You are on page 1of 8

KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN KEPENTINGANNYA| 1

1.0 TAJUK

Keusahawanan Islam Dan Kepentingannya Pada Usahawan Serta Perniagaan Di Malaysia

KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN KEPENTINGANNYA| 2

2.0 PENGENALAN
Islam adalah agama syumul yang merangkumi segala aspek kehidupan duniawi danukhrawi. Islam juga merupakan agama fitrah yang telah diiktiraf oleh Allah. Firman Allah: Maksudnya:Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telahcukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.Maka, sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan)sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), keranasesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Islam juga telah menganjurkan umatnya agar tidak meletakkan kehidupan duniawisematamata. Segala perlakuan manusia semasa di dunia ini akan dihitung dan dipersoalkansecara satu-persatu di akhirat kelak walaupun sebesar zarah sekalipun. Bagaimanapun, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk meninggalkan terus kehidupan dunia bagi mengejar kehidupan akhirat. Allah sukakan manusia yang seimbang kedua-duanya dari segi rohani dan jasmani. Allah telah mengurniakan sebahagian nikmat untuk kehidupan manusia di dunia ini. Keusahawanan merupakan suatu alternatif dakwah dalam agama Islam yang mana ia merupakan platform terpenting dalam usaha menyebarkan Syariat Islam ke seluruh pelusuk dunia. Sejarah telah membutkikan bahawa agama Islam tersebar menerusi hubungan perniagaan sejak zaman Nabi Adam lagi yang mana ketika itu kedua-dua anak baginda Habil dan Qabil menjalankan aktiviti keusahawanan melalui pertanian dan penternakan. Selain itu, Rasulullah s.a.w juga menceburi bidang keusahawanan ini sebelum baginda diutus menjadi rasul bersama Saidatina Khadijah di negeri Syam. Perkembangan bidang keusahawanan telah menyebabkan Islam tersebar keseluruh dunia sehingga hari ini. Hal ini menunjukkan bahawa bidang keusahawanan bukan sahaja mampu untuk menjana pendapatan seharian malah menjadi asset terpenting umat Islam dalam memperluaskan lagi kalimah Tauhid di muka bumi ini. Agama Islam juga menggalakkan umatnya menceburi bidang keusahawanan kerana hampir kesluruhan daripada rezeki yang diperolehi datangnya daripada bidang keusahawanan. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yg bermaksud Perniagaan itu adalah Sembilan persepuluh daripada rezeki. Dalam kata lain, bidang keusahawanan mendominasi sumber rezeki dimuka bumi ini.

KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN KEPENTINGANNYA| 3

3.0 DEFINISI
Keusahawanan berasal dari pada perkataan enterpredre yang bermaksud satu proses mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumber-sumber untuk mencapai objektif dan tindakan seterusnya mengeksplotasi keperluan sumber-sumber bagi

kepentingan peribadi dalam tempoh jangkamasa panjang. Selain itu, kusahawanan juga bermaksud satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada mkat dan usahawan adalah orang yang melalui proses penciptaan kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui inkubator idea-idea, penyusunan sumber-sumber seterusnya melaksanakannya. Dari perspektif Islam pula, keusahawanan Islam merujuk kepada mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan samada menghasilkan barangan atau memberi perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah. Tambahan lagi, keusahawanan Islam merupakan proses pencarian, penggemblengan & pemanfaatan kurniaan Allah untuk faedah sendiri, ummah dan makhluk Allah yang lain sebagaimana yang digariskan di dalam al-Quran dan Sunnah. Daripada pandangan saya, keusahawanan merupakan suatu usaha daripada seseorang individu untuk mencari peluang-peluang yang terhidang di hadapan mereka bagi menghasilkan suatu yang baru berdasarkan idea kreatif mereka di samping daya inovasi yang terdapat dalam diri mereka yang mana sekali gus dapat menghasilkan produk yang mampu mendatangkan keuntungan kepada mereka sama ada secara langsung daripada pelanggan mereka mahupun secara tidak langsung. Bagi keusahawanan Islam pula, saya berpendapat bahawa ia merupakan suatu konsep perniagaan yang berlandaskan syariat Islamiah yang mana menitikberatkan tentang nilainilai murni yang terdapat dalam agama Islam dalam melaksanakan urusan perniagaan seharian. Di samping menjaga hubungan sesama manusia sekali gus menambah pendapatan selari dengan batas-batas yang telah digariskan oleh agama Islam.

KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN KEPENTINGANNYA| 4

4.0 CIRI-CIRI USAHAWAN ISLAM


Agama Islam telah menggariskan beberapa ciri-ciri yang perlu ada dalam diri usahawan antaranya ialah:

i.

Niat yang betul Niat yang suci dari hati amatlah dituntut dalam diri usahawan Muslim seperti niat untuk mencari rezeki yang halal disamping niat untuk mencari keredhaan Allah didunia dan di akhirat dapat melahirkan usahawan yang seimbang daripada segi kerohanian dan jasmani dalam diri mereka yang mana bakal menjuruskan mereka bersungguh-sungguh dalam melaksanakan Sunnah Rasulullah ini. Selain itu, niat yang tulus untuk membantu masyarakat dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada meraka juga merupakan salah satu tuntutan agama Islam terhadap umatnya yang berkecimpung dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

ii.

Berfikiran jauh kehadapan Usahawan memerlukan daya intelek yang sangat untuk merancang, menganalisa & meramal kehendak pasaran disamping berkebolehan untuk berfikir secara futuristik yang mana memungkinkan usahawan mendahului pesaing dalam merebut peluangpeluang baru. Selain itu, fikiran yang jauh juga membantu usahawan untuk berusaha mencari inisiatif tersendiri dalam usaha mempromosikan produk keluaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya di peringkat antarabangsa. Minda yang optimistik memberi keyakinan kepada pelabur terutamanya dari luar negara melabur dalam sesuatu perniagaan yang telah diusahakan sekali gus meningkat pendapatan sesuatu syarikat.

iii.

Mahir berkomunikasi Kemahiran berkomunikasi amat penting bagi menjaga hubungan dengan pelanggan, pekerja, pemodal (bank), pembekal dan sebagainya. Kemahiran komunikasi juga mampu menggalakkan pelaburan ke dalam sesebuah syarikat. Hal ini kerana, urusan sesebuah syarikat dapat dilaksanakan dalam suasana kondusif dan lancar. Komunikasi yang baik antara kedua-dua belah pihak mampu menjana aspirasi ke arah menjadikan keuntungan berlipat kali ganda bagi kedua-dua belah pihak. Kata sepakat sewajarnya boleh di capai dengan sekiranya kemahiran komunikasi ini dititikberatkan dalam melaksanakan sesebuah perniagaan yang berkonsepkan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak yang bekerjasama.

KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN KEPENTINGANNYA| 5

iv.

Bersungguh-sungguh Kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu perkara merupakan kunci kepada kejayaan seseorang usahawan itu. Sikap sambil lewa yang ditonjolkan sewaktu melaksanakan sesuatu perniagaan bukan sahaja akan merugikan diri mereka sendiri malah menjadikan orang lain sebagai mangsa terhadap disebabkan kegagalan sesebuah organisasi itu dibentuk dengan sempurna. Kesungguhan yang ditunjukkan mencerminkan kekuatan sesebuah syarikat itu dalam usaha menangkis segala ancaman dari pada luar mahupun dalam. Kesungguhan memerlukan jati diri dan komitmen yang tinggi yang perlu disemat oleh setiap anggota dalam sesebuah syarikat yang dibina.

v.

Bersyukur Syukur merupakan sifat mahmudah yang sangat-sangat dituntut dalam Islam. Daripada sifat syukurlah manusia dapat mendekatkan diri mereka kepada Maha Pencipta mereka. Dalam konteks usahawan pula, sifat syukur dapat menginsafkan diri seseorang peniaga itu agar tidak lupa kepada insan yang kurang bernasib baik. Lantaran itu, lahirlah suatu komuniti yang hidup dalam kesederhanaan di samping membersihkan harta mereka daripada perkara-perkara yang syubhah.

5.0 KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN ISLAM


Keusahawanan Islam telah memberi kesan yang mendalam terhadap pelbagai pihak, antaranya ialah:

i.

Usahawan Keusahawanan berlandaskan syariah telah memberikan kesan yang besar terhadap usahawan antarnya melatih sifat amanah dengan tanggungajwab yang telah diberikan disamping bersikap jujur dalam peniagaan yang dilakukan. Lantaran itu, kepercayan pelanggan kepada peniaga semakin meningkat sekali gus menambah pendapatan peniaga. Usahawan yang mengamalkan konsep syariah secara total mampu menarik golongan-golongan bukan Islam untuk turut menceburi bidang keusahawanan berkonsepkan Islam.

KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN KEPENTINGANNYA| 6

ii.

Masyarakat Keusahawanan dalam Islam sedikit sebanyak telah memberikan impak yang positif bukan sahaja kepada kepada usahawan itu sendiri malah kepada anggota masyakat itu sendiri. Penerapan budaya Islam dalam keusahawanan telah mengakibatkan hubungan antara komuniti masyarakat semakin akrab. Hubungan ini terhasil daripada kerjasama antara satu sama lain dalam memajukan sesebuah perniagaan secara perkongsian modal mahupun perkongsian sumber. Kerjasama yang terjalin mampu meningkatkan taraf kehidupan dalam komuniti masyarakat terutamanya umat Islam sejagat.

iii. Perniagaan Bidang perniagaan di negara ini juga tidak terlepas daripada tempias keusahawanan Islam. Penggunaan konsep Syariah dalam perniagaan telah menarik minat pelabur untuk melabur dalam kebanyakan sektor perniagaan di Malaysia. Ketelusan agama Islam dalam semua perkara menjadi faktor utama pelabur berminat melabur di negara ini. Lantaran itu, keluaran dalam negara kasar semakin meningkat disebabkan kemasukan pelabur-pelabur luar mengambil inisiatif untuk terus melabur dalam bidang keusahawanan Islam. iv. Negara Negara yang mengamalkan konsep keusahawanan Islam ini juga akan menerima penghormatan yang tinggi daripada pelbagai pihak terutamanya pelabur-pelabur daripada luar negara. Kejayaan dalam bidang keusahawanan menjadi penyumbang kepada masyarakat luar untuk memberi penghormatan terhadap negara yang mengamalkan konsep Islam dalam segala urusan khususnya dalam bidang keusahawanan yang mana mendapat kedudukan yang tinggi dalam al-Quran.

KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN KEPENTINGANNYA| 7

6.0 KESIMPULAN Dalam era globalisasi ini, keusahawanan berlandaskan Islam mampu menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Undang-undang yang digariskan oleh Islam mampu mengelakkan berlakunya kes-kes pecah amanah, rasuah, penipuan dalam timbangan, amalan menyorok barang dan sebagainya terus berlaku. Lantaran itu, dapat meningkatkan pengeluaran produktiviti negara disamping meningkatkan taraf pendapatan penduduk negara ini. Keusahawanan merupakan bidang strategik yang perlu diceburi oleh lebih ramai umat Islam di Malaysia. Selain daripada objektif ekonomi, keusahawanan mengandungi nilai-nilai murni yang harus dihayati oleh masyarakat Islam. Antara nilai-nilai yang wujud meliputi sifat sabar, berani menanggung risiko, kreatif, berpengetahuan tinggi, bersungguh-sungguh dan pelbagai sifat mahmudah yang lain. Ciri-ciri dan nilai dalam keusahawanan ini sebenarnya merupakan nilai-nilai yang sejajar dengan tuntutan Islam. Selain itu, perniagaan dan keusahawanan itu sendiri merupakan kerjaya yang mendapat tempat yang cukup istimewa dalam Islam. Walau bagaimanapun, masyarakat Islam kini tidak lagi mempelopori bidang ini hanya lebih selesa sebagai golongan pengguna dan pembeli sahaja. Ini menimbulkan pelbagai masalah terhadap umat Islam secara keseluruhan. Oleh yang demikian, usaha perlulah digembleng agar bidang keusahawanan dan perniagaan ini menjadi pilihan utama umat Islam semua sebagaimana yang telah ditunjukkan melalui sejarah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Sebagai permulaan, kesedaran perlulah diterapkan kepada keseluruhan lapisan masyarakat Islam melalui pembudayaan nilai dan sikap usahawan. Dengan menghayati dan membudayakan nilai-nilai keusahawanan ini, masyarakat Islam akan secara langsung atau tidak langsung akan berusaha dengan lebih keras dan cuba meningkatkan kemampuan diri untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka. Ini akan mendekatkan mereka dan seterusnya menjadikan perniagaan dan keusahawanan sebagai bidang kerjaya pilihan di masa akan datang.

KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN KEPENTINGANNYA| 8

7.0 RUJUKAN INTERNET https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:V1j9gbw6h2AJ:ddms.usim.edu.my/ www.scribd.com/doc/13744659/keusahawanan-dari-perspektif-islam https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:Y_boy9CRMQgJ:eprints.utm.my/11010/1/Ke usahawanan_Menurut_Perspektif_Al.pdf+ciri+usahawan+islam PENSYARAH BUKU Abdul Sami Al-Misri, Terjemahan:Ahmad Hj. Hasbullah. 1993. Perniagaan Dalam Islam. Dewan Bahasa Dan Pustaka:Kuala Lumpur. Pn Norazlin Binti Hashim

You might also like