dalam sesuatu kajian. Selain itu, kita juga telah mempelajari tentang bagaimana mengintegrasi
data dengan pengalaman personal, dan menghubungkaitkan data dengan literature, serta
bagaimana membuat rumusan data.

Latihan
Nyatakan kepentingan pengintegrasian data kepada kajian tindakan.
OLL

Buat satu jadual yang menunjukkan hubungan antara dapatan kajian dan literatur. Hantar
kepada pensyarah anda melalui OLL atau email.

93

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN


RENDAH (KAEDAH)

94

You might also like